,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday, 7 August 2013

STOP - CINA ADALAH PENDATANG DAN BUKAN RAKYAT DULI TUANKU TAPI BAGAIMANA MEREKA ADA MyKAD?


JIKA SINGAPURA BOLEH LETAKKAN HANYA '1' MENTERI KABINET ORANG MELAYU KENAPA KITA TAK BOLEH LETAKKAN '0' PADA MENTERI BERBANGSA CINA DI MALAYSIA?

Oleh : Beruang Biru

Kabinet baru telah pun diumumkan dengan tiada wakil kaum Cina di dalamnya. Walaubagaimanapun, kerajaan tetap memperuntukkan tempat untuk wakil dari kaum Cina yang mana tertakluk kepada pindaan keputusan Mesyuarat Agong luar biasa MCA.  

Setakat ini, pihak MCA langsung tidak menunjukkan minat untuk bersama-sama kerajaan lagi.  Secara dasarnya, parti itu dilihat terbahagi dua iaitu antara yang mengambil sikap mesra DAP dan juga berkecuali.   

Walaupun terdapat di kalangan mereka hatinya masih bersama BN, jumlah mereka mungkin tidak signifikan langsung iaitu selaras dengan peratusan sokongan masyarakat Cina terhadap BN iaitu hanya 3%.  

BN boleh sahaja mengikut emosi dan menghukum kaum Cina dengan tidak memberi apa-apa jawatan kepada mereka di kabinet.  Malah, rasanya lebih tepat jika dikatakan bahawa kaum Cina sendiri minta dihukum dengan menolak sebarang jawatan sejak dari awal lagi.   

Namun, sebagai parti yang matang dan berpengalaman, kepimpinan BN memilih untuk mengenepikan emosi serta cuba untuk mengambil tindakan yang tepat.  Dan tindakan yang tepat adalah memberi sedikit ruang kepada kaum Cina di dalam kerajaan sebagai mewakili suara masyarakat kaum itu.  Ini adalah penting untuk kesinambungan dan kesejahteraan negara.  

Bagaimanapun, kaum Cina tidak berminat untuk membantu kerajaan untuk membuat keputusan yang tepat.   

Mungkin juga tindakan mereka ini adalah kerana mereka enggan menjadi sekadar ‘Menteri Pengangkutan’ atau ‘Menteri Kesihatan’, tetapi mereka ingin menjadi Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya Timbalan Perdana Menteri!  

Jika ini benar, nampaknya kaum Cina ingin memegang jawatan signifikan di dalam kerajaan Malaysia walaupun menolak untuk mengasimilasi dengan budaya majoriti negara ini.  Mereka ingin menjadi pemimpin tinggi dalam masyarakat negara majmuk tetapi enggan menghayati konsep perpaduan sebenar.   

Pendek kata, mereka ingin menjadi Ketua dengan membawa konsep Ketuanan Cina.

Mungkin, inilah sebabnya mereka memandang sepi ‘tempat’ yang disediakan untuk mereka oleh kepimpinan negara.   Segalanya mungkin kini kerana kita sudah tidak boleh lagi mengharap atau menjangkakan apa-apa dari kaum Cina selain meletakkan kepentingan diri mereka sebagai keutamaan.   

Justeru, mungkin adalah lebih baik jika kerajaan tidak ‘memujuk’ mereka kerana jelas mereka tidak melihat ketiadaan tempat untuk mereka di dalam kabinet sebagai satu hukuman.   Tetapi, mereka menganggapnya sebagai gambaran ‘kuasa’, iaitu mereka tidak perlukan tempat di dalam kerajaan untuk hidup di Malaysia.   

Memahami karektor kaum Cina, mereka bukannya merasa bersalah, sebaliknya sedang mempamerkan keangkuhan mereka dengan tidak menerima sebarang jawatan di dalam kabinet.   Mereka mahu kita semua termasuk kerajaan berhenti mengkritik dan menghentam serta membongkar niat dan sikap buruk mereka yang tidak pernah ikhlas serta tidak tahu bertolak ansur itu.  Mereka mahu kita tahu bahawa mereka tidak akan terjejas walau apapun yang kita lakukan.     


Mereka tidak kisah menjadi pembangkang asalkan dapat terus mencabar hak keistimewaan Melayu serta kedudukan agama Islam tanpa melepaskan sedikit pun hak mereka terutamanya, hak untuk meneruskan Sekolah Vernakular kerana di situlah mereka melatih generasi baru untuk ‘mengambil-alih’ Malaysia.  

Secara ringkasnya, kaum Cina melihat tindakan kerajaan menyediakan ‘tempat’ untuk mereka di kabinet walaupun mereka menolaknya, sebagai satu tanda kelemahan.  

Walhal, kerajaan hanya mahu melakukan sesuatu yang tepat dan wajar untuk kesejahteraan semua.  

Malangnya, seperti yang kita tahu, pemikiran kaum Cina itu tidak sama dengan kita.  Mereka tidak melihat kepada kesejahteraan semua, melainkan diri dan kaum sendiri sahaja.   Mereka tidak pernah melihat diri mereka sebagai sebahagian dari kita rakyat Malaysia.  Kerana apa?  Kerana mereka tidak pernah bersama kita sejak di alam persekolahan lagi.  

Kini, punca masalah penolakan kaum Cina terhadap BN sudah jelas iaitu ‘Sekolah Vernakular’.  Tetapi, mereka berdegil untuk mempertahankan punca tersebut.   

Maka, terpulanglah kepada barisan kabinet baru dan juga kepimpinan negara untuk memilih sama ada untuk menangani puncanya, atau sekadar ingin mencari penyelesaian sementara.  Apapun, imej ‘hidung tak mancung dan pipi tersorong-sorong’ yang ditunjukkan oleh BN terhadap MCA adalah satu imej yang buruk sekali.  

Najib - Sampai bila Cine sewel ni nak di biar melalut ni......
Rujukan :

http://www.parliament.gov.sg/cabinet

http://www.cabinet.gov.sg/content/cabinet/appointments.html

http://en.wikipedia.org/wiki/Demographics_of_Singapore




AMUKANMELAYU - ATM, PDRM, PENJAWAT AWAM MELAYU, PENGHULU, PAK IMAM DAN JKKKKKKKK dan K. Utamakan Bangsa sendiri. Tanah Melayu bukan PUSAKA yang perlu di kongsi. Pusaka hanya di turunkan kepada Pewarisnya sahaja......Negeri China pewarisnya China, India Pewarisnya India dan Tanah Melayu Pewarisnya adalah ISLAMELAYU.