,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday, 27 July 2013

ORANG NO 1 PARASIT DALAM UMNO?


1 - AWAT SAMPAI JADI LAGU NI?


beewizer65
Kesian nasib Bangsaku
Asalamu'alaikum

Bangsa Melayu sedang berada di persimpangan jalan.

Bertanggungjawab dan membuat pilihan yang tepat – hasilnya selamat dunia dan akhirat.

Tamak,haloba,buta hati dan membuat pilihan tersesat – akibatnya kehidupan tambah melarat. Kemungkaran berputar kian ligat.

Marilah kita berlajar dari sejarah – kisah hakiki dari Alquran.
Bukan sejarah olahan insan yang telah di ubahsuai untuk golongan yang berkepentingan.

Masihkah kita ingat kisah Qarun ?
Masihkah kita ingat kisah Fir'aun ?
Masihkah kita ingat kisah Hamam – orang kanan Fir'aun ?

Renungilah peringatan berikut dari Al Quran:
“Dan (juga) Qarun, Fir’aun dan Haman. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan (membawa bukti-bukti) keterangan-keterangan yang nyata. Akan tetapi, mereka berlaku sombong di (muka) bumi, dan tiadalah mereka orang-orang yang luput (dari kehancuran itu).
Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka diantara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu, kerikil dan diantara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan diantara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan diantara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.”
( Al-`Ankabut: 39-40 )

Wassalam


2  -  UNDANG-UNDANG MALAYSIA : RUNTUHKAN RUMAH LAMA SEDANGKAN RUMAH BARU BELUM SIAP

Najib dalam Utusan Malaysia hari ini dilaporkan mengatakan bahawa walaupun nak tangani jenayah berat, tapi kena lihat aspek hak asasi manusia. Tetapi sedarkan Najib bahawa penjenayah jenayah berat mana ada lihat hak asasi manusia mangsa mereka bila buat jenayah. Inilah masalahnya bila golongan yang tak bertamadun hendak dilayan secara bertamadun, akhirnya golongan tak bertamadun itu mengambil kesempatan di atas segala kelemahan undang-undang untuk menindas lebih ramai orang di negara ini.






Tangan POLIS kini di ikat dengan pemansuhan EO dan ISA



Ahli-ahli UMNO perlu ambil perhatian serius akan perkara ini kerana Najib sendiri cakap sebelum ini kena pilih pemimpin yang berwibawa dalam pemilihan UMNO akan datang, maka kerana Najib tak berwibawa, membiarkan jenayah berat seperti bunuh, rogol, rompak dan macam-macam lagi dengan memansuhkan undang-undang pencegahan, maka kita semua perlu singkirkan Najib dalam pemilihan UMNO akan datang.

Kita semua tidak perlukan pemimpin yang tak berwibawa seperti Najib kerana dia lebih pentingkan para penjenayah berbanding dengan keselamatan rakyat. Sikap Najib sama seperti Pakatan Rakyat yang suka membela penjenayah. Kita menentang Pakatan Rakyat, maka kita perlu menentang Najib kerana mereka golongan pembela golongan penjenayah dengan alasan hak asasi manusia sedangkan penjenayah yang buat zalim tidak akan pedulikan hak asasi manusia mangsanya.


Kerana lihatlah mana ada pembunuh yang akan beri salam, kemudian melayan mangsanya dengan baik sebelum membunuh mangsa mereka, mangsa penjenayah akan disiksa dengan kejam, kemudian dibunuh dengan zalim, itu pun Najib nak samakan dengan hak asasi manusia yang mengikut undang-undangkah? Kepimpinan Najib memang lemah dan memudaratkan negara ini. Kita tidak perlukan Perdana Menteri seperti Najib, hanya golongan penjenayah yang akan suka golongan seperti Najib dan Pakatan Rakyat ini kerana membela golongan jenayah.
Uwekkkkk......heeeee.....melugai....

