,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 30 July 2013

MUNGKIN PEGUAM NEGARA BERI PELUANG PADA ZAHID KEMUKAKAN PINDAAN EO DAN ISA KEPADA HUDUD DAN KISAS


KATA Najib - Jenayah: PM Arah Polis Kembalikan Keamanan, Keyakinan Rakyat

KUALA LUMPUR 31 Julai - Perdana Menteri mengarahkan pasukan polis supaya mengembalikan semula ketenteraman awam dan keyakinan rakyat berhubung soal keselamatan dalam negara dengan jangan membenarkan jenayah berat berterusan.
Dalam status terbaru akaun Facebook beliau hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata:
"Kita tidak boleh benarkan situasi dengan jenayah berat ini berterusan. Tindakan serta-merta perlu diambil oleh pihak berkuasa untuk mengembalikan semula keamanan dan keyakinan rakyat.
"Ia terpulanglah kepada pihak polis untuk mengemukakan kepada kerajaan apa keperluan mereka, dan kita akan berikan apa mereka perlu untuk meningkatkan keberkesanan pasukan dalam menangani jenayah berat." - UTUSAN ONLINE


KATA Rakyat - Memorandum Ganti EO Diserah

KUALA LUMPUR 21 Julai - Satu memorandum telah diserahkan kepada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi mendesak undang-undang khas pencegahan jenayah diwujudkan dengan segera untuk menggantikan Ordinan Darurat (EO) serta beberapa akta lain yang telah dimansuhkan.

Memorandum yang turut disertakan 10,000 tanda tangan penduduk di Lembah Kelang itu adalah sebagai tanda sokongan masyarakat terhadap pembentukan undang-undang baharu berkenaan.
Pengerusi Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia, Kuan Chee Heng berkata, memorandum serta tanda tangan itu kemudian diserahkan kepada Khalid yang diterima oleh Penolong Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini.

"Kami mahu undang-undang pencegahan jenayah itu digubal segera, setelah EO dan beberapa akta lain dimansuhkan kerana polis sukar ambil tindakan pencegahan jenayah.
"Ini kerana akta yang ada ketika ini hanya memperuntukkan undang-undang dan hukuman terhadap pesalah jika kejadian jenayah sudah pun berlaku," katanya kepada pemberita semasa majlis menandatangani memorandum sokongan undang-undang pencegahan jenayah dan penggunaan E-plat kenderaan di Taman Puchong Utama dekat sini hari ini.

KATA Amukanmelayu - Bukan kembalikan Keyakinan Raayat, sebaliknya kembalikan EO dan ISA

KATA Zahid - Peguam Negara, 90% jenayah berat dilakukan bekas tahanan Ordinan Darurat

zahidhamidi
ZAHID - Mung buat kerja mung, Aku buat kerja Aku.
July 18, 2013   
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tampil menafikan kenyataan Peguam Negara bahawa tiada bukti bekas tahanan Ordinan Darurat terbabit dalam jenayah berat.

Menurut Zahid Sebanyak 90 peratus kejadian jenayah berat kebelakangan ini terutama kes bunuh dilakukan bekas tahanan penjara Simpang Renggam yang dibebaskan daripada tahanan Ordinan Darurat.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak termasuk Jabatan Peguam Negara memahami permasalahan polis yang disifatkan beliau sebagai ‘tidak bergigi’ selepas ordinan itu dihapuskan.
Katanya, polis menghormati transformasi undang-undang tetapi Jabatan Peguam Negara juga tidak seharusnya melihat kepada aspek perundangan semata-mata sehingga terlepas pandang kaedah membanteras jenayah.

Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap akta baharu yang bakal menggantikan Ordinan Darurat kelak perlu mempunyai unsur menyamai ordinan itu sekalipun tiada penangkapan pencegahan.

“Lihat aspek bagaimana masyarakat keseluruhan harus dijaga, bagaimana jenayah perlu dibanteras dan bagaimana ‘kuman’ harus dibuang kerana tidak semua perlakuan jenayah ini ada saksi, tetapi polis dan masyarakat tahu siapa suspek,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama penagih yang sedang menjalani proses pemulihan serta anak-anak yatim di Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sini malam ini.
Dalam majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM15,000 kepada rumah perlindungan wanita iaitu Teratak Arfidah selain sumbangan kepada para penagih dan anak-anak yatim.

