,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday, 30 July 2013

ZAMAN NAJIB SEMUA ADA

 

Malaysia dah macam cerita koboi..dipenuhi dengan penjahat dan peguam yang jahat..penjahat tembak sana..tembak sini..peguam jahat tolong lepaskan...Sherif dan penolong sherif tak boleh buat apa-apa..tengok saja..tupun nasib baik Sherif tak kena dakwa sebab tangkap penjahat...!!!
Nak tunggu Lone RAnger muncul..???? Ada ke Lone RAnger kat Malaysia...??? Atau Lone RAnger kat Malaysia tu ISA..???

DI ZAMAN PEMERINTAHAN NAJIB...NASIB ISLAM, MELAYU,TANAH TUMPAH DARAH DAN JENAYAH

NAJIB - Aku dah terlebihkan Cina,....Melayu......maafkan saya.

1. Di zaman pemerintahan Najib, budak Cina simbah surau dengan cat merah di Melaka cukup diselesaikan dengan permintaan maaf tetapi budak melayu yang bakar pintu gereja di Ulu Klang kena tindakan penjara beberapa tahun.

2. Di zaman pemerintahan Najib, Namewee hina agama islam dengan main-mainkan azan dan juga main-mainkan lagu negaraku tiada tindakan diambil malahan Najib jadikan dia sebagai ikon 1Malaysia.
MENGHINA - Islam di hina di dalam UTube


3. Di zaman pemerintahan Najib, budak cina bernama Alvin dan Vivian hina agama islam dilepaskan dengan jaminan dan boleh bebas tetapi budak melayu yang pukul budak cina yang hina islam bakal berdepan dengan hukuman berat iaitu hukuman mati.

4. Di zaman pemerintahan Najib, guru cina di Johor hina orang melayu dengan perkataan bodoh tidak dikenakan apa-apa tindakan walaupun report polis telah dibuat oleh penjaga murid melayu di sekolah tersebut tetapi Guru besar sekolah berdepan dengan siasatan kerana menyediakan bilik persalinan sebagai tempat makan sementara kerja ubah-suai kantin siap.

5. Di zaman pemerintahan Najib, filem cina berjudul The New Village yang mengangkat martabat cina komunis yang konon membebaskan negara ini dari kezaliman British telah diluluskan oleh Finas tetapi filem yang mengangkat martabat melayu Tanda Putra tidak diluluskan bertahun lama.

6. Di zaman pemerintahan Najib, ISA dihapuskan dan kesannya ahli politik semakin berani dan semakin melampau buat kacau bilau dalam negara ini.
Di tembak mati di depan isteri


7. Di zaman pemerintahan Najib, Akta Pencegahan Jenayah dihapuskan dan pelbagai akta yang berkaitan dengan keamanan negara dihapuskan demi menyenangkan hati pembangkang dan akhirnya tengoklah kejadian tembak mati makin mendadak akhir-akhir ini.

8. Di zaman pemerintahan Najib, Najib mencuba nasib negara ini dengan join TPP yang beri keuntungan kepada Amerika.

9. Di zaman pemerintahan Najib, Najib telah rosakkan rakyat negara ini dengan pemberian duit.

10.Di zaman pemerintahan Najib, EC (Suruhanjaya Pilihanraya) dipaksa letak bawah parlimen.

11.Di zaman pemerintahan Najib, melayu rasa sangat sakit hati berbanding bawah pemerintahan Pak Lah.

12.Di zaman pemerintahan Najib, cina dan india merasa mereka patut dapat hak sama rata dari segi agama dengan tuan tanahair ini iaitu melayu.

13. Di zaman pemerintahan Najib, cina secara terbuka dalam PRU-13 menunjukkan mereka mahu kuasa pemerintahan negara ini selepas kuasa ekonomi berada kukuh dalam genggaman mereka.

14. Di zaman pemerintahan Najib, projek GLC untuk syarikat bumiputera seperti perkhidmatan internet di sekolah-sekolah seluruh negara diserahkan kepada syarikat cina, YTL dimana sebelum ini diurus dua syarikat bumiputera iaitu JARING dan TM.

15. Di zaman pemerintahan Najib, apa lagi bakal berlaku.....

16. Di zaman pemerintahan Najib, ada lagikah kes orang islam-melayu akan dipijak-pijak....

17. Di zaman pemerintahan Najib, adakah islam akan jadi layu...

18. Di zaman pemerintahan Najib, adakah cina akan semakin kukuh cengkaman keatas negara ini...

19. Di zaman pemerintahan Najib, adakah penasihat-penasihat Najib akan terus memperbodohkan Najib dengan pelbagai mimpi india..

