,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 18 August 2013

TERPERANGKAP KERANA "RAYA"


CERITA RAYA ISTERIKU




Pekan Gurun
OLAK LEMPIT, 10 Ramadhan 1434=17hb. Ogos 2013 SABTU - Syoknya Raya, seminggu lagi nak Raya dah semuanya memikirkan nak masak apa, nak buat lemang ke ketupat atau nak biasa-biasa sahaja. Ayam nak beli berapa ekor, daging berapa kilo dan nak buat rendang atau gulai? Isteriku dah seminggu menyiapakan barang-barang untuk balek kampung. Bising membebel keretanya belum di service. Shopping jangan cakaplah....sebelum puasa dan shopping, seminggu lepas puasa shopping lagi....bengkok Aku macam ni,

Anak-anak...hehehe...lega, dua orang dah berkeluarga sendiri. tapi fikirkan bacu cucu pulak. Iman nak beli baju apa ni....Aisyah Ivan Firnas nak beli baju ape ni......jom pi Nilai Tiga.....nak ehhh.... borong sakan. Habis Pak-pak saudara pun di ambil kira sekali. Nah hehhhhh satu bonet kereta penuh. Jubah ada, baju melayu ade, kain pelikat ada.......Lot 10? Sogo? Ahhhh..... itu hangpa pi sendirilah. Aku tak suka masuk KL. Macam duk kat Indon rasanya, kadang-kadang rasa macam di bangla atau di Afrika saja. Meriahnya KL......ia bukan lagi Negeri orang Melayu yang punya. Kita TERPERANGKAP dalam kemajuan Negara sendiri

HANTU RAYA

Hantu Raya Tok Chai

Hari Isnin  3 hari sebelum Raya, isteriku telah berlepas balek. Petang dah berada di kampung...laporan di beri setiap masa sepanjang perjalana pulang.....kata Isteriku...percutian bermula di rumah. Dek kerana kepenatan pemanduan jam 9 malam dah semuanya tidur. Jam 3 pagi bilik Isteri di ketuk dari luar dengan rumah yang tidak berpagar kecuali dari sebelah Rel KTM yang di pakar, itu pun di sebabkan dah banyak budak-budak yang meninggal kerana di langgar keretapi dan kini dengan Rel berkembar yang di katakan KL - AS hanya mengambil masa 2 jam setengah....kerajaan memutuskan sepanjang Rel KTM di pakar. Ter,asuklah sebelah rumah Bapa Mertuaku di Guaq Jumaat Gurun Kedah.

Dengan rumah baru yang bergril duit hasil dari Kerajaan yang memerintah kerana Tanah dan sebahagian rumah lama yang di ambil Kerajaan kerana hendak membina Rel Berkembar untuk keretapi laju. Dengan tiada curiga dan tidak takut kerana di rumah Ayah sendiri...dengan selambe Isteriku membuka tingkap dan dengan lampu yang cerah dari arah Rel KTM dan lampu di sekeling rumah, tiada apa yang mencurigakan. Tapi kata hati Isteriku....siapa yang ketuk? Ohhh....mungkin kucing menangkap cicak yang sedang "Beraya" di daun tingkap kerana dari cahaya lampu di sekeliling rumah mampu menarik perhatian seranggan untuk datang dan ini menjadi "Ketupat Raya" bagi cicak.

Sebelah paginya Isteriku menceritakan kepada Ibu Mertuaku....Bapa mertua dengan selamba mengatakan, "dua tiga hari sudah "dia" duduk atas willchair Mak hang, Ayah tibai dengan kain dan terus hilang". Isteriku melopong mendengar cerita bapanya. "Hak sapa ayah?".....isteriku bertanya. "Yang duk kat pokok durian tu la, la ni dah takdak tuan...dia duk melilau lah di kawasan ni". Anakku Idayu bertanya..."Apadia Tok?".....Ibu mertuaku hanya tersenyum. "Hantu Raya"....kata isteriku. Semua terdiam.

Apa lagi...malam berikutnya semua tidur berkumpul di bilik Tok dan ada yang menjerit-jerit ketakutan bila di usik oleh yang lain.....kata Ika anakku adek kepada Idayu, "Tok.... dia nak makan ketupat kot".....Toknya hanya tersenyu dan Wawa anak bongsu pula meyampuk..."Apalah Kak Uda ni, dia hantulah mana makan ketupat....dia nanti gigit kita semasa kita tidur....nanti kita jadi lebam tempat gigitannya bila kita bangun tidur nanti".....heiiiiiii takunyaaaaaa.....hahaha...anak perempuan, takut dan menjeritnya yang lebih. Semunya tertidur selepas di marahi Bapa Mertuaku. Kerana ketiadaan Aku...Aku tahu anak-anakku TERPERANGKAP dalam mainan mindanya sendiri.


