ARQAM, PAS & UMNO: Antara Yang Karam Dan Tenggelam
Sabtu
13 hb Julai 2013 bersamaan 4 hb Ramadhan 1413. Saya duduk seorang diri
di tepi Sungai Wadi Hussein Janda Baik sambil berfikir “sampai bila kita
mesti mendiamkan diri bila mendengar hampir setiap pagi menjelang Hari
Raya, mesti ada cerita ramainya orang kita mati dan cedera parah akibat
kemalangan di jalan raya?” Ops Sedar dan macam macam Ops diadakan tapi
tak berkesan, kenapa? di mana silapnya apakah berpunca dari pendidikan
atau rosaknya sebuah negara berpunca dari pemimpin ulama dan wanita yang
rosak akhlaknya?
Berita anak anak orang kita yang putus tangan dan cacat akibat bermain mercun dan bunga api dan mati di lebuhraya. Apakah kerana Qada’ dan Qadar terjadinya semua ini? Atau orang kita leka berpolitik hingga tak memikirkan bagaimana melahirkan bangsa Melayu yang bijak sana, cemerlang akal budinya dan hidupnya bermasyarakat dengan membudayakan konsep berkasih sayang, hormat menghormati sesama insan yang dianjurkan oleh Islam.
Berita anak anak orang kita yang putus tangan dan cacat akibat bermain mercun dan bunga api dan mati di lebuhraya. Apakah kerana Qada’ dan Qadar terjadinya semua ini? Atau orang kita leka berpolitik hingga tak memikirkan bagaimana melahirkan bangsa Melayu yang bijak sana, cemerlang akal budinya dan hidupnya bermasyarakat dengan membudayakan konsep berkasih sayang, hormat menghormati sesama insan yang dianjurkan oleh Islam.
Kita
berpuasa dengan tujuan mengawal nafsu, tidak mengikut emosi supaya diri
Aqliah kita bebas dari cengkaman nafsu amarah dan mampu bertafaur dan
mengenal Tuhannya? Inilah silapnya bila berikan sesuatu jawatan kepada
yang bukan ahlinya, maka tunggu akibatnya, seperti maksud hadith.
Air yang keruh di
hulu mustahil boleh jernih dihilir, fikir, Think, Tafakkur. Bukankah
kita makhluk yang ada akal dan al Quran itu untuk mereka yang berakal?
Di bulan puasa di sana sini kita dengar orang membaca Al Quran tetapi
berlakukah penghayatan akan makna-makna yang terkandung di dalamnya?. Untuk apa? Bukankah Al Quran itu untuk membawa rahmat untuk sekian alam?
Pesan orang tua-tua,
‘melentur buluh semasa rebungnya’tetapi apa akan berlaku kalau
pelenturnya yang bermasalah? Kemana perginya para pendidik, guru, ustaz ,
ulama serta ibu bapa serta pemimpin dan ketua-ketua agama? Apakah
amanah dakwah dan tarbiyah sudah tidak terbayang lagi oleh ulama yang
gilakan kuasa dan nak jadi selebriti?
Tegak rumah kerana sendi
Runtuh sendi rumah binasa
Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh budi, runtuhlah bangsa.
Ramai
yang lupa, budi bahasa bukanlah sekadar lemah lembut dan sopan santun
dalam pergaulan, tetapi budi bahasa bererti penggunaan akal budi agar
supaya perbuatan kita sesuai dengan identiti kita sebagai khalifah.
Adab sopan bukan
sekadar ungkapan tetapi ianya merupakan satu tatacara hidup orang Islam
yang membezakan dengan bukan Islam.
Bila lagi kita mahu menyemarakkan dan menyemaikan semula budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa orang Melayu kerana satunya bangsa yang jiwanya Islam, yang mana bila hilang unsur Islam, hilang pula keMelayuannya.
Bila lagi kita mahu menyemarakkan dan menyemaikan semula budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa orang Melayu kerana satunya bangsa yang jiwanya Islam, yang mana bila hilang unsur Islam, hilang pula keMelayuannya.
