Hari ini apa kata kita berbincang pula…
Persoalan kali ini sedikit negatif, tetapi dukacita, dari sejarah sering membuktikan kebenarannya.
“Mengapa bangsa Melayu sering terjerumus dalam skim cepat kaya?”
Sejak dulu lagi yang popular, skim cepat kaya Pak Man Telo. Beratus ribu orang Melayu lebur wang. Baru-baru ini juga skim-skim pelaburan Internet haram… orang Melayu juga majoritynya tertipu. Dan berbagai-bagai lagi program cepat kaya takkan terputus-putus digembar-gemburkan.
Tujuan perbincangan ini bukan hendak memperkecilkan kewibawaan bangsa saya sendiri, tetapi, untuk berbincang secara ilmiah, mengapa bangsa Melayu yang sering terperangkap dalam skim-skim cepat kaya ini. Jarang sekali bangsa lain- baik dalam negara atau luar negara.Apa yang membuatnya bangsa Melayu mudah tertipu? Mudahan dari perbincangan ini sedikit sebanyak dapat mencari penyelesaiannya…
Oleh Muhamad Irfan
MELAYU - Kita bangsa yang hebat, tapi kenapa sekarang kita jadi begini? |
Perkenalan singkat dalam laman sosial Facebook dengan seorang lelaki kulit hitam tahun lalu, mengubah sama sekali hidup seorang gadis berketurunan Dayak yang berasal dari Sarawak. Gadis berusia 22 tahun yang pernah menuntut di Kolej Segi itu, ditahan di Shenzhen China sejak 29 Mac lalu apabila pihak berkuasa China menemui sejumlah dadah yang disembunyikan di dalam perutnya.
Disebabkan teruja dengan bayaran RM5000, dia dengan rela menelan 100 bungkus dadah jenis heroin seberat 700 gram untuk dihantar ke Shenzhen.
Lain pula kisahnya dengan Nur Dhiya Ain Rosman yang juga menjadi mangsa sindiket dadah antarabangsa yang beroperasi di Nigeria. Dia ditipu dengan tawaran kerja sebagai operator pelancongan dengan gaji yang lumayan. Kemudian, dia yang dikenali sebagai “Baby” dilaporkan menghilangkan diri dipercayai mengikut kenalannya, seorang warga Afrika ke luar negara. Akhirnya, Baby dan kenalannya ditahan di Lapangan Terbang Cape Town atas kesalahan menyeludup dadah jenis syabu seberat 1.2 kilogram pada 14 Ogos 2010. Dia sekarang ditahan di pusat tahanan Ravensmead Afrika Selatan sementara menunggu perbicaraan.
Sama ada ditipu atau sememangnya rela disebabkan upah yang lumayan, banyak dalam kalangan gadis negara ini sanggup mengambil risiko menjadi “keldai dadah” – istilah yang digunakan bagi merujuk mereka yang dipergunakan oleh sindiket dadah antarabangsa untuk menyeludup dadah.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri, sehingga 31 Mac 2011, sebanyak 833 orang daripada 1880 orang rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara adalah berkaitan dengan kes dadah. Daripada jumlah itu, sebanyak 675 orang membabitkan lelaki, manakala 158 orang ialah wanita.
Paling banyak rakyat Malaysia ditahan ialah di China. Ketika ini sahaja terdapat sebanyak 72 orang rakyat Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa China kerana cuba menyeludup dadah dan kes paling banyak berlaku di Ghuangzou iaitu sebanyak 33 kes.
PENIPUAN SKIM CEPAT KAYA
KUALA
LUMPUR: Satu sindiket skim cepat kaya semakin berani apabila mengugut
pelaburnya agar tidak membuat laporan kepada pihak berkuasa menyebabkan
puluhan pelabur tertipu hanya mendiamkan diri kerana bimbang menerima
padah.
