PEMIMPIN PAS JANGAN DUK PERASAN, INI BUKAN KES DENGAN KELUARGA HANG UNTUK HANG MAAFKAN DEPA, INI KES DENGAN UGAMA DAN PENGANUTNYA ISLAM DAN KAMI TIDAK ADA KEPENTINGAN UNDI DENGAN DEPA DAN HANG
RESPON PEMIMPIN PAS INI TERHADAP ISU PASANGAN KEKASIH HINA ISLAM
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Pusat
|
1. Ia adalah satu jenaka yg agak biadab terhadap ummat Islam dan
Islam itu sendiri. Tidak wajar dilakukan dan pasangan ini wajib meminta
maaf secara terbuka kepada seluruh ummat Islam. Merekaperlu disedarkan
bahawa ianya melanggar sensitiviti agama dan mereka wajar dibimbing agar
faham dan tidak berterusan melakukan kesilapan ini.
2. Walau bagamanapun…dlm bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang
sinonim sebagai bulan kasih sayang,bulan kemaafan dan keampunan, adalah
wajar kita menangani dan mendepani isu-isu seumpama ini dengan jujur,
hikmah dalam berdakwah hatta bersifat pemaaf. Jgn bakar kemarahan kita
dan menidakkan kemaafan walaupun yg mlakukn kesalahan adalah daripada
mereka yang bukan beragama Islam. Seerah perjuangn Nabi SAW banyak
menunjukkan suri teladan tika berhadapan situasi seperti ini. Ia perlu
dihadapi secara dakwah, bukannya hukuman kejian kutukan dan celaan.
Biasalah mereka tidak atau kurang faham. Maka tugas kita dakwahlah
sehingga mereka faham dan berubah.
3. Adalah tidak wajar bila ada pihak yg dilihat sengaja menghangatkan
isu ini dan menaikkan kemarahan ummat Islam secara tidak
bertanggungjawab. Terus mengapi-apikan semangat permusuhan dan
ketegangan agama dan kaum hanya kerana tindakan seorg dua orang bukan
Islam yg tidak sensitif dan kurang bijak adalah satu tindakn tidak
bertanggungjawab dan merendahkan diri kita sendiri sebagai orang mukmin
yang bijak dan pemaaf. Hatta merendahkan kemuliaan bulan kemaafan dan
keampunan ini.
4. Jangan lepaskn peluang kita berdakwah terhadap orang bukan Islam
hanya kerana kesombongan kita atas keIslaman kita lantas semudahnya
memandang orang lain sebagai rendah. Islam bukan agama yg sombong. Islam
itu rahmat kpd sekalian alam.
5. Justeru, semua pihak harus menghentikan polemik kebencian ini.
Pasangan yang bersalah juga wajib segera sedar insaf dan memohon maaf.
6. Saya juga secara jelas melihat betapa isu ini telah diambil
kesempatan oleh pihak-pihak tertentu sebagai satu cara untuk menang dlm
PRK N01 Kuala Besut. Menakut-nakutkan ummat Islam dengan kemenangan PAS
dan Pakatan Rakyat. Seterusnya menjadikan sbg faktor utama
melegitimasikn pindaan terhadap Akta Multimedia yang hakikatnya
bertujuan menyekat kebebasan rakyat daripada mendapat maklumat daripada
sumber lain selain daripada media milik proksi umno bn.
7. Ia adalah suatu tindakan yang sangat berniat jahat dan dilakukan
secara terancang fasa demi fasa. Rakyat mesti menolak propaganda n modus
operandi yang jahat ini dgn berhenti daripada menjadi mangsa adu domba
dan fitnah jahat regim diktator BN. Enough is enough to BN!
Aiman Athirah Al Jundi
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Pusat
APA SALAH SAUDARA SENDIRI - SEHINGGA DI DO'Akan SEDEMIKIAN RUPA? |
PAS NEGERI MELAKA ANJUR MAKAN BAK KUT TEH UNTUK BERBUKA PUASA!!!
HOT ! LAWYER PAS PULAK SOKONG BLOGGER PORNO ALVIN & VIVIAN !
Drama kebaculan pemimpin Pas Pis Pus berterusan di Ramadhan dalam isu penghinaan blogger porno Alvin Vivian terhadap agama Islam .Kali ini giliran lawyer PAS yang juga Ahli Parlimen Sepang , Hanipa Maidin pulak mahu seluruh umat Islam di negara memaafkan pasangan lucah ini .
Untuk rekod pasangan lucah ini pernah menyentuh sensitiviti penyokong BN dengan berbogel sambil memegang bendera parti .
Apakah Hanipa akan marah dengan mereka ini bila mereka berbogel pulak sambil memakai bendera bulan PAS ?
PAS ternyata lebih membela pasangan lucah ini dengan sokongan kaumnya daripada mempertahankan maruah agama Islam sendiri .
Mohamed Hanipa Maidin (gambar) meminta umat Islam memberikan peluang kepada pasangan lucah Alvin Tan dan Vivian Lee untuk menebus kesalahan mereka kerana melakukan provokasi terhadap penganut agama terbesar di negara ini.
Ahli Parlimen Sepang dari PAS itu juga mahu umat Islam bertindak waras dalam memberikan respon terhadap provokasi seumpama ini dan belajar untuk memberikan kemaafan.
"Islam, saya yakin, juga agama rahmah. Di dalam al-Quran juga Allah menyatakan bahawa Allah menulis untuk diriNya rahmah (belas ikhsan)," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS kepada The Malaysian Insider."Maka saya berpendapat tidak salah bagi umat Islam untuk menerima kemaafan pasangan itu dan memberi mereka peluang untuk tidak lagi mengulangi perbuatan biadap mereka itu," katanya.
