NAJIB MEMBUAT KERJA-KERJA ANWAR - SIAPA PM MALAYSIA?
ada dua perkara, bagi aku fakta
Majoriti apa yg sedang berlaku di negara adalah acuan najib, itu yg dia mahu dan dia suka dan ini juga apa yg pembangkang suka.
contoh - pembubaran beberapa akta keselamatan tanpa alternatif yg sama kuat telah
mendedahkan rakyat kpd bahaya jenayah dan bahaya tidak hormat dan takut pd undang2 semakin berleluasa termasuk kes penginaan ugama dan bangsa.
Bagi org melayu yg menaruh harapan kpd umno, mereka sedang mempertahankan najib dan bersetuju dengan acuan dan halatuju najib sekarang, turut setuju dng najib ialah muhyiddin dan majoriti pemimpin umno yg mempertahankan najib sebagai yg berada di landasan yg betul. mahathir turut sokong walaupun mungkin tidak sepenuhnya - tidak ada bantahan keras spt mana di era paklah - mungkin takut menepuk dulang !!
SELAMATKAN MALAYSIA - Siapa sebenarnya PM Malaysia ni? |
Majoriti apa yg sedang berlaku di negara adalah acuan najib, itu yg dia mahu dan dia suka dan ini juga apa yg pembangkang suka.
contoh - pembubaran beberapa akta keselamatan tanpa alternatif yg sama kuat telah
mendedahkan rakyat kpd bahaya jenayah dan bahaya tidak hormat dan takut pd undang2 semakin berleluasa termasuk kes penginaan ugama dan bangsa.
Bagi org melayu yg menaruh harapan kpd umno, mereka sedang mempertahankan najib dan bersetuju dengan acuan dan halatuju najib sekarang, turut setuju dng najib ialah muhyiddin dan majoriti pemimpin umno yg mempertahankan najib sebagai yg berada di landasan yg betul. mahathir turut sokong walaupun mungkin tidak sepenuhnya - tidak ada bantahan keras spt mana di era paklah - mungkin takut menepuk dulang !!
Bagi segelintir kecil ahli umno termasuk blogger jalanan - umno sudah tidak boleh diselamatkan, sedang bergerak laju menjunam...
yang betul - tentulah majoriti
A - 100 hari : Cabaran Kekalkan Perpaduan
Genap 100 hari selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah
jawatan Perdana Menteri hari ini, menangani cabaran pendamaian dilihat
terus menjadi komitmen beliau dalam usaha mengekalkan kestabilan negara.
Beberapa pihak turut berpendapat ia cabaran terbesar perdana menteri
ekoran perpecahan masyarakat yang dilihat ketara selepas keputusan
pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Penganalisis politik Prof Datuk Zainal Kling berkata usaha pertautan dan
kesepaduan masyarakat adalah tugas utama untuk memastikan Barisan
Nasional (BN) terus diberi mandat mentadbir negara selepas pilihan raya
umum ke-14 pula."Cabaran paling utama, bagaimana untuk menautkan kembali
anggota warganegara yang berfikir sebagai orang Malaysia.
"Itulah cabaran pilihan raya ke-14 nanti untuk melihat sama ada pengundi
mengundi sebagai orang Malaysia seluruhnya atau terus mengundi mengikut
kaum masing- masing," katanya kepada Bernama.
Dari segi pembangunan, beliau berkata apa yang penting adalah rakyat
dapat melihat kerajaan melaksanakan sepenuhnya apa yang telah dirancang
kerana perancangan pembangunan dirangka sejak sebelum pilihan raya lagi.
Turut menyuarakan pendapat yang sama ialah aktivis sosial Tan Sri Lee
Lam Thye, yang mahu melihat perpaduan kaum di bawah gagasan 1Malaysia,
terus diperkukuh."Hasrat untuk melihat perpaduan kaum di bawah gagasan
1Malaysia mungkin tidak tercapai sekiranya segelintir pihak masih
mengamalkan politik perkauman," katanya.
