,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday, 19 July 2014

MH 17 CIVIL AIRCRAFT 10th Fall Shot, is a tragedy that the 11 will be the AIRCRAFT that you take?




MH17: Adakah ini pelancar roket yang menembak jatuh MH17?

Menurut sumber risikan Ukraine, mereka telah melihat sebuat lori mengangkut pelancar roket BUK bersama 4 buah peluru berpandu di sebuah kawasan perumahan berdekatan Torez,Ukraine berdekatan dengan sempadan Rusia dua jam sebelum MH17 ditembak jatuh. Selepas MH17 dilaporkan terhempas ianya dilihat bergerak menuju ke sempadan Rusia tanpa dua buah peluru berpandu.Menurut sumber risikan itu lagi pelancar roket BUK itu tidak akan dijumpai lagi kerana telah diseludup masuk ke Rusia dan berkemungkinan besar telah dilupuskan.
1405687214285_wps_21_As_reported_by_the_group_
Kenderaan yang mengangkut pelancar roket diletakkan berhampiran kawasan perumahan di bandar Torez.
article-2696847-1FC15FB600000578-889_962x638
Dalam perjalanan ke sempadan Rusia selepas MH17 dilaporkan ditembak jatuh.
1405686062145_Image_galleryImage_Russian_air_defense_missi
Sumber Dailymail Uk


Artikal asal di petik dari  July 18, 2014

Belum lagi reda kes misteri kehilangan pesawat MH 370, rakyat Malaysia sekali lagi mendapat tamparan hebat tengah malam tadi apabila pesawat MH17 didakwa terhempas kerana ditembak jatuh di Ukraine .Masih lagi belum ada kenyataan rasmi yang sah tentang punca tragedi ini, namun kes pesawat penumpang ditembak oleh pihak ketenteraan bukanlah pertama kali berlaku dalam sejarah dunia. Kami kongsikan 8 kes seumpamanya yang telah terjadi sebelum ini.

1. 23 Julai 1954- Cathay Pacific Airways Douglas DC- 4 
Sebuah pesawat Hong Kong yang dibawah kawalan British yang sedang terbang dari Bangkok ke Hong Kong , Cathay Pacific Airways telah ditembak oleh Pejuang Tentera Pembebasan Rakyat China. Kerajaan China menyatakan bahawa mereka telah menyangka pesawat itu adalah  sebuah pesawat tentera dari Republik China  (Taiwan) dalam misi serangan terhadap Pulau Hainan. Kejadian tersebut telah membunuh 10 daripada 19 penumpang pesawat tersebut.

Cathay Pacific Airways
Add caption

2. 27 Julai 1955-  El Al flight 402
Sebuah  penerbangan penumpang dari London ke Tel Aviv yang melalui Vienna dan Istanbul  telah  menyimpang ke ruang udara Bulgaria pada  Julai 1955. Pesawat ini  kemudiannya  terbang dalam blok Timur, dan ditemabak oleh dua pejuang Bulgaria.

Penerbangan ini, pesawat Lockeheed L-049 Constellation itu ditembak jatuh oleh dua pesawat pejuang MiG-15 milik tentera udara Bulgaria dan jatuh terhempas dekat Petrich, Bulgaria. Semua 58 penumpang dan anak kapal terbunuh. Nahas ini berlaku ketika hubungan tegang antara blok timur dan barat semasa era Perang Dingin. Ia juga nahas terburuk melibatkan Lockheed L-049 Constellation pada ketika itu. Bulgaria kemudian memohon maaf dan mengatakan juruterbangnya telah "tergesa-gesa."

el al
Add caption
3. 21 Februari 1973 – Libyan Arab Airlines 114
Pada tahun 1973, sebuah pesawat penumpang menuju ke Kaherah dari ibu negara Libya Tripoli hilang kawalan akibat cuaca buruk  (ribut pasir)  akhirnya gagal berfungsi  dan hanyut ke dalam ruang udara Israel di semenanjung Senai. Ia kemudiannya ditembak oleh dua jet pejuang Phantom Israel yang menyangka pesawat tersebut adalah MIG Mesir. . Hanya lima daripada 113 orang di atas kapal terselamat.
4. 20 April 1978- Korean Airlines KAL902 Akibat mengalami kerosakan

4. 1978: Korean Airlines KAL902
Pesawat yang dalam penerbangan dari Paris ke Seoul ini mengalami gangguan peralatan.
Juruterbangnya tersilap membuat perkiraan dan terbang masuk ke ruang udara Kesatuan Soviet (ketika itu) di Garisan Artik. Tentera udara Soviet yang menyangkakannya pesawat pengintip melepaskan tembakan. Pesawat Boeing 707 itu kemudian membuat pendaratan kecemasan dekat sempadan Finland. Dua daripada 109 penumpang dan anak kapalnya terbunuh.