Lebih malang, jumlah dilaburkan bukan sedikit malah mencecah puluhan ribu dan rata-rata mangsa kakitangan kerajaan yang membuat pinjaman bank dan koperasi. Sindiket itu juga licik apabila menyediakan kontrak bagi setiap pelabur agar mereka merasakan pelaburan berkonsepkan perkongsian keuntungan itu sah dan menepati undang-undang. Difahamkan, sejak setahun beroperasi, syarikat itu mengaut keuntungan atas angin mencecah puluhan juta dengan ratusan kakitangan kerajaan menjadi mangsa. Mangsa yang dikenali sebagai Liyana, 33, yang juga seorang jururawat berkata, dia kini menanggung beban membayar hutang RM900 sebulan gara-gara terpedaya janji manis ahli kumpulan skim itu. Dia yang ditemui ketika membuat aduan di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata, dia kini buntu dengan pinjaman bank yang terpaksa dibayarnya sedangkan pulangan tidak lagi diterimanya. “Semuanya bermula apabila rakan di tempat kerja menerima pulangan mencecah RM10,000 sebulan menyebabkan saya melabur RM60,000 dan dijanjikan pulangan RM120,000 dalam setahun. “Kegembiraan menerima durian runtuh hanya bertahan seketika apabila menerima RM10,000 pada bulan pertama dan kedua. Bulan seterusnya, syarikat itu mula memberi pelbagai alasan,” katanya yang menyertai skim itu sejak setahun lalu.
Liyana berkata, menyedari diperdaya dia dan rakan cuba berunding bagi mendapatkan wang pelaburannya semula namun diancam dan diugut.
“Bimbang menerima padah dan keluarga menjadi mangsa, kebanyakan kami hanya berserah pada nasib dan terus mendengar janji manis skim itu untuk memulangkan semula wang walaupun omong kosong.
“Namun, kerana tidak mampu menyara kehidupan dengan wang gaji yang dipotong RM900 sebulan, saya mengajak rakan tampil membuat aduan di PPIM,” katanya yang mendakwa kira-kira 30 rakan sekerjanya mengalami nasib sama.
Sementara itu, Pegawai Kerja PPIM, Mohd Mustafa Hamzah berkata, pihaknya menerima kira-kira 10 laporan penipuan skim jenis itu dan akan bekerjasama membantu semua mangsa. “Skim cepat kaya adalah penipuan. Namun, selepas mangsa menyedari diperdaya dan menuntut wang dikembalikan, mereka diugut menggunakan kongsi gelap bagi menakut-nakutkan mereka. “PPIM memandang serius aduan mangsa dan akan mengambil tindakan tegas mengikut saluran undang-undang. Kita harap mangsa jangan takut kerana undang-undang membela yang teraniaya,” katanya.

Aidilfitri Hari Kemenangan atau Hari Gembira Selepas Berhutang?
MEWAH - Banyak kereta "Kene tarek" selepas sebulan menyambut RAYA |
Alhamdulillah kita dah dekat nak habis bulan Ramadan dan
insya-Allah beberapa hari lagi kita akan beraya. Kunta Kinte ucapkan
Selamat Aidilfitri kepada semua Muslimin dan Muslimat tak kira di mana
berada. Dalam dunia siber hari ini, satu dunia boleh baca surat khabar
kita ini.
Dalam kita bersedia dan seronok nak sambut raya, Kunta Kinte minta izin bagi satu-dua nasihat. Nombor satu, janganlah kita asyik sangat nak sambut raya sampai lalai dan abai hal-hal pokok. Dalam berbelanja, kita janganlah berlebih-lebih sangat. Kalau boleh, elaklah berbelanja di luar kemampuan kita.
Kunta Kinte tahu sekarang ni, belanja dengan berhutang cukup mudah.
Macam-macam skim pinjaman dan bayaran ansuran ada. Nasihat Kunta Kinte,
kita jangan tengok kepada tawaran istimewa dan potongan harga saja sebab
di belakang ada macam-macam syarat dan kadar faedah yang tinggi.
Beban perangkap hutang
Kunta Kinte sangat bimbang dengan beban hutang individu yang melambung di negara kita sekarang. Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pun dah banyak kali cakap dan cuba hadkan pinjaman kepada syarikat dan individu.
Tapi yang lebih Kunta Kinte bimbang adalah makin banyak rakyat Malaysia, termasuklah orang Islam yang berani berhutang tapi sangat susah nak bayar balik hutang. Dah ada pun yang anggap lari daripada bayar hutang satu kejayaan, tak kira hutang bank, hutang kawan atau hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Mereka dah tak peduli lagi dosa tak bayar hutang.
