,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday 11 July 2013

AKU ANAK MELAYU - MELAYU SEDANG DI HINA DAN HAPUSKAN SECARA LOGIK DAN SISTEMETIK


Buku Penghapusan Bangsa Melayu : Dalangnya Veteran Politik Singapura 

AIDCNews – 10/07/13 – Dzulkarnain Taib, Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) mendakwa pihaknya mengetahui siapa dalang di sebalik penerbitan sebuah buku yang bertujuan untuk propanganda ‘penghapusan’ bangsa Melayu secara sistematik yang berjudulContesting Malayness : Malay Identity Across Boundaries” diterbitkan National University of Singapore pada tahun 2004.

“Kita tahu (siapa dalang) di belakang buku itu adalah tokoh pemimpin veteran Singapura.
“Buku itu mengatakan bahawa bangsa Melayu ini tidak wujud. Bahawa bangsa Melayu ini diwujudkan hanya di atas dasar politik, untuk kepentingan politik.
“Kalau cuba dicari asal-usul Melayu, sampai kiamat pun kita tidak akan jumpa dan buku ini diharamkan di Malaysia tetapi telah dijual berjuta-juta naskah di luar negara,”katanya ketika ditemui AIDC di Putrajaya, 9 Julai.

Menurutnya kerajaan Singapura yang diperintah oleh PAP mempunyai agenda tertentu yang sistematik terhadap masyarakat Melayu

“Kalau kita pergi ke muzium Singapura, pertama kali kita melangkah, (ditulis), ‘Melayu bodoh..Melayu rasuah..Melayu lanun…Melayu perompak’, 

AZLEE SENARIO - Tak ace pun...

 Itulah imej yang diberi Singapura kepada setiap pengunjung muzium itu, meracuni pemikiran rakyat dia sendiri (dan) pelancong.
“Dan sebab itulah Melayu ini dibenci di luar negara kerana bangsa kita ini terutamanya Singapura ni, mereka amat mencemburui bangsa Melayu ini,”katanya lagi.

Wawancara lengkap bersama Dzulkarnain bakal menyusul selepas selesai penyiaran wawancara bersama Shen Yee Aun disiarkan di laman ini.
Sementara itu, penulis dan penyelidik sejarah, Zaharah Sulaiman dilaporkan Utusan hari ini menafikan bangsa Melayu adalah golongan pendatang seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Menurutnya, bangsa Melayu adalah kaum asal di rantau Nusantara ini, menerusi pemetaan genetik dan artifak arkeologi mendapati masyarakat Orang Asli Semang dan Senoi yang mendiami Benua Sunda (Asia Tenggara) merupakan nenek moyang kepada populasi Melayu Proto dan kaum Melayu hari ini.

“Pengesahan ini jelas sekali menolak dakwaan buku Contesting Malayness: Malay Identity Across Boundaries yang diterbitkan oleh National University of Singapore (NUS) yang menyatakan kaum Melayu berasal daripada campuran kaum-kaum dari selatan China dan India,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Wacana Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya anjuran Kelab Wartawan Muda Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
Buku susunan Profesor Madya di Jabatan Sejarah NUS, Timothy P. Barnard yang diterbitkan pada 2004 mendakwa kaum Melayu tiada asas untuk menjadi kaum yang nyata kerana ia adalah campuran daripada kaum-kaum lain.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgb1ZRionkN8CaNb_N8evpjA-cNmStY9tQ7VsRKPTZDI-yWyDXR0PMoo-JY8wJ76K_z0tYVhFwJwi8dhAZud_lQ7rNqIJnuv8BkZunRaJ1Asxk1zcwS4x3fVTW2fl7qnXMS4H4J3AJprao/s1600/pesta+seks+nurul+izzah+vivian+01.jpg
KELIRU - Vivian di sembunyikan di bawah JUBAH MELAYU.

Ekoran itu, buku berkenaan mencadangkan kaum Cina dan India di Malaysia diberikan taraf bumiputera kerana orang Melayu sebenarnya berasal daripada salasilah kedua-dua kaum itu.
Zaharah berkata, kajian yang dilakukannya bersama beberapa penyelidik lain sejak 2009 mendapati masyarakat Semang dan Senoi berasal daripada manusia asal di Afrika yang berhijrah ke rantau ini sejak 65,000 tahun dahulu.

“Kumpulan yang telah berhijrah ke Benua Sunda ini merupakan nenek moyang kepada manusia moden hari ini termasuk di Asia Timur dan Amerika.
“Kajian juga mendapati orang Jawa, Dayak, Batak, Champa, Madagascar dan Polynesia juga mempunyai genetik asal daripada Semang dan Senoi dan oleh itu mereka juga orang Melayu,” katanya.

“Saya harap kajian ini akan menyemarakkan kembali semangat Melayu dan membuatkan mereka tidak lagi malu menjadi Melayu yang mengikut sejarah, panggilan ini bermaksud ‘orang gunung’,” katanya.
Tambahnya, faktor letusan gunung berapi, gempa bumi, banjir besar dan tsunami menyebabkan Benua Sunda telah terpisah sehingga membentuk Semenanjung Malaysia, Sumatera, Jawa, Filipina dan Borneo.
“Selat Melaka sekarang sebenarnya adalah salah satu daripada sungai-sungai yang terdapat di Benua Sunda dan ini dapat menjawab persoalan para pengkaji kenapa selat ini sangat cetek,” ujarnya.

