,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday, 13 July 2013

KERANA GAGAL MENJAGA PUSAKA BANGSA - NAJIB DAN UMNO AKAN "TERSUNGKUR" DI PELANTAR PETRONAS



ASSALAMULAIKUM DS NAJIB. DENGAR LAH DENYUTAN NADI RAKYAT TENTANG OMAR MUSTAPHA ONG DAN PENASIHAT PENASIHAT LAIN? 

  

PELANTAR MINYAK - Milik siapakah selepas ini?

 

Penulis tidak kenal Omar Mustapha Ong, salah seorang penasihat DS Najib Tun Razak, secara peribadi. Oleh kerana terlalu ramai blogger dan penggulas yang membencinya, maka penulis p ambil tahu dan perkembangan.

Beliau merupakan rakan kongsi Ethos Consulting, sebuah syarikat `strategic Management' yang diamanahkan untuk `turnaround’ beberapa pelaburan GLC dan projek Kerajaan. Rakan baik kepada Khairy jamaluddin yang belajar sama Universiti Oxford serta rapat dengan Datuk Zaki (Penasihat Pak Lah serta MD QSR Berhad). Dikenali juga sebagai salah seorang budak Tingkat 4 yang menasihati Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang bergelar Tun). Beliau dilantik sebagai seorang Pengarah Bebas di  PETRONAS dan mendapat bantahan daripada kalangan Pengurusan Atasan PETRONAS sendiri.

Dukacitanya terlalu ramai yang membenci Saudara Omar Mustapha Ong terutamanya Blogger pro Kerajaan. Mesti ada sebab mengapa mereka berbuat demikian. Adakah Omar Mustapha ini selalu mengkritik blogger Kerajaan ini. Atau blogger Kerajaan iri hati dengan persahabatan Mustapha Ong dengan DS Najib. Atau Omar Mustapha Ong memang seorang yang sombong dan tidak pernah keluar jumpa orang. Adakah Mustapha selalu menasihati DS Najib perkara perkara yang selalu merugikan orang Melayu seperti memberi peruntukan yang besar besar kepada kaum Cina? Adakah dia bertindak sebagai strategis politik UMNO/BN ataupun strategis pelaburan atau ekonomi. So far, terlalu sedikit kritikan dari pro pembangkang terhadap Mustapha Ong.

Dengan hal yang demikian, DS Najib harus bersuara secara terang atau tertutup kepada blogger akan peranan yang dimainkan oleh Omar Mustapha Ong. DS Najib tahu dan faham manusia boleh berubah dan Mustapha Ong boleh menjadi Zairil Khir Johari. Nama ONG bermaksud memberikan kebaikan dan keuntungan, tetapi kebaikan dan keuntungan kepada siapa. Kelemahan penulis pulak, nama orang Cina menjadi fobia dan selalu menjadikan penulis berhati hati dan was was perjuangannya. Lihat seorang ahli Parlimen DAP  yang bernama Ong Kian Ming. Selepas mendapat maklumat kekuatan dan kelemahan di dalam MCA dan Gerakan, beliau melompat ke DAP. Artikel DAPInsider menulis seperti dibawah:-
“Ong Kian Ming is the rising star in DAP despite the fact that he only joined the party only 8 months ago. Previously Ong was working for the MCA think tank – INSAP and later the Gerakan think tank – SEDAR. Then the diligent and smart Ong obtained his PhD from Duke University in the US and has been vocal in providing his political analysis as well as active in crunching numbers for the DAP as one of the top political brain and brilliant strategists for the party.”
DS Najib,
DS selalu kata yang DS mendengar denyutan nadi rakyat. Penulis percaya blogger mempunyai pendirian tertentu terhadap Mustapha Ong kerana keluhan rakyat juga. Penulis harap DS Najib dapat memberikan penjelasan kepada blogger supaya semua pihak memahami situasi masing masing.

Kepada Mustapha Ong,  buat lah sesuatu. Jangan membisu sahaja. Jemputlah blogger yang berkenaan datang berbincang. Selesaikan apa jua percanggahan. Salurkan maklumat dan beri penjelasan. Rapatkan lah saf. Ketahui musuh utama UMNO/BN.

Kepada penasihat penasihat yang lain, kalau ada masa bacalah komen Tun Daim dan Datuk Kadir Jasin. Mereka adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang bimbang dengan  prestasi awak semua dan UMNO/BN.

Settle baik baik bro.



