,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday, 21 July 2013

Penggabungan MCA, Gerakan dan SUPP AKAN MENJADI DERITA PADA MELAYU


Penggabungan MCA, Gerakan dan SUPP isu menarik

Akhir-akhir ini kedengaran di sana sini yang MCA sedang menguruskan rundingan agar kesemua parti yang di dominasi oleh kaum Cina bersatu menjadi satu entiti politik yang berkesan.
Khabarnya Gerakan telah bersetuju untuk mengabungkan partinya dengan kedua-dua parti Cina itu dengan hanya meminta satu syarat iaitu MCA perlu menjadikan parti itu sebagai parti yang 'multiracial' seperti Gerakan dan SUPP. Chang Ko Yuon meminta MCA supaya menjadikan parti itu sebagai sebuah parti ‘multiracial’ kerana parti yang berdasarkan kepada bangsa sudah tidak relevan lagi.
Jika usaha menggabungkan parti itu berjaya maka jumlah keahlian parti-parti dalam BN akan berkurangan menjadi 12 sahaja dan ini akan memudahkan lagi mentadbir BN pada masa-masa yang akan datang. Saya dikhabarkan yang usaha penggabungan ini adalah satu-satunya cara bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada kepada parti-parti yang di dominasi oleh kaum Cina.
Penggabungan ini merupakan satu tindakan perubahan yang drastik dan ia menampakkan yang pimpinan parti-parti ini serius dan ini lah sebenarnya yang mahu dilihat oleh rakyat. Parti-parti atau pertubuhan yang tidak melakukan perubahan adalah sebuah pertubuhan, kewibawaan pertubuhan itu akan beransur-ansur kurang keampuhannya dalam menghadapi rakyat yang ramai.
Ketiga-tiga parti ini telah mengalami kekalahan yang terbesar dalam sejarah penubuhan parti-parti tersebut dan ini merupakan isu yang biasa dalam sejarah sesebuah parti itu. DAP pernah menghadapi kekalahan teruk dalam pilihanraya 1995 dan beberapa kali dalam pilihanraya negara, begitu juga PAS. PKR hanya mempunyai satu kerusi di Permatang Pauh suatu ketika dahulu.
Tetapi parti-parti ini kembali menjadi besar penyertaan mereka dalam Dewan-Dewan Legislatif negara. Keadaan berubah mengikut keadaan dan masa. Jika dalam PRU13 yang lalu MCA dan Gerakan serta SUPP menjadi mangsa keadaan politik semasa itu, itu adalah perkara dan kejadian biasa dalam politik bukan sahaja di negara ini tetapi juga dimana-mana negara lain juga.
DAP sudah sampai ketahap maksima dari jumlah kerusi yang boleh dimenanginya. Terutamanya di Semenanjung Malaysia ini. Itu lah sebabnya parti itu menumpukan tenaga di Sabah dan Sarawak bagi mengembangkan pengaruhnya dan menambah bilangan penyertaan mereka dalam Dewan-Dewan Legislatif negara. Hampir kesemua kerusi di Semenanjung yang dijangkakan boleh dimenangi oleh parti itu telah pun di menanginya.
Jika diikuti formula ilmu statistik DAP sudah sampai ke ‘apex’ nya dan jika ada pergerakan statistik kepada parti itu ia akan hanya menunjukan penurunan. Sebagai sebuah parti yang telah memerintah sebuah negeri seperti P Pinang, parti DAP akan terjumpa dan berhadapan dengan masalah yang lazim dihadapi oleh sesebuah parti pemerintah.
MCA, SUPP serta Gerakan boleh memperbaiki diri semasa dalam kejatuhan dan jika mereka mampu menunjukkan perubahan, tidak terkejut bagi banyak pihak yang parti-parti itu akan bertambah sokongan dari rakyat dalam pilihanraya yang akan datang. Lagi pun dalam kekalahan yang mereka hadapi sekarang secara ‘natural’ nya semua pemimpin yang menjadi isu semasa menghadapi PRU ke 13 yang lepas akan tiada lagi dibarisan pimpinan mereka dan ini akan memberikan imej baru kepada penampilannya kepada rakyat yang begitu mendesak buat masa ini.
Tidak ada satu parti pun boleh menguasai bangsa yang mendominasi sesuatu parti. Contohnya DAP telah cuba mendapatkan kuasa waktu yang terbaik semasa PRU yang lalu. DAP tahu jika ada pun kesempatan untuk menjadi rakan kongsi dalam kerajaan, PRU ke 13 yang lalu adalah masa yang terbaik baginya.
