,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 21 July 2014

SERANGAN BALAS AL QASSAM TERHADAP NEGARA ZIONIS

 

Gambar & Video] Serangan Al Qassam Menggunakan Roket J 80 Berjaya | Buat pertama kalinya, roket J80 berjaya melepasi di Tel Aviv dan mengenai beberapa sasaran yang ditetapkan Bridged Al Qassam.

[Gambar & Video] Serangan Al Qassam Menggunakan Roket J80 Berjaya

Menerusi serangan tersebut, Briged Al Qassam mengisytiharkan mereka telah berjaya menjatuhkan 10 roket J80 ke Tel Aviv dan Beit Bam.Ada diantara roket tersebut mengenai Kem Tentera Zionis "Adam" yang terletak di Nablus.


Wartawan TV10 Zionis dilaporkan telah memohon maaf kepada penonton-penontonnya kerana Iron Dome mereka tidak mampu menghentikan roket-roket J80 Al Qassam. Tambah mereka, Al Qassam telah melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana -mana negara arab sebelum ini.


Roket ‪J80‬ Jabari bergerak secara berayun dan tidak tetap membuatkan Iron Dome tidak dapat menangkis. penganalisis tentera Israel untuk saluran Ibrani berkata roket Al Qassam J80 dihasilkan dengan teknologi untuk mengelak dari Iron Dome.


Selain itu, wartawan TV2 Zionis melaporkan terdapat kemungkinan Hamas akan meneruskan serangan ini untuk tempoh 4 minggu.


Media Zionis melaporkan seorang wanita Israel mati akibat serangan jantung kerana ketakutan yang amat sangat terhadap serangan kali ini.

[Gambar & Video] Serangan Al Qassam Menggunakan Roket J80 Berjaya

Terkini Israel akan mengumumkan tempoh gencatan senjata mereka ke atas orang awam selama 12 jam untuk memberi peluang mereka keluar meninggalkan Gaza sebelum mereka menjatuhkan bom serangan udara.


Menurut mantan pemimpin perisikan Zionis berkata, Zionis harus segera melakukan gencatan senjata sebelum keadaan akan menjadi lebih teruk ke atas Israel.

Warga Zionis sembunyi selamatkan diri dengan serangan balas Al Qassam ke Tel Aviv


Dalam pada itu, Aqsa Syarif melalui laman FB rasminya melaporkan bahawa Lapangan Terbang di Tel Aviv sesak dengan rakyat Israel yang mahu melarikan diri . Update Status Aqsa Syarif ini kira-kira pada jam 7.40 pagi waktu Malaysia 13 Julai 2014. 



Al Qassam dalam pada itu melaporkan telah bersedia dengan pasukan daratnya setelah Tentera Zionis dikatakan merancang untuk melaksanakan operasi darat. 

Gambar oleh Brigade Al Qassam -Tentera Darat siap gempur! 

Manakala Drone MILIK TENTERA ZIONIS ISRAEL yang dikatakan berkuasa memintas serangan roket dari Gaza tersasar jauh , gagal memintas dan menghentam di KAWASAN PERUMAHAN penduduk Yahudi Zionis dipercayai mengakibatkan kematian dan kecederaan.


AMUKANMELAYU - Tiada lagi GEJATAN senjata.....mara terus mara....tunggu mati, berlawan pun mati......