Berbudi bahasa dan
amalan nilai-nilai murni amat penting dalam hidup bermasyarakat.
Di mana Melayu itu Islam, tapi apa jadi pada bangsa Melayu bila sebuah pertubuhan politik membuang Melayu, Cuma mahukan Islam sahaja tanpa Melayu. Bolehkah kita pergi ke kedai mamak meminta teh tarik tapi kita tak mahu cawan dan gelas. Lu fikirlah Bro! Jika Hang Tuah hidup semula tentu dia marah gila. Hang Tuah kata Melayu Tak Hilang Di Dunia. Bila Melayu dibuang dari Islam, Hilanglah Melayu di Dunia. Kalau Upin dan Ipin dengar tentu dia akan kata Betul! Betul! Betul!
Di mana Melayu itu Islam, tapi apa jadi pada bangsa Melayu bila sebuah pertubuhan politik membuang Melayu, Cuma mahukan Islam sahaja tanpa Melayu. Bolehkah kita pergi ke kedai mamak meminta teh tarik tapi kita tak mahu cawan dan gelas. Lu fikirlah Bro! Jika Hang Tuah hidup semula tentu dia marah gila. Hang Tuah kata Melayu Tak Hilang Di Dunia. Bila Melayu dibuang dari Islam, Hilanglah Melayu di Dunia. Kalau Upin dan Ipin dengar tentu dia akan kata Betul! Betul! Betul!
Bolehkah Melayu
dibuang macam itu saja oleh mereka yang berjuang menggunakan Islam?
Seperti irama dan lagu, ombak dan pantai begitulah Melayu dan Islam.
Sebab itu ramai yang malu jadi Melayu bila Roh Islam, jiwa Islam, hati
Islam dimatikan dengan kejam oleh mereka yang yang tidak bertanggung
jawab.
Berjubah berserban besar. Sedangkan pakaian bukan tanda keimanan dan sifat taqwa, Mungkin ada gunting dalam serban? Ada agenda tersembunyi.
Amalan dan penerapan
budi bahasa dan nlai-nilai murni sama ada dalam komunikasi, ucapan,
pertuturan atau panggilan dalam perlakuan dan pergaulan dapat
dipraktikkan dalam empat institusi iaitu Institusi Kekeluargaan,
Institusi Kemasyarakatan, Institusi Pembelajaran dan Institusi
Perkhidmatan.Yang terpenting dalam Institusi Kekeluargaan.
Semuanya bermula dalam rumah. Hendak kenal ibu tengok perangai anaknya, like father like son. Son of the Gun.
Semuanya bermula dalam rumah. Hendak kenal ibu tengok perangai anaknya, like father like son. Son of the Gun.
“Saya
pelik wajarkah Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang, sanggup
meninggalkan negara untuk berkunjung ke Turki dan menyerahkan
pentadbiran kepada Dato Husam Musa yang dikalahkan oleh Tengku Adnan di
Putrajaya dan lain-lain pemimpin Pas yang terpaksa bertungkus lumus di
Kuala Besut. Apakah pucuk pimpinan PAS tak tahu apa yang PAS Kelantan
sudah lakukan terhadap Husam Musa, Exco Kanan PAS.
Bayangkan, beliau tak dilantik sebagai EXCO, kononnya Sultan tak berkanan, apa agenda mereka? Apakah tujuannya untuk kuburkan politik Husam kerana mereka tahu sukar bagi PAS untuk merebut kerusi di kubu kuat UMNO di bawah pimpinan Dato idris Jusoh. Menteri Pendidikan Tinggi.
Bayangkan, beliau tak dilantik sebagai EXCO, kononnya Sultan tak berkanan, apa agenda mereka? Apakah tujuannya untuk kuburkan politik Husam kerana mereka tahu sukar bagi PAS untuk merebut kerusi di kubu kuat UMNO di bawah pimpinan Dato idris Jusoh. Menteri Pendidikan Tinggi.