Pelakon Seks 1 MALAYSIA, Alvin & Vivian Bertukar Juadah Berbuka "SUP TULANG BABI" Dengan Islamelayu


Sungguh biadap dan kurang ajar kedua-dua pelakon seks Rakyat Malaysia yang berketurunan Cina ini menghina bulan puasa dan seterusnya Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang. Pasangan ini yang diketahui ramai sebagai penyokong tegar PR dengan sengaja memaparkan gambar mereka makan 'bak kut teh' (sup tulang rusuk babi) dengan ucapan, "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh ... wangi enak dan menyelerakan!). 

Langsung tidak menghormati sensitiviti Islamelayu di Malaysia dengan hidangan babi malah posting mereka di laman sosial Facebook juga turut memaparkan seolah-olah bertukar-tukar makanan ini adalah untuk memupuk budaya 1Malaysia. Tanpa segan silu mereka meletakkan tanda Halal JAKIM pada gambar di atas. Begitu kurang ajar cara penyokong-penyokong PR ini menghina Umat Islam. 
AMUKANMELAYU - Jangan terkejut sekiranya perkara ini nanti akan menjadi ikutan anak-anak Islamelayu, ini kerana dengan "KEHILANGAN JATI DIRI" Melayu di dalam jiwa anak-anak muda Melayu, mereka anggap semua ini adalah perkara biasa dan tak perlu di buat "RAMAI" ianya adalah pilihan kita......dunia tanpa sempadan. Nanti ada komen-komen yang mengatakan, tidak mengapa, mereka adalah bukan Islam. Mereka tidak tahu adab budaya dan hukum hakam orang-orang Islam dan ramai nanti yang cuba menjadi JAGUH mempertahankan PERBUATAN MENGHINA ini, kerana MELAYU tidak merasa pun  mereka sedang di hina.

DAP gesa keluarkan subjek Tamadun Islam





Dr Ko Chung Sen.
Kementerian Pendidikan digesa supaya menarik balik Tamadun Islam sebagai subjek wajib kepada pelajar universiti swasta, kata Ahli Parlimen Kampar, Dr Ko Chung Sen.

Beliau berkata tidak ada satu pun universiti dalam dunia yang mewajibkan subjek berkaitan agama sebagai wajib untuk dipelajari.

"Lihat kepada universiti terkemuka di dunia, tiada subjek berkaitan dengan agama yang diwajibkan kepada pelajarnya.

"Bagaimana ia dapat membantu seseorang yang belajar untuk menjadi doktor, peguam ataupun jurutera? Kenapa ia perlu di Malaysia?" katanya.

Dr Ko berkata, kementerian dalam jawapan di Dewan Rakyat memberi alasan penyeragaman sebagai faktor subjek itu diwajibkan dan ia berkuat kuasa pada 1 September 2013.

Beliau berkata, universiti yang mahu mencapai status antarabangsa wajar memberi tumpuan kepada penerbitan penyelidikan, bukan kepada subjek yang tidak memberi sebarang impak.


"Kita wajar fokus kepada kaedah kajian dan menerbitkan kertas kajian," katanya.

Jun lalu, The Malaysian Insider melaporkan kegagalan universiti negara untuk berada dalam senarai 100 terbaik yang dikeluarkan Times Higher Education World University Rankings 2012/2013.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), satu-satunya universiti yang tersenarai tahun lalu pada kedudukan ke-98 juga tercicir. 11 Julai, 2013.- TMI


VIDEO: Wajib Orang Melayu Tengok! KLIK saksi dan fikirkan...


Video khas untuk semua Melayu, tak kira yang sokong UMNO, PAS atau PKR. 
Sebab kitalah penentu hala tuju bangsa Melayu Islam pada zaman akan datang. Jika gagal maka hanyut la generasi kita, hancur la syiar Islam.
KLIK TAJUK DIBAWAH & JOM SAKSIKAN:
Kalau dah tengok pun tak sedar diri lagi, baik hantok pala kat dinding saja la. heheh...
Sumber: KedahKeKL



AMUKANMELAYU - Sistem pendidikan "KOLONIAL" telah melahirkan Melayu NEO LIBERAL, Melayu yang hilang JATI DIRI MELAYU dan terlalu kebaratan. Gulungan ini telah mengujud dan menyokong sistem pendidikan "RUMI" dan menghapuskan sitem pendidikan "JAWI". Siatem yang begitu hampir dengan Al-Quran. Dengan perpandukan Negara-negara yang mempunyai tulisan sendiri juga Islam mereka juga kuat. Pendidikan rumi telah merenggangkan Melayu dengan Al-Quran dan Jawi, Silat, Pondok, Seni Bena, Keris dan Pandai Besi, Seni Kayu, Anyaman, Batek, Perkampungan, Permainan Kanak-kanak dan dewasa, Gotong Royong, Sistem Pemerintahan Sultan dan Penghulu, Hukuman Jenayah, Fesyen Melayu dll. Semua ini adalah "ROH" kepada Jati Diri Melayu.