,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday, 19 July 2013

AL JIB GOR PERLU BUAT PILIHAN - TUTUP MULUT CINA ATAU MELAYU TINGGALKAN UMNO?


 

          

  300 000 AHLI PERKASA PUTUS HUBUNGAN DENGAN UMNO?

Dr M hormati pendirian Perkasa ambil sikap berkecuali

Tun Dr Mahathir Mohamad menghormati pendirian Perkasa untuk tidak memihak kepada mana-mana parti politik termasuk Barisan Nasional (BN).

Bekas perdana menteri yang merupakan penyokong kuat kepada Perkasa dilihat menyokong pendirian itu dalam satu mesyuarat  bagi membentangkan hasil retreat kumpulan hak Melayu itu, selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Rabu.

“Tun tidak cakap banyak, dia hanya mendengar dan bersetuju dengan pendirian Perkasa itu,” kata Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

"Perkasa ambil keputusan untuk mengamalkan dasar berkecuali sekarang ini, berbanding menyokong kerajaan sangat sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir meminta Perkasa supaya bertindak bijak dalam usaha mereka untuk mempertahankan kepentinga n Melayu.

“Tun minta kami buat perancangan dengan betul dan strategi yang tepat supaya tidak merugikan kuasa politik Melayu,” katanya mengulas mengenai pertemuan yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana,  Putrajaya.

Pertemuan dengan bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu diadakan selepas Perkasa membuat keputusan dua minggu lalu untuk memikirkan semula hubungan dengan Umno berikutan kerajaan meminggirkan mereka.

Presiden Perkasa, Datuk  Ibrahim Ali menyelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana terlalu memberi muka kepada kumpulan-kumpulan yang “memberontak melawan kerajaan.”Ibrahim merujuk kepada tindakan kerajaan untuk mendekati Kumpulan Hak Asasi Hindu (Hindraf) dan kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong.

Menurut Syed Hassan, pertemuan itu memutuskan, mulai saat ini, Perkasa hanya akan bekerjasama dengan kumpulan yang memperjuangkan hak Melayu dan agama Islam.

"Kita berbincang dengan Tun, biar mereka (ahli Perkasa) putuskan. Kita belum sampai tahap untuk mengarahkan ahli mengundi parti  Kalau mereka hendak sokong PAS pun boleh, Umno pun boleh, janji Melayu, Islam," katanya merujuk kepada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dan  Perkasa mempunyai lebih 1,000 ahli di situ.

Beliau mengakui persepsi awam berpendapat Perkasa adalah kumpulan tajaan Umno. "kita tak boleh nak buat apa kalau orang nak kata seperti itu. Tetapi tanggapan itu tidak benar". katanya.

Bila ditanya bagaimana dengan ahli umno yang ramai Perkasa mahu bersifat berkecuali, Syed Hassan menjawab. "Kalau mereka betul-ahli ahli Umno buat apa mereka sertai Perkasa? Ahli Perkasa yg juga ahli UMNO, jiwa mereka sudah tinggal 50% sahaja kepercayaan kepada UMNO. Yang majoritinya mereka bersama Perkasa adalah atas 'semangat Perkasa'," – 19 Julai, 2013.
 

Najib Digesa Berundur TS Muhyiddin Sebagai Ganti 

Yang jelas dan nyata, sekalipun menang, prestasi BN di bawah Najib adalah lebih teruk daripada Abdullah Ahmad Badawi di mana BN kehilangan lebih banyak kerusi parlimen iaitu hanya memperolehi 133 kerusi parlimen berbanding 140 yang diperolehi pada tahun 2008.

Ini menunjukkan juga kepimpinan Najib adalah lebih lemah daripada Pak Lah. Dan beberapa hari sebelum pilihanraya berlansung Tun Dr. Mahathir menyatakan Najib perlu berundur dan memberi laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin jika gagal meraih majoriti besar dalam pilihan raya umum ke-13 tahun ini.

"Jika dia gagal, sudah tentu dia harus berundur," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas forum anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di ibu kota, lapor The Malaysian Insider.

PENASIHAT Meloyakan - Polulariti Najib lebih penting dari kerajaan .

