,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday, 26 July 2013

SIAPA PM SELEPAS NAJIB KETIKA PAS TERSUNGKUR DI TEMBOK DEMOKRASI?



SUDAHKAH TEORI RAHMAN BERAKHIR?


Oleh: Shuhaimi Al-Maniri
TRANFORMASI NAJIB - Te
 Ramai pemerhati politik di Malaysia sebelum ini sukar mempercayai berhubung dengan satu teori, iaitu teori RAHMAN  yang dikaitkan dengan siapa akan menjadi Perdana Menteri Malaysia dan pemimpin utama politik Negara selepas merdeka.
Untuk rekod, teori ini dikatakan bermula selepas Tunku Abdul Rahman mewakili ‘R’ menjadi Perdana Menteri yang pertama dan kemudiannya Tun Abdul Razak mewakili ‘A’ pula dipilih menjadi Pedana Menteri Kedua. Seterusnya digantikan dengan huruf ‘H’ oleh Tun Hussein Onn walaupun Tun Dr. Ismail pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Razak tetapi meninggal dunia lebih awal.

Semasa Tun Hussein menjadi Perdana Menteri, beberapa nama selain huruf ‘M’ Tun Dr. Mahathir disebut-sebut layak menjadi timbalan atau pengganti kepada Hussein seperti Tan Sri Ghazali Shafie (King Ghaz), Tun Ghaffar Baba dan Tan Sri Razaligh Hamzah (Ku Li).
Begitu juga semasa Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, nama juga Tun Musa Hitam muncul untuk menjadi penggantinya tetapi tidak kesampaian. Selepas Musa Hitam mengundur diri, tiga orang yang bermula huruf ‘A’ menjadi timbalannya bermula dengan Tun Abdul  Ghaffar Baba, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan akhirnya Tun Abdullah Ahmad Badawi berjaya menjadi pengganti kepada Mahathir bagi mengisi huruf ‘A’.  

Beberapa nama yang mungkin layak untuk menjadi Perdana Menteri seperti Tun Dr. Ismail, Musa Hitam,  King Ghaz dan Ku Li  terlepas peluang menjadi Perdana Menteri kerana tidak secocok dengan Teori RAHMAN.

Sama ada secara kebetulan ataupun tidak, pencipta teori RAHMAN berjaya dibuktikan selepas Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri sejak April, 2009 yang lepas. Selepas teori RAHMAN ini berjaya dibuktikan semasa kepimpinan BN menerajui pemerintahan negara, pengkaji-pengkaji politik Negara mulakan satu lagi pencarian baru, apakah teori perlantikan PM selepas ini?
Apakah teori RAHMAN untuk pusingan kedua akan berlaku? Atau terdapat satu teori lain akan muncul sedikit masa lagi. Kita nantikan perkembangan selanjutnya.

Muhyidin bukan Pengganti Najib?
Sembang-sembang politik yang popular dewasa ini menyebut, Tan Sri Muhyidin bukan pengganti Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya. Sebab yang paling popular yang menjadi perkiraan mereka, era pemerintahan BN akan berakhir dengan kepimpinan Najib dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

Tetapi sesetengah mereka yakin BN masih mampu memenangi pilihanraya ke-13 nanti kerana orang Melayu tidak ada pilihan lain terpaksa bergantung kepada UMNO kerana PAS masih tidak diyakini mampu memenuhi aspirasi orang-orang Melayu. Apatah lagi dengan parti multi-racial seperti PKR. 
Seorang penganalisis politik UMNO menjangkakan, pertandingan dalam UMNO akan menjadi lebih sengit selepas PRU ke-13 nanti dan Muyhidin dijangka akan kecundang. Pertandingan baru-baru ini Muhyidin terselamat kerana Najib masih memerlukan beliau untuk meredakan pergolakan dalaman UMNO.

