Binladin dengan Menara Jam Gergasi Di Sisi Kaabah
MASJIDIL HARAM - Beginilah Kota Mekah yang sedang melalui PERUBAHAN pesat. |
Binaan
bangunan besar, mewah dan moden bersebelahan Masjidil Haram menjadi
buah mulut Umat Islam, dan dipersoalkan sejauh manakah keperluannya?
Untuk siapa?
Sebahagian
dari Umat Muhammad saw menyatakan: "Menara Jam Tertinggi di Mekah
Petanda Kiamat" Sejauh mana benar berita ini sama-samalah kita
renungkan.
Perbandingan
|
Tujuh
buah menara yang rata-rata besar dan tinggi, namun menara utamanya yang
menempatkani jam gergasi di puncaknya itulah yang menarik perhatian.
Menara ini mempunyai 76 tingkat dan 1005 buah bilik hotel 7 bintang,
5 kali lebih besar dari Big Ben di London
|
Sebuah
menara jam tertinggi telah siap dibina di Mekah. Nama lengkap bagi
menara jam ini adalah Menara Jam Diraja Mekah atau popularnya Menara
Abraj Al-Bait. Menara jam ini dibina oleh syarikat pembinaan tersohor
Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group membabitkan
250 tenaga kerja mahir umat Islam. Ianya terletak bersebelahan Masjidil
Haram di atas tapak Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah
yang telah diruntuhkan.
Makkah Moden
Sebagai seorang Muslim adakah anda turut merasa hebat, gembira, kagum dan bangga bila diberitahu mengenainya? Di satu sudud, ia memberi gambaran positif bahawa negara Islam telah maju dan telah mampu membina bangunan pencakar langit yang hebat dan mewah. Orang Islam mampu membina bangunan yang luar biasa besar melibatkan 16 juta kaki persegi dan berketinggian 577 meter menjadi yang kedua tertinggi di dunia pada masa ini. Setanding dengan negara yang dikatakan termaju di benua Eropah dan Amerika. Dubai yang telah membina Burj al Khalifa kini di rekodkan sebagai bangunan tertinggi juga sebuah negara Islam.
Sebagai seorang Muslim adakah anda turut merasa hebat, gembira, kagum dan bangga bila diberitahu mengenainya? Di satu sudud, ia memberi gambaran positif bahawa negara Islam telah maju dan telah mampu membina bangunan pencakar langit yang hebat dan mewah. Orang Islam mampu membina bangunan yang luar biasa besar melibatkan 16 juta kaki persegi dan berketinggian 577 meter menjadi yang kedua tertinggi di dunia pada masa ini. Setanding dengan negara yang dikatakan termaju di benua Eropah dan Amerika. Dubai yang telah membina Burj al Khalifa kini di rekodkan sebagai bangunan tertinggi juga sebuah negara Islam.
Menara jam dan perbandingan dengan bangunan sekitarnya
|
Adakah
kerajaan Saudi sedang mempromosi Bandar (Bandaraya?) Suci Makkatul
Mukarramah dan Masjidil Haram kepada para penduduk di USA dan Eropah?
Memang diketahui umum masyarakat dunia terutamanya di rantau Eropah juga
Amerika Utara tentunya USA amat tertarik dengan bangunan tinggi dan
mewah lebih-lebih lagi yang berukuran gigantik umpama bangunan di Makkah
ini. Secara kasar ia kelihatan sedemikian. Cubaan untuk berdakwah
kepada masyarakat dunia moden.
Sesuatu
hal yang cukup menakjubkan bagi mereka yang memihak kepada perlumbaan
ini. Dunia keseluruhannya amat berminat mengetahui perkara ganjil dan
gah dan menjadi kebiasaan bagi masyarakat moden Barat. Secara tidak
langsung binaan ini menarik perhatian masyarakat dunia ketika USA, NATO
dan Israel sedang melakukan kempen memburuk-burukkan Islam serta
membelasah rakyat Pelestin, Afghanistan dan Libya.