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika mengulas perkembangan akta baharu bagi menggantikan Ordinan Darurat berkata, beliau tidak menyokong sebarang pembentukan undang-undang yang membenarkan penahanan untuk pencegahan (preventive detention).
Mengenai desakan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming supaya beliau meminta maaf kepada Dewan Rakyat berhubung jawapannya mengenai Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), Ahmad Zahid berkata, perkara itu tidak perlu.

“Suruh dia baca jawapan saya yang terkandung dalam hansard Dewan Rakyat betul-betul. Kalau dia faham bahasa Melayu, saya tak perlu minta maaf sebaliknya dia yang sepatutnya meminta maaf,” katanya.
Menyentuh mengenai AADK pula, beliau berkata, sebuah pusat pemulihan berbayar akan dibangunkan sebagai pelengkap kepada pusat rawatan sedia ada bagi merawat penagih tegar yang masih mempunyai peluang disembuhkan.

“Pusat pemulihan sebegini sudah dibuat pihak swasta tetapi tidak mencukupi. Saya harap masyarakat menyambut baik langkah proaktif ini kerana berkonsep terbuka iaitu kita tidak menahan penagih tetapi mereka sendiri yang datang,” katanya.
MYKMU.NET/UTUSAN

KATA Peguam Negara - Kerajaan dan  Menteri Bohong?

ghani
Peguam Negara tidak akan menyokong sebarang undang-undang baru
July 16, 2013   
TERBARU (5.PM.)
Ketua Polis Negara minta Jabatan Peguam Negara wujudkan semula undang-undang seperti Akta Darurat bagi melindungi saksi supaya mereka tidak menjadi mangsa jenayah berat sehingga takut memberi keterangan di mahkamah – Bernama
Malaysiakini.com hari ini melaporkan Peguam Negara tidak akan menyokong sebarang undang-undang baru yang bercorak penahanan pencegahan. Kenyataan Peguam Negara ini sangat mengelirukan kerana beliau seharusnya berbincang dengan kerajaan terhadap sesuatu isu undang-undang. Dan tugas Peguam Negara hanya menasihati kerajaan dalam hal undang-undang bukannya membuat kenyataan terbuka menghalang sebarang polisi kerajaan yang belum diumumkan.

Selebihnya beliau juga menafikan bahawa Kebanyakan penjenayah yang ditangkap kerana melakukan kesalahan di negara ini adalah bekas tahanan di bawah Ordinan Darurat (EO). Ini bertentangan dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam Parlimen minggu lalu.
Sebenarnya apa motif Peguam Negara? Mencari populariti atau sudah menjadi duri dalam daging kepada kerajaan dan Polis?
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata beliau tidak menyokong pembentukan apa-apa undang-undang baru yang membenarkan penahanan untuk pencegahan.
Bagaimanapun Pejabat Peguam Negara masih belum menerima apa-apa deraf atau cadangan dari Kementerian Dalam Negeri atau mana-mana badan kerajaan berhubung undang-undang untuk menggantikan Ordinan Darurat (EO) yang membenarkan penahanan untuk pencegahan, katanya.

“Saya tidak akan bersetuju dengan penahanan pencegahan,” katanya kepada pemberita di dalam satu sidang media di Bangi hari ini.
Tambahnya, tiada apa-apa deraf undang-undang baru yang dihantar ke pejabatnya.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan sekiranya ada pihak yang mendakwa sebaliknya, katanya lagi.

Tambahnnya, beliau juga tidak pernah melihat sebarang kes pendakwaan melibatkan bekas tahanan EO.
Beliau mengulas dakwaan kerajaan bahawa pemansuhan EO mendorong kepada peningkatan kes jenayah dan juga cadangan untuk memperkenalkan undang-undang baru bagi menggantikan ordinan tersebut.