PETRONAS -  PUSAKA MELAYU YANG MENJADI REBUTAN

http://royaltikelantan.com/wp-content/uploads/2010/09/tengku-razaleigh-petronas.jpg
YAM KU LI - PELUPUR PETRONAS yang di lupakan

Petronas, ringkasan nama bagi Petroliam Nasional Berhad, adalah syarikat minyak dan gas Malaysia sepenuhnya telah ditubuhkan pada 17 Ogos 1974. Dimiliki oleh kerajaan Malaysia sepenuhnya, syarikat ini telah mendapat hak keseluruhan terhadap sumber-sumber minyak dan gas di Malaysia dan diamanahkan dengan tanggungjawab membangunkan dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut.
Fortune Global 500 telah meletakkan Petronas sebagai sebuah syarikat ke-95 terbesar di dunia pada tahun 2008 dan ke-80 terbesar pada tahun 2009. Ia juga meletakkan Petronas sebagai syarikat perbadanan ke-13 paling banyak membuat keuntungan di dunia dan yang paling banyak keuntungan di Asia.
Semenjak diperbadankan, Petronas sudah membesar menjadi syarikat minyak dan gas dengan kepentingan perniagaan di dalam 31 negara. Sehingga akhir bulan Mac 2005, Kumpullan Petronas mengandungi 103 milik sendiri subsidiari-subsidiari, 19 syarikat kelengkapan-kelengkapan milik sebahagiannya dan yang dipunyai separuhnya dan 57 syarikat bersekutu.
Bersama-sama ini, membuatkan Kumpulan Petronas, yang terlibat di dalam pelbagai aktiviti-aktiviti berasaskan minyak dan gas. Majalah Financial Times telah mengenal pasti Petronas sebagai satu daripada ” “seven sisters” yang baru”:syarikat minyak dan gas milik kerajaan yang paling berpengaruh di luar OECD.
Kumpulan ini tertumpu kepada satu spektrum aktiviti petroleum yang luas, termasuklah eksplorasi huluan dan penghasilan minyak dan gas kepada hiliran penapisan minyak; pemasaran dan pengagihan produk petroleum; perdagangan; pemprosesan gas dan pencecairan; operasi rangkaian penghantaran gas talian paip ; pemasaran gas cecair semulajadi; pengilangan dan pemasaran petrokimia; perkapalan; kejuruteraan automotif; dan pelaburan hartanah.
Menara Berkembar Petronas telah dibuka secara rasminya pada Hari Kemerdekaan Malaysia ke-42, Ogos 31, 1998 – dalam perayaan hari ulang tahun syarikat ke-24.

Sejarah

Pada 1 Oktober 1974, dengan termaktubnya Akta Kemajuan Petroleum, Petronas telah diberi hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan di dalam mengendali dan memajukan sumber petroleum di Malaysia. Individu yang bertanggungjawab mengasaskan Petronas ialah Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu terpengaruh dengan kejayaan syarikat minyak milik Indonesia iaitu Pertamina.
Sebelum 1974, operasi petroleum di Malaysia dijalankan oleh syarikat minyak multinasional menerusi sistem konsesi untuk mencarigali petroleum di perairan Sarawak, Sabah dan Terengganu. Antara syarikat-syarikat carigali minyak yang memegang konsesi ialah Shell dan ExxonMobil. Kilang penapisan minyak Shell di Port Dickson dibuka pada tahun 1962. Ketika itu minyak dibeli dari luar negara.
Penubuhan perbadanan minyak negara merupakan titik tolak kepada kawalan dan penglibatan negara yang lebih dalam industri petroleum. Antara pengerusi Petronas ialah Raja Mohar bin Raja Badiozaman.
Minyak mula dijumpai di Miri terutama oleh orang Melayu dan Iban di daerah Baram.

