,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 16 July 2014

PAS NAK HAPUSKAN MAIS SUPAYA SENANG KUTIP ZAKAT DAN FITRAH


Sejak Bila Pula MAIS Bagi Kebenaran Untuk PAS Selangor Kutip Zakat Fitrah?

Tahun lepas pun isu yang sama juga timbul. Tahun ni juga nampaknya ada orang dalam PAS yang cuba berlagak lebih daripada kuasa Sultan Selangor apabila mengutip zakat fitrah atas nama parti itu.

Siapakah yang telah memberikan kebenaran kepada PAS untuk menjadi amil dan mengutip zakat fitrah? Apakah zakat fitrah yang dikutip oleh PAS Selangor, akan diserahkan kepada kelapan-lapan asnaf dan apakah kriteria asnaf yang dibuat memandangkan tafsiran PAS terhadap ajaran Islam, terlalu banyak mengikut hawa nafsu sekalipun mereka cuba berlagak kononnya mereka mengikut al Quran, hadis, ijma' dan qiyas?

Atau wang zakat fitrah yang dikutip daripada orang ramai itu akan dimasukkan ke dalam tabung tin Milo dan dibahagi-bahagikan kepada para pemimpin mereka, kononnya para pemimpin mereka adalah berasnaf jihad fisabillah memandangkan para pemimpin mereka, kesemuanya adalah juara berceramah.

Ceramah bagi PAS merupakan satu jihad kerana ceramah-ceramah PAS, termasuklah atas nama tazkirah dan kuliah subuh merupakan kempen untuk menjatuhkan kerajaan. Mereka seringkali menekankan tentang jihad ini kepada para ahli dan pengikut yang kebanyakannya sangat mentah serta jahil dalam bab beragama melainkan bertaqlid semata-mata.

Dikhabarkan kutipan zakat fitrah atas nama PAS ini dijalankan di Sabak Bernam.

4 MP PAS mahu S'gor hapus kuasa eksekutif MAIS

 

Empat MP PAS dari Selangor menggesa kerajaan negeri agar meminda undang-undang untuk menghapus kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), agar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak menerima arahan daripada majlis itu lagi.

Dalam sidang media bersama di lobi parlimen hari ini, mereka berkata MAIS adalah institusi yang dilihat rapat dengan Sultan Selangor.

"Institusi yang rapat dengan Sultan tidak boleh dilihat mempunyai kuasa eksekutif. Ia akan mencemarkan institusi (Istana) itu sendiri," kata ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Turut hadir dalam sidang media itu Hanipa Maidin (PAS-Sepang), Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja), dan Che Rosli Che Mat (PAS-Hulu Langat).

Mereka berkata demikian sebagai maklum balas kepada keengganan MAIS dan JAIS untuk memulangkan Bible bahasa Melayu dan Iban yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM), Januari lalu.



AMUKANMELAYU - Banyak lagi kerja lain yang boleh di buat.....kenapa nak memperbaiki labu yang tak berlubang ni.....