Antara
yang menarik mengenai kompleks menara jam gigantik ini ialah
keseluruhan ruang legarnya amat besar, berukuran 1,500,000 m2
(16,150,000 kaki persegi). 16.1 juta kaki persegi itu sememangnya cukup
luas. Ketinggiannya pula melebihi Emirates Park Towers di Dubai yang
mana sebelum ini merupakan sebuah hotel tertinggi di dunia..
Bagaimanakah
keadaan hotel bertaraf 7 bintang ini? Berapa pula kadar harga
penginapan untuk satu hari? Mungkin ada diantara pembaca yang pernah
menginap di hotel bertaraf ini.
Kadar Termurah RM633
|
mewah
|
untuk siapa?
|
Dari
segi ketinggiannya, menara jam ini akan menjadi bangunan kedua
tertinggi di dunia dengan ketinggian keseluruhan 601 meter, mengatasi
menara Taipei 101 (509 meter) dan berada di belakang Burj Khalifa (828
meter).
Jam
yang berada pada setiap sisi menara adalah berukuran 43×43 meter
menjadikannya sebagai sebuah jam yang paling besar di dunia. Muka jam
yang berdiameter 5 kali lebih besar daripada Big Ben di London itu
ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta cahaya
LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan
berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu
solat fardu.
Jam ini mengguna pakai waktu standard Arab Saudi,
tiga jam ke hadapan daripada Waktu Rasmi Dunia (Universal Time
Standard). Terdapat ura-ura mengatakan menara jam tersebut bakal
menggantikan Universal Time Standard yang sudah berusia melebihi 126
tahun yang lebih dikenali sebagai Greenwich Mean Time (GMT). Dalam
persidangan di Doha pada 2008, ulama dan cendekiawan Islam berpendapat
waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridian dunia kerana kedudukan Mekah di tengah-tengah dunia.
Terletak bersebelahan Masjidil Haram
|
Spesifikasi bangunan menara jam
|
Dengan terbinanya menara itu, akan mengukuhkan lagi petanda bahawa Hari Kiamat semakin dekat. Ini berdasarkan hadis di bawah :Kompleks hotel tertinggi di dunia. Menara Jam tertinggi di dunia. Permukaan Jam terbesar di dunia. Keluasan lantai terbesar di dunia. Bangunan kedua tertinggi di dunia.
Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala kambing berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim" (Hadis Riwayat Ibn Majah)
Ya Allah.. Tetapkanlah iman kami supaya tidak terpesong dengan permainan duniawi ini. PerkenankanlahYa Allah..
credit salafus-sholih
Amaran
Di
sisi lain jika ditinjau, kelihatan ada sesuatu yang sedang di tunjukkan
oleh Allah swt kepada umat Islam. Semakin moden manusia, semakin jauh
mereka meninggalkan yang hak dan mementingkan kekuasaan, pengaruh dan
kemegahan.
Umat
Islam majoritinya sedang bergelut dengan kemiskinan dan kelaparan malah
ada yang sedang dizalimi dan menjadi mangsa kebiadaban musuh, di masa
yang sama ada pihak yang lain sanggup membelanjakan berbillion dollar
untuk menaja kemasyhuran dan kemegahan. Jika tidak berlaku di Makkatul
Mukarramah, ia tidak begitu ketara tetapi kini apabiila ia dibina
benar-benar besebelahan Masjid al Haram yang terletaknya Kaabah,
mengundang perhatian masyarakat Islam.
"Kompleks Hotel 7 Bintang"
itu untuk siapa sebenarnya jika bukan untuk golongan atasan yang hidup
mewah atau para pemimpin negara atau ahli keluarga di raja. Mampukah
orang awan yang biasanya membawa wang hanya secukup hidup ketika
mengunjungi Tabah Suci semasa menunaikan Fardhu Haji menginap di sana?
Tentu sekali tidak. Mereka tidak layak.