Sejarah Penemuan Petroleum

Sejarah minyak di Malaysia bermula dalam abad ke-19. Rakyat Bumiputera di Sabah dan Sarawak telah menyedari wujudnya serapan minyak atau ‘minyak tanah’ seperti dikenali di setengah-setengah tempat terutamanya di sekitar kampung Miri.
  • Julai 1882, Residen British di daerah Baram telah mencatatkan adanya penemuan minyak. Beliau mencatatkan penduduk Melayu tempatan menggunakan minyak untuk tujuan perubatan dan untuk menghidupkan lampu minyak dan juga sebagai campuran damar untuk menampal perahu.
  • 1909, syarikat minyak Anglo-Saxon iaitu syarikat asal kepada syarikat Sarawak Shell Berhad hari ini telah diberi hak untuk mengeksploitasi sumber petroleum yang terdapat di seluruh Sarawak.
  • Ogos 1910, Minyak dijumpai di Kampung Miri. Pada mulanya, sebanyak 8 tong minyak sehari telah dikeluarkan. Miri dapat dikatakan sebagai tapak bermulanya industri petroleum secara komersial di Malaysia.
  • 1929, pengeluaran 29000 tong sehari. Carigali minyak tertumpu di daratan bandar Miri sahaja.
  • Tahun 1941-1945, telaga minyak Miri rosak teruk. Pengeluaran gagal dijalankan dan terpaksa ditutup pada Oktober 1972 sehingga ke hari ini.
  • 1968, telaga minyak luar pantai yang pertama, West Lutong memulakan pengeluaran. 4000 tong minyak sehari dikeluarkan pada tahun 1968. 4 medan minyak telah diusahakan.
Sebab tertubuhnya Petronas
  • 1973 ialah Tahun Larangan Eksport Minyak OPEC .Krisis minyak 1973 menyedarkan kerajaan betapa perlunya mengawal sebuah industri yang mempunyai kepentingan ekonomi.
  • 1973 Sejumlah 19 buah medan minyak ditemui di perairan Malaysia. 90,000 tong minyak sehari dikeluarkan.
Peranan Petroleum
  • Petroleum merupakan sumber tukaran wang asing kepada negara.
  • Petroleum merupakan daya penggerak kepada pembangunan negara
  • Minyak menjadi nadi kepada pembangunan kawasan setempat seperti di Miri, Sarawak, Kerteh di Terengganu dan Port Dickson di Negeri Sembilan.
  • Teknologi dan kepakaran berkaitan petroleum telah dapat dipindahkan ke Malaysia hasil kerjasama dengan syarikat multi nasional dari Belanda, Britain dan Amerika.
  • Peluang pekerjaan yang membabitkan jutaan penduduk Malaysia telah dapat diwujudkan.
Prestasi Petronas
Petronas meraih keuntungan sebelum cukai RM76.3 bilion dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007, peningkatan kira-kira 10 peratus daripada RM69.4 bilion pada tahun kewangan sebelumnya. Keuntungan itu diraih daripada pendapatan berjumlah RM184.1 bilion, juga meningkat 10 peratus daripada RM167.4 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, dengan operasi antarabangsa, tidak termasuk pendapatan eksportnya, menyumbang RM67.6 bilion atau kira-kira 40 peratus.
Sumbangan operasi antarabangsa Petronas meningkat 19.4 peratus daripada RM56.6 bilion pada tahun kewangan sebelum ini, sekali gus menunjukkan kehadirannya yang lebih kukuh dalam industri minyak dan gas dunia. Selepas ditolak cukai dan kepentingan minoriti, keuntungan bersih syarikat minyak negara itu adalah RM46.4 bilion, peningkatan 7.7 peratus daripada RM43.1 bilion.Dengan pencapaian itu, jumlah pembayaran Petronas kepada kerajaan dalam tahun kewangan dikaji meningkat kepada RM48.3 bilion daripada RM41.7 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, mewakili 35.4 peratus daripada pendapatan keseluruhan Kerajaan Persekutuan.
Ia adalah dalam bentuk cukai (RM21.8 bilion), dividen (RM16 bilion), royalti (RM8.5 bilion) dan duti eksport (RM2 bilion). Ini menjadikan jumlah pembayarannya kepada kerajaan sejak penubuhannya 33 tahun lalu sebanyak RM336 bilion. Nilai aset Petronas juga terus mengukuh kepada RM294.6 bilion, sementara dana pemegang sahamnya berkembang kepada RM170.9 bilion.
Garis Masa Perjalanan Sejarah Petronas
  • 1974 Akta Kemajuan Petroliam telah termaktub oleh Kerajaan Malaysia. Petronas ditubuhkan sebagai jentera bagi pihak kerajaan untuk melaksanakan kawalan di samping menyertai secara langsung dalam operasi petroleum dan lain-lain operasi berkaitan. Akta tersebut meletakkan hak kepada Petronas semua sumber-sumber petroleum dalam negara ini.
  • 12 Jun 1975 Ibu pejabat Petronas dipindahkan ke Jalan Pudu, Kuala Lumpur
  • 1 September 1975 Petronas mula menghantar 358,000 barrel minyak mentah ke Jepun
  • 30 November 1976 Petronas berkongsi dengan Sarawak Shell Berhad dan Sabah Shell Petroleum Berhad untuk perkongsian pengeluaran.
  • 8 Disember 1976 Petronas bekerjasama dengan Exxon.
  • 16 Disember 1977 Petronas mula membekalkan pembekalan minyak kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.
  • 25 Disember 1977 perkhidmatan pembekalan minyak di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor.
  • 6 Disember 1980 Penubuhan Asean Bintulu Fertilizer Sdn Bhd untuk melaksanakan projek baja urea ASEAN (Malaysia)
  • 3 Julai 1981 Stesen Servis Petronas yang pertama memulakan operasi di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
  • 6 Oktober 1981 Petronas memulakan operasi penjualan runcit GPC.
  • 22 Disember 1981 Perasmian Depot Penerbangan Petronas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
  • 3 Mac 1982 Penubuhan Petronas Penapisan Sdn Bhd sebuah anak syarikat milik penuh Petronas untuk mengendalikan operasi penapisan
  • 6 Jun 1982 Petronas Carigali menemui minyak yang pertama di Dulang Barat di luar pantai Terengganu . Anak syarikat Petronas ini ditubuhkan yang diberi nama Petronas Carigali. Syarikat ini bekerjasama baik dengan syarikat minyak multinasional bagi menjalan kegiatan eksplorasi.
  • 9 Julai 1982 Permulaan kerja bagi Projek baja Urea ASEAN (Malaysia) dengan penawaran kontrak untama untuk pembinaan loji tersebut.
  • 5 Ogos 1982 Penubuhan Petronas Dagangan Sdn Bhd , anak syarikat Petronas yang menjalankan aktiviti pemasaran dalam negeri
  • 21 Oktober 1982 Alat kemudahan autogas Petronas yang pertama dipasang di stesen servis Taman Tun Dr Ismail
  • 11 November 1982 Petronas menandatangani Perjanjian perkongsian Pengeluaran Dengan Elf Aquitaine
  • 1 Januari 1983 Loji Malaysia LNG di Bintulu , Sarawak memukan pengeluaran dengan mencecairkan gas asli dari medan-medan di Central Lucoia di luar pantai Sarawak untuk dieksport.
  • 6 Januari 1983 Pelancaran Parameswara, pelantar penggerudi pertama milikan Petronas.
  • 29 Januari 1983 Angkutan pertama sebanyak 57,000 tan metrik GAC ke Jepun dari Loji LNG di Bintulu.
  • 29 Januari 1983 Petronas Marine Sdn Bhd ditubuhkan sebagai sebuah anak sayarikat milik penuh Petronas yang ditugas untuk mengedalikan pelantar penggerudi yang meningkat sendiri.
  • 1 Mac 1983 Projek Penggunaan Gas Semenajung mula dilaksanakan dengan penandatangani kontrak yang pertama.
  • 9 Mac 1983 Loji Penapis Minyak Terengganu di Kerteh yang pertama milikan negara, memulakan operasi
  • 7 April 1983 Pemunggahan pertama nafta dari Loji Penapis Minyak Terengganu ke Jepun dilakukan
  • 23 Mei 1983 Petronas Gas Sdn Bhd ditubuhkan untuk mengendalikan operasi gas
  • 31 Oktober 1983 Institut Latihan Perindustrian Petroleum di Batu Rakit mengambil kumpulan pertama pelajarnya.
  • 17 Januari 1984 Loji Pengisian GPC pertama Petronas dirasmikan di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
  • 2 Mac 1984 Petronas menadatangani Perjanjian Perkhidmatan Perundingan bagi Peringkat II Projek Penggunaan Gas Semenanjung (PGU) yang melibatkan pemasangan saluran paip bagi penyaluran gas.
  • 14 April 1984 Projek Pembangunan Gas Duyong yang dijalankan oleh Petronas Carigali Sdn Bhd siap dengan pendaratan pertama gas asli ke pantai di Kerteh, Terengganu untuk memenuhi keperluan projek PGU.
  • 14 Jun 1984 Petronas Carigali Sdn Bhd mengumumkan penemuan medan minyak baru, Malong dikawasan kaji bumi yang dikenali sebagai Arca Tenggol, kira-kira 140 kilometer dari pinggir pantai Terengganu.

