,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 15 July 2014

SULTAN SELANGOR MURKA DENGAN KHALID SAMAD


 
 
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kerana mempersoalkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan mencadangkan kuasa eksekutif pihak berkuasa agama itu ditarik balik.
 
Baginda dalam titah ucapan semasa merasmikan Masjid Pekan Sepang, di Selangor hari ini berkata, meskipun bukan anak jati Selangor, Khalid yang diberi peluang menjadi wakil rakyat di negeri itu seharusnya mengambil peluang mendalami sejarah negeri Selangor dan undang-undang yang terpakai terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.
“Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mempersoalkan kuasa eksekutif Mais dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Mais,” kata baginda dalam ucapannya.
“Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.” 
Baginda berkata, kenyataan Khalid itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan Mais yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu baginda dalam menjalankan kuasa sebagai Ketua Agama Islam di negeri Selangor.
“Tindakan Khalid mempersoalkan kuasa Mais seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa beta sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat daripada pihak Mais berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang.
“Ini bukan kali pertama Khalid mempersoalkan tentang isu berkaitan kuasa eksekutif Mais dan juga Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk,” kata baginda.
Baginda turut memberi amaran kepada Khalid supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan pada masa hadapan.
“Oleh itu, beta menyeru kepada Khalid agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa beta dan peranan Mais di dalam menasihati beta mengenai agama Islam,” kata baginda.
Khalid sebelum ini menggesa kerajaan negeri Selangor mengurangkan kuasa Mais  atas alasan demi melindungi imej Sultan Selangor daripada terus dikritik rakyat ekoran isu rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban oleh pihak berkuasa agama Selangor.
Khalid berkata, cadangannya memansuhkan kuasa eksekutif Mais tidak bermakna menolak kedudukan sultan sebagai ketua agama Selangor kerana kuasa eksekutif adalah kuasa pelaksanaan.
“Jika berlakunya kesilapan (Mais) rakyat akan marah dan ditujukan kepada golongan eksekutif bukannya kepada sultan.
“Jadi dengan cara itu, institusi sultan akan bersih daripada kesilapan atau tindakan yang boleh menyebabkan kemarahan rakyat.
“Institusi kesultanan sepatutnya bebas daripada apa-apa supaya ia tidak dikritik,” katanya.

AMUKANMELAYU - Sultan, PM, TPM, MB dan Menteri Melayu......kami mahu suara...suara....bersuralah.