,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 21 August 2013

SYIAH - AWAKENING TANDA TANGAN Perjanjian "Amman Message "


LIDAH BERBELIT - Dari Kabinet Najib


The Malaysian Insider


Jamil Khir: Pengikut Syiah Bebas Amalkan Mazhab Itu


BRO.....ayat cantekkk...
 
OLEH DIYANA IBRAHIM
August 20, 2013
Latest Update: August 21, 2013 01:25 am
Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) menegaskan penganut ajaran Syiah di negara ini tidak mempunyai halangan mengamalkan mazhab itu.

Bagaimanapun menurut beliau yang menjadi kesalahan apabila pengikut Syiah cuba untuk menyebarkan ajaran tersebut.


"Siapa pun mereka sama ada penganut Buddha, Hindu mereka berhak untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing namun yang menjadi salah apabila mereka cuma mengembangkan ajaran tersebut kepada orang Islam," kata Jamil Khir dalam satu sidang media selepas merasmikan pameran Haji: Pengalaman Malaysia di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur.


  Perjanjian "Amman Message "

MAKLUMAT PERJANJIAN ;

Perjanjian itu merupakan inisiatif dari pemerintah Jordan pada ketika itu dimana ia adalah satu deklarasi bagi tujuan memperjelaskan kepelbagaian mazhab seperti Sunni, Syiah, Ibadi dan Thairi.

"Sesiapa pun yang mengamalkan satu dari empat mazhab sunnah mengikut undang-undang Islam seperti (Hanifi, Maliki, Shaf'i dan Hanbali), dua dari mazhab Syiaah (Ja'fari dan Zaydi) serta mazhab Ibadi dan Thahiri adalah muslim. Menggelarkan mereka orang yang ingkar dan sesat adalah sangat mustahil," kata perjanjian tersebut.

Kenyataan Jamil Khir hari ini bercanggah dengan kenyataannya sebelum ini yang menyatakan mana-mana individu yang bersekongkol dengan fahaman Syiah akan didakwa di mahkamah sivil dibawah Enakmen Kawalan Pencegahan Penyebaran Bukan Muslim.
Hukuman juga boleh dijatuhkan dibawah undang-undang Enakmen Pertahanan Jenayah mengikut fatwa.

"Negara ini mengamalkan sunnah wal jamaah, tindakan tegas akan diambil bagi siapa yang mengembangkan ajaran ini, " kata Jamil Khir sebelum ini.
Perjanjian Amman juga mengetengahkan persamaan antara kepelbagaian fahaman mazhab Islam selain dari mengandungi isu dan kekangan dalam fatwa.
"Tidak ada siapa boleh mempersoalkan fatwa tanpa ada kelayakan yang diiktiraf dalam mengikut fahaman mazhab masing-masing. Tidak ada siapa boleh membangkitkan isu berkaitan fatwa tanya merujuk pada kaedah mazhab Islam," kata perjanjian itu lagi. – 20 Ogos, 2013.

2 enakmen sekat ajaran Syiah - Jamil Khir

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Pihak yang menyebarkan fahaman Syiah di negara ini boleh didakwa mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Mengenai Pelanggaran Fatwa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, menerusi Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam, individu yang menyebarkan fahaman Syiah boleh didakwa di mahkamah sivil.

"Negara mengamalkan fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang menyebarkan fahaman Syiah," katanya kepada pemberita pada majlis penghargaan Sahabat Korporat Tabung Haji (TH) 2013 di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail.

Jamil Khir berkata, individu yang melanggar fatwa mufti pula boleh didakwa mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Mengenai Pelanggaran Fatwa.
Beliau berkata, kerajaan sentiasa menilai dari semasa ke semasa undang-undang sedia ada untuk diperkasakan bagi memastikan sekatan dan tindakan dapat diambil terhadap pihak yang menyebarkan Syiah.

Sementara itu, Ismee berkata, keputusan mengenai jumlah jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci tahun ini akan dibuat selepas Aidilfitri.
Beliau berkata, Malaysia akur dengan arahan kerajaan Arab Saudi supaya jumlah jemaah dikurangkan sebanyak 20 peratus berikutan kerja-kerja menaik taraf di Makkah.
Beliau berkata penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci dijadualkan pada 7 Sept manakala tarikh wukuf dijangka pada 14 Okt.

Dalam pada itu, katanya, 47 syarikat menjadi Sahabat Korporat TH dan menjadi penyumbang kepada jemaah haji tahun ini dengan nilai sumbangan berjumlah RM11.2 juta.
Antaranya ialah Yayasan Felda, Telekom Malaysia Berhad, PharmaNiaga Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Mobily, Celcom Axiata, Syarikat Takaful Malaysia Berhad, Permodalan Nasional Berhad dan Uda Holdings Berhad.
Barangan yang disumbangkan oleh syarikat-syarikat berkenaan merangkumi wang tunai, beg beroda, beg sandang, multivitamin, set penjagaan diri dan sim kad prabayar untuk kegunaan jemaah haji tahun ini. - BERNAMA


AMUKANMELAYU - Kabinet Najib macam KELUARGA 69.