Justeru, beliau berharap perdana menteri lebih tegas dalam isu perpaduan
ini kerana ia perkara penting dalam agenda pembangunan negara menuju ke
arah status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Komitmen itu jelas diterjemahkan perdana menteri melalui Akta
Keharmonian Nasional yang sedang diusahakan bagi menggantikan Akta
Hasutan 1948, dengan memberi jaminan tidak akan menjejaskan kuasa
kerajaan dalam menangani perbuatan yang mengganggu-gugat perpaduan dan
keharmonian dalam masyarakat.
Walaupun kerajaan ingin menjamin kebebasan bersuara setiap
warganegaranya, namun bagi rakyat sendiri ia tidak boleh disalah guna
sehingga menjejaskan perpaduan kaum dan keharmonian negara.
Apa yang jelas, tumpuan utama Najib sebaik diberi mandat semula adalah
menyatukan semula hubungan rakyat negara ini yang sedikit sebanyak
berpecah pada PRU13 sehingga membentuk polarisasi kaum.
Berdasarkan usaha ke arah itu, Najib juga mencadangkan penubuhan Majlis
Konsultasi Perpaduan Nasional pada 26 Jun lepas sebagai usaha mencapai
matlamat penyatuan nasional bagi mengerat semula hubungan antara rakyat.
Aspek keselamatan turut menjadi agenda utama untuk menyediakan
persekitaran yang selamat kepada rakyat.Komitmen itu dinyatakan dengan
kesediaan kerajaan membantu pasukan keselamatan negara khususnya Polis
Diraja Malaysia (PDRM) melakukan apa sahaja yang perlu mengikut asas dan
kemampuan untuk menambah keberkesanan dalam usaha memerangi jenayah.
Sebuah jawatankuasa kecil yang terdiri daripada beberapa menteri
termasuk menteri dalam negeri dan menteri di Jabatan Perdana Menteri
ditubuhkan untuk berbincang dengan peguam negara dan ketua polis negara
bagi menentukan peruntukan tambahan dalam undang-undang yang boleh
memperkukuh keupayaan bidang kuasa polis untuk bertindak.
Menyentuh isu keselamatan, Lee yang juga Naib Pengerusi Yayasan
Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), berkata terdapat kesungguhan dan
komitmen kerajaan untuk menangani isu keselamatan terutama jenayah dalam
pentadbiran Najib.
"Tapi untuk pastikan bahawa apa yang dikatakan oleh perdana menteri
dapat dijadikan satu kenyataan, adalah bahawa arahan beliau dilaksanakan
di seluruh peringkat kerajaan untuk pastikan bahawa isu keselamatan
dapat ditangani dengan lebih berkesan," katanya.
Selain itu, kerajaan turut membincangkan pelbagai pandangan mengenai
keperluan menggubal satu rang undang-undang baharu menyamai Ordinan
Darurat 1969 yang dimansuhkan pada 2011.
Selain mendapatkan pandangan polis dan peguam negara, kerajaan juga akan
mengambil kira pendapat beberapa pihak yang berkepentingan seperti
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Majlis Peguam.
Awal bulan ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
yang dilaporkan sedang berbincang dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul
Gani Patail berhubung draf rang undang-undang baharu itu, berkata ekoran
pemansuhan Ordinan Darurat 1969 (EO), lebih 2,600 tahanan di Simpang
Renggam, Johor dibebaskan dan ramai kembali melakukan aktiviti jenayah.
Menurutnya sejak EO dimansuhkan, kejadian jenayah berat meningkat 90
peratus dan membabitkan bekas penjenayah.Dalam akujanji BN pada PRU13
lepas, kerajaan berjanji menurunkan harga kereta dengan menyemak semula
Dasar Automotif Nasional.
Hasilnya dapat dilihat apabila laporan menyatakan beberapa model kereta
jenama Peugeot, Proton, Perodua dan Honda masing-masing menyaksikan
penurunan harga untuk fasa pertama bagi tempoh Januari hingga Mei tahun
ini.
Laporan itu menyebut pelan penurunan harga dapat dilaksanakan dengan
memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap
pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan.
Menyediakan rumah yang berkualiti dan mampu dimiliki juga masih menjadi
tumpuan kerajaan yang mengumumkan pembinaan 100,000 unit Projek
Perumahan Awam 1Malaysia di seluruh negara pada Julai lepas.Berkeluasan
antara 1,000 hingga 1,500 kaki persegi, harga seunit rumah yang
ditawarkan di bawah skim PPA1M ialah antara RM150,000 dan RM300,000.
Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N.
Marimuthu yang memuji langkah kerajaan menunaikan janji-janji pilihan
raya berkata ini hanyalah permulaan kepada tempoh 60 bulan yang dimiliki
Najib dalam penggal kedua beliau selaku perdana menteri.
Bagaimanapun beliau berharap kerajaan akan terus memberi perhatian
kepada kos kehidupan pengguna selain aspek kesihatan, pendidikan dan
pengangkutan awam yang amat penting bagi golongan berpendapatan rendah.
Najib juga komited dalam meningkatkan kualiti tadbir urus dan integriti
merentas semua segmen, selain memperhebat usaha memerangi gejala rasuah
dan salah guna kuasa.
Najib berkata untuk membuktikan keseriusan iltizam kerajaan dalam
menangani isu tadbir urus, integriti dan rasuah, kerajaan telah merangka
sebuah pelan integriti yang bersifat merentas batas dan
menyeluruh."Butiran mengenai pelaksanaan khusus pelan ini akan saya
umumkan dalam masa terdekat," beliau dilaporkan berkata.
Dalam tempoh lima tahun akan datang, kerajaan di bawah Najib dilihat
akan meningkatkan pelaksanaan Dasar Transformasi Nasional ke arah
memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus mampan, inflasi dan kos
kehidupan menurun, kadar pengangguran rendah dan kadar jenayah terkawal.
Selain itu, penekanan usaha turut diberikan untuk memastikan akses
kepada pendidikan berkualiti yang saksama, pengecilan jurang prasarana
mahupun pendapatan bandar serta luar bandar, kadar pelaburan asing dan
domestik yang sihat, serta daya saing nasional terus meningkat.
~ Zuriati Zulmi & Noor Farhana
B - NAJIB..ADAKAH NAK TUNGGU NASIB JADI BUBUR?
Media pro-BN tidak lagi boleh menyelar kebobrokan pemimpin PR sewenang-wenangnya.
Banyak yang perlu dijawab dan ditangani oleh pembesar-pembesar BN.
Antara isunya termasuk:
1. Isu kalimah "Allah"
2. Isu pemansuhan ISA dan EO
3. Isu keselamatan awam (meningkatnya kes jenayah berat membabitkan pembunuhan bersenjata)
4. Isu kedatangan orang No 1 negara Uncle SAM dan TPPA
5 Isu penghinaan agama dan bangsa
6. Isu cadangan penjualan GLC kepentingan awam seperti MAS
7. Isu filem bertemakan perjuangan komunis yang diluluskan untuk
tayangan sedangkan filem perjuangan nasionalis terpaksa ditunda beberapa
kali
(... hanya beberapa contoh, banyak lagi sebenarnya)
Jika sebelum ini media pro-BN dengan lantang dan beraninya menyelar PR dengan tanpa hentinya.
Saya yakin, jika diberi ruang, media pro-BN juga mampu untuk menjawab
segala isu-isu terbabit sekiranya mereka yang bertanggungjawab menjaga
portfolio berkenaan dapat memberikan komen dan ulasan yang bernas.
Jangan sampai "kuman di seberang lautan nampak, gajah di pelupuk mata tiada kelihatan"
Jika segala persoalan tersebut tidak terjawab, maka sia-sia sahaja
berbondong-bondong rakyat keluar memangkah dacing pada pilihanraya yang
lalu.
Jangan pula sampai ke tahap BN dan PR kelihatan 2x5, 5x2 sahaja
Sumber -SAM-
C - Dr. Mahathir Pun Dah Tak Tahan Dengan Najib?
Adakah Dr. Mahathir dah meluat dengan Najib?, adakah Tun M akan turunkan Najib sama macamana dia berjaya turunkan Paklah. Tapi
nak buat macamana, yang tu ja pilihan yang ada.
Malaysiakini melaporkan:
Seperti penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga perlu berundur sekiranya gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.Selepas PRU KE 13 ni nampaknya banyak suara-suara negatif yang meluat dengan Najib. Dr. Mahathir juga nampaknya macam kurang senang dan macam meluat pun ada dengan Najib ni.
