,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 16 July 2014

KHALID TERSUNGKUR DI ISTANA KAYANGAN



MP PAS DAPAT ANUGERAH DARI SULTAN DAN AKAN DIPANGGIL  MENGA"DAP"


Semalam Sultan Sharafudin Shah, Tuanku Sultan Selangor bertitah menyatakan dengan jelas Khalid Samad adalah penderhaka Sultan..diulangi..PENDERHAKA SULTAN... Ini kerana dia mahu kuasa Sultan ke atas MAIS diubah...

Khalid Samad datang dari Johor buat perangai di Selangor...salah sape?

Salah pengundi la...benci sangat dengan UMNO...pi undi orang PAS macam Khalid Samad..last-last..apa tindakan penuh keIslaman yang dia bawa ke Selangor atau pun Shah Alam? Apa!?

Yang sering dia buat ialah nak cari pengaruh undi kaum cina dan kaum berugama Kristian..

Lepas tu ada hati nak remove Sultan plak dari MAIS hanya disebabkan marah kat MAIS dalam isu bible..
Dia jurucakap persatuan Bible ke? Orang Shah Alam undi Khalid Samad dari PAS untuk bercakap on behalf of Persatuan Bible? Apa cerr orang Shah Alam?
Bangga kah orang Shah Alam berwakilkan rakyat si penderhaka Sultan? 
Kalau zaman dulu ni, penderhaka Sultan memang dah "selamat" ... kalau orang Selangor dan Shah Alam dok sokong lagi mamat ni tak tau leee...
 

LAKONAN ZUHUD KHALID SAMAD SELEPAS DIMURKAI SULTAN SELANGOR


by Generasi Pejuang Bangsa  
 
 
Dulu Nizar Jamaluddin terkenal dengan SEMBAH DERHAKA , kini Khalid Samad pulak buat hal hingga DYMM  Sultan Selangor MURKA...
Tapi si Khalid Samad ini punya kurang ajar bila dapat tahu kemurkaan DYMM Sultan Selangor  kelmarin  , bukannya dia nak mohon maaf tapi  sindir lagi di twitter seperti tertera  di atas . 
Berselindung menggunakan AGAMA  , GPB boleh katakan ini orang  memang sifat orang  MUNAFIK !
Kemurkaan  DYMM Sultan Selangor bersebab   kerana Khalid Samad  mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS dalam mempertahankan kesucian agama Islam .Itu yang menimbulkan kemurkaan baginda Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam Selangor.
Jadi  tak perlu  Khalid Samad samakan kemurkaan ini sama  seperti  Rasulullah yang berdakwah Islam di Taif  &  baginda berdoa kepada Allah S.W.T  . 
Anda  marah sangat  MAIS kerana isu tak pulang BIBLE KRISTIAN   ...
Jadi ..jangan berlakon ZUHUD  la Khalid Samad  !!   
Ahli Parlimen Pas, Khalid Abdul Samad berharap beliau dapat menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menjelaskan kepada baginda tindakannya mempertikaikan serta meminta kerajaan negeri menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebelum ini.
Menurutnya, sebagai rakyat Selangor, beliau akur dengan segala penegasan yang telah dibuat oleh baginda ke atasnya mengenai tindakannya sebelum ini.
"Saya terima dan akur dengan semua teguran baginda terhadap saya. Saya harap dapat mengadakan pertemuan dengan baginda untuk mendengar sendiri pandangannya selain saya memberikan penjelasan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sultan Sharafuddin hari ini menyatakan rasa kesal dan dukacita terhadap Ahli Parlimen Shah Alam itu yang dilaporkan menerusi media sebelum ini mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS selain mencadangkan kerajaan negeri supaya kuasa majlis itu dihapuskan.
Ketika bertitah dalam majlis perasmian Masjid Pekan Sepang hari ini, baginda menegaskan sebagai bukan seorang anak jati Selangor, Khalid sepatutnya melengkapkan diri dengan memahami sejarah serta mendalami undang-undang yang terpakai di Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.
Selain itu, baginda turut menegur Khalid yang disifatkan jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-undang tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu baginda menjalankan kuasanya sebagai Ketua Agama Islam di Selangor.
Pada masa sama, sikap dan tindakan Khalid itu menurut baginda seolah-olah menunjukkan sikap biadab dan penentangan beliau terhadap kuasa baginda sebagai Ketua Agama Islam di Selangor yang mendapat nasihat daripada MAIS.
Malah, menurut baginda tindakan mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor bukanlah kali pertama dilakukan Khalid yang menganggapnya sudah lapuk.