Bagaimana
pula perasaan mereka (orang awam) yang majoritinya miskin melihat
golongan yang bermewah-mewah ini? Tanpa di sedari cabaran keimanan yang
cukup hebat telah mulai melanda umat ini. Itu belum diambil kira tahap
keimanan yang tergugat dengan adanya bangunan raksasa tersergam di
sebelah Kaabah. Sekali gus meronta iman semasa menunaikan ibadat. Apakah
dengan ini cahaya Kaabah akan turut merosot dan pudar di hati kaum
Muslimin?
Mungkin
juga kerajaan Arab Saudi yang kaya raya ini akan bermurah hati
memberikan subsidi kepada jemaah yang miskin untuk sama-sama menikmati
nikmat Allah ini. Sepatutnya ia berlaku begitu, sebagai Umara yang
diberi amanah menjaga kepentingan jemaah di Tanah Suci Makkah ini. Jika
ini terjadi, pembinaan tersebut merupakan satu anugerah Allah kepada
umat Islam, tetapi jika sebaliknya, ia adalah satu bencana, mengambarkan
kemurkaan Allah kepada kita kerana mementingkan dunia berbanding
akhirat
Persoalan
seterusnya ialah siapa penguasaha projek ini selain kerajaan Arab
Saudi? Apakah wujud matlamat yang terselindung di sebalik nada merdu
yang dialunkan "menaikkan imej kaum Muslimin dan memberi keselesaan
kepada jemaah"?
Sesiapa
yang pernah ke Mekah akan dapat mengesahkan bahawa bandar suci ini
sudah semakin segar menuju ke arah sebuah pusat perniagaan dan pusat
pelancungan berbanding menjadi tumpuan melaksanakan amal ibadah. Pelabur
luar juga mengambil kesempatan mengaut keuntungan dari projek mega
seperti ini.
Ibadah Haji bakal bertukar menjadi aktiviti pelancungan? Satu suara yang amat menggerunkan kerana ia merupakan sesuatu yang terkeluar dari norma kemurnian Tanah Suci..
Seterusnya
kita lihat situasi semasa, siapa yang akan menguruskan hotel mewah ini?
Hotel, Pusat Belibelah dan Pangsapuri Mewah. dikendalikan oleh berbagai
syarikat tempatan dan luar negeri termasuk syarikat besar seperti
Fairmont, Raffles dan Movenpick.
Super-skyscraper yang dibangunkan di Makkah ini hanya tiga minit dari Masjidil Haram. Ada hotel glam seperti Sofitel dan Movenpick. Akan ada Raffles Makkah. Boleh makan coklat mewah, makan ice-cream dalam restoran dengan pandangan atas Kaabah.
Raffles Makkah ini akan dibina selepas Raffles Singapore (original) dan Raffles Dubai.Sebenarnya, kumpulan hotel Raffles ini bukan lagi milik Singapura, tetapi kumpulan Fairmont dari Amerika. Dan kumpulan Fairmont Raffles International dicontrol oleh orang kaya Saudi (juga orang Muslim terkaya di dunia), Prince Alwaleed bin Talal.
Yang saya khuatir ialah budaya menunjuk-nunjuk terbawa-bawa ke Tanah Suci. Lepas Raffles nanti Four Seasons dan St Regis dsbnya nak masuk ke Makkah dan Madinah. Nanti bila kita kongsi pengalaman di Makkah begini: 'Aku ke Makkah dulu tinggal di Ritz Carlton selama 10 malam. Alamak!?! Kau menetap di Kaskas Makkah Apartments saja!' 'Kau makan lontong yang disiapkan tukang masak Tabung Haji?!?! Kesian. Kami makan kat restaurant Terraces On The Clouds terus nampak orang sembahyang di Kaabah'.
Budaya apa yang mereka bawa?
