Kini Baru PKR Berpuas hati:- Wakil Vatican City Campurtangan Dalam Isu Kalimah Allah - Oleh rmf
Maka kini baru lah Pakatan Rakyat yang
mana majoritinya Umat Islam yang mengucapkan syahadah dan berkiblatkan
Baitullah berpuas hati dengan kemasukan atau campurtangan pihak Vatican City
didalam Isu Kalimah Allah yang diumumkan oleh Anwar Ibrahim
dengan mengatakan bahawa Kalimah Allah bukan Hak umat islam didalam
youtube satu ketika dahulu.
Baru beberapa hari umat
Islam di negara ini melaksanakan ibadah puasa yang merupakan rukun
Islam yang ke-4, kita dikejutkan dengan kenyataan wakil kedutaan Vatican
di Malaysia yang menyokong penuh langkah Gereja Katolik menggunakan
kalimah “Allah”.
Uskup Agung Joseph
Marino dalam kenyataannya itu berkata, pihaknya bersetuju dan menyokong
penggunaan kalimah “Allah” di dalam kitab Bible di Semenanjung Malaysia
sebagaimana yang diperjuangkan oleh golongan Katolik dan Pakatan
sebelum ini.
Wah! Wakil Vatican
sudah bersuara di bumi Malaysia? Lagaknya bagaikan “Mursyidul Am”
Pakatan yang sebelum ini begitu konsisten menyokong penggunaan
kalimah “Allah” di dalam Bible? Tidak cukupkah perkara itu dibenarkan di
Sabah dan Sarawak? Kini di Semenanjung pula?
Joseph Marino |
Sebagaimana yang kita
tahu, isu penggunaan kalimah “Allah” itu cukup sensitif dan sangat
mengguris hati seluruh umat Islam di negara ini.
PAS yang pada mulanya
menyokong penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible sebelum ini pun
terpaksa membuat “U-turn” di saat-saat akhir di ambang PRU ke-13 akibat
takut kehilangan undi umat Islam yang marah terhadap tuntutan yang
dipelopori DAP dan Kristian itu.
Tidakkah Marino tahu
tentang perlembagaan Malaysia sebelum bersuara? Apa haknya untuk
bersuara dan mencabar perlembagaan negara kita? Dia fikir Malaysia ini
sebahagian dari Vatican City, kah?
Saya tidak faham sama
ada ada mana-mana pihak yang sengaja “menjolok sarang tebuan” di sini.
Siapa yang gatal mulut untuk meminta Uskup dari Vatican itu untuk
bersuara?
Pada saya, jika Marino
mahu bersuara sekalipun bagi pihak Kristian, dia patut bersikap adil dan
sedar diri. Dia tidak wajar untuk mencampuri urusan hal ehwal agama
Islam dan perlembagaan negara ini, khususnya tentang hal keistimewaan
Islam di Malaysia.
Isu ini sangat
sensitif. Khabarnya sebuah gereja pernah dibakar akibat isu yang
diperjuang oleh Ambiga, Majlis Peguam dan beberapa pemimpin politik
tertinggi DAP ini. Dan kini Marino mahu menjadi sebahagian dari mereka?
Sedarkah Marino di mana
dia sedang bertapak sekarang? Tahukah dia bahawa Malaysia ini majoriti
penduduknya beragama Islam, khususnya di Semenanjung Malaysia?
Tahukah Marino bahawa
umat Islam di negara ini sudah bertolak ansur berkenaan isu ini di Sabah
dan Sarawak? Suku dari rakyat Sabah dan separuh dari masyarakat Sarawak
beragama Kristian, tapi umat Islam mampu bertoleransi di sana demi
menjaga keharmonian beragama di negeri-negeri itu.
Kini Marino mahu ia
dilaksanakan di Malaysia pula? Sudah diberi betis, Marino mahu paha? Apa
Marino fikir Kristian itu agama rasmi di negara ini?
TERESA KOK - Agen Kristian di Malaysia MP perbagai wajah anti ISLAMELAYU |
Pada hemat saya, Marino
tahu tentang sensitiviti mengenai isu ini. Sudah tentu dia diberitahu
mengenainya. Namun mengapa dia masih lagi mahu mencabar perasaan umat
Islam dan keistimewaan Islam di Malaysia? Dia mahu bermain dengan “api”,
kah?
Saya ingin mengingatkan
Marino bahawa dia bebas untuk mengamalkan Kristian di Malaysia. Itu
haknya sebagai penganut Kristian. Tiada halangan untuk itu. Tapi jangan
sesekali mencabar keistimewaan Islam dan mencetus api kemarahan umat
Islam. Buruk padahnya nanti.
Saya mahukan penjelasan
dari kedutaan Vatican itu bagi kenyataannya yang biadap itu. Jelaskan
dan minta maaf segera. Jika gagal, tak kiralah dia Uskup atau Pope
sekalipun, dia wajar dihalau pulang ke Vatican serta merta sebelum umat
Islam di Malaysia “naik angin”.
“Lakum dinukum
waliyadin”. Kristian boleh diamalkan di Malaysia, tapi jangan sesekali
usik Islam dan keistimewaannya di bumi Tanah Melayu ini. Noktah!
AMUKANMELAYU - NAJIB.....HJ. HADI dan ANWAR.....sudah-sudahlah....engkau semua tidak layak, gagal dan tidak mampu untuk memimpin UMAT ISLAMELAYU di Malaysia ni. ISLAMELAYU telah tewas berpuluh-puluh kali kerana kamu semua.....