Indeks jenayah turun 16.24% - REHAT Di MINDEF Jerrrrlah......
Beliau berkata, pendekatan itu termasuk mengadakan lebih banyak pertemuan dan mengukuhkan hubungan dengan masyarakat.
“Pembabitan orang awam dalam membantu melengkapkan data dan rekod pengawasan polis pasti akan membawa kepada lebih banyak perkembangan positif dalam perkara ini, sekali gus dapat menangani jenayah terbabit pada masa depan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Hishammuddin berkata, laporan yang dikeluarkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) mengenai penurunan kadar jenayah di negara ini menambahkan keyakinan semua pihak bahawa matlamat untuk menurunkan kadar jenayah jalanan sebanyak 20 peratus dan indeks jenayah keseluruhan sebanyak lima peratus menjelang hujung Disember ini akan tercapai.
Katanya, indeks jenayah keseluruhan dari Januari hingga Ogos turun sebanyak 16.24 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dan penurunan signifikan 37 peratus jenayah jalanan dalam tempoh sama.
“Keputusan ini adalah kesan daripada pelbagai langkah dan pendekatan luar kotak yang dicetuskan di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). “Antara usaha yang sudah dilaksanakan termasuk memastikan kehadiran anggota polis yang lebih ramai, skim rondaan sukarela di samping penugasan semula 6,791 personel polis ke barisan depan dan 3,814 anggota awam untuk mengendali tugas meja, usaha itu ternyata memberi impak yang besar bagi membanteras jenayah,” katanya.
Kataya, semua tindakan itu adalah hasil daripada kerjasama, komitmen dan kebijaksanaan hasil kajian serta perbincangan mendalam antara PDRM dan kementerian serta bantuan daripada agensi berteraskan konsep kesukarelawanan seperti Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Hishammuddin berkata, gerak kerja ini banyak membantu memperluaskan idea PDRM dalam mengawal selia dan menyusun pelan membanteras jenayah di musim perayaan.
“Saya juga dimaklumkan terdapat lebih 4,000 orang anggota dan pegawai polis ditugaskan untuk mengawasi keadaan trafik yang sebahagian besarnya tertumpu di jalan utama di seluruh negara. “Malah, hanya 10 peratus daripada keseluruhan anggota polis yang diluluskan cuti manakala 90 peratus lagi bertugas sepanjang musim perayaan kali ini,” katanya.
Beliau berkata, anggota diberi tanggungjawab mengawasi kawasan perumahan terutama di bandar kerana kebanyakan penghuninya bercuti dan pulang ke kampung.
Sumber : Harian Metro
MyWatch dakwa polis beri statistik jenayah berbeza
Sri Sanjeevan a/l Ramakrishnan atau R Sri Sanjeevan kuat mengutuk polis dan mengambil kesempatan dari kesediaan Tan sri Musa hasan untuk menjadi penaung.
Mereka pernah menyifatkan Ordinan Darurat sebagai 'perkara paling karut' selain ISA yang disifatkan sebagai 'akta terkejam di dunia' hari ini. Akhirnya mereka menerima padah daripada mulutnya sendiri dan rasai perjuangan mereka untuk menghapuskan EO dan ISA akhirnya hampir meregut nyawa sendiri.
Pembangkang tak akan ngaku salah tapi harap-harap dalam hati, mereka sedar akan perlunya EO dan ISA dalam membenteras jenayah dan penjenayah. Kalau pembangkang tak paham, sekurang-kurangnya pihak di atas dalam kerajaan yang asyik nak menjenamakan semua undang-undang pencegahan, sedar betapa bahlol tindakan mereka.
Setiap bulan jika tidak hari, ada saja kegiatan jenayah berat khususnya pembunuhan berlaku. Sampaikan ragut handbag pun sudah syndicate yang tersusun dan teratur lebih dari PEMANDU dengan konsultan hebat dunia Boston Consulting dan Mckinsey.
Tak payah Idris Jala-ng nak temberang dan tunjukkan data dan carta mengenai jenayah. Turunlah ke bumi nyata.
Satu perkara harus diketahui serta merta adalah ini adalah kerja pembunuh professional.