Itu sebabnya parti itu beriya-iya memberikan sokongan dan berpadu dengan PKR bagi mendapatkan sokongan dari ‘secondary source’ untuk mencukupkan kekuatan untuk menubuhkan kerajaan bersama PKR. Tetapi dalam usaha itu ‘coalition’ dalam Pakatan Rakyat tidak mendapat kata sepakat dalam banyak isu yang berkaitan dengan keadaan semasa.
Dalam usaha mendapatkan sokongan padu dari kaum bukan Melayu secara total DAP juga telah melakukan kesilapan dengan menawar isu nama Allah kedepan secara rasmi. Akhirnya Pakatan tidak dapat kerusi yang mencukupi untuk berkuasa bersama rakan kongsi mereka kerana PAS telah tidak berjaya memenangi kerusi yang sepatutnya dimenanginya kerana isu Allah itu. PAS telah menjadi defensif dalam isu ini, dan isu ini adalah isu yang terlalu ‘unnecessary’ yang ditimbulkan oleh DAP.
Impak jangka panjang kepada DAP adalah besar kerana dengan isu itu telah mengurangkan keyakinan bangsa Melayu dan strategi menggunakan sokongan PAS dalam Pakatan Rakyat yang dilakukan secara yang mereka lakukan dalam PRU yang lalu tidak mungkin boleh diulanginya lagi. Orang melayu rata-rata, termasuk penyokong PAS sendiri berkata dengan nada kecewa yang saya berjumpa berkata, mereka tidak akan ‘dipatuk ular dari lubang yang sama’ pada pilihanraya yang akan datang ini. “Once bitten twice shy” kata seorang pemimpin PAS yang hampir dengan saya.
Tetapi kita tidak perlu marah dengan DAP berbuat demikian kerana semasa itu parti itu merasakan itu sahajalah waktu dan ketikanya bagi mereka mempunyai peluang untuk duduk di Putrajaya bersama rakan kongsinya pimpinan Anwar Ibrahim. Keyakinan mereka terlalu tinggi sehinggakan mereka merasakan banyak isu dan janji-janjinya tidak perlu dipenuhi dan selepas berkuasa mereka boleh mempertahankan kedudukan dengan pengaruh ‘incumbency’ yang mereka bakal perolehi.
Apa yang dilakukan oleh DAP sememangnya memberikan kebaikan kepada parti itu, tetapi tindakannya itu telah membantutkan sokongan orang Melayu kepada PAS dan PKR sendiri. Oleh kerana itulah PR akhirnya tidak berjaya memenangi DUN di Negeri Sembilan, misalnya kerana diatas beberapa isu yang dilakukan oleh DAP, PKR telah gagal untuk memenangi satu kerusi pun dalam kawasan Kuala Pilah. PKR yang rata-rata dianggapkan akan memenangi tiga kerusi DUN di kawasan Kuala Pilah akhirnya kecundang kerana ribuan yang sepatutnya memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat telah kembali memberikan sokongan kepada UMNO dan BN.
DAP walaupun menang dalam kesemua kerusi yang ditandingi mereka, PKR dan PAS pula kecundang dan rata-rata keluarga dan rakan-rakan yang hampir dengan saya memberitahu yang ‘intrigue’ yang dilakukan oleh DAP itu hanya boleh di applikasikan hanya sekali sahaja. Selepas ini orang Melayu akan lebih berhati-hati dan akan melihat tindakan parti itu dengan lebih khusus lagi.
Tetapi itulah politik disini. Kadangkala strategi menjadi, kadangkala kecundang. Tetapi yang nyata di Negeri Sembilan, misalnya peralihan sokongan dan tumpuan bagi mereka yang berada diatas pagar bermula dari saat parti itu mengumumkan tiada orang Melayu dan Islam menjadi calon dalam pilihanraya itu. Itu amat bertentangan dari janji-janji awalnya. Ia telah mengakibatkan PAS dan PKR kecundang di kawasan-kawasan majoriti Melayu di timur negeri itu.
Niat dan cita-cita untuk merasakan kuasa di Putrajaya tidak kesampaian dan parti itu terpaksalah mencari dan mendapatkan strategi yang baru bagi mendapatkan sokongan kali ini. Oleh itu dalam situasi sebegini jika parti-parti yang di dominasi oleh kaum Cina boleh bersatu mereka boleh menjadi saingan kuat kepada DAP dihari muka dan pastinya situasi kali ini akan berlainan secara 'total' jika mereka (MCA,SUPP dan Gerakan) berjaya memperbaiki keadaan.
Proses pemulihan bagi parti-parti MCA, SUPP dan Gerakan akan hanya tercapai jika masing-masing sedar betapa perlunya mereka melakukan perubahan secara jelas dan telus. Jika parti-parti ini dapat menunjukkan kejujuran kepada rakyat dengan niat yang difahami bersih, tidak ada sebab kenapa parti-parti itu akan kembali mendapat tempat dihati rakyat yang ramai.
 