Beliau memberitahu saya, nasib Muhyidin akan sama seperti nasib Tun Musa Hitam sebelum ini. Kedudukan beliau hanya untuk memanaskan kerusi Timbalan Perdana Menteri untuk seketika jika beliau tidak bertindak dari sekarang untuk menyelamatkan kedudukannya.
Tempatnya dijangka akan digantikan oleh Datuk Hishamuddin Tun Hussein sebelum diambilalih oleh Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir untuk membentuk satu legasi baru pusingan kedua politik Malaysia yang sedang dirancangkan oleh pihak-pihak elit politik negara.

Konspirasi politik kedua keatas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi tuduhan liwat oleh Saiful Bukhari mungkin menjadi sebahagian dari plot yang dirancangkan oleh pihak-pihak berkepentingan. Bagi mengelakkan perkara ini terus berleluasa, satu reformasi kedua politik negara akan berlaku tetapi rakyat masih belum bangkit menjayakannya seperti tahun 1998 dan 2008 yang lepas.

Dalam tahun 1998 hanya orang Melayu yang bangkit. Begitu juga dalam tahun 2008 hanya bukan Melayu yang bangkit. Kali ini jika semua rakyat bangkit menuntut reformasi menyeluruh dalam kepimpinan politik negara, BN hanya akan menjadi sejarah dengan Najib sebagai Perdana Menteri terakhir era BN.

Dua nama yang sedang disebut-sebut untuk menjadi Perdana Menteri pilihan rakyat berbagai kaum kali ini adalah Anwar Ibrahim dan Tengku Razaligh Hamzah. Anwar Ibrahim telah melalui zamannya dalam pilhanraya 2008 yang lepas dengan Pakatan Rakyat/Barisan Alternatif dan Tengku Razaligh pun telah melalui zamannya dalam pilihanraya 1990 melalui Gagasan Rakyat/Angkatan Perpaduan Ummah.

Melihat kepada sambutan kepada Ku Li dalam taklimat Royalti Petroleum baru-baru ini, saya yakin sentuhan Ku Li dalam politik negara masih berbisa. Jika Ku Li berjaya menjadikan Kelantan sebagai pangkalan politiknya.

Jika beliau diperlukan oleh UMNO/BN sebagai Perdana Menteri, nescaya nasibnya dalam UMNO/BN tidak seperti sekarang ini memandangkan rakan-rakannya dalam team B dulu seperti Abdullah Badawi dan Rais Yatim serta yang lain-lain lebih bernasib baik berbanding dengan beliau sendiri.

Satu sahaja peluang yang masih terbuka untuk Ku Li dan Anwar menjadi PM sekarang ini adalah dengan bersatu menggerakan peluang Gagasan Pakatan Rakyat berbanding melalui UMNO/BN kerana pintu tersebut telah hampir tertutup baginya.

Jika Ku Li menjadi Perdana Menteri yang pertama Pakatan Rakyat, kemudian diikuti oleh Anwar Ibrahim sebelum Hadi Awang mengambilalih untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya, peluang TEORI RAHMAN pusingan kedua era Pakatan Rakyat boleh menjadi kenyataan. Sama-sama kita tunggu! - Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah


PAS JUGA PERCAYA DENGAN TEORI RAHMAN


Teori RAHMAN ni seakan menjadi benar setakat ini. PAS juga terikut-ikut 
dengan tiori ni, malah mereka memanjangkan pula kepada AL - HAJ.
 Ini semua adalah untuk merealisasikan lagi angan-angan pengikut 
PAS, maka dipanjangkan lagi teori RAHMAN agar sesuai dengan 
apa yang diangankan oleh PAS.

Tapi sayangnya, teori RAHMAN yang dipanjangkan ini, yang begitu
 meriah di FB-FB. PAS sebenarnya menunjukkan halatuju yang tidak
 jelas dengan perjuangannya. Atau mereka sememangnya sedar 
bahawa semua pemimpin PAS yang ada sekarang ni memang dari 
jenis yang tak boleh pakai atau tiada kemampuan atau tiada tokoh 
kepimpinan GLOBAL? Kenapa PAS tak berani nak letak 
Tuan Guru Haji Hadi atau Husam pada huruf H?


Kepada pengikut-pengikut PAS seharusnya lebih berani 
untuk meletakkan pemimpin PAS di hadapan atau mungkin 
PAS sendiri sudah sedar atau mereka tidak yakin dengan 
Kepimpinan dan tokoh-tokoh dalam PAS yang tidak mampu 
untuk memimpin dan menerajui Negara kita bersama ini. 
Apa yang bermain di fikiran amukanmelayu, mengapa PAS 
tak berani nak letak pemimpin PAS dalam "AL - HAJ", malah 
sanggup meletakkan Lim Guan Eng kenapa mengharapkan  Guan Eng,
 sedangkan jelas Allah melarang kita di pimpin oleh KAFIRUN?

Adakah PAS sudah tiada lagi pemimpin Islamelayu yang 
bersih, bijak dan berkaliber untuk jadi PM. Bersatu Melayu,
 maka bersatulah Islam di Tanah Melayu ini dan untuk Melayu 
dan Islam bersatu, hanya dengan kembali kepada PERJUANGAN RASUL, 
maka Allah akan menyatukan semua hati ISLAMELAYU tak kira 
dia dari UMNO atau PAS. Kembalilah kepada  wadah asal 
kita sebagai KHALIFAH di bumi Allah ini. Fikir-fikirkanlah...

Cuba lihat apa yang amukanmelayu paparkan di bawah ini....
adakah ini gambaran jelas yang "Kekeliruan Halatuju Perjuangan",
 derma jihad kini sudah di kelaskan sebagai penipuan terancang atau 
segala usaha dan pengorbanan pengikut-pengikut PAS kini menjadi 
sia-sia selepas bersekongkol dengan "KAFIRUN".

Atau terlalu banyak PARASIT yang telah merosakan PAS dari 
dalam, sehingga ULAMAK di ketepikan atau ULAMAK PAS telah 
di pengaruhi oleh PARASIT-PARASIT yang menjadikan 
ISLAM hanyalah jambatan atau tangga untuk mereka mengubah 
PAS menjadi PARTI yang sama dengan PARTI-PARTI 
yang lain yang menjadikan PARTI sebagai landasan untuk BERKUASA........


  Awat sampai jadi lagu ni.....


derma_pasOleh Kaizer Daris
KOTA BHARU - Tahukah anda sebagai penyokong Pas, berapakah duit yang terkumpul oleh parti Pas dengan kempen menderma yang diadakan parti itu.
Kesemua pihak tidak tahu, kerana Pas tidak pernah umumkan berapakah nilai atau jumlah akaun yang ada.
Apa yang diketahui Pas meneksploitasikan wajah Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengutip wang daripada rakyat menggunakan perkataan derma.
Bukan setakat, nombor akaun dipaparkan di dalam lidah rasmi Pas, harakah daily malah di merata-rata tempat, Pas mengutip derma.

Mereka menggunakan Nama : Tabung Dana Pilihanraya Sumbangan
Di akaun CIMB : 14490000017104.
Malah terbaru, Pas mula meletakkan papan tanda seperti di tepi jalan di laluan Pasir Tumboh-Melor, di mana mereka meletakkan papan tanda besar meminta derma.
Atas konsep masuk syurga jika undi Pas maka ada rakyat yang sanggup menjual barangan kemas, wang ringgit untuk didermakan kepada parti.
Hakikatnya Pas sendiri tidak pernah mengumumkan sehingga kini jumlah yang terkumpul.
Berapa ramai lagi rakyat Kelantan mahupun rakyat luar akan terpedaya dengan penipuan Pas, sedangkan Exco kerajaan Pas Kelantan sudah kaya raya dengan menunjukkan kekayaan mereka di depan rakyat Kelantan.
Mereka kini tanpa segan silu menunjukkan kereta mewah mereka seperti Mercedes Benz di perkarangan Kota Darulnaim serta di majlis-majlis rasmi.
Darimanakah hasil mereka perolehi sedangkan gaji mereka sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (AdUN) hanyalah RM4,400 sebulan.
Macam mana mereka peroleh duit untuk "membela" mercedez Benz sedangkan pendapatan mereka tidak tinggi jika dibanding dengan kos penyelenggaraan dan cukai berjumlah RM10,000.
Adakah duit derma rakyat telah disalah guna oleh exco untuk mendapat kekayaan hidup. Ataupun melalui tanah yang dijual kepada kroni.

