PENGERUSI MyWATCH SEMPAT TINGGALKAN WASIAT DENGAN RAFIZI???
Beberapa jam
sebelum ditembak, R Sri Sanjeevan ada menyatakan beliau memiliki
senarai nama pegawai polis yang disiasat secara dalaman kerana terlibat
dalam sindiket dadah.
Pengerusi
MyWatch itu menyatakan demikian kepada Rafizi Ramli (gambar), Pengarah
Strategi PKR ketika mereka bertemu di majlis berbuka puasa Jumaat lalu
di rumah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya
beritahu supaya berhati-hati kerana senarai itu adalah pegawai polis
yang sedang disiasat. Saya tidak begitu memberi galakan kepada
Sanjeevan," katanya.
Terkejut
dengan kejadian yang menimpa Sanjeevan itu, Rafizi juga mengakui agak
terkilan kerana menasihati Sanjeevan bahawa ia tidak masa sesuai untuk
membuat pendedahan kerana siasatan polis masih berlangsung.
Bagaimanapun,
katanya, Sanjeevan pada pertemuan itu menyatakan ia skandal besar dan
kesalahan yang dilakukan serius serta membabitkan jumlah dadah yang
besar.
"Mengikut
Sanjeevan, pegawai polis yang disiasat itu berdepan kemungkinan didakwa
mengikut peruntukan undang-undang yang membawa hukuman mati. Beliau
yakin ia kes serius," katanya.
Rafizi dan Sanjeevan kemudian bersetuju untuk bertemu minggu depan untuk meneliti senarai berkenaan.
Ps:
Hmm... Kenapa dia berjumpa dengan Rafizi dan menyatakan bahawa dia ada
senarai nama tu ye? Kenapa dia tak dedahkan awal - awal?
Hakikatnya,
ini satu lagi konspirasi Pakatan untuk terus memburukkan nama baik
Anggota Keselamatan Negara dengan mengaitkan mereka dengan dadah.
Orang
macam Si Rafizi ni wajib dibawak ke Balai supaya dia dapat memberikan
keterangan tentang apa yang dia sebut. Jangan nanti bila dah sampai
balai, dia terkencing dalam seluar pulak sudah la!!!
AMUKANMELAYU - Asas siasatan telah ada, RAFIZI dah boleh di angkut kat BALAI untuk memulakan siasatan, KPN.....tunggu apa lagi........