 

Apa akan jadi jika DAP, MCA & Gerakan bersatu?

Ada orang tanya aku apa akan jadi kepada orang Melayu jika pada PRU-13 nanti semua parti Cina iaitu DAP, MCA dan Gerakan di Semenanjung serta beberapa parti Cina di Sabah dan Sarawak bersatu membentuk satu pakatan ala Pakatan Rakyat?

Aku kata masa itu, orang Melayu bolehlah ucapkan selamat tinggal kepada Putrajaya dan beberapa negeri terutama di Pantai Barat dan Sabah dan perkara itu tidaklah mustahil sebenarnya jika dilihat trend sokongan kaum Cina terhadap parti-parti berteraskan kaum mereka terutama DAP pada PRU-12 dan beberapa pilihan raya kecil lalu.

Sekarang ini bayangan bahawa orang Cina boleh memerintah Malaysia sudah semakin jelas kelihatan sejak PRU-12 lalu apabila DAP menguasai Pulau Pinang dan Perak dengan bantuan PKR dan Pas yang diterajui orang Melayu. Jika mereka benar-benar mahu memerintah negara ini, mereka tidak perlu mengharapkan Anwar Ibrahim kerana dengan penyatuan DAP, MCA dan Gerakan, sudah cukup bagi mereka untuk memerintah Malaysia.

Aku percaya dengan membawa sentimen Malaysia akan diperintah oleh orang Cina melalui pakatan DAP-MCA-Geraka, maka sudah pasti para pengundi dari kaum tersebut akan memberi undi habis-habisan kepada ketiga-tiga parti terbesar mewakili kaum tersebut. Jika sentimen ini dibawa di dalam kempen ketiga-tiga parti terbabit, aku percaya pakatan tiga parti Cina ini boleh "memerintah" Malaysia, kalau tidak pada PRU-13, mungkin selepas itu.

Ditambah pula sokongan oleh orang-orang Melayu yang begitu benci terhadap UMNO baik dari Pas, PKR atau orang UMNO sendiri, maka lebih mudahlah untuk pakatan DAP-MCA-Gerakan menguasai Putrajaya, mengekalkan kekuasaan mereka di Pulau Pinang, merampas kembali Perak, mengetuai pemerintahan di Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan (KL) dan Sabah serta mengurangkan sebahagian besar majoriti kerusi DUN di Johor, Melaka dan Sarawak.

Itu belum lagi dihitung sokongan oleh kaum India serta lain-lain bangsa dari Sabah dan Sarawak.  Harus diingat walaupun komposisi kaum di Malaysia, Melayu masih bertahan sebagai kaum majoriti dengan 60 peratus manakala bukan Melayu (Cina, India dan lain-lain) 40 peratus, tetapi dengan Melayu sudah terbahagi kepada pelbagai puak mengikut parti, maka sudah pasti peratus Melayu berkurangan berbanding kaum lain.

Jika ini berlaku, orang Melayu terutama UMNO dan Pas yang sehingga kini begitu liat untuk bersatu walaupun untuk mempertahankan hak Melayu dan agama Islam, hanya akan menggigit jari dan ketika itu tidak berguna untuk semua menangisinya lagi kerana semuanya sudah menjadi bubur!

Fikir-fikirkanlah...!


3 parti Cina BN bergabung


Chang Ko Youn
 
KUALA LUMPUR 20 Julai - Gerakan, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) akan mengadakan perbincangan rasmi tentang pembentukan satu parti baharu yang berasaskan kaum Cina selepas kesemuanya selesai mengadakan pemilihan.
 
Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, perbincangan yang julung kali akan diadakan itu menjurus kepada kepentingan untuk mewujudkan satu entiti parti kaum Cina yang menggabungkan kesemua parti Cina dalam Barisan Nasional (BN).
 
''Saya bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Presiden SUPP, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui telah berbincang tentang perkara ini beberapa kali sebelum ini. Bagaimanapun keputusan tentangnya perlu dicapai hanya selepas semua parti memilih barisan kepimpinan yang baharu, mungkin selepas Oktober.
 
''Sekarang yang penting, MCA perlu memperbaiki isu dalaman, Gerakan juga. Untuk mewujudkan sebuah parti baharu bukan semudah yang disangka, bukan MCA masuk Gerakan dan Gerakan masuk MCA. Kita berbeza. Ini yang perlu dibincangkan,'' katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
 
Ko Youn berkata, dalam usaha untuk menggabungkan kesemua parti yang ada kini semua pihak perlu memikirkan tentang satu parti untuk semua kaum memandangkan keahlian Gerakan dan SUPP bukan sahaja terdiri daripada kaum Cina tetapi Melayu, India, Kadazan dan Iban.
 
