,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday 13 July 2013

OTAK BELACAN - TPPA = TEKTIK PENIPUAN PENIAGA ANTARABANGSA


TRANS-PACIFIC PARTNERSHIP AGREEMENT (TPPA) YANG DILOBI OLEH AS: IMPAK KEATAS MALAYSIA DAN EKONOMI ORANG MELAYU

Tun Mahathir dengan lantang telah menggesa pihak Kerajaan Malaysia supaya menolak TPPA pada Forum Negara bertajuk 'Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam' yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) bersama Yang di-Pertua Dewan Negara yang telah berlangsung di Parlimen Malaysia pada 25 Mac 2013 lepas.

Malah pada 14 Mei 2013, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) memberi amaran bahawa satu 'tsunami' baru akan melanda Malaysia dan menjejaskan perniagaan tempatan, susulan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang akan dimeterai menjelang Oktober, sempena lawatan Obama ke persidangan di Bali, Indonesia.

Apa saja cadangan dari Amerika Syarikat akan menguntungkan Amerika Syarikat, dan akan merugikan kita. Apa yang dikehendaki dari persefahaman ini adalah supaya mereka dapat akses pada sistem perolehan kerajaan. Apa saja projek dan tender dari pihak Kerajaan Malaysia mestilah terbuka kepada mereka.

Bukan sahaja terbuka kepada mereka, malah sekiranya kita membuat sesuatu keputusan atau tindakan yang tidak memihak kepada mereka, mereka boleh menubuhkan suatu badan kehakiman khas yang boleh memutuskan dan mengadili samada Kerajaan kita telah menepati atau tidak TPPA yang dimeterai dengan mereka, dimana hukuman dan denda pampasan yang bernilai ratusan juta USD boleh dikenakan sekiranya merekamendapati kita melanggar syarat TPPA.

Ini boleh dibuat oleh syarikat-syarikat transnasional mereka sendiri bukan kerajaan Amerika Syarikat. Kalau syarikat mereka masuk sesuatu tender, dan mungkin kita tolak tender itu atas sesuatu sebab kepentingan negara atau kepentingan bumiputera, mereka boleh mendakwa ini tidak menepati TPPA dan mengambil tindakan untuk mendapat pampasan pada amaun yang sangat tinggi.

Malangnya, kita antara 12 negara yang dengan sewenang-wenangnya bersetuju untuk menerima dasar-dasar TPPA ini. 12 negara tersebut adalah Australia, Brunei, Chile, Kanada, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, Amerika Syarikat, Vietnam, Jepun dan Malaysia.

Ada 26 bab yang berasingan, yang digubal secara penuh kerahsiaan, tidak telus, dan tidak dibuka kepada pengetahuan orang awam.

Ia akan terus menjadi rahsia selama 4 tahun selepas perjanjian dimeterai. Kita hanya akan tahu rupabentuk sebenar perjanjian itu hanya selepas 4 tahun, iaitu dalam tahun 2017, WALAUPUN TELAH DIMETERAI pada tahun 2013.

________________________________________
­_______________
TOLAK TPPA (SENARAI KLIP VIDEO WAJIB TENGOK!)

http://www.youtube.com/watch?v=YefOC8...

Artikel penuh: http://al-faedah.blogspot.com/2013/05...
________________________________________­_______________

IMPAK NEGATIF TPPA KEATAS MALAYSIA: MTEM SEPAKAT DENGAN DPMM
MTEM: 'Tsunami ekonomi' akan landa M'sia

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) memberi amaran bahawa satu 'tsunami' baru akan melanda Malaysia dan menjejaskan perniagaan tempatan, susulan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) yang akan dimeterai menjelang Oktober.

"Rejim perdagangan baru ini adalah tsunami yang akan melanda Malaysia, lebih besar dari tsunami politik yang baru berlangsung," kata ketua pegawai eksekutif MTEM Mohd Nizam Mahshar.

Mohd Nizam dalam sidang media di Kuala Lumpur berkata perjanjian perdagangan bebas itu akan memberi impak lebih besar ke atas perniagaan tempatan dan kos sara hidup di Malaysia.

"Sebagai contoh, kita menjangkakan kos perubatan akan meningkat dari RM200 ke RM1,200 kerana ubat-ubatan generik tidak boleh digunakan lagi memandangkan hak harta intelektual untuk syarikat farmaseutikal akan dilanjutkan bawah perjanjian ini," katanya.

Selain itu, industri beras tempatan juga akan terjejas dengan kemasukan bijirin bersubsidi dari Amerika Syarikat manakala perkhidmatan profesional tempatan seperti peguam dan arkitek akan menghadapi persaingan antarabangsa, katanya.

Malaysia juga akan terdedah dengan tindakan saman daripada syarikat multinasional dan layanan terpilih ke atas syarikat tempatan juga dilarang.