5. 27 Jun, 1980-  Itavia Airlines flight 780
Pada 27 Jun, 1980, sebuah pesawat penumpang meninggalkan bandar Itali utara Bologna untuk  ke Palermo, di Sicily. Bangkai pesawat itu ditemui di Laut Tyrrhenian. Tiada yang terselamat di antara 81 yang menaiki peswat tersebut . Kemalangan kapal terbang masih menjadi  subjek kontroversi dan perdebatan. Teori-teori awal mencadangkan telah berlaku letupan bom pengganas di atas kapal dan juga dakwaan konspirasi oleh kerajaan Itali . tetapi siasatan seterusnya membuat kesimpulan pesawat itu mungkin terperangkap di tengah-tengah satu persengketaan antara jet pejuang NATO dan MIG Libya.

6. 1 September 1983  -  007 Korean Air Lines
Penerbangan 007 Korean Air Lines, dengan 269 penumpang dan anak kapal, ditembak jatuh oleh jet pejuang Russia di barat Pulau Sakhalin yang terletak  Laut Timur ketika ia terbang di ruang udara larangan Soviet.Pesawat itu sedang dalam penerbangan dari New York ke Seoul pada 1 September 1983, dengan mengikuti laluan Alaska sebelum menyeberangi Lautan Pasifik.

Semua dalam pesawat berkenaan telah terkorban. Soviet Union pada mulanya menafikan mengetahui tentang kejadian itu namun kemudian menegaskan bahawa pesawat itu sedang melakukan intipan.Pemimpin Soviet enggan mengumumkan data penerbangan pesawat itu sehingga beberapa tahun kemudian.

korean airlines
Add caption
7. 3 Julai 1988 - Penerbangan 655 Iran Air
Penerbangan 655 Iran Air dengan 290 orang di dalam pesawat, ditembak jatuh di Teluk Parsi oleh peluru berpandu USS Vincennes ketika pesawat itu masih berada di ruang udara Iran. Pegawai Amerika Syarikat kemudian menyatakan Vincennes tersalah anggap pesawat Airbus A330 itu sebagai jet pejuang . Pesawat itu sedang dalam penerbangan dari Tehran ke Dubai. Tiada mangsa terselamat. Kerajaan Amerika Syarikat  akhirnya membuat penyelesaian dengan memberi pampasan kepada anggota keluarga mangsa.

iran air
Add caption
8. 29 September  1998 –  Penerbangan Lionair 602
Pada tahun 1998, penerbangan dari kawasan tengah utara Tamil yang bergolak di Sri Lanka ke ibu negara Colombo hilang bersama  48 penumpang. Bangkai pesawat itu ditemui hanya 14 tahun kemudian, pada tahun 2012, oleh sebuah kapal tentera laut Sri Lanka. Tidak dapat dipastikan bagaimana pesawat tersebut  terhempas, tetapi laporan awal mendakwa pesawat itu ditembak jatuh oleh bateri MANPAD yang kini mengalahkan pemberontak Tamil Tiger.

9. 4 Oktober 2001 – Siberia Airlines 1812 
Sebuah pesawat yang membawa penumpang dari Tel Aviv ke bandar Siberia Novosibirsk menjunam ke dalam Laut Hitam pada 4 Oktober , 2001 Seramai 78 orang di atas kapal meninggal dunia. Misteri masih mengelilingi kemalangan kapal terbang tersebut , namun kemungkinan besar pesawat tersebut relah ditembak oleh peluru berpandu yang tidak bertanggungjawab dari Ukraine. Walaubagaimanaoun pihak berkuasa di Kiev tegas menafikan sebarang penglibatan dari pihak mereka.

10. 17 July 2014 - MAS MH 17

Melihat kenyataan Obama di bawah ini, nampaknya jelas MH 17 adalah mangsa keadaan dan US nampaknya cuba meletakkan Russia dalam keadaan bersalah dan US pada pendapat Penulis tidak mustahil US dan Zionis memainkan peranan yang besar dalam kejadian MH 17 untuk US memperkukuhkan kedudukan mereka di Ukraine.
  

President Barack Obama will deliver a statement on the crisis in Ukraine at 11:30 a.m. ET, the White House said, one day after a Malaysian Airlines passenger plane was shot down, killing all 295 people on board.
Obama’s statement is likely to ratchet up pressure on Russia and President Vladimir Putin. In a late-night statement on Thursday, White House press secretary Josh Earnest said the shooting down of the plane happened in the “context” of Russia fueling support for pro-Russian separatists in eastern regions of Ukraine. And Friday morning, U.S. Ambassador to the U.N. Samantha Power said Russia “must end this war.”
The Obama administration believes the plane was shot down by a surface-to-air missile that was fired from separatist-held territory. Power said Friday that if pro-Russian separatists are responsible for shooting down the plane, the U.S. could not rule out that Russian personnel offered technical assistance.
Obama briefly addressed the crash on Thursday during remarks on infrastructure in Wilmington, Delaware, saying it looked like it “may be a terrible tragedy.”



AMUKANMELAYU - Adakah Pesawat yang ke sebelas adalah pesawat yang di naiki oleh ANDA?