Bagaimanapun, Mohamed Hanipa tidak mahu campur tangan terhadap tindakan undang-undang pihak berkuasa terhadap mereka.
Namun begitu, beliau menolak penggunaan Akta Hasutan terhadap Tan dan Lee.
Pasangan itu menghina Islam dengan menyiarkan posting di akaun Facebook aksi memakan sup tulang babi sebagai hidangan berbuka puasa.
Pelbagai pihak menggeluarkan kenyataan supaya tindakan tegas diambil terhadap Tan dan Lee walaupun mereka sudah meminta maaf di atas keterlanjuran mereka itu.
Ramai yang mendesak mereka dikenakan tindakan undang undang termasuk didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.
"Pendapat peribadi saya sebarang perbuatan menghina mana-mana agama apatah lagi Islam adalah satu perbuatan yang terkutuk," katanya.
Mohd Hanipa yang juga seorang peguam berkata, ia tidak sewajarnya dilakukan oleh orang yang waras dan Islam tidak membenarkan penganutnya menghina agama atau kepercayaan orang lain kerana penghinaan itu membuka ruang kepada penghinaan Islam itu sendiri.
Beliau percaya mereka sudah cukup terseksa dengan luahan kemarahan umat Islam di negara ini. Itu sudah cukup, baginya menjadi hukuman perit ke atas mereka.
"Saya rasa ugutan bunuh ke atas mereka, jika benar berlaku, bukan anjuran Islam.
"Namun saya rasa tidak perlu mereka didakwa di bawah Akta Hasutan kerana Akta itu sendiri sudah banyak menzalimi rakyat negara ini," katanya.
Jika mereka didakwa di bawah Akta Hasutan kerana menghina Islam tidakkah pasangan remaja ini juga akan merasa bahawa ada diskriminasi dan ketidakadilan ke atas mereka, soalnya.
Ini kerana orang Islam yang ingin bakar Bible dan menghina anutan orang Hindu tidak didakwa sehingga kini.
"Adakah ini keadilan? Tidak malukah kita kepada orang bukan Islam apabila kita sendiri gagal bersikap adil?
"Di mana keadilan yang juga menjadi prinsip utama ajaran Islam hendak kita campak?" katanya.
"Mereka adalah remaja yang mudah tergelincir. Percayalah Islam tidak akan dilemahkan dengan penghinaan mereka berdua dan Islam juga tidak dikuatkan hanya kerana kita melaung kuat untuk menghukum mereka di bawah Akta yang zalim seperti Akta Hasutan," katanya.
Beliau mencadangkan semua pihak yang prihatin supaya mendekati mereka dengan lemah lembut dan berhemah supaya segala keraguan mereka atas agama ini dapat dipadamkan daripada benak pemikiran mereka.
Dalam sejarah Islam, katanya, pernah berlaku seorang penyair bukan Islam yang suka menghina Nabi Muhammad hingga menyebabkan sahabatnya, Umar Al -Khattab meminta izin untuk mencabut gigi penyair itu, namun Nabi tidak membenarkannya.
Katanya, akhirnya penyair itu memeluk Islam dan menggunakan bakatnya pula untuk menyebar ajaran Islam.
Pasangan itu akan didakwa hari ini di atas kesalahan mereka. - 18 Julai, 2013.
ALVIN DAN VIVIAN MENGUCAPKAN SELAMAT BERBUKA PUASA DENGAN SUP HERBA RUSUK BABI
Pasangan Alvin dan Vivian dikenali, infamous,
kerana bertindak berani memaparkan aksi seks di internet. Barangkali
kerana tidak begitu ramai berminat menonton aksi ghairah mereka,
keduanya mencari ide lain untuk mencetuskan provokasi sebagai attention seekers.
Gambar di atas dipaparkan di facebook Alvin and Vivian, klik di sini.
Perhatikan tulisan di atas ...
'Selamat berbuka puasa (dengan bak kut teh ... wangi, enak, menyelerakan)'
Klik di sini untuk mengetahui apa itu bak kut teh.
Lebih babi daripada babi, poster sama dicetakkan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.
Dua budak CINA
menghina jutaan UMAT ISLAM di Malaysia, itu fakta. Mustahil jika mereka
tidak mengetahui gambar dipaparkan di media sosial itu akan
mengguriskan hati orang Islam di negara ini. Namun tetap mereka muatnaik
untuk dipamerkan. Apakah tujuan sebenar tindakan Alvin dan Vivian?
Adakah siapa peduli?
Meletakkan logo JAKIM seolah-olah, menghalalkan bak kut teh.
Sila ke sini untuk berbuka puasa, menikmati makanan HALAL dan ENAK.
DAN AKHIRNYA BEGINI.........................................
PENING - Peguam Islamelayu menjadi Peguam untuk Orang Islam nak MURTAD |
Permohonan ini dibuat oleh Lennet
Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah
bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang
didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu
bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah
bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak
kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul.
Permohonan itu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
NOR AISYAH - Di Murtadkan oleh Kafirun Cina |
Sebab yang dia beri, “Saya Lennet
Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat
kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan
atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah
menolak dan meninggalkan agama Islam.”
Perenggan 23: “Saya Lennet Teoh
percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh
keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa
saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama
pilihannya iaitu Kristian Katholik”.
Kita tak boleh buat apa-apa sebab
article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara
Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar
agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita
tahun 1957.
Perlembagaan itulah juga yang
menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan
perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara’ dengan
undang-undang sivil, undang-undang syara’ akan terbatal. Maksud agama
rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut
cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak
lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi…. semua tak termasuk.
AMUKANMELAYU .........
مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيکمک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن
اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠلاءين سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي
اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠلاءين سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي