PEJABAT ZAKAT Tak Kesah pun dengan "Sayu sambut Ramadan"
SEDIH - Empat beranak yang gagal di kesan PKZ Pahang |
Mereka sekeluarga tiada pilihan selepas diarahkan mengosongkan rumah flat yang disewa sejak 22 tahun lalu.
Rosli Abdul Ghani, 49, berkata, dia dan isteri, Salbiah Mohamid, 47, bersama dua anak lelaki, Amirul Azhar, 14, yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pertuturan dan pendengaran dan Syamil Al-Muhaimim, 8.
Menurutnya, dia yang bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan tidak menentu buntu memikirkan nasibnya sekeluarga yang tiada tempat berteduh.
“Saya rasa sedih sambut Ramadan kali ini, kerana tak ada rumah dan terpaksa tinggal di sini.
“Walaupun tempat ini tak sepatutnya menjadi tempat tinggal tapi saya tak ada pilihan. Macam-macam usaha dan permohonan rumah dibuat tapi tiada pihak sudi bantu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Rosli berkata, permohonan untuk mendapatkan rumah sebagaimana penghuni flat yang lain gagal diperoleh atas alasan dia hanya penyewa kekal.
Katanya, dia merayu kepada pihak berkenaan supaya mempertimbangkan permohonannya untuk mendapatkan rumah.
“Kedua-dua anak saya tak pergi sekolah sejak kami tiada rumah, nasib baik pihak sekolah faham masalah yang dihadapi, tapi sampai bila kami perlu hidup seperti ini.
“Saya juga tak boleh ke laut kerana bimbang tinggalkan mereka di sini,” katanya.
Rosli berkata, dia kini hanya menagih simpati rakan-rakan yang membantunya seperti memberi makan dan sebagainya.
Bagaimanapun, nasib mereka sekeluarga mendapat perhatian Badan Kebajikan Kemanusiaan dan Kemiskinan Mukim Beserah dan Sungai Karang (BAKKISS) yang diketuai, Yang Dipertuanya, Wan Azlan Wan Salleh.
Wan Azlan berkata, bantuan segera perlu diberikan apatah lagi hari ini umat Islam menjalani ibadah puasa.
“Saya merayu agar keluarga Rosli diberi bantuan sewajarnya kerana tempat ini tidak sesuai untuk dijadikan tempat tinggal,” katanya.
Kes-Kes Daripada Beberapa Kajian
AMUKANMELAYU - Hanya hiasan |
Di Malaysia - seperti di kebanyakkan negara lain – terdapat ramai golongan miskin termasuk Melayu, India dan Cina. Masalah sosial di negara ini menjejaskan semua kumpulan etnik. Selain kemiskinan, perceraian sudah menjadi satu wabak dalam masyarakat Islam dan bukan Islam. Keutuhan intitusi perkahwinan semakin goyah. Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, sebanyak 180, 172 kes perceraian dikalangan umat Islam telah dilaporkan di negara ini. Kadar perceraian di kalangan bukan Islam pula meningkat daripada 2 peratus kepada 8 peratus dalam tempoh 10 tahun sejak tahun 2000 dan juga dijangka akan mencapai angka sebanyak 7,000 kes.
Satu penyelidikan sosial menunjukkan bahawa di Malaysia,kebanyakkan kaum ibu tunggal adalah mereka yang sama ada telah kematian suami, ditinggalkan atau diceraikan. Di kawasan luar Bandar, merekaselalunya mempunyai lima anak atau lebih. Untuk meneruskan kehidupan, ada juga ibu tunggal yang terjebak dalam pemerdagangan seks. Dalam kes-kes lain, akibat tidak mampu menjaga anak-anak ditambah pula ahli keluarga yang lain, semakin ramai ibu-ibu tunggal terpaksa bergantung kepada bantuan dari kerajaan yang tidak seberapa untuk menyara keluarga mereka.
Kebebasan kewangan adalah sesuatu yang sukar untuk dikecapi oleh ibu tunggal. Mereka selalunya tiada wang simpanan. Kurang berpendidikan, mereka berkahwin pada usia yang sangat muda dan selalunya hanya bergantung sepenuhnya kepada suami mereka untuk dalam hal-hal kewangan. Apabila mereka menjadi ibu tunggal, satu beban yang berat berada pada bahu mereka. Ramai dikalangan suami, setelah bercerai tidak mahu membayar nafkah untuk anak-anak. Bergantung kepada badan-badan kebajikan atau agensi-agensi yang lain di negara ini adalah satu proses yang rumit akibat sistem birokrasi yang diamalkan.
Apabila mereka gagal untuk mendapatkan bantuan daripada bangsa mereka sendiri, saudara seagama atau saudara mara yang dekat, mereka akan pergi kepada orang-orang yang boleh membantu mereka tanpa mengira siapa diri mereka selagi dapat mencari sesuap nasi untuk anak-anak. Kajian ke atas ibu tunggal menunjukkan mereka sanggup menghadapi apa jua cabaran untuk memastikan anak-anak mereka tidak berlapar.
