STATUS - Adakah mereka ini Hero, balaci, Pahlawan, Barua, Pejuang, Pengkhianat atau MUNAFIK? |
STRATEGI politik kaum Cina
Di Malaysia, peranan yang dimainkan oleh akhbar dan majalah berbahasa
Cina untuk menyebar pengaruh seperti bahasa, budaya dan
kepentingan-kepentingan kaum mereka, ekonomi dan khususnya politik tidak
boleh dinafikan sama sekali.
Selaras dengan kaum mereka yang bilangannya sedang meningkat, di samping
kepentingan ekonomi dan suara politik mereka yang semakin nyaring, kaum
Cina terus merancang dan mengeksploit ‘saluran-saluran kuasa’ dan
instrumen demokrasi untuk memantap dan memperkukuhkan apa yang telah
mereka kumpulkan untuk kaum mereka selama ini.
Bermula dengan kerakyatan pada 1948 dan 1957 yang hakikatnya
dipermudahkan oleh UMNO dan Raja-Raja Melayu sendiri, orang Cina terus
mengorak selangkah demi selangkah untuk menapak pada mulanya dalam
ekonomi Tanah Melayu/Malaysia sehingga bilangan penduduk mereka telah
menjana 29 peratus. Kini sasaran agenda baru mereka tertumpu besar dalam
politik.
Sebenarnya cerdik pandai Cina pada 1940-an dan 1950-an sedar sistem
demokrasi yang diasaskan oleh pemimpin-pemimpin Melayu di negara ini
pada tahun-tahun tersebut akhirnya menjadi satu platform yang ideal
untuk kaum mereka berkembang secara penyertaan aktif dalam politik.Pada
hakikatnya pertubuhan-pertubuhan politik Cina sudah lama berakar-umbi di
Tanah Melayu. Kongsi-kongsi gelap memain peranan penting dalam
melahirkan pemimpin-pemimpin Cina yang pada mulanya ‘sober’ dan
konservatif dan bekerjasama rapat dengan British.
MCA yang ditubuhkan pada 1949 kemudian menumpu sasaran kepada isu
kerakyatan. Mereka sedar bahawa parti mereka bukan hanya satu-satunya
pelobi, malah pemimpin Cina seperti Tun Tan Cheng Lock disokong kuat
oleh pentadbir-pentadbir British tertentu.
Walaupun telah ada Parti Komunis Malaya (PKM) dan Kuomintang (KMT)
sebelum ini, namun parti-parti politik ini meninggalkan kesan legasi
atau warisan China dan Taiwan yang akhirnya ditolak oleh orang Cina
konservatif sendiri yang berikrar untuk mengkiblatkan Malaya sebagai
tanah tumpah darah mereka, sementelah PKM merupakan sebuah parti
berteraskan ideologi komunis yang berpaksikan kekerasan dan kezaliman.
Untuk berfungsi secara demokratik dalam sebuah negeri Melayu yang
konservatif yang berasaskan pentadbiran British, pada mulanya orang Cina
berpuas hati menggunakan saluran MCA untuk mencapai matlamat mereka
yang lebih besar.
Namun, selepas mendapat kerakyatan dan kemudian kuasa ekonomi yang
dominan, orang Cina menganggap apa yang diberi oleh orang Melayu tidak
mencukupi. Seperti orang Cina di negara-negara lain yang bilangannya
dominan seperti di Singapura, hakikatnya mereka ingin menentukan destini
mereka sendiri.
Pokoknya mereka menolak orang Melayu menguasai mereka, menentang DEB,
Perlembagaan Persekutuan, agama Islam dan Raja-raja Melayu. Penguasaan
mereka terhadap ekonomi secara amat dominan di Malaysia, adalah
pendorong utama yang menggerakkan gerabak politik orang Cina untuk
menguasai negara ini.
Walaupun bilangan mereka kurang daripada 30 peratus, namun sokongan padu
daripada PKR dan Pas menawarkan peluang keemasan kepada kaum mereka
dalam PRU-13.Mereka pernah memulakan percubaan nekad untuk merebut kuasa
daripada orang Melayu pada tahun 1969. Di zaman Tunku Abdul Rahman
menjadi Perdana Menteri yang beberapa kali sebelum itu didesak memberi
konsesi dan kelonggaran, termasuk memberi kerusi pilihan raya yang lebih
kepada kaum mereka.
Mereka sedar menerusi kerusi-kerusi pilihan raya inilah perjuangan
politik kaum mereka dapat direalisasikan. Masalah yang serupa dialami
oleh tiga orang Perdana Menteri selepas Tunku yang didesak supaya kaum
Cina diberi universiti dan memerdekakan bahasa Cina.