Perletakan Jawatan Beramai-ramai Jurutera Melayu PETRONAS. PM Ada Dapat Laporan Omar Ong?

Omar Ong diletakkan di Petronas itu ada tujuannya. Bukan sengaja diletak-letak untuk mengaut untung dan menyusun projek untuk rakan dan keluarga. Soalnya, apakah perlantikan OO di Petronas itu sudah tercapai maksudnya?

Blog ini dimaklumkan oleh seorang kakitangan PS Contractor, bahawa beberapa bulan kebelakangan ini sudah ada trend perletakan jawatan beramai-ramai jurutera Melayu di Petronas. Ramai? Ramai mana?

Kalau sudah hampir 200 orang letak jawatan dalam masa 3-5 bulan kebelakangan ini, agaknya apa punca dan sebab? Kalau semuanya merupakan pakar dalam bidang Petroleum Engineering, Geo-engineering, Geoscientists etc. Koyak juga.

Ada yang kata, ini disebabkan industri petroleum kita sudah semakin hebat. Banyak company, oil and gas players yang ambil staff Petronas. Mudah. Bila bekas staff, jumpa staff Petronas, mereka mudah beri muka. Senang dapat projek.

Soalnya, betulkah begitu?

Atau ada udang, sotong, ikan di sebalik batu.

Yang menyedihkan lagi, mempunyai Penasihat pun seperti tidak ada. Nampak macam tidak bermakna sahaja.