Kebetulan Pilihanraya
di Kuala Besut berlaku dalam bulan Ramadhan, saya ke Kuala Besut kerana
ibu kepada emak saya, Shariffah Zainah Al Attas binti Dato Syed Hasan
Al Attas, isterinya arwah Nik Khadijah, dilahirkan di Kampung Raja,
waris-waris saya masih ramai di Terengganu.
Bulan
yang dikatakan syaitan-syaitan semua kena rantai, apa perlu P.D.R.M
hantar 30,000 polis menjaga kawasan pilihanraya, di mana hampir semua
penduduk berbangsa Melayu beragama Islam.
Pelik, di bulan Ramadhan nak berperang seperti di Syria?
Pelik, di bulan Ramadhan nak berperang seperti di Syria?
Bila lagi mereka yang
mengaku sebagai pemimpin Islam mahu bertanggung jawab menghindarkan
diri dari nilai-nilai dan amalan hidup yang kasar, kotor, yang
melangggar bahasa dan yang tidak mengendahkan tatasusila yang beradab?
Idris Jusoh sudah mengingatkan tak payah bertanding “menghabiskan duit,
waktu yang sepatutnya digunakan untuk beribadat, pucuk pimpinan PAS lupa
ke?
Sibuk hendak berebut kerusi orang mati milik UMNO tak ada pengetahuan farahidke? SetiausahaAgongPasMustafayangvideoskandalnya tersebar
di media massa.
Masih hidup dalam ingatan mereka yang mula sangsi dengan sikap pucuk
pimpinan PAS yang tak Islamik. Macam mana ketam hendak mengajaranaknya
berjalan lurus.
Pendidikan Tauhid
penting supaya mereka diajar dari kecil lagi tanggung jawab sebagai
seorang khalifah. Ini lah yang lakukan oleh pemimpin UMNO di bawah
pimpinan YAB Ahmad Said, MB Trengganu. Memberikan keutamaan kepada
Pendidikan selain Pembangunan jasad.
Jelas
rakyat Terengganu tak mahu Haji Hadi, pemimpin PAS selaku Perdana
Menteri Malaysia sebab itu beliau dikalahkan di PRU 13. Antara sebab BN
menang di Terengganu, Dato Ahmad Said bertungkus lumus semasa PRU 13 dan
beliau telah membawa pembangunan di Terengganu. Janganlah kerana panas
setahun hujan sehari, jasa baik orang kita lupakan.
Ramai orang bila
berada di atas jalan raya lupa diri. Begitu juga Pemimpin bila berada di
puncak kuasa kerana lupa diri, tak kenal diri, tak sedar diri , ego,
ujub, takabbur, yang berlebih-lebihan terlupa Islam selaku Addin, adlah
cara hidup yang paling sempurna.
Orang tua-tua dulu
pesan ‘ingat’, ingat siapa? Kalau bukan ingatkan Allah, tanggung jawab
terhadap Allah S.W.T. ‘Habluminallah’ dan di waktu yang sama tanggung
jawab terhadap sesama manusia. ‘Habluminannas’ .Ramai
yang sudah tidak pakai pertimbangan akal tetapi dipengaruhi oleh emosi
lupa apa yang diajar oleh Allah dalam hadith, Sesungguhnya aku menerima
solat hambaku:
1 Yang tawadhu’ dengan keagunganku
2 Tidak berterusan dalam bermaksiat padaku
3 Yang menghabiskan harinya mengingatiku
4 Yang tidak menghina dan merendahkan ciptaanku
5 Yang menjaga orang fakir miskin dan anak yatim
Banyak kaum Muslimin yang mengulang ulangi kalimat “Laa ilaaha ilallah Muhamadur Rasulullah” lebih dari dua puluh kali dalam satu hari, tidak mengetahui esensi makna yang terkandung di dalamnya. Kebanyakan mereka mengulang-ulangi kalimat tersebut tanpa merenungi maknanya. Banyak pula yang belum mengenal agamanya sendiri.
Yang menimpa minoriti
umat Islam adalah fenomena yang wajar terjadi kerana tidak adanya
khilafah kaum Muslim. Sementara orang-orang non-Muslin mempunyai semacam
kekhalifahan yang mampu menyusun dan mempersatukan semua barisan
mereka. Orang-orang Yahudi punya kekhalifahan, yakni zionisme.
