,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday, 4 August 2013

SAJAK ROSMAH MEMBUATKAN TELINGAKU BERNANAH


MELAYU MUDAH LUPA

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah

Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai.

 

Betul ke Rosmah menangis depan kaca TV baru ni, ketika mendeklamasikan sajak ? Aisehman ... terlepas la pulak... Ruginya tak tengok.


Saya salin bait2 sajak Rosmah dari akarumbi untuk kita sama-sama hayati -

Jangan sekali-kali kita memperjudikan keamanan dan kestabilan Malaysia yang tercinta Kalau kita leka dan berdegil juga nanti buruk padahnya

Anak cucu kita akan merana lalu bertanya,  Kenapa generasi Datuk dan Nenekku melakukan perkara durjana

Memfitnah, bergaduh dan dengki khianat berlaku... berleluasa Sehinggakan kami terpaksa mengalami kesan-kesannya

Wahai rakan dan taulan, Fikirkanlah semasak-masaknyaJangan kita tersilap langkah Sehingga negara ditertawakan oleh dunia

Wahai Pahlawanku sekalian, Teruskan perjuangan

InsyaAllah Anda semua dipandang mulia disisi Tuhan Dan juga dimata kami yang cintakan keamanan
NUKILAN - DPS Rosmah Mansor
Wa tau.....Ah Jib Gor bukan takut sama Lu, tapi aaa....Lu tala takut sama Ah Gib Gor.
Wa sedih ma....tolong jangan "NYANYI" lagi....wa sangat sedih....eisisisisisis........


 SYAIR TUAN GURU HAJI HADI

LAKSAMANA DO RE ME edisi baru
 “Saudara-saudara sekelian percayalah,

  Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalahIslam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”

Hak orang Islam dalam Negara Islam bukan sahaja boleh jadi RAKYAT, tapi dia boleh jadi PEMERINTAH, boleh jadi KERAJAAN, boleh jadi PEMIMPIN, tapi hak orang bukan Islam - Dia diizinkan menjadi RAKYAT, TAK BOLEH jadi PEMERINTAH !


NUKILAN -  TGHH 

  

AMUKANMELAYU - Apabila "Orang Berkuasa" berpuitis......yang mendengar terpinga-pinga.....tak tau yang mana satu lalat dan yang mana satu langau. Dalam hati juga tertanya-tanya.... masakan bayangnya LURUS sedangkan tiangnya BENGKOK..............