Hari demi hari, jumlah yang meletakkan jawatan semakin ramai. Ada kajian dibuat? Apa komen mereka?

Apalah laporan yang dibuat di Harakah ini, juga membayangkan kekecewaan ramai kakitangan Petronas mengenai situasi di syarikat itu?


Dulu, kakitangan Petronas ini ada integriti yang sangat tinggi. Sekarang, macam-macam kes rasuah yang dapat kita dengar. Budaya siapa yang dibawa masuk ini? Peningkatan kes rasuah dalam Petronas ini macam sama musim dengan meningkatnya jumlah kakitangan bangsa Cina yang dilonjak ke tahap Management kebelakangan ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130705/dn_28/Petronas-sahkan-dua-kakitangan-mereka-didakwa

http://www.bharian.com.my/articles/PegawaikananPetronastakmengakusalahtuduhanrasuah/Article/

PM perlu ambil tindakan segera. Mulakan dengan mengeluarkan OO daripada Lembaga Pengarah. Masukkan seorang yang mempunyai integriti yang tinggi. Sebelum tu pastikan, ijazah/sarjana/Phd daripada universiti yang diiktiraf. Bukan main ambil tangkap muat.

Bukan semua kakitangan Petronas begitu. Ramai yang bagus. Ada integriti. Setia dengan Petronas walau dapat offer mencanak daripada syarikat lain. Tapi sekarang mereka tertekan. Kerana seakan ada polisi ‘mendahulukan cina’ dalam Petronas. Kalau Cina, laju naiknya. Melayu? You belum cukup competent.

Maaf cakaplah, setakat ini OO tak ada sumbangan besar pun di Petronas. Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah pun jarang bercakap. Kalau bercakap, asyik nak petik nama PM. Yang nama busuk siapa? PM juga.

No choice. OO should be out of Petronas. Asap. Kalau jumlah pakar meletakkan jawatan ini mencecah 500 orang, Petronas dalam masalah besar. Ini bukan level kerani yeop. Ini level senior ni.

Hassan Marican Tinggalkan Petronas - Kerana Habis Kontrak atau......

Banyak cakap2 yang mengaitkan Tan Sri Hassan Marican sebagai seorang yang begitu "hebat" apabila beliau menerajui Petronas sehingga mampu berada  ditahap sekarang...

Juga tak kurang juga cakap2 kosong yang mengaitkan "pemecatan" beliau kerana enggan membenarkan "Rosmah" bemerhaja-lela memberikan kontrak2 Petronas kepada kroni2 Rosmah. Walaupun sebenarnya dakwaan ini tidak dihadirkan dengan bukti2 kukuh ramai yang percaya.

Secara teknikalnya pula beliau tidak dipecat, tetapi hanya kontrak beliau tidak disambung lagi, cakap2 ini mungkin telah diolah sebegitu rupa untuk meraih simpati ataupun membangkitkan kemarahan orang ramai. Sewajarnya ianya tidak menjadi suatu isu kerana semasa kontraknya tamat, umur beliau telah menjangkau 60 tahun dan selepas menerajui Petronas hampir 20 tahun. Bagilah peluang kepada orang lain untuk menunjukkan skil mereka pula, ye tak???

Pendedahan di blog sahabat, klik sini merupakan satu lagi versi yang juga perlu diberikan perhatian. Kata orang, "kalau tidak berada-ada masakan Tempua bersarang rendah...". Kalau mahukan kebenaran, kita perlu mendengar keterangan dari kedua2 belah pihak. Benarkah beliau adalah penyokong kuat dan pernah menjadikan Petronas sebagai "Father Chritsmas" Anwar, masa akan membongkarnya.

Penulis juga ada mendengar ramai yang berpendapat di antara sebab mengapa Singapura yang meskipun tidak mempunyai walau satupun telaga gas asli tetapi boleh menjadi "harp" kepada jaringan paip gas asli Trans Asean, juga adalah kerana "jasa" Hassan Marican  yang kini bekerja di Singapura. 

Apa yang jelas Tan Sri Hassan Marican cuma baru setahun dua menjadi Presiden "Singapore Power" (sebaik  kontraknya dengan Petronas ) tetapi perancangan projek paip gas asli Trans Asean telah bermula sejak lebih 10 tahun yang lalu. Jadi di mana logiknya ???

Sampai begitu sekali mereka mengagung2kan beliau.

Mungkin mereka ini terlupa suatu perkara, iaitu sekiranya benar Tan Sri Hassan Marican  telah menjadi arkitek supaya negara Singapura menjadi "harp" jaringan paip gas asli Trans Asean, di manakah letaknya kesetiaan beliau sebagai warganegara ini terutamanya 10 tahun lalu beliau masih lagi menjawat jawatan Pengerusi Petronas? Jika dakwaan ini benar beliau sewajarnya mengutamakan kepentingan negara dan juga Petronas dan bukan sebaliknya.