"Saya kata secara teorinya, jika beliau tidak melakukan dengan baik, sudah tentu kedudukannya tidak stabil," kata bekas perdana menteri dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau diminta mengulas wawancaranya dengan agensi berita antarabangsa AFP, di mana beliau dilaporkan berkata demikian. - Mkini.
Tak meluat macamana dah Najib lemah dan kurang berhati-hati dalam semua tindakannya dan hampir kesua tindakan dia MENGIKUTI PUNAHSIHAT dia. Contohnya menghapuskan ISA dan EO. Sepatutnya semua ini di FREZZ kan. Sekarang hari-hari berlaku pembunuhan. Dari LAMBAKAN Kita-kitab Syiah di Masjid-masjid hinggalah KUMPULAN SAMSENG INDIA dan CINA mengujudkan satu rangkain kumpulan yang menjaga satu-satu kawasan dengan teknologi canggih sehabis tidak pun menggunakan Walkie Talkie sekiranya satu-satu perkara berlaku dalam kawasan mereka. Malah mereka ini seperti adalah POLIS sendirian berhad yang di ujudkan menjaga Bangsa Mereka. Tak Percaya? Cuba "USIK" bangsa meeka dalam kawasan perumah yang ada jumlah Cina dan India yang ramai. Tidak sampai 5 minit mereka akan sampai dan berkumpul dalam skala yang besar dan bersiap sedia untuk bergaduh dan PERAS UGUT jika ada kesempatan dan peluang.
Semasa zaman Tun M, mana ada perkara-pekara seumpama ini berlaku. Ini yang membuatkan Tun M kurang yakin dengan kemampuan Najib untuk mentadbir Malaysia.
Kalau tengok ke statement-statement Dr. Mahathir sebelum ni, Dr. Mahathir dah beberapa kali mengingatkan Najib agar "BERTINDAK" bijak dalam menangani sesuatu perkara. Namun ini tidak di endahkan Najib, Tidak mustahil kalau boleh dia nak Najib pun turun macam dia berjaya turunkan Paklah. Prestasi Najib semakin buruk selepas PRU KE 13.
Tapi nak buat macamana, yang tu ja yang ada.
Masalahnya kalau Najib letak jawatan yang akan naik tentu Muhyiddin Yassin. Rasanya Dr. Mahathir akan berasa selesa kalau Muhyiddin Yasin naik jadi PM.
Kalau Muhyiddin Yasin jadi PM adakah legasi dan Idealoginya akan selamat,dan masa depan Mukhris dalam politik mungkin takkan semudah masa Najib jadi Presiden Umno.
Pasai tu kut, Malaysiakini juga melaporkan:
Menjawab soalan lain, Dr Mahathir enggan menamakan pihak yang patut menggantikan Najib sekiranya beliau berundur.Kalau Dr. Mahathir takdak masalah dengan Muhyiddin tentu Dr. Mahathir tak segan silu nak sebut nama Muhyiddin sebagai pengganti Najib atau sengaja Tun M mahu berahsia?.
"Saya tidak ada sebarang calon. Saya tidak jangkakan perkara ini akan berlaku... Saya hanya bercakap daripada segi teori," katanya lagi. - Ibid.
ATAU INIKAH AKHIRNYA SEBUAH PERJUANGAN......... |
TAPI TIDAK.... yang jelas Tun M perlukan seorang PM yang BERHATI MELAYU. Kerana jelas di sini acuan yang di tinggalkan mereka yang terdahulu menjadikan Malaysia aman makmur dan semua kaum mendapat peluang yang berbeda tapi semua MENIKMATI KEMEWAHANnya, melainkan mereka yang tamak dan GILAKAN KUASA.
AMUKANMELAYU - PAU semakin dekat tapi banyak yang nak BERMAIN DALAM KEADAAN SELAMAT.....nyata kini PEMIMPIN UMNO sudah tidak lagi melahirkan HULUBALANG MELAYU. Semuanya takut menghunus senjata kerana kurang PENDEKARNYA dan takut "SENJATA MAKAN TUAN".......playing safe broooooooooooooo.............