Dan satu lagi perkara harus difahami adalah gangster tak sewenang-wenang bunuh orang ramai sesuka hati. Mereka tak bunuh rakyat biasa, walaupun orang itu bersuara mengenai nak benteras jenayah.
Gangster bunuh kumpulan gangster yang bersaing dengan mereka. Maka, apa kita boleh katakan mengenai Sri Sanjeevan dan MyWatch? jangan mudah percaya laporan kononnya mereka diugut kerana telah terpijak atas banyak kaki-kaki pihak berkepentinagn. Baca FMT SINI
Selain FMT, MyWatch sering mendpaat publicity dari media online pro pembangkang. Malahan Selangor Ku tajaan kerajaan negeri Selangor pun turut terlibat. Baca SINI.
Siapa tak tahu kerajaan Selangor berkait rapat dan membela kegiatan haram.
Memendikkan cerita, berkemungkinan besar MyWatch bukan bersuara menuntut benteras tapi kedua keling kepala MyWatch adalah sendirinya kumpulan ORGANISED CRIME yang mahu memonopoli perniagaan berkaitan kegiatan haram.
Harap Tan Sri Musa Hasan undur diri dari jadi Penasihat kepada MyWatch yang merupakan NGO satelit PKR. betul dia mengenali mereka lama sebelum mereka terlibat dalam politik, tapi ini hanya menimbulkan andaian masyarakat. Hishamuddin pun sudah tiada lagi di KDN.
Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan mendakwa statistik rasmi indeks jenayah Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bagi kes curi dan pecah rumah bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun itu menunjukan terdapat 30,200 kes.
Namun, dokumen yang didakwa ditandatangani Mohd Bakri pula menyatakan statistik kes berkenaan untuk tempoh sama adalah sebanyak 43,792 kes.
Dakwanya, dokumen berkenaan turut diedarkan antaranya kepada ketua polis Perlis, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
"Saya menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menjelaskan perkara ini kepada orang ramai," kata Sanjeevan pada sidang media di Petaling Jaya pagi tadi.
Menurutnya lagi, dokumen yang sama menyatakan terdapat 17,782 kes ragut dan samun senjata api bagi tempoh berkenaan sedangkan indeks jenayah yang diterbitkan PDRM pula hanya merekodkan sebanyak 7,324 kes - dengan perbezaan sebanyak 10,558 kes.
Bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan yang bertindak sebagai penasihat bagi MyWatch menggesa polis menjawab dan memberi penjelasan berhubung dakwaan Sanjeevan.
"Maklum balas yang perlu mereka berikan sekarang adalah sama ada dakwaan Sanjeevan ini benar atau tidak.
"Jika benar, perbetulkan (statistik yang salah). Jika salah, nafikan kenyataan beliau," katanya yang turut hadir pada sidang media itu.
MyWatch Dakwa Pegawai Polis Terlibat Kongsi Gelap, Gesa KPN Ambil Tindakan
KUALA LUMPUR, 21 Dis -- Kumpulan pemerhati jenayah, MyWatch, yang rapat dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mendakwa pegawai polis berpangkat tinggi terlibat dengan penggubahan wang haram, termasuk perjudian haram, pelacuran, mengatur perlawanan bola sepak, malah turut mempunyai hubungan dengan pemimpin kongsi gelap.Malah, mereka turut mempersoalkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, yang tidak mengambil tindakan, dan mereka akan mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa.
“Kenapa beliau memilih untuk mendiamkan diri ... Adakah beliau tidak boleh bertindak terhadap pegawai yang korup?” soal Pengerusi Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch) R Sri Sanjeevan hari ini.
Jelas beliau, Ismail sebelum ini pernah menolak pertemuan antara mereka.
“Masih lagi tiada jawapan termasuk daripada KPN Tan Sri Ismail Omar, jadi saya rasa bersetuju secara ‘senyap’ terhadap pendedahan kami,” katanya.
Musa, telah dikritik oleh beberapa bekas penjawat awam daripada pasukan keselamatan tersebut selepas pendedahan yang dilakukannya bersama MyWatch, termasuk daripada bekas Pengarah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Ramli Yusuff, bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Robert Phang, termasuk Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.
