,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday, 5 August 2013

POPULARITI ANWAR MEROSOT DENGAN RAYA BERSAMA ANJING MENDUDUKI CARTA "ARTIS" POPULAR MINGGU INI


Anwar Risau Video Raya Bersama Anjing Akan Menjejaskan Popularitinya


Anwar: Isu video raya bersama anjing tidak perlu dijadikan isu negara
ANWAR - Aku kene cari Issu baru ni, kalu tidak carta PUPOLER aku akan merosot
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpendapat bahawa isu video Aidilfitri pemilik anjing yang disebarkan di laman sosial baru-baru ini harus ditangani dengan nasihat.

Jelas beliau, isu tersebut tidak perlu diperbesarkan sehingga menjadi isu negara kerana ia boleh memberi gambaran yang tidak baik tentang keutamaan negara.

“Isunya bukan anjing-anjing tersebut... tetapi kerana ia dikaitkan dengan Aidilfitri. Jadi panggillah dia dan nasihati dia,” kata Anwar kepada pemberita di luar Ibu Pejabat PKR tengah hari tadi.

Menurutnya, pihak kerajaan telah bertindak keterlaluan terhadap video tersebut apabila menjadikannya sebagai isu negara.

Kata Anwar, banyak lagi isu yang perlu diambil serius seperti pembunuhan di Syria serta bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi yang telah dinafikan menjadi presiden.

Beliau juga mendakwa terdapat pemimpin Islam dari Barisan Nasional (BN) yang memiliki saham dalam syarikat perjudian dan arak namun tiada tindakan yang diambil.

Anwar memberi respon terhadap kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang memutuskan status klip video ’1 Hari Di Hari Raya’ oleh Maznah Mohd Yusof atau Chetz adalah menghina Islam.

Beliau bagaimanapun mengiktiraf peranan Jakim, namun meminta badan itu memberi tumpuan kepada isu-isu yang lebih besar.

Chetz menjadi sasaran kritikan selepas video itu yang memaparkan dirinya bersama tiga ekor anjing tiga tahun lepas telah dimuat naik di YouTube.

Tindakannya itu mendapat kecaman umat Islam kerana video berkenaan menggunakan latar belakang suara takbir serta menjamu anjing-anjing terbabit dengan kuih raya.

Chetz telah direman pada Rabu di Bukit Beruntung, Selangor dan dibawa ke  Balai Polis Segamat untuk siasatan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.

Berita mula diterbitkan pada: Ogos 04, 2013

ISSU TERBARU UNTUK ANWAR TERUS KEKAL DI CARTA SENSASI MINGGU INI

BANKLEAKS: KARPAL KATA TIADA ASAS UNDANG-UNDANG

Karpal Whilchar sakit teruk, dia kini terlantar atas katil dalam wad ICU. Sungguh kronik sangat penyakit dia.

Tapi kalau suruh pergi ke mahkamah untuk dengar rayuan kes selain kes liwat, Karpal Whilchar ni akan terus baik sakit kronik sampai tak boleh bangun.

Bila ada pendedahan pasal 'Bankleaks' mengenai urusan kewangan diantara dia dengan Si Ketua Penipu tu, terus dia jadi sihat wal-afiat pulak ye.

Tapi, walaupun dia sihat, mental dia nampak gayanya masih ada masalah sikit. Dia jelas tak mampu nak berfikir secara rasional dalam menghadapi pendedahan tersebut.

Apa yang kita dapat lihat, Karpal Whilchar tu jelas teragak - agak untuk menjelaskan mengenai isu tersebut kepada pihak wartawan.

Dia cuma cakap, pendedahan didalam surat misteri yang diedarkan sebelum ini tidak mempunyai asas undang - undang yang kukuh.

Si Karpal Whilchar tu jugak turut mendakwa Bekas calon BN bagi kawasan Permatang Pauh tidak sewajarnya menggunakan media untuk buat pendedahan sedemikian.
SHAH ALAM: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini membuat laporan polis terhadap calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail bersabit pendedahan surat misteri melibatkan mereka semalam.
Semalam Mazlan memberitahu kira-kira 6000 keping surat dihantar ke rumahnya oleh penduduk Permatang Pauh.
Surat itu dilaporkan mendedahkan Anwar membayar RM50 juta kepada Karpal sebagai rasuah sejak 2008. 
Karpal berkata Mazlan tidak seharusnya menggunakan media untuk mendedahkan perkara tersebut sebaliknya perlu membawa isu itu ke pengetahuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).
"Surat yang tidak diketahui pengirimnya tidak mempunyai asas kukuh dalam undang-undang," kata Karpal ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

 UPDATE ANWAR BELIT LAGI SEPERTI REPORT KES 40,000 BANGLA: LAPORAN POLIS ANWAR NI ADALAH SUPAYA POLIS MENYIASAT AKHBAR-AKHBAR YANG MENYIARKAN LAPORAN  TERSEBUT, BUKAN SIASAT SURAT TERSEBUT.