Khalid Samad Mahu Kuasa MAIS dan JAIS diHapuskan Kerana Takut Kemurkaan Allah?


Lidah rasmi pembangkang Malaysiakini melaporkan Khalid Samad memberi respon segera terhadap kemurkaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sarafuddin.

Twitter yang ditulis pada jam 12.45 pagi seperti berikut 

"Jangan kerana hendak elak kemurkaan manusia terundang kemurkaan Allah," 

Twitter ini sengaja ditulis sebaik sahaja mendapat tahu berita bahawa beliau amat dimurkai oleh Baginda Sultan Selangor Sultan Sarafuddin.

Twitter itu juga sengaja diposkan di portal pembangkang Malaysiakini untuk undang kritikan daripada penyokong Khalid Samad terhadap kemurkaan Sultan Selangor semalam.

Ini menunjukkan Khalid Samad yang juga asal Johor bukan sahaja biadap dalam mempertikaikan kuasa MAIS dan JAIS mala beliau begitu kurang ajar kerana twitternya seolah-olah memperli Baginda Sultan dalam titah semalam.

Dibawah ini disenaraikan perjuangan Khalid Samad Untuk mengundang Kemurkaan Allah seperti yang dimaksudkan:


1. Memperjuangkan Kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian di Malaysia

2. Mempertikaikan Serbuan JAIS terhadap majlis untuk memurtadkan umat Islam di Gereja DUMC 

3. Memperjuangkan supaya bible berbahasa Malaysia yang dirampas oleh JAIS daripada PBM dipulangkan kepada pihak Kristian kerana menurutnya tiada salah pun jika Bible berbahasa Malaysia nak diedarkan kepada umat Islam

4. Mempertahankan kenyataan Nurul Izzah Anwar bahawa tidak ada paksaan dalam agama.

"Apa yang penting bagi Khalid ialah orang mesti memeluk Islam kerana percaya; orang-orang yang beragama Islam kerana mereka adalah Melayu, Allah tidak akan terima; orang yang beragama Islam kerana mereka terpaksa, Allah tidak akan terima."

"Ia perlu berdasarkan pilihan peribadi, kebebasan untuk memilih Islam, itulah apa yang kita mahu," 

5. Salah seorang ahli Parlimen yang akan berkecuali jika draf usul Hudud dibentangkan di Parlimen  disini
"Pendirian berkecuali ini akan menyelamatkan dirinya daripada murtad (keluar dari Islam) kerana jika beliau tidak memilih pendirian yang satu lagi - menentang, murtad hanya boleh dijatuhkan kepada mereka yang menentang hukum Islam, berkecuali tidak mengapa"

6. Mempertahankan usaha mubaligh Kristian untuk memurtadkan umat Islam disini
Mungkin Khalid percaya dengan memperjuangkan untuk mempertahankan Kristian, gereja, bible dan murtad adalah satu perjuangan yang suci dan tidak mengundang kemurkaan Allah SWT.

Khalid akur, mohon menghadap Sultan Selangor

16 JUL: Ahli Parlimen PAS Shah Alam  Khalid Samad memohon untuk menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memberi penjelasan berhubung kenyataannya sebelum ini yang mahu mengehadkan kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Khalid berkata, beliau akur dengan apa yang dititahkan Sultan Selangor semalam maka pertemuan bersama pembesar negeri itu penting supaya persefahaman di antara kedua-dua pihak tercapai.
“Saya terima dan akur dengan semua teguran baginda terhadap saya.

Khalid Samad Muzakarah Kalimah Allah“Saya harap dapat mengadakan pertemuan dengan baginda untuk mendengar sendiri pandangannya selain saya memberikan penjelasan,” katanya seperti dilapor  Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, Sultan Sharafuddin meluahkan rasa kesal dan dukacita terhadap Khalid kerana mempersoalkan kuasa eksekutif Mais selain mencadangkan kerajaan negeri supaya mengehadkan kuasa majlis itu.
Baginda bertitah, walaupun Khalid bukan anak jati Selangor, namun ahli Parlimen PAS itu harus mendalami sejarah dan undang-undang yang terpakai di Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

“Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mempersoalkan kuasa eksekutif Mais dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Mais.

“Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.
“Tindakan Khalid mempersoalkan kuasa Mais seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa beta sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat daripada pihak Mais berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang,”  titah baginda semasa berucap di Masjid Pekan Sepang semalam.


AMUKANMELAYU - Cakap siang pandang-pandang, cakap malam degar-dengar......