Hassan Marican Tinggalkan Petronas Hari sedih untuk Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 Feb: DAP menyifatkan, beberapa hari ini adalah hari sedih untuk Malaysia apabila gagal menjaga yang terbaik untuk negara dan terlepas ke pihak lain.

Ini berikutan perlantikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican sebagai Pengerusi Singapore Power Limited (SP) pada bulan Jun selepas Ng Kee Choe bersara.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ini merupakah hari sedih apabila Hassan Marican termasuk dalam senarai terbaru dalam penghijrahan bakat (brain drain) dan sekarang bekerja luar negara di Singapura.

Tan Sri Hassan meninggalkan syarikat minyak negara, Petronas pada tahun 2010 berpunca daripada pergeseran dengan pentadbiran semasa. Siapa?

Sejak itu beliau telah dilantik sebagai pengarah dalam firma- firma luar negara seperti syarikat- syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan Singapura seperti SembCorp Industries Ltd, SembCorp Marine Ltd dan Singapore Power.

Beliau juga merupakan Pengarah di Sarawak Engergy Bhd & US oil dan syarikat gas gergasi Conoco Philips.

"Jelas Tan Sri Hassan diiktiraf di peringkat antarabangsa dan amat diperlukan oleh syarikat- syarikat besar multinasional tetapi tidak di rumah sendiri," kata Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ini adalah amat sedih terutamanya apabila Tan Sri Hassan diangkat sebagai seorang lelaki yang telah meletakkan Petronas ke dalam senarai syarikat gas dan minyak antarabangsa seperti hari ini, tambahnya.

Tahun lepas, pakar ekonomi kanan Bank Dunia, Philip Schellekens memberi amaran bahawa situasi penghijrahan bakat (brain drain) rakyat Malaysia dijangka meruncing tambahan asas kemahiran negara sememangnya sempit.

Schellekens menambah bahawa bilangan rakyat Malaysia yang mahir tinggal di luar negara telah meningkat tiga kali ganda dalam dua dekad yang lalu dengan dua daripada setiap 10 rakyat Malaysia memilih untuk meninggalkan negara sama ada untuk Organisasi Pembangunan Kerjasama Ekonom ( Organisationfor Economic Cooperation and Development, OECD) atau ke Singapura.

Sekarang Tan Sri Hassan telah menyertai senarai hampir 2 juta rakyat Malaysia yang telah dibiarkan untuk tinggal dan bekerja di luar negara sejak merdeka.

Bakat seperti Tan Sri Hassan Marican tidak datang setiap hari dan Kerajaan mesti mengambil langkah- langkah segera menyumbat kebocaran ini untuk mengekalkan bakat atau risiko kehilangan beliau dan ramai lagi seperti beliau ke negara- negara luar, tekan beliau.

Jika seorang ikon pemimpin korporat seperti Tan Sri Hassan Marican terpaksa berlepas ke Singapura di mana bakat beliau tidak diabaikan, program transformasi kerajaan Najib untuk menarik bakat manusia adalah gagal, dakwa beliau.

Jelasnya, sebagaimana diketahui dalam politik - sesiapa yang dikenali ditekankan berbanding dengan ilmu dan pengetahuan, perjanjian melalui rundingan terus adalah lebih disukai berbanding tender terbuka kerana ianya tiada akautabiliti dan transperensi, Malaysia akan kalah di dalam pertempuran untuk membendung perpindahan bakat.


Tun Daim mahu tukang Penasihat PM segera dipecat ! @NajibRazak


by Generasi Pejuang Bangsa  

Nah ... Selepas TS Sanusi Junid bercakap tentang penasihat PM , kali ini giliran Tun Daim pulak menghentam tukang Penasihat di Pejabat PM yang mana mereka inilah individu yang mencatur strategi yang salah untuk BN & PM menghadapi PRU13. 

Angkara penasihat-penasihat inilah yang melobi  barisan pegawai & SUPOL PM yang menjadi calon PRU13 dan mereka  telah tewas dengan kekalahan  cukup memalukan . Belum pernah  dalam sejarah begitu ramai pegawai PM jadi calon PRU.

Kalau mereka ini seperti  Sahlan , Suffian Awang  , Shafie Abdullah ini berkira-kira  mahu mengemis semula  jawatan mereka di Pejabat PM .. harap Big Boss tak payah layan la loser seperti ini lagi  ..




 Veteran Umno Tun Daim Zainuddin menyifatkan usaha Pakatan Rakyat menghimpunkan sejumlah besar rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap pembangkang sewaktu tempoh berkempen pilihan raya umum lalu umpama strategi ‘badut’.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengikut rentak pembangkang beranggapan bahawa jumlah besar penyokong akan diterjemah ke dalam undi.