Abdul Gani juga menegaskan bahawa undang-undang sedia ada memadai untuk penguatkuasa undang-undang mendakwa penjenayah.
- http://www.malaysiakini.com/news/235787
Kedua-kedua kenyataan ini bertentangan dengan kenyataan Menteri Keselamatan Dalam Negeri di dalam Parlimen:
Bekas Tahanan EO Paling Ramai Ditangkap Lakukan Jenayah – Ahmad Zahid
Oleh YUEN MEIKENG

KUALA LUMPUR: Kebanyakan penjenayah yang ditangkap kerana melakukan kesalahan di negara ini adalah bekas tahanan di bawah Ordinan Darurat (EO), kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Ini bukan persepsi tetapi realiti. Dari segi tangkapan, kebanyakan pesalah adalah yang dibebaskan dari EO yang dimansuhkan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Azmin Ali (PKR – Gombak) semasa sesi soal jawab di Parlimen, Rabu.

Azmin bertanya sama ada kenyataan oleh Kerajaan baru-baru ini bahawa kadar jenayah telah meningkat telah digunakan sebagai asas untuk mempertimbangkan undang-undang baru bagi menggantikan Ordinan Darurat yang dimansuhkan.

Ahli Parlimen pembangkang itu juga bertanya mengapa Kerajaan berkata jenayah yang semakin meningkat hanyalah persepsi awam tetapi mengubah pendirian selepas rumah menteri dipecah masuk.
Ahmad Zahid berkata semua jenayah mesti diperangi, sama ada yang melibatkan menteri atau rakyat biasa.

“EO telah dimansuhkan tetapi jika kita menggantikannya dengan undang-undang baru, kita meminta semua pihak bersetuju dengannya,” kata beliau.
Beliau menambah, penjenayah adalah “buta warna” apabila melakukan kesalahan dan tidak membezakan antara negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Dilaporkan bahawa kerajaan telah memikirkan pengenalan undang-undang baru untuk mengurangkan kadar jenayah.
EO telah dimansuhkan pada tahun 2011 berikutan kritikan bahawa ia adalah zalim dan tidak demokratik.

Mengenai usaha untuk membendung jenayah, Ahmad Zahid berkata, polis sedang berusaha menubuhkan satu talian hotline 911 terus ke Bukit Aman untuk membolehkan orang ramai melaporkan jenayah dengan segera. – Mstar

KATA Polis - Bekas tahanan EO Mati Ditembak Polis

khalid
KPN - Macamana nak wat kerja ni, tangan dan kaki kami di ikat.
July 30, 2013   ·
KUALA LUMPUR 30 Julai – Seorang bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) yang mempunyai 20 rekod jenayah mati selepas berbalas tembakan dengan polis dalam satu sekatan jalan raya berhampiran Kompleks Desa, Kepong di sini awal pagi ini.

Kejadian pada pukul 2.15 pagi itu berlaku ketika suspek yang berusia 35 tahun memandu sebuah kereta Toyota Vios, ditahan anggota polis dan diminta keluar untuk menyerahkan dokumen pengenalan diri. – UTUSAN ONLINE

Apa Cer ni....PENGERUSI MyWATCH DITEMBAK RAKAN SENDIRI???



Suspek yang disyaki terbabit dalam kes cubaan membunuh Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan dipercayai kenalannya sendiri.

Mengikut laporan Free Malaysia Today (FMT), Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata siasatan awal membawa kepada petunjuk yang mengejutkan.
KUALA LUMPUR: A new revelation has emerged in the assassination attempt involving MyWatch chairman R Sri Sanjeevan.

Inspector General of Police, Khalid Abu Bakar told FMT today that the shooters were not hired killers but friends of the crime watchdog himself.

“No, they are not hired killers. They are his friends,” Khalid revealed.

When asked on whether the police have any lead to the suspects, Khalid mentioned briefly that police have identified possible suspects.

“Yes we have a few people that we are looking at but I can’t comment more on that matter. We are in the process of investigating. Sooner or later we will find out,” he said.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berikutan siasatan sedang dijalankan dengan diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah.
Mangsa sedang memandu kereta BMW kelabu di satu persimpangan di Bahau, Jempol sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal yang kemudian melepaskan tembakan.