Oleh itu, atas kepentingan agama, bangsa, dan tanah air, semua ahli UMNO sekalian, kita semua perlu lakukan perubahan, singkirkan Najib dan kuncu-kuncunya serta golongan parasit dalam UMNO seperti Hishammuddin, Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin untuk bukan saja menyelamatkan parti kita, tapi untuk kesejahteraan negara ini sendiri. Mereka semua itu hanya pentingkan populariti diri, nak tunjuk kononnya mereka sangat bertimbang rasa hingga membela penjenayah, tetapi mereka tak peduli pun dengan rakyat yang mengikut undang-undang.

Singkirkan Najib, Hishammuddin, Nazri Aziz, dan Khairy Jamaluddin dalam pemilihan UMNO hujung tahun ini. Ahli UMNO akar umbi sekalian, parti kita dan masyarakat kita dalam bahaya jika masih membiarkan Najib dan kuncu-kuncunya serta golongan parasit masih berkuasa dalam UMNO.


Selamatkan UMNO, Selamatkan Malaysia, Tumbangkan Najib, Tumbangkan Hishammuddin, Tumbangkan Nazri Aziz, Tumbangkan Khairy untuk kesejahteraan kita semua.

Ingatlah semua, Malaysia, UMNO, dan Barisan Nasional lebih penting dari Najib dan kuncu-kuncunya itu. Kita perlu pertahankan Malaysia, UMNO, dan Barisan Nasional untuk kepentingan kita semua. Kita tak perlukan golongan golongan pengkhianat bangsa dan pembela penjenayah seperti Najib dan kuncu-kuncunya itu.

Sekian, terima kasih.

Biru Tetap Biru, Dacing Tetap Dacing, Barisan Nasional Pilihanku, Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

Encik Mohamad.
Nasionalis Melayu


3  - UMNO- Pelindung atau Pemusnah?