Sehubungan itu katanya, di samping mewujudkan satu parti baharu berasaskan kaum Cina, cadangan untuk mewujudkan satu parti baharu berasaskan semua kaum amat perlu atau hanya satu parti iaitu BN.
 
Terdahulu Ko Youn yang mempengerusikan mesyuarat Gerakan hari ini memberitahu, pihaknya mencadangkan kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya menggantikan penggunaan dakwat kekal kepada sistem biometrik semasa pilihan raya akan datang.
 
Kata beliau, menerusi sistem biometrik kerajaan BN bukan sahaja boleh membantu membersihkan nama SPR daripada mendapat kecaman pelbagai pihak, sebaliknya meningkatkan keupayaan Jabatan Pendaftaran Negara.
 
Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan orang ramai terutama mereka yang telah berhijrah dan menetap di kawasan berdekatan tempat bekerja hanya mengundi pada pilihan raya di kawasan tersebut dan bukannya di kampung halaman masing-masing.
''Mereka digalakkan untuk menukar alamat dalam kad pengenalan mengikut kediaman mereka sekarang dan bukan alamat kampung lagi. Dengan cara ini dapat memberi keadilan kepada calon yang bertanding.
 
''Bayangkan mereka yang menetap di Petaling Jaya tetapi apabila mengundi pulang ke Kuala Kangsar. Sudah pasti mereka tidak kenal calon di Kuala Kangsar dan tidak tahu isu yang melanda orang tempatan. Jika mereka salah memberi undi tidak adil pada orang tempatan dan calon,'' katanya -

PARTI CINA YANG JELAS BUKAN ISLAM TELAH BERHASRAT NAK BERGABUNG DEMI BANGSA CINA, SAMPAI BILA DAN MENGAPA PARTI ISLAM SEPERTI UMNO DAN PAS TIDAK MAHU MELAKUKAN PENGGABUNGAN DEMI AGAMA ISLAM MENGIKUT NAS ALQURAN & HADITH

SAMPAI BILA UMNO DAN PAS ASYIK NAK BERTEGANG LEHER - DI BESUT PUN MASIH CERCA MENCERCA SEPERTI APA YG NIK AZIZ LAKUKAN. MENGAKU ISLAM HANYA PADA NAMA... ITULAH AKIBATNYA.......DAYUS NYA Bangsa MELAYU.....

.............. Resah, pening, sakit hati dan akhirnya meluat melihat perangai Umat Islam Malaysia yang asyik tak habis2 bergadung dek kerana kuasa.... Demi Allah... ingat amaran Allah, 

" jika Umat Islam asyik bergadung dan saling memusuhi diantara kamu, maka jangan kamu menyesal akan AKU tarik kuasa yang kamu ada itu dan kuberikan kepada kaum yang lain yang mahu mengambil Islam sebagai cara hidup dan dalam pemerintahan"

Oleh itu Umat Islam Malaysia, berfikir dan gunakan Otak dan pemikiran yang waras sebelum Allah turunkan akhzab kepada kamu yang sudah pasti kamu akan menyesal sampai bila-bila... dan jangan sesekali lupa anak cucu kamu nanti akan kencing di atas tanah perkuburan kamu tanda marah danm penyesalan yang kamu telah lakukan

Ingat wahai bangsa Melayu, yang kamu ada di tanah air sendiri [Malaysia] sekarang ini adalah "KUASA POLITIK PEMERINTAHAN] jika ini pun kamu tidak dapat pertahankan demi Bangsa Melayu & Islam, sebenarnya ANDA semua DAYUS..

Lihat Tsunami Cina yang terjadi pada PRU 13 kelmarin... Kita hanya dibantu oleh Allah untuk terus memerintah disini, jika tidak, saya yakin habis dan tamatlah kuasa Pentadbiran dan Pemerintahan Islam Melayu di bumi tercinta ini. Jika ini pun bangsa Melayu masih tidak sedar... maka ANDA memang DAYUS di dunia dan akhirat. 


AMUKANMELAYU - Hanya tinggal 1 step untuk KAFIRUN mengambilalih Kuasa di Tanah Melayu ini ia itu selepas penggabungan SUPP, MCA, Gerakan + DAP ......selepas itu akan berlaku lagi satu TSUNAMI dimana PAP akan bersatu dengan SUPP, MCA, GERAKAN, DAP dan PAP. Secara jelas disini jika MIC di bawa masuk keatas campuran ini....Islamelayu menjadi MINORITI dan walau pun banyak airmata gembira mengalir apabila Singapura bersatu kembali dengan Malaysia yang pada hakikatnya kita akan kehilangan kesemuanya atas kesombongan PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAMELAYU yang GILA dan TAMAKAN KUASA. "Menang Sorak, Sememangnya Kampung Akan Tergadai'' menjadi realiti.