Malah Daim turut berpendapat Najib menggunakan populariti peribadi dalam usaha untuk membantu BN mendapatkan kembali majoriti dua pertiga Parlimen yang hilang pada tahun 2008 sebagai salah.

Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, BN berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah selepas menang 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen, kurang tujuh kerusi berbanding pilihan raya 2008.

Daim yang ditemubual akhbar tempatan China Press, berkata kesilapan itu adalah punca BN hilang undi pada pilihan raya umum lalu.


“Penasihat PM harus dipecatJika anda mengaitkan undi untuk BN adalah undi untuk Najib, maka keputusan BN mencerminkan Najib juga,” ujar Daim.

“Pada pendapat saya, ia adalah strategi yang salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah satu pilihan raya Parlimen, bukan pilihan raya presiden,” katanya.

“Biar Anwar menjadi penghibur. Kita bukan penghibur, kita tidak tahu bagaimana untuk menyanyi, menari dan membuat jenaka. Ia adalah satu urusan yang serius memilih kerajaan, jadi mari kita meninggalkan strategi badut ini dan tidak bermain dengan permainan itu. “

Daim turut berpendapat kegagalan BN untuk mendapat majoriti dua pertiga akibat salah agihan sumber peruntukan dalam usaha untuk menawan kerusi bandar serta kerusi majoriti Cina.

“BN tahu kawasan-kawasan majoriti Cina sudah tiada lagi. Mengapa membuang masa dan wang? Sebagai satu strategi, anda perlu menumpukan perhatian kepada kawasan-kawasan di mana anda kalah dengan majoriti tipis pada tahun 2008 dan mengukuhkan kedudukan di kerusi menang pada tahun 2008. Terdapat juga persoalan pemilihan calon, dan sebagai contoh di Pandan.

“Mari kita akui bahawa bukan mudah untuk mendapat majoriti dua pertiga di dalam dunia. Pengundi bandar di mana-mana adalah anti-kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar. Namun terlalu banyak masa dan wang telah dibazirkan di kawasan bandar di mana keputusan itu hampir pasti,” katanya.

Daim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Pulau Pinang, di mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro kerajaan, Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia, telah menghabiskan banyak wang dalam menyediakan makan malam percuma dan konsert pada minggu-minggu menjelang hari mengundi.

“Orang-orang ini amatur. Mereka adalah orang-orang bodoh. Mereka fikir mereka bijak dan membuang wang. Lebih baik beri kepada kebajikan.

“Kenapa BN benarkan program bodoh seperti ini? Rakyat terasa terhina kerana mereka tahu anda fikir mereka boleh dibeli dengan wang, konsert dan makan malam. Jadi mereka datang untuk berehat, makan percuma. Ini adalah pilihan raya. Ia adalah satu perkara yang serius. Biar Anwar menjadi penghibur,” kata beliau.

Di Pulau Pinang, BN hanya menang 10 kerusi negeri selepas saingan Pakatan Rakyat memperoleh kemenangan besar dengan mengambil baki 30 kerusi negeri.

Dalam respons kepada soalan lain, Daim berkata BN sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha menangani isu-isu yang dekat di hati rakyat seperti rasuah, urus tadbir yang baik, keselamatan, pendidikan, kadar inflasi, graduan muda dan miskin bandar.

Daim dalam pada itu berkata kekalahan BN di Selangor adalah akibat perbalahan dan sabotaj, yang berpunca daripada salah memilih calon.

BN hanya memenangi 12 daripada 56 kerusi DUN Selangor, kurang 20 kerusi berbanding 2008.

“Dengan calon-calon yang tidak turun padang, mengabaikan ketua-ketua bahagian, tidak melawat ahli-ahli dan pengundi, sabotaj, anda tidak boleh menang,” kata Daim

  Omar Ong.....kemungkinan RAPID Pengerang buat Melayu marah 


Harakah ada membat laporan berikut:

KUALA LUMPUR: Sekumpulan kaki tangan Petronas menyifatkan 'tsunami tauke Cina' kini sedang melanda syarikat minyak nasional itu.

Mereka hairan bagaimana Dialog Group Berhad tiba-tiba dikategorikan sebagai syarikat "tier 1" sedangkan, mereka mendakwa, ia bukanlah syarikat yang benar-benar berpengalaman dan layak untuk berada pada kategori itu.

"Adakah Dialog diletakkan secara misteri dalam kategori 'tier 1' kerana syarikat telah dirundingkan sebagai pihak yang mendapat manfaat utama di lapangan minyak D35 pesisir Bintulu?" salah seorang dari kumpulan kaki tangan Petronas itu mempersoalkan.

Mereka juga merasa ada sesuatu yang tidak kena sehingga Dialog akan menjadi kontraktor tempatan yang pertama yang mendapat taraf sebagai syarikat "tier 1", iaitu sebaris dengan kontraktor "production sharing contract" (PSC) yang bertaraf dunia dan berpengalaman seperti Shell, Exxonmobil, Murphy Oil dan lain-lain.

Mereka mempersoalkan, adakah selepas menguasai projek Petronas iaitu Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID) bernilai US$20 bilion di Pengerang, Johor, Dialog akan mendapat satu lagi anugerah dengan cara yang sangat dipersoalkan.

Setelah dinaikkan taraf sebagai syarikat "tier 1", Dialog dilihat akan menerima satu lagi anugerah Petronas iaitu menguasai kawasan Balingian di pesisir Bintulu bermula dengan lapangan minyak Bayan dan D35 melalui kontrak pembangunan semula dengan syarikat minyak nasional itu.

Pengerusi Eksekutif Dialog Group adalah Ngau Boon Keat (gambar) yang juga Pengerusi Yayasan MyKasih. Beliau juga terlibat dalam Kertih Terminals Sdn Bhd, Centralised Terminals Sdn Bhd, Pengerang Independent Terminals Sdn Bhd and BC Petroleum Sdn Bhd.

"Nampaknya tsunami tauke Foochow Sarawak sudah melanda Petronas selepas Perdana Menteri mendakwa tsunami Cina dalam pilihan raya lalu

"Kalau benar tsunami Cina menolak BN dalam pilihan raya lalu, itu untuk mendapatkan keadilan.

"Tapi tsunami tauke Foochow Sarawak nampaknya untuk sapu habuan," kata seorang lagi dari kumpulan kaki tangan Petronas yang menemui wakil Harakahdaily itu.

Mereka terus mempersoalkan, apakah yang menyebabkan Dialog layak dinaiktaraf kepada kategori "tier 1".

"Sapura Kencana Petroleum yang dikuasai anak Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu Datuk Mokhzani Mahathir pun masih lagi syarikat kategori 'tier 2'.

"Adakah Dialog lebih kukuh dan berpengalaman dari Sapura Kencana?" soal mereka.....
bersambung di Harakah



Samada ada kebenaran atau tidak laporan Harakah ini, ia akan jadi agenda PAS untuk  menyerang dan buat propaganda RAPID Pengerang tidak menguntungkan anak temapatan dan orang Melayu.

Dahlah sebelum PRU, RAPID Pengerang menarik penyangak pembangkang yang mereak-reka isu tentang compensatiion tanah yang dah begitu baik sekali dari kerajaan Johor. Dikatakan ada pulak pihak bawak isu ke mahkamah dan ini akan melambatkan lagi transfer tanah dari kerajaan negeri kepada Petronas.

Melayu tidak kekurangan fabricator yang boleh buat kerja seperti yang dibuat di Dialog. Kalau bukan Sapura, syarikat yang dekat dengan Pengerang di Ramunia kini kepunyaan Sime Darby pun ada. Takkan Sime Darby tak kuat untuk terima kontrak sedemekian?

Dari desas desus yag kami dengar di Petronas, perancangan RAPID Pengerang banyak melibatkan Dato Shamsul dan Omar Ong. Setakat ni desas desus mengatakan hanya pelabur dan kontraktor asing dan Cina saja yang dapat kontrak utama projek-projek minyak dan petrochemical.

Omar Ong tak percaya kasi Melayu... GLC pun tak dapat. Mungkin lepas GLC penuh dengan orang Cina di tempat-temppat penting barulah dia akan pengaruhi pihak tertentu dalam dan luar Petronas untuk berikan pada GLC.

Mungkin tanpa puak-puak tertentu susah nak kowtim. Sebab Dialog katanya senang kowtim dan bolehh bayar maka senanglah Dialog nak dapat. Siapa pula yang dibayar tu? Mestilah seorang yang boleh keluarkan wahyu untuk arah arah.

Jika demikian keadaan di Pengerang dan begitu banyak desas desus pekerja dan pengurus Petronas diberhentikan untuk buka ruang Pengurus Cina dari luar dan khususnya dari Shell masuk, Melayu akan menjadi marah dan hilang kepercayaan pada kerajaan dan BN.

Kalau Cina nak masuk, ikutlah merit dan bukan berhentikan orang untuk beri ruang istimewa untuk mereka. Hentikanlah Omar Ong dari Petronas. Lagi banyak jahanam dari kebaikan dengan kehadhirannya kembali dalam Petronas.

Dahlah biasiswa tak bayar balik. Hanya bayar pasal nak jadi lembaga pengarah.


AMUKANMELAYU - Tengok OO teringatkan anak Almarhum Khir Johari yang jadi "Anak Angkat" Lim Guan Eng.