“Kebanyakan kes yang kami dedahkan adalah kes lama yang didedahkan Musa. Sesetengahnya telah pun di bawa dan diselesaikan di mahkamah.
“Jadi tidak perlu bercakap berkenaan perkara itu lagi, kecuali kes itu dibuka semula,” tegasnya.
Beliau turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang membuat tuduhan liar kepada mereka, bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang.
Mereka sebelum ini mendedahkan sedang menyiapkan dokumen untuk mengemukakan saman terhadap Phang kerana mengaitkan mereka dengan kongsi gelap dan juga Pakatan Rakyat (PR).
Phang semalam berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Musa, dan beliau bakal berhadapan saman RM100 juta kerana dakwanya telah menjatuhkan air mukanya ketika beliau masih berada dalam panel SPRM.
Beliau berkata, Musa telah menjatuhkan reputasinya dengan menuduh beliau menyalahgunakan kuasa untuk memindahkan seorang pegawai polis bagi mempercepatkan projek.
“Saya telah hantar surat menuntut RM100 juta kepada Musa Hassan dan beliau telah menerimanya,” katanya lagi.
Jenayah : Pengerusi MyWatch Parah Ditembak Penjenayah
Pengerusi NGO, MyWatch, R. Sri Sanjeevan cedera parah akibat ditembak
seorang daripada dua lelaki bermotosikal di pekan Bahau dekat sini
petang ini.
Jurucakap polis memberitahu, kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu
berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis BMW bersama seorang
rakannya berhenti di satu lampu isyarat berhampiran Taman Cempaka di
sini.
Katanya, setibanya di situ, mangsa kebetulan membuka cermin tingkap
keretanya sebelum muncul dua lelaki menaiki sebuah motosikal lalu
mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan.
"Tembakan itu menembusi tangan kanan mangsa sehingga ke perutnya. Dalam
keadaan kesakitan, mangsa memecut kenderaannya dan berhenti kira-kira
100 meter dari lokasi kejadian.
"Rakan mangsa kemudian memandu kereta itu ke Hospital Jempol sejauh 15
kilometer untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di
sini hari ini.
Cubaan bunuh Pengerusi MyWatch ada kaitan dengan twitter ini?
Tan Sri Musa Hassan mengesyaki cubaan membunuh R Sri Sanjeevan semalam, ada kaitan dengan rancangan Pengerusi MyWatch itu untuk mendedahkan sindiket jenayah melibatkan pegawai polis.
Bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu membuat jangkaan demikian melalui akaun twitternya malam tadi, beberapa jam selepas Sanjeevan parah ditembak di Bahau, Negeri Sembilan.
"Saya harap polis membuat siasatan untuk mengesan suspek kerana dia (Sanjeeva) ada menerima ugutan bunuh berikutan hasratnya untuk mendedahkan pembabitkan polis dalam sindiket jenayah," katanya melalui akaun beliau, @TSMusaHassan.
Twitter R Sri Sanjeevan 25 Julai lalu..
Semalam The Malaysian Insider melaporkan.. Pengerusi badan pemantau jenayah, Mywatch Sri Sanjeevan Ramakrishan dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat ditembak dekat Bahau, Negeri Sembilan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Daerah Seremban Assisten Kominisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang tadi.
Dalam kenyataan itu mangsa dipercayai ditembak dibahagian rusuk dilakukan oleh dua lelaki kaum India ketika sedang memandu kereta jenis BMW berwarna kelabu.
Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Jempol dan akan dipindahkan ke Hospital Besar Kuala Pilah.
Sebelum ini pada Januari lalu Sanjeevan membuat laporan polis selepas menerima ancaman bunuh oleh seorang lelaki Melayu.
Ugutan bunuh diterima Sanjeevan selepas memberi maklumat kepada polis mengenai kegiatan premis perjudian haram di Simpang Pertang.
MyWatch yang dinaungi oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan merupakan sebuah badan yang memantau keadaan jenayah dalam negara.