Persoalan kini, apakah Najib sedia untuk berundur setelah gagal untuk menunjukkan prestasi baik di dalam PRU13 semalam? Dan apakah Mahathir bersedia untuk menjadi "pendesak" supaya Najib supaya memberi laluan kepada Muhyiddin menjadi PM?

GB melihat begini: Jika sekalipun Najib tidak berundur, namun hukum kebenaran dan keadilan akan mencampakkan Najib keluar dari Putrajaya. Terlalu banyak kesalahan dan kepincangan semasa beliau menjawat jawatan PM yang tak perlu dideretkan lagi di sini.

Najib begitu cepat meletakkan kesalahan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat di atas kemerosotan prestasi BN atuk dengan menyatakan beliau tidak menyangka “tsunami Cina” yang menyaksikan kehilangan undi komuniti tersebut dengan drastik.

Pengerusi BN itu, mengatakan sentimen kaum dimainkan untuk memenangi undi etnik kedua terbesar itu. Sedangkan HAL YANG SEBENAR ialah Najib dan UMNOlah yang memainkan sentimen perkauman (rasism) sebelum ini untuk meraih sokongan kaum Melayu yang menyebabkan kaum bukan-Melayu melihat Najib dan Mahathir adalah kumpulan "cauvinis-Malay" (assabiyah-Melayu) apabila bersekongkol dengan PERKASA.

Dan hasilnya Najib tewas kedua-dua belah pihak, calon PERKASA yang dibelanya tewas teruk manakala sokongan kaum bukan Melayu terhadap BN terus merudum. MCA dan Gerakan sudah boleh membuat perhitungan untuk membubarkan parti masing-masing kerana ternyata ia sudah tidak lagi dapat mewakili masyarakat kaum tionghua di negara ini.

Ayuh Najib, turunlah dengan cara yang terhormat!


sumber: kelab greenboc

Gagal PRU13, Najib Harus Berundur

Written By Nur Eisha Fatihah on Tuesday, June 11, 2013 | 9:35 AM

CATATAN ANUAR MOHD NOR – Satu soalan yang saya ajukan kepada rakan-rakan blogger yang saya temui malam tadi – di jalan Doraisamy – adakah benar Najib sedang diserang dan adakah Najib akan dapat bertahan sekiranya diserang. Jawapan mereka secara kolektif mengatakan bahawa Najib menghadapi masalah atas kegagalan BN dalam mendapatkan kembali majoriti 2/3 dan mereka percaya ada pihak yang sedang menunjukkan jalan untuk Najib berundur – khususnya semasa PAU akan datang.
Soalan saya kemudiannya adalah – siapa yang mahu Najib berundur pada pendapat kalian semua – dengan pantas mereka menjawab Tun Mahathir. Kenapa adalah soalan seterusnya dan jawapan mereka standard – kerana tidak merujuk dan mengikut piawaian yang Tun Mahathitr mahu.
Satu spekulasi – kata saya dalam diam. Namun spekulasi amat penting dewasa ini. Spekulasi boleh menaikkan seorang pemimpin dan boleh juga menjatuhkan kepimpinan itu. Dalam isu ini sudah ada spekulasi mengatakan bahawa Najib akan dicabar dan ditunjukkan jalan keluar oleh Tun Mahathir. Mendengar spekulasi ini maka PM Najib seharusnya mula berwaspada. Dalam kelompok UMNO sendiri sudah ada pecahan-pecahan yang mahu Najib turun takhta.
Sudah ada dikatakan jentera maya yang akan memastikan agenda menjatuhkan Najib terlaksana. UMNO masih sibuk dalam urusan populariti dalam UMNO sendiri untuk meraih jawatan penting dalam UMNO. Mereka tidak sedar dan semakin lupa setelah berjawatan bahawa kondisi UMNO hari ini tidak selesa dan amat rapuh dengan merujuk kepada kekecilan sokongan. Kenapa dan apakah UMNO/BN akan dapat bertahan sebagai kerajaan hanya kalian yang akan menentukan. Apa kata anda – email anuarmohdnor@gmail.com


AMUKANMELAYU - Kami mahukan PM yang berani dan di yakini, bukan PM yang dapat membeli kami dengan duit...Duit tidak dapat membeli harga diri....apabila hati sudah benci....duit menjadi tidak berharga lagi......