Makkah Clock Royal Tower - A Fairmont Hotel has 858 guestrooms. Guestrooms have city or courtyard views. Guestrooms have LCD televisions with satellite channels and free movie channels. Complimentary wireless and wired high-speed Internet access is provided. All accommodations provide desks, in-room safes (accommodate laptops), and speakerphones. Beds have Select Comfort mattresses, signature bedding, and Egyptian cotton linens. Each unit is individually decorated and furnished. All units feature coffee/tea makers. Bathrooms offershower/tub combinations with handheld showerheads, and rainfall showerheads. Bathrooms also include phones, bathrobes, and designer toiletries. Additional amenities include washers/dryers, sofa beds, and separate sitting areas. In addition, a turndown service is offered nightly,housekeeping is available daily, and amenities available on request include irons/ironing boards. Cribs (infant beds) and rollaway beds are available. All guestrooms at Makkah Clock Royal Tower - A Fairmont Hotel are non-smoking.
- American Express
- Diners Club
- JCB International
- MasterCard
- Visa
Bin Laden
Fenomena
Bin Laden ini juga agak ganjil. Ketika dunia memprovok kejahatan dan
keganansan melalui seorang yang juga bernama Bin Ladin (sebagai
"pengganas terganas" di dunia) terpacul pula Bin Ladin Group yang
mempunyai keunggulan serta mampu membina sebuah bangunan hebat di dunia.
Adakah ia berlaku secara kebetulan? Penonjolan nama Bin Laden ini
seolah satu permainan yang saling bertentangan. Siapa Bin Laden
sebenarnya? Jika diambilkira Osama Bin Laden yang terkenal itu, ia
adalah seorang boneka ciptaan CIA yahudi-amerika bagi membolehkan Islam
diperangi dan pada waktu yang sama wujud pula Binladen Group yang kaya
raya besekutu dengan para pereka bentuk bangunan dan kontrektor Barat.
Menjadi sahabat baik kerajaan Saudi serta sering sahaja mendapat ruang
dalam bidang hartanah di sana. Perkara yang merisaukan ialah sejauh
manakah sentuhan masons dalam usaha menggugat keimanan orang Islam?
Persoalan ini semakin kuat menerjah minda kita semua.
Benladin Group dikesan sebagai salah sebuah syarikat yang berpengaruh di rantau Arab terutama Arab Saudi dan mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan dan beberapa syarikat besar di USA.
Arkitek: Dar Al-Handasah Consultants (Shair & Partners) (U.K.) Limited beroperasi di UK (London)
Benladin Group dikesan sebagai salah sebuah syarikat yang berpengaruh di rantau Arab terutama Arab Saudi dan mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan dan beberapa syarikat besar di USA.
Arkitek: Dar Al-Handasah Consultants (Shair & Partners) (U.K.) Limited beroperasi di UK (London)
Cuba perhatikan bentuk bangunan Abraj al Bait ini. Ia mengambil bentuk sebuah bangunan yang terkenal di New York,USA iaitu Empire State Building. Kemiripan reka bentuknya amat ketara. Sementara jamnya pula meniru teknologi Big Ben, London.
Empire State Building |
Big Ben, London
|
Rungutan
Pandangan seorang bloger, "Manusia memang makhluk angkuh! Mungkin
anda bersependapat dengan saya. Pembangunan menara-menara tinggi ini
seolah ‘mengejek’ kemanusiaan. Meninggalkan seribu masalah yang menjadi
tanggungjawab manusia itu sendiri, seperti kemiskinan, bencana alam,
jurang sosial, peperangan, penjajahan, dan sebagainya. Dari
satu sudut, manusia memang makhluk bijak yang dianugerahkan Allah
dengan akal dan ilmu. Ternyata cara pembangunan Piramid Mesir masih
menjadi misteri yang bahkan saintis sendiri belum mampu memecahkannya, kepintaran manusia di bidang arkitek, kelak tidak akan menyeret kita ke dalam arus pembinasaan ala Kaum ‘Aad atau Fir’aun".
Luahan rasa marah seorang muslim apabila mengetahui perkara ini. Adakah kerajaan Saudi mahu mendengar keluhan seperti ini?
"What the hell Saud Family is thinking turning this holiest place into New York City? Mashaallah! Agreed turn Jeddah into New York but not Makkah. Never heard or read from scholars that a place like New York would strengthen your faith".
