,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday 24 August 2013

LENGAI - PENGERUSI SPAD DENGAN PEMANGKU MOT SAMA SAJA


SPAD - "SOROK PEMANDU AMBIL DADAH"

 Memandang Serius Pemandu Bas Dikesan Positif Mengambil Dadah "Ketika Ops Selamat"


Wednesday, 22 August 2012

KUALA LUMPUR (22 Ogos 2012): Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil serius dakwaan terdapatnya pemandu bas yang dikesan positif mengambil dadah ketika Ops Selamat pada musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini.

Maklumat terkini yang diperolehi SPAD menyatakan bahawa daripada jumlah keseluruhan pemandu bas yang diarahkan menjalani ujian air kencing, hanya empat (4) individu didapati positif sebagai telah mengambil dadah. Satu (1) daripadanya adalah kerana mengambil ubat preskripsi doktor.
SPAD akan mengadakan temusiasat bersama pemandu dan syarikat bas yang terbabit dalam jangkamasa terdekat. Sekiranya didapati bersalah tindakan sewajarnya akan diambil. Malah berdasarkan kepada jumlah dan berat kesalahan dilakukan pemandu, permit syarikat pengendali bas terlibat boleh digantung. SPAD juga boleh mengesyorkan kepada JPJ bagi menggantung lesen memandu komersial (PSV) dan lesen memandu individu terbabit.

Syarikat pengendali bas diingatkan bahawa mereka perlu memastikan pemandu bas mereka mempunyai rekod keselamatan yang bersih dan bebas daripada mempunyai rekod jenayah. Ini merupakan antara syarat Lesen Pengendali dimana perlakuan salah pemandu adalah menjadi tanggungan syarikat pengendali. Keselamatan penumpang dan orang awam adalah kepentingan paling utama dan menjadi tanggungjawab bersama semua pihak terlibat.
SPAD akan sentiasa berkerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti JPJ dan PDRM bagi tujuan menjamin keselamatan penumpang, orang awam dan juga pemandu.
 Pemangku Menteri Pengangkutan Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar mengadakan sidang akhbar dan melawat mangsa mangsa kemalangan bas Genting Highland di Hospital Besar Kuala Lumpur.
'Cari sampai lubang cacing!', kata Hishammuddin

Kemalangan Bas, Cacing Yang Dicari



KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan akan mencari punca nahas bas di Genting Highlands, yang mengorbankan 37 nyawa, dan pihak bertanggungjawab sehingga ke lubang cacing.
 
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata siasatan akan dilakukan secara teliti dan rapi.
 
"Kita akan cari sampai ke lubang cacing punca terjadi tragedi yang cukup menyayat hati ini," katanya ketika diminta mengulas nahas itu ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Menteri Pertahanan di sini hari ini.
 
Menteri Pertahanan itu juga meminta agensi di bawah Kementerian Pengangkutan, khususnya Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menggariskan cara bagi mencari punca nahas berkenaan.
 
Hishammuddin turut meminta semua pihak agar tidak menuding jari kepada sesiapa dan menunggu laporan awal lengkap.

"Tunggu dulu. Janganlah hendak menuding jari kepada mana-mana pihak seperti yang selalu terjadi dalam keadaan beremosi," katanya.
 
Ditanya sama ada kerajaan akan meminta pengunjung tidak melawat pusat peranginan Genting Highlands buat sementara waktu, Hishammuddin berkata semua itu bergantung kepada siasatan awal sama ada ia berkaitan keadaan bas, pemandu atau keadaan jalan.
 
"Banyak sangat kemungkinan. Jadi, sebelum saya dapat maklumat yang lebih terperinci, saya tidak boleh memberikan keputusan yang tepat berkaitan perkara itu," katanya.
 
Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas.
 
Antara kenamaan yang hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Menteri Pertahanan ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.


AMUKANMELAYU - Kedua-duanya sama saja....amaran tak sudah-sudah.....tapi duk heran jugak, dekat dengan PAU ni boleh kata setiap malam ada muka Muddin Amaran ni duk keluaq TV 3. Ada bayar kaaaaaaaa...............?