Orang-orang nasrani juga punya khalifah, yakni Pope Vatikan, Zionis
mendukung dan membela kaum Yahudi menuntut hak-hak mereka yang tidak
sah.
Selama bertahun-tahun mereka mencari lalu mengumpulkan sisa-sisa bangsa Yahudi untuk memelihara eksistensi Yahudi.
Selama bertahun-tahun mereka mencari lalu mengumpulkan sisa-sisa bangsa Yahudi untuk memelihara eksistensi Yahudi.
Hidup
mesti ‘mati’ bila mati yang kita tinggalkan nama baik dan nama buruk.
Berapa ramai Tok Guru dan ustaz atau ulama yang namanya seperti Tok
Kenali, Tok Ku Paluh, Tok Ku Pulau Besar dan Tok Ku Pulau Manis di
Terengganu?
Siapa ‘champion’ Mat
Rempit di atas jalanraya? Siapa pemegang trophy buang anak dan mangsa
dadah, rasuah dan bercerai kalau bukan orang kita? Alangkah baiknya
jika mereka yang bernama pemimpin terutama mereka yang melaungkan Islam
dari berperang merebut kerusi- setiap masa sepanjang tahun.
Kita nampak dengan mata kepala bagaimana UMNO (BN) telah menjadikan Malaysia dalam infrastuktur, bertaraf world class mereka yang mempejuangkan Islam buat apa di bidang kerohanian dan membangunkan modal insan untuk mengangkat manusia Islam ketaraf Insanul Kamil? Berjayakah melahirkan seorang wali Allah. Keramat Pulau Besar Melaka, Sheikh Ismail Sultan Ariffin Billah.
Kekuatan sebenar
sesebuah Jemaah Islamiah ialah bila mendapat bantuan Allah seperti apa
yang berlaku semasa ‘Perang Badar’ di bulan Ramadhan. Mengalahkan
tentera ‘kafir’ musuh yang jauh lebih besar. Sedangkan tentera Badar
sekadar 313 orang. Tidak ada musuh yang dapat menghalang bila Allah
memberi pembelaan dan pertolongan. Kenapa di Myanmar , umat islam
menjadi mangsa? Di mana di dunia ini umat Islam tak menjadi mangsa?
Bantuan Allah hanya akan diberikan kepada pejuang Islam yang bertaqwa,
Firman Allah: ‘Allah menjadi pembela kepada orang yang bertaqwa’ al
Jatsiyah:19.
Untuk mendapat taqwa,
hati mesti kena dibersihkan daripada sifat-sifat mazmumah (keji) dan
bina kekuatan aqliyah dengan ilmu yang benar. Setelah itu barulah ia
mempunyai kekuatan untuk melawan nafsu dan syaitan dua musuh batin yang
sangat berbahaya. Tanpa hati yang bersih, cita-cita untuk menegakkan
Islam tidak akan tercapai. Islam tidak boleh dihidupkan dengan politik
tetapi dengan ilmu dan amal mengikut Al Quran dan Sunnah Rasulullah
s.a.w.
Pejuang Islam selalu
dikalahkan oleh musuh lahirnya (orang kafir) akibat mereka menduakan
Allah, luaran Islam, hati dan perbuatan menentang apa yang ada di dalam
al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Salah satu cara yang
paling berkesan untuk membersihkan hati ialah melalui zikrullah (ingatan
Allah) Zikir yang paling berkesan ialah yang dilakukan secara
istiqamah, berdisiplin dan dijazahkan oleh guru mursyid yang bersambung
salasilahnya kepada Rasulullah s.a.w. menerusi zikir mengikut
syarat-syarat itu dinamakan tareqat. Ia merupakahn kaedah latihan rohani
yang cukup berdisiplin dan sistematik. Kita tengok betapa
berdisiplinnya ahli Arqam.