"Bahkan
di Tanah Suci pun manusia sudah berani membuat bangunan tinggi yang
berdiri melangit iaitu pembangunan mall terbesar di Arab Saudi, tepatnya
di kota suci Makkah, Abraj al-Bait, yang berdiri megah dengan menara
jam tertinggi di dunia seolah-olah hendak menerkam menara-menara tua
Masjidil Haram dan memperlihatkan betapa ‘rendah’nya Kaabah, bangunan
yang paling dianggap suci oleh umat Muslim sedunia."
Rancangan Saudi membangun Makkah menjelang tahun 2020 . Mengapa 2020?
Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, “Telah
menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang
menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya,
lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang
terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu baginda pun
bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah
dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu
itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya
daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka
hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa
Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan
mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu
dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang
diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.” H.R. Abu Daud dan Tirmizi
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., “Bahawasanya
kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba
datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya
sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah
saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana
mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana
sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab
sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang
terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah).
Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada
suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di
waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu
hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi
(menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?“. Maka
jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik
daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah
ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”. Lalu Nabi saw. bersabda,
“Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu
di hari itu”. H.R. Termizi
“Sesungguhnya
Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada
Tuhannya) ialah (Kaabah) di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk
hidayah bagi umat manusia.” - (Quran, al-Imran: 96)
Ada
satu riwayat yang panjang iaitu sebuah hadis percakapan antara Nabi
Muhammad SAW dengan Malaikat Jibril AS tentang Islam, Iman, Ihsan, dan
tanda-tanda Hari Kiamat: Kita petil hanya sebahagian kecil dari hadis
tersebut yang menyentuh persoalan ini.
".... Beritahulah aku sebahagian dari tanda-tanda Kiamat itu”.
Beliau menjawab, “Apabila ada hamba sahaya wanita melahirkan tuannya dan apabila kamu melihat orang-orang tak beralas kaki, tak berpakaian sempurna lagi melarat , pengembala kambing saling membangga-banggakan diri dalam membangun bangunan yang tinggi‘. (Hadith Riwayat Muslim)
Mungkin ada dari pembaca yang dapat memberikan huraian yang lebih jelas terhadap maksud ayat ini.
1. Orang-orang tak beralas kaki
2. Orang-orang tak berpakaian
3. Orang-orang yang melarat
4. Pengembala kambing.
Bagaimana ia dapat dikaitkan dengan perkataan "membanggakan diri dalam membangun bangunan yang tinggi"? Terutama dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini.
Sebelum
ini sukar bagi kita menemui sesaorang yang mampu mengemukakan hujah
mengenainya dan jika pun ada, masih belum dapat memberikan kupasan yang
memuaskan. Di manakah logiknya bangunan yang tinggi menjulang langit
dibina oleh manusia kerdil tersebut terutama di negara Barat, contoh
terdekat ialah Menara Petronas. Apabila munculnya Abraj al Bait ini
terpancar satu pandangan yang lebih kukuh.
Pertama
Baginda saw merupakan orang Arab dan berbicara di Tanah Arab kepada
orang Arab. Lebih jujur kita katakan ia melibatkan secara terus dengan
masyarakat Islam di Tanah Arab. Kedua. siapa gembala kambing, orang tak
berkasut dan orang tak berbaju di Tanah Arab? Siapa mereka ini
berdasarkan masa Baginda hidup? Kemunasabahannya, ia menjurus kepada
masyarakat yang tinggal di pendalaman, hidup melarat dan pekerjaan
mereka hanya menternak kambing. Mereka ialah masyarakat yang digelar
Badwi.
Raja Abdullah |
Apa
pula kaitan antara orang Badwi dengan menara Abraj al Bait ini? Untuk
itu kita kena menoleh kembali sejarah lampau dari mana asal datangnya
kerabat diraja Saudi Arabia sekarang.
Gambar Abraj al Bait dari Flicr.com
AMUKANMELAYU - Kita akan di sambut sebagai pelancung dan tidak lagi sebagai tetamu Allah.