Malah, produk Kedai Rakyat 1Malaysia juga boleh dianggap haram kerana boleh dianggap menghalang perdagangan dengan memberi kadar subsidi ke atas produk -- yang boleh dianggap sebagai layanan terpilih dan melanggar TPPA, katanya.
Peringatan Tun M sebelum Malaysia tandatangani TPPA
Kesimpulannya, Tum Dr. Mahathir Mohamad mahu kerajaan lebih berhati-hati sebelum memasuki mana-mana perjanjian.
Kesimpulannya, Tum Dr. Mahathir Mohamad mahu kerajaan lebih berhati-hati sebelum memasuki mana-mana perjanjian.
SUBANG JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi tampil dengan kritikan pedas terhadap kerajaan.
Kali ini, negarawan berkenaan membangkitkan isu mengenai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
Beliau tampil memberi pandangan mengenai isu berkenaan selepas Setiausaha kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menegaskan bahawa perbincangan perdagangan mesti dilakukan secara rahsia.
Tun Dr. Mahathir berpendapat, langkah tersebut bukan satu amalan yang baik, lebih-lebih lagi setelah melihat rekod perjanjian Malaysia yang tidak memihak kepada negara serta menyebabkan Malaysia menerima syarat-syarat yang tidak menguntungkan.
Beliau memberi amaran, sebaik kerajaan menandatangani TPPA, ‘kaki dan tangan Malaysia akan terikat’.
Ini kerana kerajaan tidak akan boleh lagi membuat kawalan modal dan apabila ia berlaku, Malaysia akan dijajah lagi.
“Saya tahu MITI sudah bersedia untuk bersetuju dengan TPPA. Ia tidak akan melayan mana-mana hujah sebaliknya. Mereka mahu melakukan ini secara rahsia. Kita tidak menghukum orang-orang yang membuat perjanjian menjejaskan kepentingan negara ini. Jadi mereka tidak akan kalah.
“Ini adalah negara saya. Ini juga adalah negara pegawai-pegawai dan ahli-ahli politik. Jika ada orang secara diam-diam mendatangkan mudarat kepada negara saya, saya mempunyai hak untuk bersuara,” ujar Dr. Mahathir.
Dalam hal perjanjian yang merugikan Malaysia, Dr. Mahathir menyentuh beberapa isu termasuk mengenai perjanjian air antara Malaysia dengan Singapura.
Perjanjian itu memerlukan Malaysia menjual air mentah terlalu murah iaitu 3 sen bagi setiap 1,000 gelen dan kemudian Malaysia membelinya semula pada harga 50 sen bagi jumlah yang sama.
Lebih memburukkan keadaan, perjanjian itu hanya akan luput pada 2060 ketika kedudukan nilai mata wang Dollar Singapura dengan Ringgit Malaysia sudah jauh berubah dan kos sara hidup yang semakin meningkat.
“Terus terang, saya berasa kita tidak fikir dengan berhati-hati apabila kita berunding. Secara kebetulan Johor menjual air pada kadar 30 sen bagi setiap 1000 gelen kepada Melaka, iaitu 1000 peratus lebih tinggi daripada Singapura,” katanya.
Dalam pada itu, Tun Dr. Mahathir berkata, Malaysia juga kurang berhati-hati dalam pembelian pesawat pejuang F/A-18.
Jelas beliau, kerajaan sebenarnya mahu MIG-10 namun entah bagaimana dana tersebut telah digunakan untuk membeli F/A-18.
“Malangnya perjanjian pembelian tidak termasuk kod sumber. Tanpa kod sumber F/A-18 hanya boleh terbang dalam misi yang diluluskan oleh Amerika Syarikat.
“Sehingga itu, pesawat pejuang yang sangat mahal ini hanya boleh digunakan untuk persembahan pada LIMA. Mainan yang sangat mahal,” tegas beliau.
Menurut Dr. Mahathir, Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) juga merugikan negara khususnya Proton.
Ini kerana ia membolehkan pengeluar kereta terkemuka mengelak cukai dan merendahkan kos pengeluaran mereka sedangkan Proton pula tidak mampu berbuat demikian walaupun ia menggunakan 90 peratus kandungan tempatan.
“Tetapi untuk membuat perkara lebih teruk lagi, Proton mesti mematuhi keselamatan dan standard Malaysia yang lain, tetapi kereta import diberi pengecualian daripada kebanyakan perkara ini.
“Jika Proton ingin eksport ke negara-negara pengeluar, ia perlu mematuhi semua standard mereka. Setakat ini kita tidak boleh eksport ke Jepun, Korea dan negara-negara Eropah. Ini adalah betapa baiknya perjanjian yang kita telah masuki,” ujar beliau.
Tun Dr. Mahathir juga melahirkan rasa kecewanya apabila Malaysia kehilangan Pulau Batu Puteh tetapi pada masa sama tidak boleh bina jambatan atau membuang tambak, atau menyelesaikan isu kumpulan wang simpanan pekerja.
“Tetapi kita telah berikan tanah keretapi kita bernilai berbilion-bilion ke Singapura untuk tiada apa-apa. Dan sekarang kita mesti meminta izin Singapura untuk membina kereta api kelajuan tinggi.
“Lihatlah semua perjanjian kita telah meterai dan anda akan dapati hampir tiada satu pun menguntungkan kita,” katanya.


AMUKANMELAYU - Orang dah tak mau berperang, tapi orang mau menjajah, bagaimana caranya?. TPPA adalah antara ribuan cara untuk menjajah dan memperhambakan negara-negara kecil untuk kekayaan Negara-Negara besar dan Kuasa-Kuasa Besar walau pun negeri kecil.