Anwar Bakal Tubuh Gabungan PAS Demokrat & PKR Berimej Nasionalis-Islamis?


Berita mengenai cadangan pembentukan sebuah parti gabungan PAS dari kalangan berfahaman demokrat dengan PKR ini dipetik dari blog tersohor Blog Gelagat Anwar dan AIDC.   Adalah difahamkan bahawa parti gabungan tersebut akan dinamakan Parti Demokrat Rakyat Malaysia (PDRM) dan akan membawa imej ‘nationalist-religious’ atau nasionalis-Islamis. 

Usahlah sesiapa daripada UMNO mencebikkan bibir atau mengetawakan ide yang berkiblatkan Indonesia-Amerika ini, tetapi untuk pertama kalinya, renungkan dan cernakanlah maklumat ini baik-baik sebelum bersuara.  Belajarlah mengupas sesuatu berita secara terbuka dan jangan terlalu pantas membela atau menuduh sesiapa. 

Apa yang dapat diperkatakan mengenai berita ini? 

Pertamanya, jelas didapati bahawa pihak Anwar/pembangkang telah mengadakan satu post-mortem terhadap PRU-13 yang jitu dan rapi.   Mereka nampaknya mula memahami yang rakyat sudah jelak dengan retorik dan demonstrasi jalanan.   Lalu mereka diam sebentar dan mengkaji apa sebenarnya yang rakyat mahukan. 

Apa yang penting untuk difahami mengenai pembangkang ialah, walaupun mereka tidak pandai mentadbir dan terpalit dengan berbagai skandal tetapi mereka cukup bijak memainkan persepsi. 

Malah, UMNO sendiri mengakui bahawa parti itu kalah dalam perang persepsi.  Segala kebaikan UMNO tidak lagi dilihat oleh sebahagian rakyat yang terpedaya dengan persepsi yang dibina oleh pembangkang terhadap UMNO.   Apa yang dibimbangkan ialah nampaknya sehingga ke hari ini, UMNO masih lagi kabur dalam menangani perkara ini. 

Sebelum ini pembangkang hanya melihat kepentingan menagih undi bukan Islam sehingga sanggup menggadaikan segala-galanya.  Pedih untuk diakui bahawa UMNO juga, malangnya, turut menggunakan strategi yang sama iaitu mengemis undi bukan Islam. 

Namun, sekiranya berita yang dipetik di atas adalah benar maka jelaslah bahawa pembangkang sudah belajar dari kesilapan itu. Kegilaan pembangkang merebut undi bukan Islam telah memakan diri di mana majoriti rakyat yang terdiri dari umat Islam akhirnya menolak mereka.  Dan inilah yang menyelamatkan UMNO dalam PRU-13 kerana dalam keadaan di mana kedua-dua pihak membelakangkan pengundi Islam, umat Islam merasakan ada sedikit harapan di bawah UMNO berbanding pembangkang yang didominasi DAP. 

Jadi, Anwar/pembangkang sudah memahami bahawa dalam sebuah demokrasi, undi yang perlu direbut adalah undi majoriti, bukan minoriti.   Dari situ mereka mengkaji kehendak majoriti dan mendapati bahawa majoriti rakyat amat mendambakan kepimpinan nasionalis!   

UMNO boleh memperlekeh ide ini sebagai satu lagi retorik pembangkang.  Tidak dinafikan ia  memang hanya satu retorik pembangkang.  Pembangkang atau Anwar Ibrahim tidak pernah meletakkan prinsip nasionalis dalam perjuangan mereka sejak dari mula dan kenapa mereka perlu menukarnya pada hari ini? 

Percayalah, mereka tidak akan menukarnya, tetapi sekadar membina imej dan seterusnya persepsi kononnya merekalah parti yang benar-benar prihatin terhadap kehendak majoriti.  Semua ini dilakukan sekadar untuk meraih undi majoriti dan menang pilihanraya sahaja. 

Oleh itu, Anwar mungkin akan kembali membawa imej Muslim sejati dan bukan lagi pejuang hak asasi.  Anwar mungkin akan kembali membela Melayu dan semakin garang dengan DAP.  Tentu sekali semua ini lakonan, tetapi jangan terkejut jika ramai yang terpedaya dengan lakonan itu akibat terlalu sangat mendambakan pemimpin nasionalis. 

Penulis punya satu cadangan kepada UMNO dalam menangani masalah ini dan menghadapi PRU-14.  Inilah dicadangkan agar UMNO membentuk imej nasionalis-professional.  Tidak perlu membawa imej Islamis kerana ia hanya akan berakhir dengan terperangkapnya kita semua dalam agenda iblis untuk memecahbelah dan menyesatkan umat Islam. 

Lagipun, imej Islamis tidak pernah berjaya kerana hakikatnya, kebanyakan dari kita, termasuk yang mengaku Ulama sebenarnya masih jahil lagi tentang agama.  Mesir yang ingin membawa pendekatan politik-Islam juga tumpas akhirnya kerana pemimpinnya hanya melihat Islam dalam satu arah iaitu ‘agama’ semata-mata.  Politik-Islam hanya akan berjaya jika pemimpinnya mempunyai kemampuan dan kebijaksanaan dalam semua bidang, serta tidak menumpukan seluruh perhatian terhadap hukum-hakam agama semata-mata.  
   
Justeru, penulis percaya imej nasionalis-professional adalah lebih relevan dalam dunia hari ini di mana rakyat semakin kritis dan sinis.  Apatah lagi dengan hakikat bahawa negara ini bersifat majmuk.  Kita tidak boleh memaparkan imej Islamis tanpa membuatkan masyarakat bukan Islam merasa terancam.  Tetapi kita boleh mengajak mereka untuk turut menjadi nasionalis, iaitu satu bangsa. 

‘Professional’ pula merujuk kepada kecekapan dan keterbukaan dalam pentadbiran, namun tegas dan tidak boleh diperkotak-katikkan oleh sesiapa.  Dan sikap sebeginilah yang perlu dibentuk di dalam UMNO. 

UMNO perlu hapuskan persepsi yang bersarang di pemikiran rakyat iaitu sebagai parti yang lembab, kampungan dan santai serta korup.  Dan ini hanya boleh dilakukan jika UMNO mengambil sedikit masa untuk menilai diri sendiri dan berubah, bukannya menyerang orang atau membela diri dua puluh empat jam sehari. 

Jika langkah mengubah persepsi rakyat ini tidak dilakukan segera maka ia hanya akan mengukuhkan lagi persepsi itu sekali gus membawa bencana kepada UMNO dalam PRU-14 nanti.   

PKR dan ‘PAS Demokrat’, atau PDRM atau apa saja panggilan nama mereka, nampaknya telah mempunyai gambaran yang jelas dan bersedia untuk memperbaiki diri dari segi persepsi.  Biarpun mereka tidak mungkin mampu memerintah dengan baik dan biarpun mereka penuh dengan skandal, korup serta diselaputi najis, namun semua itu tidak relevan dalam era di mana persepsi adalah segala-galanya.  

Lagipun, memperbaiki persepsi rakyat terhadap UMNO adalah lebih berkesan daripada memberitahu rakyat bahawa mereka telah diperdayakan oleh permainan persepsi pembangkang. 

Ingatlah bahawa UMNO punya banyak kelebihan dalam permainan persepsi ini kerana UMNO telah terbukti mampu mentadbir dengan baik.  Justeru, imej nasionalis-professional yang bakal ditonjolkan nanti bukan sekadar persepsi, tetapi realiti -
Amukanmelayu - Sayang kepada ISLAMELAYU yang sering terperangkap dengan tipudaya IBLIS