,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday 3 July 2014

JIKA TUANKU MASIH BERLENGAH, TUANKU TELAH MELANGGAR WASIAT NENDA DAN AYAHANDA TUANKU.

NASIB TANGAN YANG MENYUAP

 Petronas Kecam Birokrat Kerajaan

KUALA LUMPUR 23 Jun - Petroliam Nasional Bhd., (Petronas) membidas campur tangan golongan birokrat dari dalam kerajaan yang disifatkan menyukarkan syarikat itu membuat keputusan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas berkata, Petronas bukanlah sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) kerana syarikat minyak negara itu mengamalkan kecekapan dan meritokrasi untuk setanding dengan syarikat minyak global.

Beliau berkata, keputusan yang dicatatkan oleh Petronas setiap tahun menunjukkan bahawa mereka telah melaksanakan tanggungjawab untuk kekal berdaya saing di peringkat global.
"Adalah terlalu sukar untuk membuat kerja dengan jujur. Awak menghabiskan masa melakukan tugas lain daripada kerja hakiki.

"Keputusan kewangan telah menunjukkan keadaan sebenar... ia amat baik. Tidak seperti orang luar (yang menjadikan sesuatu perkara sukar) dan juga orang daripada kerajaan-birokrat. Campur tangan birokrat menjadikan sesuatu perkara menjadi susah,’’ katanya.
Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif dengan akhbar perniagaan mingguan berbahasa Inggeris The Edge keluaran 23-29 Jun 2014.

Wawancara yang bertajuk ‘Adakah Kami Tidak Berminat Pada Kecekapan’ itu bagi mengulas khabar angin yang Shamsul Azhar akan meletak jawatan.
Dalam wawancara itu, beliau menjelaskan bahawa sebahagian daripada transformasi Petronas adalah untuk menjadikan syarikat minyak negara itu model baharu dunia korporat Malaysia dari segi profesionalisme.
Mengulas lanjut, Shamsul Azhar berkata, DNA Petronas adalah, kurangnya campur tangan kerajaan, akan membolehkan Petronas bertindak secara profesional.

"Pada masa yang sama mereka (kerajaan) mahukan Petronas menjadi sebuah syarikat minyak global yang setara dengan Exxonmobils dan Shell, dan kami mahu menjadi seperti itu. Tetapi Shell dan Exxonmobils tidak banyak diganggu oleh kerajaan mereka,’’ katanya.
Beliau juga menjelaskan, dalam Akta Pembangunan Petroleum (PDA) telah menyebutkan dengan jelas - minyak dan gas adalah milik semua rakyat Malaysia. Ia tidak menyebut minyak dan gas adalah milik bumiputera semata-mata.

"Ia menyebut rakyat Malaysia, jadi ia boleh milik kerajaan, boleh juga kepada pembangkang, dan sesiapa sahaja...kami (Petronas) ini adalah penjaga.
"Setakat ini, bos saya (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak banyak mencampuri urusan Petronas, tetapi orang di sekeliling beliau yang campur tangan. Bolehkah awak boleh bayangkan masalah yang saya alami,’’ katanya.

Beliau berkata, pada 2010 Petronas menyusun semula struktur semua organisasinya, termasuklah komposisi lembaga pengarah dengan memasukkan mereka yang berkebolehan.
"Orang bercakap yang saya menyingkirkan kakitangan kerajaan dengan membawa masuk bukan Melayu, membuka Petronas yang menjadi milik orang Melayu kepada orang bukan Melayu. Adakah kami tidak berminat pada kecekapan? Inilah perkara susah yang saya hadapi.

"Petronas perlu membentuk diri menjadi organisasi profesional, tetapi pada masa sama saya ditarik dalam politik, campur tangan oleh pihak-pihak berkepentingan, oleh agenda yang ketinggalan zaman,’’ jelas beliau.
Beliau juga mendedahkan beberapa syarikat seperti Labuan (Shipyard) yang memerlukan lesen fabrikasi dan kerajaan meminta Petronas membantu kerana mereka mempunyai limbungan.
Katanya, Petronas telah membantu syarikat itu dengan memberikan lesen dengan syarat akan ada proses bida dan tender akan ditawarkan di peringkat serantau. Tetapi selepas mendapat lesen, syarikat itu mahukan peruntukan pula.

"Saya orang Melayu dan saya bangga... awak fikir saya tak akan bantu kaum saya? Sudah tentu saya mahu bantu mereka, tetapi dengan cara yang lebih sesuai, bukannya melalui pemberian dan suapan,’’ katanya. - Utusan Melayu (M) Bhd

Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu

Pihak British mengiktiraf Raja-Raja Melayu sebagai pemerintah Tanah Melayu di zaman penjajahan. Gambar hiasan.
Pihak British MENGEKALKAN Raja-Raja Melayu sebagai pemerintah Tanah Melayu di zaman campur tangan dan zaman merdeka. Gambar hiasan.

Wasiat Raja-Raja Melayu merujuk kepada 7 wasiat yang disampaikan  Raja-Raja Melayu semasa menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 .
Wasiat sembilan Raja Melayu itu terdiri dari empat Negeri Melayu Bersekutu dan lima Negeri Melayu Tidak Bersekutu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.
Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah.
Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin pernah mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.
Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:
  • Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
  • Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
  • Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Kaki Najib Terseliuh Lagi.........


Baju teguh tu..! Nak tahu teguh ke tidak baca tulisan Paneh Miang dibawah ni..! lepas tu mesti dapat jawab teguh ke tidak..!!!

Layan..