Kunta Kinte bukan cakap kosong. Bukan bank dan kerajaan saja yang kena tipu, Kunta Kinte pun kena tipu. Duit hilang, kawan pun hilang. Masa nak berhutang mereka melutut, tapi bila kita dah bagi hutang mereka cabut.
Tapi kalau cakap pasal Islam mereka cukup hebat. Petik al-Quran, petik hadis. Ada yang sembahyang sampai dahi berparut. Tapi bila pinjam daripada along takut pula tak bayar.
Isu keselamatan
Nombor dua, Kunta Kinte nak cakap pasal keselamatan. Satu, keselamatan masa di jalan raya dan masa beraya. Kunta Kinte dah tengok orang pandu kereta di banyak tempat di dunia. Maaf cakaplah kalau Kunta Kinte kata mutu pemanduan kita di Malaysia hari ini bukan saja dah merosot teruk, malah boleh kata antara yang paling buruk di dunia.
Ini bukan apa, tapi soal sikap. Berhutang keliling pinggang beli kereta atau motosikal boleh, tapi nak belajar sikit berkenaan hukum-hakam jalan raya tak mahu.
Kalau di Indonesia, Filipina atau Thailand tak apalah. Di sana pun kereta dan motosikal banyak, tapi mereka tak boleh pandu laju macam di Malaysia sebab tak ada banyak lebuh raya. Bila musim perayaan, lagi banyaklah orang yang jarang memandu jauh akan pandu jauh atau pandu di lebuh raya dan jalan raya yang mereka tak biasa. Gabungan kenderaan yang laju dengan otak yang beku, terjadilah kemalangan maut.
Penjenayah bermaharajalela
Kemudian soal jenayah. Ini pun kita kena jaga-jaga pasal makin banyak penjenayah profesional dan sambil-sambilan di Tanah Melayu kita ini.
Sebab itulah Kunta Kinte sangat dukacita dan marah bila dekat 2,500 penjenayah dibebaskan tak berapa lama dulu sebab Parlimen mansuhkan Ordinan Darurat dan Akta Buang Negeri.
Baru-baru ini BERNAMA petik pegawai kanan polis Bukit Aman kata, jenayah ganas yang dilakukan oleh bekas tahanan Ordinan Darurat naik 100 peratus dalam masa enam bulan pertama tahun ini, daripada 33 kepada 67.
Maaf cakaplah kalau Kunta Kinte kata sekali lagi yang kita tak boleh salahkan polis atau bergantung kepada polis semata-mata apabila begitu banyak penjenayah dilepaskan secara tiba-tiba ke dalam masyarakat.
Banyak daripada mereka tak bertaubat, malah balik semula lakukan jenayah ke atas masyarakat dan saling membunuh. Mereka bunuh satu sama lain tu Kunta Kinte tak peduli, tapi apabila anggota masyarakat yang patuhi undang-undang dan cinta keamanan jadi mangsa, Kunta Kinte sangat sedih dan sangat marah.
Kunta Kinte simpati dengan anggota polis yang terpaksa awasi macam-macam jenis penjenayah profesional dan amatur dari dalam dan luar negara yang nampaknya makin hari makin bermaharajalela di pekan dan kampung.
Kedaulatan undang-undang
Di kampung Kunta Kinte, baja dan racun subsidi pun dah mula kena curi. Dulu pagar kampung tak berkunci, sekarang kena selak dan kunci. Tapi orang kampung jenayah kecil-kecil macam curi baja dan sekerap, mereka tak lapor pun.
Jadi dalam kita beraya dan bersuka-suka, marilah kita berdoa agar Allah Taala bagi keselamatan kepada kita dan buka hati, mata serta fikiran pemerintah kita supaya berhati-hatilah bila buat dan mansuh undang-undang sebab kita takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Kalau kita selalu sangat mansuh dan buat undang-undang orang pun tak hormat. Lagi-lagilah penjenayah dan penjahat yang memang tak hormat undang-undang. Janganlah mansuh dan buat undang-undang kerana nak jadi popular atau nak digelar liberal dan moderat. Wallahualam.

AMUKANMELAYU - Hujan semalam amat dingin walau pun rumah aku tiada pendingin hawa. Air di tempayan telah di buang untuk di tukar dengan air baru, tapi sayang air baru penuh dengan habuk akibat jerebu yang tak kunjung hentinya.