TAK SEMPAT RAYA

Jenayah tidak berbuasa tahun ini kurang ceritanya, jarang terdengar Orang Tak Puasa yang naik kereta mayat. Tapi kata isteriku ada yang menyayat hati berlaku. katanya di  ceritakan oleh ibu mertuaku. Seorang menatu yang di tinggalkan sendirian dirumah di sebabkan cuti panjang terlalu teringin sangat dengan Lepat Liat lebihan berbuka puasa semalam. Disebabkan menempuh perjalanan jauh, letihnya sampai dua hari. Nak berya di kampunglah katakan...maklumlah orang KL. Setelah bangun tidur kurang lebih jam 9 pagi, suasana rumah amat sunyi. Semua orang keluar ke pakan mencari bahan untuk membuat kueh.

Selepas mandi....tiada apa yang nak di buatkan...walau pun puasa di sebabkan semalam tak bangun sahur....perut agak berkeroncong.....sambil berlalu keruang dapor kerana kasutnya berasa di hadapan pintu dapor.....dia melihatkan tudung saji yang di buat dari mengkuang menarik minatnya. Eh.... dah tak ade lagi tudung saji antik ini kecuali di rumah ini sahaj kata menantu kesayangan keluarga ini....maklumlah orang Key Ell.....
Kuih Lepat Liat

Walau pun nampak usang dan telah berlubang di tebuk tikus di sebelah atasnya...tudung saji ini nanpak menarik. Dia membuka tudung dan ada lah lauk lebihan bersahur tadi dan sepiring Lepat Liat yang di makan semasa berbuka puasa semalam. Sedap sungguh Lepat Liat ini. Dia mengambilnya sebungkus dan di bukanya....airliurnya meleleh...memang Lepat Liat ibu mertua ni sedap sungguh. Nafsunya bergelora....si sumbatnya Lepat Liat itu kedalam mulut....tiba-tiba terdengan pintu dapor di buka dan kebisingan anak-anaknya yang baru balek dari pasar bersama Isteri dan Ibu mertuanya....

Kerana takut katoi...di masukan semuanya lepat liat dedalam mulut dan di telan tanpa mengunyahnya....apa lagi...nama pun lepat liat dan tentulah sukar untuk di telan apa lagi untuk di hadamkan....nafas tersekat dan tersekat....sukar untuk menelanya tanpa air...airnya dia jatuh dan mengikut Isteriku lagi...dia menghembuskan nafasnya yang terakhir didalam ambulan semasa perjanan ke hospital Sungai Petani....dia TERPERANGKAP dengan lepat liat semalam dan tak sempat untuk ber Hari Raya di kampung. Kesiannnn....................

HARI RAYA ............

Aku hanya tersenyum mendengar cerita Isteriku. "Raya tahun ni semuanya balik kecuali Abah" kata Isteriku...camdit la tu. Sehari ebelum Raya semuanya sibuk. Isteriku balik 3 hari sebelum Hari Raya. Perjalanan lancar katanya yang sentiasa memberi laporan sepanjang perjalanan. Pepagi lagi Isteriku telah memberi duit kepada Ibu Mertuaku untuk membeli daging dan ayam. Lain-lain rempah ratus Bapa mertua yang uruskan. Adek Iparku yang ke Gerai daging di gurun membeli daging dan ayam. Hohhhhhh....ramai sungguh tahun ni orang balek kampung. Mungkin cuti panjang berengkali. Suasana di dapor sebuk sangat.
Buat "KETUPAT" Mak Long?
Suasana riuh rendah di dapor dengan anak-anak daraku dan sepupu-sepapatnya membalut ketupat dan memayang bawang dan halia....serai bertaburan menjadi mainan anak-anak yang kecil. Aku hanya mendengar laporan yang di hantar isteriku.

Menjelang senja, ketupat, rendang dan kari ayam telah siap. Suasana dalam keletihan. balik mandi pula menjadi tumpuan. Sekali lagi terdengar suara bapa mertuaku yang sudah terlalu tua tapi masih segar itu meninggikan suara memarahi cucu-cucunya yang kebanyakanya perempuan tu supaya lekas mandi kerana waktu berbuka dah hampir tiba. "Mandi diwaktu begini makruh hukum" kata Bapa Mertuaku.
MATI - Padah main mercun buatan sendiri

Azan telah berbunyi....sekelip mata sahaja bertambun pinggan si sinky. Bapa mentuaku sering solat dirumah sekarang ini. Anak-anak tak bagi lagi dia bawa kereta. Matanya kurang jelas. Apabila ramai begini, dialah menjadi Imamnya. Slesai solat Magrib terus saja bertakbir Raya.....sayu sahaja bila Isteruku memberi laporannya kepasa Aku yang tersadai di Olak Lempit.