Jiwa sufi melalui
Darul Arqam, yang diperkenalkan oleh Ustaz Ashaari satu pembaharuan yang
melibatkan kekuatan lahiriah dan kerohanian. Selain membangunkan
ekonomi ahli. Beliau telah menggabungkan pendekatan sufi dan kekuatan
lahiriah dan zikir , tapi bila tanpa zikir tanpa fikir telah melahirkan
ribuan pengikut Yes Men yang tak mempunyai minda kreatif dan jiwa yang
tidak bebas terbelenggu dengan pertubuhan, hanya taat pada ketua. Aku
dengar dan aku taat hanya pada guru semata-mata, bagaimana dengan Allah
dan Rasulullah?
Bolehkah Insan yang
tercipta selaku Haiwanunnatik hidup yakni haiwan yang berkata-kata,
tanpa boleh menggunakan akal? Setelah Nabi wafat, para pewarisnya
merupakan alim ulama yang menguasai pelbagai bidang ilmu, termasuklah
Tasawuf, kalam dan falsafah. Peradaban Islam telah melahirkan ilmuwan
seperti Ibnu Sina, Farabi, Ibn Arabi dan Al Ghazali, termsuklah yang
dari Tanah Melayu seperti Nuruddin, Raniri dan Hamzah Fansuri.
Darul Arqam mati
beragan kerana Ashaari tak meninggalkan buah fikiran yang mampu mencabar
dan merubah bangsa Melayu. Tidak juga dia meninggalkan surat-menyurat,
ijtihad ekonomi melawan kuasa dunia seperti Dr. Mahathir, mungkin
kerana itu tak adaorang yang menulis mengenai The Mind of Ashaari, seperti mereka membuat
kajian mengenai ‘The Mind of Mahathir’. Dalam PAS tak ada pemimpin yang
mindanya boleh diagung bernilai falsafah seperti Hassan Al Bana, Syed
Qutb di Mesir, Syed Mursi di Turki, Syed Muhammad Naquib Al Attas di
negara kita.
Pas menang bukan
kerana pengaruh dan akhlak pemimpin tapi kerana mereka bekerja keras
mengikut era manusia yang mahukan Islam dan mereka punya penceramah
yang tak kenal penat akibat terlah menjadi selebriti, macam artis yang
tak ada pada pemimpin UMNO.
Pemimpin UMNO telah
mengamalkan politik chah keting, PAS menang kerana bergabung dengan PKR
dan DAP yang mendapat banyak keuntungan seperti sistem Ali Baba.
Berita terbaru saya terima tengok apa jadi pada Kerajaan PAS Kelantan yang dikuasai oleh tiga J, bermula dengan M.B. nya. Orang menyampaikan berita itu tanya saya boleh kah kambing yang cacat disembelih untuk korban dan akikah. Bolehkah mereka yang adakecacatan dijadikan pemimpin?
Alim ulama di Tanah
Melayu seperti Raniri dan Abdul Samad di Palembang di samping ulama di
Hadramaut yang menyebarkan Islam di Tanah Melayu, yang bermazhab Shafie
dan menyokong alim tasawuf Imam Al Ghazali, semua mengajar bahawa
seorang sufi boleh menjadi pemimpin, ahli ekonomi, pakar teknologi,
doktor atau apa saja tugas dalam masyarakat. Yang penting dia perlu ada
sifat kenabian Siddiq, Amanah, Tabligh, Fatanah. Dia berani mengamalkan
amar maaruf nahi munkar, apakah dalam PAS, ada seorang ahli sufi seperti
Tok Kenali yang terkemuka sebagai seorang ahli fikir dan seorang ahli
falsafah? Dan mengutamakan pendidikan Syariat Hakikat, Tareat dn
makrifat.
Sudikah mereka menuntut ilmu dengan Syed Naquib atau hadir pada majlis Ilmu Habib Ali?
Bagi yang kenal akan
Arqam, yang menjadi tanda soal mengapa Arqam terkubur bila hilang pucuk
pimpinan tidak seperti UMNO? Dato Onn, Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn
tiada, Presiden UMNO tinggalkan UMNO, UMNO terus hidup biarpun Dr.