S. Mariamah yang tinggal di estet Mantin di Negeri Sembilan kehilangan suaminya dalam kemalangan. Mariamah telah ditinggalkan dengan 5 orang anak-anak yang masih kecil. Ibu bapanya meninggal dunia ketika dia berusia 21 tahun, satu tahun selepas perkahwinannya. Beliau tidak mempunyai apa-apa simpanan. Semua anak-anaknya masih bersekolah ketika itu dan dia mempunyai hasrat untuk melihat semua anak-anaknya mendapat pendidikan yang terbaik. Tanpa ada sesiapa untuk bergantung harap, dia menghampiri sebuah gereja di bandar kira-kira 50 kilometer dari rumahnya. Pihak gereja memberi sokongan dan bantuan kewangan kepada Mariamah. Mereka juga memastikan pendidikan anak-anaknya dijaga. Hari ini kesemua anak-anaknya telah membesar dan berjaya dalam hidup. Mariamah memastikan agar semua anak-anaknya terus menderma kepada gereja untuk membantu pula mereka yang kurang bernasib baik. Tiada seorang pun anak-anak Mariamah mahupun dirinya sendiri memeluk agama Kristian. Pihak Gereja tidak memaksa mereka berbuat demikian. Tetapi, kehidupan Mariamah dan anak-anaknya telah berubah kerana sifat keprihatinan dan kemanusiaan pihak gereja.
MELAYU MISKIN DAN MELARAT, DERITA YANG CUKUP MENYAKITKAN!!!
Tuesday, June 18, 2013Entahkan terlepas pandang, entahkan tidak dipedulikan tetapi yang pasti, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) memang tidak buat kerja sewajarnya. Baitulmal Terengganu sudah jadi buta perut, buta mata dan bukan lagi memegang amanah Allah Taala, sebaliknya melihat wang zakat yang ada pada mereka sebagai harta pusaka peninggalan mak bapa mereka!
Kalau nak dipersalahkan Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu, ia sudah boleh dipertikaikan. Sebabnya, terdapat badan, agensi mahupun pegawai-pegawai yang telah ditugaskan untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
Apa sebenarnya yang berlaku kepada agensi-agensi dan badan-badan kerajaan yang berunsurkan Islam dan terlebih-lebih lagi Baitulmal?
Apakah kerana Jusoh Ali dan isterinya, Tengku Habibah Tengku Ghani, orang miskin, maka sebarang kebajikan tentang mereka tidak perlu dititikberatkan? Adakah dengan bantuan seciput walhal wang dalam Baitulmal beratus juta, sudah boleh dianggap memadai?
Perkara utama dalam bab zakat adalah menghapuskan kemiskinan, bukannya mencari untung dengan diperniagakan atau dilaburkan. Bahkan wang zakat tidak boleh digunakan untuk membeli aset atau pun harta kekal!
Takkanlah puak-puak faham agama yang ada dalam MAIDAM dan Baitulmal Terengganu, tak faham-faham?
Baitulmal dan MAIDAM satu hal...
Namun perkara yang lebih besar dan paling menuntut untuk diperhatikan adalah, di mana perginya ketua kampung, Pengerusi JKKK, Tok Penghulu, wakil rakyat mahupun jiran tetangga? Takkanlah mereka semua buta mata dan buta perut? Takkanlah perkara yang seharusnya mereka boleh tanggung bersama-sama, pun nak serahkan kepada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan juga?
Mana tok imam, tok bilal, siak masjid, AJK masjid? Apa mereka buat dengan tabung masjid? Beli karpet baru, beli kipas angin baru ke? Syarah bab agama bukan main hebat... neraka itu, neraka ini, tetapi jiran susah yang terpaksa tinggal dalam pondok buruk yang menanti masa untuk runtuh pun, segala tok imam, tok bilal, tok siak dan AJK Masjid tak mampu nak atasi?
Barangkali di Malaysia ini, Allah Taala telah menjadikan orang Islam sebagai golongan yang sangat mudah dalam semua perkara, sehingga menjadikan mereka buta perut dan terlupa yang mereka itu beragama Islam, berkitabkan al Quran dan bernabikan Muhammad s.a.w!!!
Itu fasallah, umat Islam di Malaysia sangat sibuk dengan PEMERINTAHAN dan NEGARA ISLAM, tetapi jiran tetangga beragama Islam kelaparan dan kesusahan pun, mereka tidak ambil peduli seolah-olah ianya bukan perkara besar dan penting membabitkan KEIMANAN dan AKIDAH mereka!
RM74 juta zakat harta dikutip PKZ Pahang
Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, Dato Haji Halidan bin Md Daud |
Pengurus Besar PKZ Pahang, Md Halidan Daud, berkata jumlah itu tidak termasuk RM6.5 juta hasil kutipan zakat fitrah.
Menurutnya, jumlah pembayar juga melepasi sasaran iaitu meningkat kepada 51,798 orang berbanding 51,300 orang pada 2009.
AMUKANMELAYU - Kutipan ZAKAT yang tinggi untuk apa? |
Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan berusaha mempergiatkan penerangan zakat di seluruh negeri.
“Kami mengharapkan masyarakat Islam dapat menerima dan memberi reaksi positif terhadap usaha ini memandangkan manfaat daripada dana zakat dapat dinikmati umat Islam melalui pelbagai bentuk agihan zakat dilaksanakan Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Maip),” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2011/01/21
AMUKANMELAYU - Apa guna TABUNG ZAKAT berbilion ringgit sedangkan ASNAFnya merempat sepanjang Lorong Belakang.....