,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday, 31 July 2014

DAP Akan Kalah Dan ISLAMELAYU Menang Besar Jika Adakan Pilihan Raya Mengejut


MULANYA DISINI..............

ANWAR NAK LANTIK BINI JADI MB, KENAPA PAS YANG SALAH?


Kenapa semuanya sudah tidak boleh berfikir secara waras?

Mana tak nya..

Sebelum-sebelum ini Anwar dan konco-konconya SERING menuduh UMNO BN amal nepotisme dan kronisme...

Tapi bila Anwar mahu BINI dia jadi MB...walau apa alasan sekali pun..itu adalah TERANG-TERANGAN NEPOTISME...

Lalu PAS berbincang dan mungkin tidak bersetuju langkah tersebut, dan sebelum bencana melanda PAS, mereka memikir OPTION untuk tidak menjadi SELF-DESTRUCT akibat ketamakan PAS...

TAPI................

KATA RAFIZI RAMLI ....PAS YANG DIPERSALAHKAN?





ANWAR LANTIK BINI JADI MB TAK SALAH KE? TAK LANGGAR APA-APA DASAR KE?

Sekarang PAS seolah-olah nak dijadikan kambing hitam untuk cover pemilihan Wan Azizah sebagai calon MB Selangor...
Hahahaha....mampos lah korang sendiri..

Rakyat pulak macamana?
  Korang ada otak kan? Sel-sel berhubung kan? Lu pikir la sendiri...


KEMUDIAN JADI LAGU NI................

http://lh6.ggpht.com/-ePcTjFY3Iwo/U9YZopLld7I/AAAAAAAAeJQ/peLolsCphoM/s640/IMG_352703025343863.jpeg  

YANG PASTINYA ADALAH BEGINI...........

DAP Kalah Dan ISLAMELAYU Menang Besar Jika Adakan Pilihan Raya Mengejut – Tony Pua


alt
Tony Pua

KUALA LUMPUR 31 Julai - Pakatan Rakyat (PR) berisiko kalah manakala PAS pula dilenyapkan daripada Selangor sekiranya pilihan raya mengejut diadakan untuk menyelesaikan isu penggantian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, kata DAP.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata PR– yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP – akan mengalami 'kekalahan besar' sekiranya pilihan raya negeri diadakan, tetapi memberi amaran PAS akan kalah lebih besar.

Amaran ini berikutan presiden parti Islam itu yang menyokong Khalid untuk kekal sebagai menteri besar sementara parti Khalid, PKR, mahu menggantikannya dengan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Desakan PAS untuk menyokong Khalid akan mendorong kepada pilihan raya mengejut, yang akhirnya akan menyebabkan PAS kalah besar, ataupun kalah semua kerusi yang dimenanginya dengan susah payah. Ini kemungkinan besar hanya akan mengembalikan semula Selangor kepada Umno," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata memandangkan PKR dan DAP mahu menggantikan Khalid, sementara PAS bersama dengan sokongan Umno inginkan Khalid kekalkan jawatannya, oleh itu Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbahagi dua tanpa majoriti yang jelas.

"Dalam situasi sebegini, Khalid mungkin akan mendapat kebenaran daripada Sultan Selangor untuk mengadakan pilihan raya mengejut."

Pua berkata, PKR dan DAP akan hilang 3% undi Melayu dan 10% undi bukan Melayu di 7 daripada 30 kerusi DUN. Menurut Pua, PKR akan kehilangan Batu Tiga, Ijok, Kota Anggerik, Taman Medan dan Pelabuhan Klang, manakala DAP akan hilang kerusi Kuala Kubu Baru dan Sungai Pelek. PKR akan hanya tinggal 10 kerusi dan DAP 13 kerusi.

Namun di kawasan kubu kuat PAS yang mendapat sokongan Melayu, menurut Pua parti itu juga akan hilang 7 daripada 15 kerusi DUN yang dimenanginya semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Kerusi DUN terbabit adalah Sabak, Gombak Setia, Dusun Tua, Selat Kajang, Sijangkang, Morib dan Tanjong Sepat.

Manakala undi bukan Melayu terhadap PAS juga akan jatuh 25% sekaligus akan menyebabkan PAS hilang kerusi Taman Templer, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Seri Serdang dan Paya Jaras, menyebabkannya hanya tinggal tiga kerusi sahaja. Bagaimanapun tiga kerusi di Chempaka, Bangi, dan Meru juga masih dianggap tidak selamat kerana undi Melayu merosot 5% manakala bukan Melayu 30%.

"Melihat kepada senario di atas, amat sukar untuk Pakatan Rakyat mempertahankan kuasa mereka di Selangor.
"Kemenangan besar akan menjadi milik Umno apabila dapat mengembalikan semula 30 kerusi dalam DUN," katanya.
Sehubungan itu, Pua menyeru PAS supaya terus kekal dalam PR dan tidak mengecewakan harapan rakyat Selangor.
"Kami harap rakan seperjuangan PAS akan berdiri teguh bersama Pakatan dan melaksanakan janji yang ditaburkan kepada rakyat serta mengelakkan impian rakyat dikecewakan sebelum sempat ditunaikan," katanya.

Pemimpin tertinggi PAS, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan bersetuju dengan tindakan DAP dan PKR yang mahu Khalid disingkirkan sebelum akhir penggal. Konflik itu membawa kepada cadangan melalui perbualan kumpulan AJK PAS Pusat dalam WhatsApp yang mahu bergabung undi dengan Umno demi memastikan kedudukan Khalid dan kuasa politik Melayu-Islam kekal.

Namun perbualan WhatsApp yang dibocorkan dan disebarkan kepada umum itu bagaimanapun dinafikan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang menyatakan cadangannya itu hanya gambaran analisis senario sahaja.


AMUKANMELAYU - Kelompok ISLAMELAYU POLITIK di Malaysia kini terbahagi kepada dua kumpulan. PERTAMA - Melayu yang masih ada jati diri dan mempertahankan Tanah Melayu adalah HAK MELAYU dan satu kumpulan lagi adalah Melayu LIBRAL. Yang leberal inilah yang sanggup menggadai maryah Ugama, Bangsa dan Negara.......anda dalam kumpulan mana?