JANJI GUAN ENG - Tiada lagi Orang miskin di P. Pinang
Posted on 01 November 2012.
GEORGE TOWN -Sebanyak RM20 juta diperuntukan Kerajaan Negeri pada tahun 2013 demi mencukupkan pendapatan minima bulanan bagi setiap isi rumah di Pulau Pinang dari RM600 kepada RM770, iaitu pada kadar yang melebihi garis kemiskinan.
Ini bermaksud bahawa sekiranya
terdapat mana-mana isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada
RM770 sebulan, maka, Kerajaan Negeri bakal menambah nilai atau ‘top-up’
bakinya untuk mencukupi RM770.
Berikut adalah antara
intipati pengumuman Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng semasa
Pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan
2013 atau Belanjawan Pulau Pinang 2013 yang mengangkat tema AES iaitu
Agenda, Ekonomi dan Saksama sempena persidangan Mesyuarat Kedua Penggal
Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Ke- 12 di sini baru-baru
ini.
Katanya, kejayaan Pulau Pinang
menjadi negeri pertama bebas dari miskin tegar di Malaysia dengan
memastikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dinaikkan daripada RM500
sebulan kepada RM600 sebulan untuk tahun 2012 membuktikan keberkesanan
dasar ‘Pro-Poor’ yang dilaksanakan Kerajaan Negeri mulai tahun 2009.
Namun demikian, Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk
membasmi kemiskinan sama sekali.
Jelas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, menurut laporan IKMAS (Institute of Malaysian and International Studies, UKM) pada tahun 2011, garis kemiskinan (Poverty Line Indicator) bagi Semenanjung Malaysia merupakan RM763 sebulan.
“Garis kemiskinan ini merupakan tahap pendapatan yang diperlukan untuk menikmati taraf kehidupan yang paling minima.
“Berdasarkan garis kemiskinan RM763 ini,
kadar kemiskinan di Pulau Pinang pada tahun 2007 dan 2009 merupakan 1.4
peratus dan 1.2 peratus masing-masing.
“Dengan (mencukupkan pendapatan isi
rumah RM770 sebulan) ini, Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama
untuk mencapai taraf Miskin Sifar, Rasuah Sifar, Pengangguran Sifar dan
pada suatu hari nanti Hutang Sifar,” tegas beliau yang turut menyatakan
bahawa sejumlah RM60 juta disediakan untuk pelaksanaan
program-program sosial dan kebajikan yang dijalankan oleh Kerajaan
Negeri bagi tahun depan.
Tiba-Tiba @cmlimguaneng Menangis Teresak-Esak Kerana Ada Orang Miskin Di Penang!
Begitu hebat sekali lakonan opera Cina yang dimainkan oleh Ketua menteri
Pulau Pinang, lim Guan Eng. Berbekalkan wartawan-wartawan yang
mengikutnya melawat individu-individu gelandagan, apa yang perlu
dilakukan oleh beliau hanyalah mainan air mata agar portal Oriental
Daily dapat memberikan publisiti murahan. Benarkan begitu prihatin
sekali Ketua Menteri Pulau Pinang ini dengan isu gelandangan?
Berita di atas adalah lawatan Lim Guan Eng, ke sebuah penempatan 'soup
kitchen' yang dikenali sebagai 'The Lighthouse' berhampiran Penang Road.
Beliau beraksi menghidangkan makanan sambil menangis teresak-esak.
Beliau juga mengumumkan akan menyalurkan RM20,000 duit Kerajaan Negeri
Pulau Pinang kepada 'The Lighthouse', yang dijalankan oleh organisasi
Christian.
Kenapakah sebelum isu Ku Nan menjadi besar, kenapakah tiada berita,
gambar dan sebagainya yang menunjukkan Ketua Menteri melawat
individu-individu gelandangan, pengusaha 'soup kichen' dan menangis
teresak-esak ketika itu? Mengapakah sekarang baru berlumba-lumba
menunjukkan prihatin setelah Ku Nan membawa isu ini. Berlumba-lumba
nampaknya pemimpin DAP hendak mendapat publisiti murahan.
Disebalik lakonan ini, ramai yang sudah terlupa, tahun lepas, Kerajaan
Negeri Pulau Pinang sudah mengumumkan TIADA LAGI MISKIN TEGAR DI PULAU
PINANG. Sila baca Buletin Mutiara, portal rasmi Kerajaan Negeri Pulau
Pinang, di sini. Gambar di atas termasuk beritanya apa pula. Wayang Cina apakah yang cuba dimainkan oleh Lim Guan Eng?
AMUKANMELAYU - Tektik PAP sedang di praktikkan oleh DAP di Malaysia....nampaknya ia sudah berjaya.....banyak Melayu yang RELA MATI kerana DAP.