Mahathir berhenti menjadi ahli UMNO kerana murka pada Pak Lah.
BN menang juga.
Begitu juga bila Hussien Onn, Ku Li, Tunku Abdul Rahman, tubuh Semangat
46, Anwar tubuh Parti Keadilan. namun UMNO tak mati kerana UMNO adalah
satu institusi yang telah menyelamatkan Melayu. Ketika peristiwa Malayan
Union menyatukan Melayu dan terlalu besar jasa UMNO bukan saja pada
bangsa Melayu tapi kepada rakyat Malaysia. UMNO adalah tulang belakang
pada politik Melayu.
Namun yang
mengakibatkan hilangnya kepercayaan kepada UMNO selain pemimpin-pemimpin
yang tak layak memegang jawatan adalah apabila PAS mempersoalkan
keIslaman UMNO. Hari ini bila timbul isu kalimah Allah dan penolakan
terhadap pengajaran Tamaddun Islam, adakah PAS bersuara?
Ketika umat Islam di
bahagian dunia yang lain terus dicengkam oleh imperialis Barat, Darul
Arqam mengajak umat Islam di sebelah Timur, khususnya di Alam Melayu,
bangkit, membina taqwa kekuatan yang Allah khususkan untuk menenangkan
umat Islam terhadap ancaman musuh-musuh lahir dan batin. Itulah sebabnya
satu waktu dulu saya minta Ashaari dan ahli-ahlinya menyertai UMNO jika
dia ingin jadi Perdana Menteri. Jangan jadi seperti Pas.
Kita boleh bangga ramainya mereka yang pergi solat jumat, solat taraweh. Cuba tanya apakahmereka mengerjakan
solat lima waktu yang lain? Alangkah bahayanya kita mengimarahkan surau
dan masjid, bila mengerjakan solat tarawih dalam masa yang sama tidak
lupa tanggung jawab terhadap Insan yang miskin papa, anak yatim dan
orang tua-tua yang memerlukan bantuan.
Sebagai hamba kita
wajib minta pada Allah semua dosa sepanjang tahun diampunkan. Mereka
terlupa setiap kali Allah mengingatkan kita tentang solat di mestikan
dengan sikap tanggung jawab terhadap sesama insan sama pentingnya dengan
tanggung jawab terhadap sesama manusia terutama sesama Islam dan
saudara mara kita.
Fikir, Think, Tafakkur, kerana bertafakkur 1 minit sama seperti beribadat setahun.
Kita semua mesti melakukan peperangan. Perang yang paling besar mengikut sabda
Rasulullah S.A.W. selepas Perang Badar adalah perang nafsu. Ini bukan
berperang sesama sebangsa dan seagama. Ini perang untuk menghancurkan
berhala besar yang ada dalam diri kita.
Berhala yang
dimaksudkan itu adalah sikap ego, kesombongan, keangkuhan bila berkuasa,
hilang rasa kemanusiaan, sifat bakhil, tamak, leka, lalai terlalu
memberi keutamaan kepada diri, (lupa yang kita ini hamba Allah
semulia-mulia manusia adalah yang paling bertaqwa), tidak patuh pada
undang-undang (akibat ditakuti oleh manusia yang takut pada manusia
tidak takut pada Allah) degil dan lain lain sifat ‘mazmumah’ yang
dibenci oleh Allah, hidup subur dalam diri mereka yang kaya dan berkuasa
dan mereka seakan-akan menjadi ‘sembahan’ umat Islam yang terlupa. Tiadatuhan yang disembah melainkan Allah.
La illa ha illallah muhammadur rasulullah, diakhiri dengan selawat Allahummasalli ala muhammad waala ali muhammad.
AMUKANMELAYU - Nak tanya Pak Habib, sampai bila semua ini akan berakhir atau biarkan saja Islamelayu ni hancur seperti hilangnya Bangsa-Bangsa yang lain.....yang di laknat Allah kerana keangkohan dan kebiadaban mereka pada saudara sendiri dan juga Penderhakaan mereka pada Allah kerana Islamelayu juga seperti mereka......