Pemimpin Melayu Sudah Hilang Jiwa Melayu

1. Selepas Tun Razak mengambil alih kepimpinan negara daripada Tunku Abdul Rahman, antara perkara utama yang dilakukan Tun Razak ialah mengarahkan ketua-ketua jabatan kerajaan, kakitangan universiti, pengurus-pengurus sumber manusia dan ketua-ketua syarikat swasta yang berbangsa Melayu untuk menghadiri kursus.

2. Perkara utama yang ditekankan dalam kursus tersebut ialah mengenai "Jiwa Melayu". Ramai ketika itu menganggap Tun Razak cuba untukbrainwash kumpulan profesional Melayu agar lebih sayangkan bangsa sendiri serta bersama berjuang menjayakan agenda Melayu. Tak kisahlahbrainwash ke tak...yang penting tindakan Tun Razak masa tu menampakkan perubahan dan hasil.

3. Dalam Perhimpunan Agong UMNO di Hotel Hilton, Kuala Lumpur pada 21 Jun 1975, Tun Razak berkata, "Kerajaan telah memperkemaskan organisasi badan-badan berkanun (atau hari ini dikenali dengan nama GLC's).........Amatlah penting dan mustahak badan-badan ini.........berjalan dengan baik dan teratur supaya orang kita benar-benar mendapat faedah daripadanya. Boleh dikatakan badan-badan ini adalah tunjang harapan kaum bumiputera untuk bersama menikmati kemajuan terutama mereka yang ingin berkecimpung di bidang perniagaan. Saya berharap pegawai-pegawai kita yang ditugaskan dalam badan-badan ini akan menjalankan kerja mereka dengan jujur dan ikhlas dan tidak menyeleweng daripada arahan yang ditetapkan itu. Sesuai dengan hasrat kita hendak mengawal dan memiliki sumber-sumber hasil bumi kita, kerajaan telah menubuhkan Petronas....."

4. Itu cerita 40 tahun dulu.

5. Baru-baru ni pengganti Mohd Hassan Marican iaitu Shamsul Azhar Abbas berkata, "Akta Pembangunan Petroleum (PDA) telah menyebutkan dengan jelas - minyak dan gas adalah milik semua rakyat Malaysia. Ia tidak menyebut minyak dan gas adalah milik bumiputera semata-mata. Ia menyebut rakyat Malaysia, jadi ia boleh milik kerajaan, boleh juga kepada pembangkang, dan sesiapa sahaja...kami (Petronas) ini adalah penjaga. Orang bercakap yang saya menyingkirkan kakitangan kerajaan dengan membawa masuk bukan Melayu, membuka Petronas yang menjadi milik orang Melayu kepada orang bukan Melayu. Adakah kami tidak berminat pada kecekapan?" Selanjutnya sini.

6. Inilah masalahnya bila wujud spesis Melayu yang dah hilang jiwa Melayu.

7. Semasa Hassan Marican terajui Petronas, adakah beliau juga tak berminat pada kecekapan? Tapi Hassan tetap berjaya mengembeleng sepenuhnya 'otak' dan 'tenaga' Melayu hingga Petronas tersenarai syarikat ke-8 paling untung di dunia dalam Fortune Global 500 dan One Of The New "Seven Sisters", iaitu sebelum munculnya nama Shamsul sebagai CEO. Tak perlu pun Hassan Marican bawa masuk bukan Melayu sebagai VP atau EVP untuk majukan Petronas atas alasan kecekapan kononnya.

8. Itulah kalau dah diri sendiri pun tak cekap serta kontang idea, dan lebih percaya pulak kaum lain hingga tergamak pandang rendah keupayaan bangsa sendiri...letaklah Shamsul ni jadi Presiden Amerika sekalipun, dia tetap akan masuk kategori bahalol.

9. Imbas semula apa yang dikatakan Tun Razak - "Boleh dikatakanbadan-badan ini adalah tunjang harapan kaum bumiputera untuk bersama menikmati kemajuan terutama mereka yang ingin berkecimpung di bidang perniagaan."

10. Kontra tak kenyataan Tun Razak berbanding CEO liberal Petronas sekarang? Tun Razak sebut badan-badan yang ditubuhkan kerajaan itu adalah tunjang harapan kaum Bumiputera, tapi sebaliknya CEO liberal kata ia bukan milik Bumiputera semata. Kan tak ke bahalol namanya tu...

11. Tapi tak bolehlah nak salahkan Shamsul Azhar 100%. Siapa yang buat keputusan Hassan Marican diganti dengan Shamsul Azhar pada 2010? Dalam sekian ramai orang, kenapa Shamsul Azhar yang dipilih sebagai CEO Petronas at the first place? Hakikatnya, hanya si liberal yang akan melantik liberalis.

12. Hari ini makin ramai orang Melayu sudah hilang "Jiwa Melayu", baik dalam kerajaan, swasta, GLC, apatah lagi pembangkang. Tiada lagi dalam diri orang Melayu perasaan sayangkan bangsa sendiri, nak bantu bangsa sendiri, apatah lagi nak pastikan bangsa sendiri berjaya. Malah semakin ramai pulak Melayu hari ini yang malu nak mengaku Melayu...tak percaya tanya KJ!!

13. Selagi negara ini diterajui si liberal, selama itulah nasib Melayu tampak semakin kelam dan suram.
 
 
AMUKANMELAYU - Sudah sampai masanya Tuanku semua keluar dari "PAGAR ISTANA" dan lihatlah Ugama, Bangsa dan Tanah Air sedang di hina semahunya. Demokrasi sudah menjadi medan "PEREBUTAN KUASA" dan Parti Politik menjadi Syarikat untuk mengambil Hasil Negara dan Calon kini adalah satu kerjaya untuk mengumpul kekayaan.......ampun Tuanku, perbetulkanlah sebelum ianya terlewat dan kita akan kehilangan apa yang ada......