Mercu entah dari mana berdentam dentum dari segenap penjuru. Raya sakan. Bahan letupan ni di haramkan. Tapi di Belakang  Balai Polis di hadapan di kiri di kanan dan dari dalam Kawasan Berek Polis pun terdengar letupan. Mercun ke..... "Komunis" serang Balai Polis?. Undang-undang semuanya telah langgar. Dari budak sekecil 4 tahun bermain mercun lempar sehinggalah kepada yang purus segala tangan dan kaki. Aku rasa sudah sampai masanya "Mercun" ni di halalkan. Tetapi perlu ada "KAWALAN CARA BERMAIN".
Meriam Buluh

Nak kata kat orang.....Aku pun bermain. Tapi dah 50 tahun...tak pernahlah pula meletup di tangan. Sakat terbakaq bulu kening tu adalah sebab bermain Meriam Buluh.

Bangun awal pagi di pagi Raya sangatlah menyeronokan. Dingin air dari Gunung Jerai ni sampai ketulang hitam. Anak-anak ku telah siap sedia untuk Bersolat Sunat Hari Raya. Pak Lang jadi Imam. Kata Isteriku...penuh ruang tamu rumah Bapa Mertuaku. Kaum Hawa lebih ramai dari kaum Adam.

Laporan seterusnya bersalam-salaman di Hari Raya. Sebelum tetamu datang.....anak-anaku telah sebat Lemang, Ketupat dan rendang Tok Wan dan Tok. Ayu semakin montel. Tapi yang lain...Nadia, Ika dan Wawa masih okeylah.....

Tiba-tiba....pijak-pijak....Iparku mengarahkan anak lelakinya yangh berusia 6 tahun supaya memijak baju biru yang bergambar DACING. Semua di pijaknya....baju, topi dan kipas. Bapa mertuaku dan Ibu Mertuaku sememangnya KARAT BIRU tapi Aku sungguh tak sang dengan laporan |Isteriku yang ada di antara keluarga kami yang tersangat "PEKAT KARAT HIJAU"nya. Jika inilah yang di tanamkan kedalam pemikiran kanak-kanak yang berusia semuda itu....maka jauh lagilah untuk PAS dan UMNO bersatu dan tunggulah kita akan lihat HAMAS dan FATAH di Malaysia ni. Mungkin juga Syiah dan Sunni. Islamelayu TERPERANGKAP kerana kelemahan sendiri.

Teringat Aku yang PRU telah lama selesai. Pemilihan UMNO sudah hendak bermula lagi, Muktamar PAS pun sudah lama berlalu. Tapi masih banyak yang tidak selesai. "KEBERSIHAN" dan "KETELUSAN dan KEBERSIHAN" DAP yang tenyata "NAJIS" tidak pernah akan selesai. Penipuan dan Kejijikan DAP semakin terserlah. Ahli-Ahlinya sendiri yang membawa perkara ini kepada ROS maka kini termuntahlah segala pekung dan nanah dari perut "Khalifah Omar Ibn Aziz" yang di bangga-banggakan oleh semua mereka yang berkarat hijau seperti Ipar Aku tadi. Kesian... Melayuku tertipu lagi. Sesekali seronok juga bila melihat Najib menjadi JANTAN dan pukulan Najib tepat ke sasaran walau pun sudah setahun perkara ini berlaku.

PILIHAN RAYA

PM "TIBAI"(Tolak Individu Bernama And War Ibrahim)DAP Tidak Amal Prinsip Demokrasi

TUMBANG - Malaysia lebih aman dan harmoni tanpa PARTI ini
Datuk Seri Najib Tun Razak mengecam DAP kerana tidak mengamalkan prinsip demokrasi sehingga terpaksa mengadakan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang baharu. Perdana Menteri berkata, parti itu telah mempromosikan dirinya sebagai juara demokrasi namun gagal untuk melaksanakannya apabila ia melibatkan pemilihan parti sendiri.