Sebelum kejadian itu, Sanjeevan ada membuat laporan polis mengenai ancaman nyawa terhadapnya.

Mangsa dikatakan merancang membuat pendedahan berkaitan dakwaannya mengenai sebahagian pegawai polis terbabit dalam sindiket jenayah berat. Pada masa ini, Sanjeevan masih dirawat di hospital dan keadaannya dilapor stabil.

PISTOL OH PISTOL!..2 LELAKI INDIA DI TAHAN....INDIA LAGI....! 

 




Rondaan cegah jenayah oleh anggota polis Kota Damansara awal pagi ini telah menahan sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki India dalam keadaan mencurigakan. Pemeriksaan ke atas mereka telah menyebabkan sedikit pergelutan dan akhirnya kedua-duanya berjaya ditangkap.





Selain beberapa paket dadah, sepucuk pistol jenis Para PT 908 Cal. 9mm dengan 7 butir peluru kemudiannya turut ditemui di dalam beg mereka. 



Senang betul dapat pistol sekarang ni....



Pistol lagi...?



India lagi...?



Harap pihak keselamatan seperti polis dan kerajaan dapat memantau dan berbuat sesuatu kerana penyeludupan senjata api ke negara kita kian menjadi-jadi. Kenapa ianya sukar dibendung? ...soalan ini mesti di jawab, kalau tidak akan memudaratkan negara dan ramai yang akan menjadi mangsa. Jenayah ada dimana-mana dan menjadi-jadi di negara kita ini. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan demi untuk keselamatan rakyat dan negara juga nama negara tidak tercemar. ~ IBM



TEMBAK lagi, mati lagi, India lagi...

Lokasi : Simpang Jalan Permai 2, Taman Semarak, Parit Buntar, Perak.
Kejadian tembak berlaku lagi.
Mati lagi...
India lagi...

Polis Kenalpasti Suspek Tembak Pengasas Ambank



Pengasas AmBank Group - Ditembak mati di tempat letak kereta di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Pengasas AmBank Group, Hussain Ahmad Najadi ditembak mati di tempat letak kereta di sini pada petang Isnin Isteri beliau turut ditembak tetapi terselamat.
Insiden itu berlaku pada kira-kira pukul 1.30 petang di tempat letak kereta dekat kuil di Lorong Ceylon di sini.
Menurut polis, Hussain, 75, sedang berjalan menuju ke kenderaannya apabila suspek melepaskan tembakan terhadap beliau dan isterinya yang merupakan rakyat Malaysia.
Hussain Ahmad Najadi.
Beliau ditembak di bahagian dada dan bahagian rusuk kiri, dan mati di tempat kejadian manakala isteri beliau menerima kecederaan di lengan.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memakai kemeja lengan panjang dan berseluar coklat.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa mengesahkan Hussain merupakan pengasas AmBank Group

Polis kenalpasti suspek tembak pengasas Ambank




Polis sudah mengenalpasti suspek yang menembak mati pengasas Arab-Malaysia Bank Husain Ahmad Najadi, 75, di tempat letak kereta di Jalan Raja Chulan, di sini, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya percaya tiga penjenayah termasuk penembak terbabit adalah mereka yang diupah ataupun pembunuh upahan.

"Kita sudah mengenalpasti kumpulan terbabit berdasarkan pemeriksaan dan penelitian rakaman kamera liter tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

"Malah, kita mempunyai petunjuk positif dan percaya kumpulan terbabit akan dapat diberkas dalam masa terdekat," katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Tambahnya, keadaan isteri mangsa, Cheong Mei Kuen, 49, yang dirawat di sebuah hospital swasta di ibu kota dilaporkan stabil.

Katanya, sehingga kini pihaknya sudah merakam percakapan tujuh orang saksi bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

 AMUKANMELAYU - Kalu kerja dah pakai BUKU, nampaknya "BUNUH TANPA NIAT" tidak boleh di pakai lagi. Bunuh hukumnya bunuh.....ini baru hudud.