20. Di zaman pemerintahan Najib, apa lagi......

Sebagaimana Tun M tidak pernah kenal penat lelah menggesa Pak Lah turun takhta dulu ..begitulah kami umat islam takkan kenal penat lelah menggesa Najib, Hishamudin, Nazri dan KJ tinggalkan barisan kepimpinan melayu-islam demi menjaga ketinggian agama islam, bangsa melayu dan tanah air ini..cukuplah bodohkan rakyat demi masa depan politik kamu sebagaimana pemimpin & ustaz PAS bodohkan rakyat dengan agama palsu mereka demi masa depan politik mereka....

AYAHANDA TUN M

Tun M semakin bimbang dengan "salah kepimpinan" dan "salah penekanan" serta "salah keutamaan" yang sedang dilakukan oleh DS Najib dalam melakukan usaha menarik kembali sokongan rakyat terhadap parti dan kerajaan yang telah menjadi lemah.

Antara sebilangan dari perkara-perkara sensitif yang telah dijadikan isu dan polimik politik hingga kepimpinan DS Najib telah dianggap lemah pada tanggapan umum;

1. Isu komunis yang selamanya diketahui menjadi pengkhianat negara, hampir berjaya ditukarkan persepsi menjadi hero negara oleh para politikus pembangkang.

2. Filem Tanda Putera hingga hari ini masih ditangguhkan penayangannya, tetapi filem The New Village yang diterbitkan kemudian begitu mudah mendapat kelulusan penayangannya.

3. Tanda putera yang mengkisahkan perjuangan tokoh negara, Tun Razak dan Tun Dr Ismail, sebenarnya tanpa sesiapa yang mendesak agar ianya jangan ditayangkan.
Kerajaan sendiri yang merasakan sendiri filem itu "mungkin sensitif" kerana ada mengkisahkan peristiwa 13 Mei. Maka, kerajaan pantas bertindak menangguhkan penayangannya beberapa kali kerana khuatir dan mahu menjaga sensitiviti kaum cina, walaupun kisah tersebut adalah realiti sejarah.

Selepas itu, baru Lim Kit Siang buat bising. Tiada siapa yang heboh atau marah sebelum itu. Kerajaan yang tiba-tiba timbul rasa takut sendiri.

Tapi, dalam kes Filem TNVillage, berani pula kerajaan meluluskan tayanganya walaupun jelas filem tersebut cuba mengolah semula persepsi baru tentang "perjuangan komunis" di negara ini.

4. Jenama 1Msia yang telah dijadikan jenama spekulasi dan manipulasi pelbagai pihak. Masing-masing bebas memberi definasi sendiri, hingga akhirnya rakyat gagal mengetahui apakah definasi sebenar yang sepatutnya difahami dari jenama 1Msia.

Akhirnya, telah menimbulkan polimik antara melayu dan bukan melayu, macam polimik anak-anak kecil kita bergaduh. Bila bergaduh dan berbalah masing-masing mencari jalan agar emak bapak menyokong mereka. Adik meyakinkan ayah bahawa dia yang betul. Abang pula yakinkan ibu bahawa dia tak salah.

Yang lemah, emak ayah yang tak pandai mengurus krisis antara anak-anak. Bila adik mengadu, ayah cakap adik betul. Bila abang mengadu, ayah pun cakap abang betul.

Ayah beri jaminan pada adik, "nanti ayah rotan dia", mana boleh abang buat macam tu.
Bila abang pula mengadu hal adik, ayah pun bagi jaminan pada abang, "nanti siaplah, balik rumah nanti abah rotan adik", mana boleh buat abang macam tu.

Inilah gambaran bagaimana DS Najib menguruskan "krisis definasi"  1Msia. Akhirnya hampir satu Malaysia tolak Najib dalam PRU lalu.

Melayu kata 1Msia tetap jaga segala kepentingan, hak dan keistimewaan melayu dan agama Islam. Cina kata, "mana boleh. 1Msia itu kita semua mesti sama rata sama rasa. Itu baru adil dan 1Msia".

5. Hakim yang memutuskan status agama anak pasangan bercerai yang berumur 3 tahun di mahkamah Ipoh minggu lepas dihakimi oleh hakim bukan Islam. Kenapa jadi macam ini? Dulu kes penggunaan nama Allah oleh Herald Tribune juga telah dihakimi oleh hakim bukan Islam.

Setakat isu rencah ini pun sudah cukup untuk kita menilai "beberapa dari sekelian banyak kelemahan" yang sedang dilakukan oleh kepimpinan negara. Isu ini sudah memadai untuk kita terima hakikat, dan jadi kayu pengukur yang menyebabkan kita sedar, "padanlah semua pihak ambil kesempatan dengan DS Najib. Memang PM lemah". -