Dalam 1960-an, akibat taktik politik yang disemai dan dimainkan Lee Kuan
Yew, bekas Perdana Menteri Singapura, sekumpulan orang Cina di Malaysia
keluar dari arus perdana politik orang Cina MCA untuk menubuhkan
Democratic Action Party (DAP) yang serta-merta mewarisi perjuangan
ideologi politik sama rata Kuan Yew.
Mereka juga sedar kekuatan mereka bergantung di bandar-bandar. Oleh itu
menggunakan propaganda ‘Malaysian Malaysia’ untuk mengadu-dombakan
doktrin kesamarataan equality dalam masyarakat walaupun Malaysia dibina
atas asas sejarah pribumi dan sistem politik serta komposisi kaum yang
berbeza dengan Singapura.
Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan panjang lebar hujah-hujah Kuan Yew
dalam buku beliau yang masyhur, Dilema Melayu dan baru-baru ini dalam
buku terbarunya The Doctor in the House.
Slogan kaum Cina ini berjaya memenangi dan menarik minat dan sentimen
orang Cina. Pada pilihan raya 2008, atas propaganda yang sama dan dengan
kerjasama PKR dan DAP, mereka berjaya menawan Pulau Pinang dan buat
sementara waktu, negeri Perak.
Dengan modus operandi yang sama, mereka bergabung dengan PKR dan Pas
untuk memerintah Selangor. DAP juga memenangi kawasan-kawasan pilihan
raya Wilayah Persekutuan. Kecuali Perak, dalam PRU-13 mereka mengulangi
kemenangan di Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan iaitu di
mana bilangan orang Cina dominan.
Pada umumnya undi orang Melayu daripada Pas berpindah kepada BN.
Sungguhpun parti itu kembali menguasai Kelantan dan hampir merampas
Terengganu, pengaruhnya di Kelantan semakin merosot. Pada PRU-13 Pas
mengorbankan Kedah kepada BN yang dimenanginya sejak PRU-12.
Orang Cina sedar mereka tidak akan berjaya menguasai negara ini dalam
jangka masa yang singkat, khususnya tanpa sokongan parti-parti
pembangkang Melayu lain, seperti Pas dan PKR.
Malah, mengikut pengakuan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, sebelum PRU-13, partinya berpuas hati
sekiranya memperoleh 100 buah kerusi daripada jumlah 222 kerusi
Parlimen. Dengan kedudukan ini, beliau berharap akan berlaku kucar-kacir
dalam UMNO dan Barisan Nasional yang menjurus ke arah perubahan dalam
komposisi kerusi di Parlimen.
Dalam konteks ini, DAP membuat perhitungan bahawa mereka akan meraih
kuasa melalui dua cara:
Pertama, dalam jangka pendek parti itu berharap
kuasa akan jatuh ke tangan mereka setelah berlaku huru-hara atau
kucar-kacir di Parlimen yang menyebabkan Ahli-ahli Parlimen BN ataupun
parti-parti lain melompat ke rakit DAP.
ROKET SATU AGENDA - Satu di China dan satu di Malaysia |
Kedua, dalam jangka panjang mereka berharap akan berlaku perubahan besar
dalam demografi penduduk akibat kealpaan pemimpin-pemimpin Melayu dalam
parti pemerintah yang terus memperhebatkan pembangunan bandar dan luar
bandar yang sekali gus menggalakkan penjanaan dan peningkatan serta
perpindahan penduduk Cina ke kawasan-kawasan berkenaan.
Orang Cina tidak ada cara lain untuk merebut kuasa daripada orang Melayu
kecuali menerusi sistem demokrasi berparlimen yang disedia dan di
susun-atur sendiri oleh pemimpin-pemimpin Melayu sejak Perang Dunia
Kedua.
Mereka berharap akan terbuka peluang untuk memerintah setelah pintu
demokrasi dibuka kepada mereka untuk merebut peluang tersebut, sama ada
menerusi perubahan demografi, peluang yang dibuka melalui kelemahan
dalam sistem demokrasi ataupun menerusi pakatan dengan parti-parti
pembangkang Melayu dan bukan Melayu.
Strategi licik orang Cina inilah yang dibimbangi ramai pemimpin Melayu
kerana pada suatu masa kelak kealpaan dan tolak ansur mereka akhirnya
mempercepatkan kehilangan kuasa Melayu.
~ Dr. Alias Mohamed
Presiden Pertubuhan Kebangsaan
Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia.
AMUKANMELAYU - Pemimpin Islamelayu.....Eiiiiii.....mengantuknyaaaaaaaaa