“Persoalan yang dibangkitkan oleh orang ramai ialah mengapa sebuah parti yang mempromosikan dirinya sebagai juara demokrasi dan anti-rasuah, antara lain, gagal untuk mengikut peraturan untuk bersih daripada rasuah?”
“Apa yang Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah arahkan kepada mereka adalah betul dan mengikut peraturan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Peneroka di Felda Sungai Tiang di Pendang dekat Alor Star, Jumaat.
Najib mengulas mengenai keputusan DAP untuk mengadakan pilihan raya CEC yang baharu selepas beberapa minggu membuat bantahan terhadap perintah ROS.
CAT - Kucing yang "PENGOTOR"

Beliau berkata, Umno sentiasa telus dan tidak pernah menghalang ahli daripada mengambil bahagian dalam pemilihan parti.
“Kita tidak pernah menerima apa-apa bantahan mengenai pilihan raya. Jika ROS mengkritik, kita akan membetulkannya.
“Malah Umno pernah diharamkan oleh mahkamah. Kami menerima keputusan itu, memperbetulkan kesilapan dan membina semula parti,” katanya.
Mengenai Felda, Najib berkata, kerajaan perlu mencari pelaburan jangka panjang dan jangka sederhana yang boleh digunakan untuk pelaburan baharu dan untuk tujuan pelaburan semula, sebagai dividen dan untuk pembangunan ekonomi sosial peneroka.

“Kami mempunyai dana yang besar. Jadi, kita perlu lebih berhati-hati dalam perbelanjaan kita untuk kejayaan Felda dan pada masa yang sama memberi dividen yang tinggi kepada peneroka dan faedah dalam program-program sosial ekonomi kepada peneroka dan bukan peneroka, ” katanya.
-mStar


BERAYA DI JALAN RAYA

Trafik lebuh raya dijangka bertambah tengahari ini


jam da
Bilangan kenderaan di lebuh raya menuju ke ibu negara, terutama dari arah utara dan selatan dijangka meningkat menjelang tengah hari ini berikutan ramai kembali semula ke ibu kota selepas pulang berhari raya di kampung masing-masing.
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway Berhad ketika dihubungi, berkata keadaan itu bagaimanapun dijangka tidak menyebabkan kesesakan melampau di Lebuhraya Utara-Selatan.
“Setakat 9.45 pagi tadi, keadaan trafik dari arah yang sama juga masih terkawal biarpun sebelum itu terdapat kemalangan di beberapa tempat misalnya di Km 189.7 utara dari Jawi ke Bukit Beruntung, Rawang,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di seluruh Lembah Klang, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Kesas dan Lebuhraya Pantai Baru (NPE) lancar setakat 9.30 pagi.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – Bernama

Abah....kita ingat kita balek ari Isnin....sebab keta banyak sangat. Ari Isnin orang dak keje, jadi ari ahad tentu keta banyak.....lapor Isteriku. Okey.....jam 11 pagi hari Isnin dengan 3 orang anak perempuanya berlepas dari Gurun. Kain baju...ketupat belum masak dan tah bagai lagi semuanya Ibu Mertuaku sumbat dalam kereta. Abah kereta banyaklah Abah. Jam 1 tengahari...Abah kita baru lepas Juru. Perhhhhhh....masak. Jam 4 petang...Abah kita baru sampai Bukit Gantang. Okeyyyy relex brother, brother relex.... relex brother, brother relex... relex brother, brother relex....Abah jam dah 1 pagi ni....kita tak tahu kat hentian mana ni. Ayang nak tido kejab. Okey.....Ayang letak kereta di kawasan yang banyak orang, tempat cerah dan kunci kereta. Relex....nanti siang besuk sambung perjalanan.

Jam 5 pagi.....Abah kita dah sampai ELITE....perhhhhhh mak aiiii..... Isteriku drive dah masuk dua hari, last Wawa hantar mesej...."Abah tahun depan baru sampai kot". Hanya ada di Malaysia. Selepas subuh Aku perhatikan semua kedai masih lagi tutup. Okeylah kedai Kak Sara bukak....perhhhh, tutup juga. Aku balek umah...semuanya tidur. Aku keluar semula perlahan-lahan dan seperti biasa Aku akan sebuk dengan kerja Aku. Jam 2 petang selepas Zohor Aku balek tapi tak masuk rumah. Rumah masih tertutup...conform tak bangun lagi. Aku ke kedai Kak Sarah tapau nasik 4 bungkus.....

MERAH - Bendera Jepun


Aku masuk kerumah dan naik ke atas. Isteriku baru keluar dari Bilik Mandi. Okey....Abang dah belikan nasi. Rehatlah....solat dulu kalu nak sambung tidur....Isteriku tersenyum....Aku ketawa....kah--kah....kah..... selalunya kalu kalah orang angkat bendera puteh.....tapi Isteriku mengangkat berdera JEPUN.....Aku sambung ketawa...kah...kah...kah...kah....Aku TERPERANGKAP dalam senyuman Isteriku.



AMUKANMELAYU - Syukur...pemanduan yang selamat kerana BAROKOH Hari Raya....Selamat Hari Raya semua....ada seseiapa lagi nak jemput kerumah terbuka? dan boleh tapau kalu muka tak malu seperti ini.
 
"LU SENG KEK"