Berita mengenai kami berdua masuk DAP mencetuskan reaksi yang di duga dari penentang kami dalam dunia blog. Yang boleh di duga ialah isi serangan. Serangan peribadi dan personal. Memperlekehkan perwatakan. Orang2 kecewa. Di bayar oleh DAP. Agaknya, ini cara UMNO menggalakkan orang lompat? Bayar sana sini. Yang saya tahu itu dia cara Najib Razak operates- pays his way through. 
Dan seumpamanya. Jika benar, maka tidak perlu UMNO dan penyokong rasa cemas dan gusar. Mudahlah mengalahkan mereka berdua.
Kalau Aspan bertanding di Seremban, semua menteri berasal dari Nogori Sembilan akan hentam dia. Teruklah dia kena belasah. Saya pula, mana lah terdaya menentang Ng Yen Yen di Raub- dia ada billboard yang berharga RM 1.9 juta, ada website yang bernilai jutaan Ringgit juga. Dia menteri. Dia boleh buat hebohan yang rapi lagi mantap. Lain lah kalau saya bertanding di Triang. Tapi Leong Ngah Ngah has done a sterling job. Biar dia disana. 
Dua orang tua ( muhyidin, Najib Razak dan ramai lagi pimpinan UMNO lebih tua dan ganyut) tidak menjadikan kudis pada UMNO. Aspan pula tidak hensem walaupun ada menteri UMNO kita pandang macam ada down-syndrome. UMNO gagah dan perkasa walaupun pemimpin nya dari yang tertinggi ke yang tidak tinggi semua korap dan rasuah. Bukan saya yang kata- Dr Mahathir yang kata. Bukan saya kata- tapi Shahrizat yang kata. If I go down, the other clowns go down with me. Mana pemimpin UMNO yang tidak ada masaalah tanya Shahrizat? 
Tidak ada orang misalnya membahaskan apa yang mungkin tidak kena dengan UMNO. UMNO maksum. Berjuang lah dari dalam. Yang bertanya ini ahli UMNO ke? Tahu kah system dalam UMNO has been designed to self perpetuate bukan self renew. Jangan percaya cakap pimpinan UMNO. Najib boleh bercakap mengenai demokrasi penuh- orang lain boleh bergolak dan bertombak berlembing asal kedudukan nya jangan di kacau!. Dan saya bercakap dari pengalaman saya sendiri. Goga dan gegak gempita macam mana nun di bawah, asal kedudukan nya tidak terancam, biar lah. 
Ceritalah misalnya, kenapa agenda Melayu yang di canangkan UMNO masih di takuk lama dan tidak bergerak? UMNO suruh orang Melayu kaku dan jangan berubah sedangkan berubah itulah punca kemajuan. UMNO tak ajar orang Melayu jadi fit supaya mereka boleh survive. Malah yang di tanam dalam benak orang Melayu ialah orang Melayu bergantung dan dependent pada UMNO. No need to change. Just depend on UMNO. 
This is a stupid way to promote growth. Tapi cara demikianlah yang UMNO suka- lagi di sembah lagi suka. Najib sendiri pun gaya nya aristokratik. Dia suka kalau orang berduyun duyun menyambut nya di lapangan terbang, berduyun duyun pula mengiringi kunjungan nya ke Pekan. Maklum sahaja lah, setelah puluhan tahun balik ke Pekan, dia masih tidak tahu jalan nya. Terpaksalah segala soldadu yang bersetia dan gegak gempita mengiringi sebutir bintang dan intan payung singgah ke Pekan. mudah mudahan dengan sentuhan majis nya, orang melayu Pekan akan bertukar menjadi Melayu yang terbaik di Malaysia. Saya dengki ke dia di perlakukan demikian? Who cares? 
Agenda yang serupa takkanlah lama sangat UMNO hendak mencapai nya? Mustahil UMNO di pimpin oleh si bahlul dan tongong. Bahasa Melayu, agama Islam, kedudukan orang Melayu, institusi Raja Melayu. Semua ini di lindungi oleh undang undang dan perlembagaan Malaysia. Siapa yang mengancam nya semua? UMNO kelentong orang Melayu mengapa? Kebenaran nya ialah, semua perkara ini sudah di terima. UMNO sahaja yang mempermainkan isiu2 ini demi menutup kebobrokan dan pembohongan keatas orang Melayu. Perkara perkara ini tidak di ancam oleh PAS, PKR atau DAP. 
Oh- DAP. Itu parti Cina chauvinis. Anti Melayu. Anti Islam. Anti Raja Melayu. Ini gelaran Dato pada lahabau Ariff Sabri- tarik balik. DAP pun rakyat DYMM raja Melayu. Ariff Sabri pun rakyat setia pada DYMM Raja Melayu. Jangan lah respond macam budak budak. Tak setuju, gesa tarik balik gelaran. Ambiga derhaka! tarik balik gelaran. Panggil dato atau tak panggil, doesn’t make any difference to me. Esok saya jaga dari tidor, saya tahu ramai yang ada gelaran Dato tetap juga bodoh macam dulu. Pendidikan yang saya ada, pengalaman saya, tetap berada dalam diri saya, Dato atau tidak Dato. 
Apa agenda orang melayu yang patut? Agenda orang Melayu- (1) pemimpin yang memimpin kerajaan terdiri dari yang terbaik. (2) Urustadbir yang baik. (3) Menentang rasuah. (4)Memajukan ekonomi orang Melayu dengan model ekonomi yang tulin. (5) kedaulatan undang2 atau rule of law.
Ini dia agenda Melayu dalam era baru. Bukan yang lapuk yang di mainkan sampai jemu kita mendengar nya. 
Di mana silap UMNO? Ekonomi orang Melayu? Model nya- selagi menyokong UMNO, kedudukan ekonomi akan di perjuangkan. Masa depan politik Melayu?-bergantung kepada UMNO. Bahasa Melayu dan Islam?- bergantung kepada UMNO. Jelas disini, orang Melayu tidak dapat maju kehadapan kerana kesemua nya bergantung kepada UMNO. UMNO simply doesn’t have a  model for the advancement of orang Melayu. It has only one answer- just depend on UMNO.
Hasil nya? Orang Melayu yang lemah mental tidak menyedari bahawa majority penyelesaian dalam hidup ini bergantung kepada kesedaran diri sendiri. Sebab itu, saya katakan sikap yang memusnahkan orang Melayu ialah- usah di tanya apa UMNO boleh lakukan kepada kamu, tanya apa kamu boleh lakukan kepada UMNO. UMNO pelindung- orang Melayu di lindungi; UMNO adalah wadah yang mesti di puja dan di taati. Nak senang- sokong UMNO. Nak selamat? Sokong UMNO. -