Pulak dah!!! Hidup penuh dengan menipu jer hari-hari.....Kita lantik jadi MP jadi kuli kita untuk KERAJAAN menjaga dan memenuhi kehendak RAAYAT supaya semuanya selesa di dunia sebagai persediaan dan perjalanan ke Akhirat........... 

ANWAR SAMAN 'BANKLEAKS' 


Kini timbul persoalan kuat dikalangan rakyat Malaysia mengenai tindakan yang diambil oleh  Anwar Ibrahim.

Semalam, Karpal Whilchar tu tampil dan menyatakan bahawa dia serta Anwar akan ambik tindakan terhadap pendedahan 'Bankleaks'.

Kata Karpal, apa yang didedahkan oleh bekas calon BN di Permatang Pauh sebelum ini tidak mempunyai asas undang - undang yang kukuh. Ianya hanya fitnah. (klik sini)

Demikian tindakan pantas yang diambil oleh Anwar terhadap tuduhan serta dakwaan yang dilemparkan kepada dia berkaitan dengan isu Bankleaks tu.

Soalnya sekarang, kenapa dia masih tak ambik sebarang tindakan terhadap Yuktes Vijay yang dah banyak kali membogelkan dia depan khalayak ramai?

Kenapa sehingga hari ini sedikit pun tidak memberi respon kepada apa yang didedahkan Yuktes kepada pihak media?

Tambah menghairankan Anwar tak sentuh lansung perkara tersebut didalam sidang media yang diadakan semalam. Soalnya kenapa?

Adakah isu berkaitan dengan pendedahan Bankleaks tu lebih besar dan jauh lebih penting jika hendak dibandingkan dengan pendedahan yang dibuat oleh Yuktes?

Ketika ini, dilaman media sosial, orang hangat bercerita pasal Bankleaks tu. Katanya, isu berkaitan dengan Bankleaks tu hanya propaganda Anwar semata - mata.

Demi nak mengalihkan perhatian rakyat terhadap pendedahan Yuktes, Anwar didakwa menghantar sendiri 'Bankleaks' kepada pengundi di Permatang Pauh.

Kalau bagi kita, ianya bukan satu isu yang menghairankan. Ianya taktik basi yang sering kali digunakan oleh Anwar untuk mempertahankan diri dia sendiri.

Ternyata, Si Ketua Penipu tu bukan sahaja seorang pemimpin yang tidak berkemampuan dari segi kepimpinan. Malah dia jugak wajar dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya dalam soal nak menjaga maruah diri dia sendiri!!! - seterusnya...

Yuktes Vijay Cabar Anwar Saman
mynewshub – Bekas peguambela kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay mencabar bekas anak guamnya itu untuk menyaman dirinya yang dikatakan bakal mendedahkan dokumen bukti konspirasi Anwar.
“Suruh dia lawan. Dia (Anwar) nak suruh peguam dia saman saya? Samanlah.
“Suruh dia fikir dahulu sebelum bertindak,” jelas Yuktes dalam temubual bersama MyNewsHub selepas mengadakan satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.
Dalam temubual tersebut, Yuktes menjelaskan bahawa Anwar tahu siapa yang dia bakal berdepan jika bertindak untuk menyaman Yuktes.
Pada 31 Julai lalu, Yuktes telah membuat laporan kepada pihak polis berhubung tindakan Anwar yang mencemarkan nama dan merenggangkan hubungan diplomatik dengan negara-negara asing.
Beliau bertindak untuk membuat laporan polis berdasarkan dakwaan Anwar bahawa seramai 40,000 warganegara Bangladesh telah mengundi semasa Pilihan Raya Umum ke-13 lalu sekaligus menjejaskan keputusan pilihanraya tersebut.
Menurut beliau lagi, tindakan Anwar itu turut mengaibkan nama negara bukan sahaja di serata Malaysia malah di Indonesia ketika lawatan senegara tersebut selepas PRU13 lalu.
Bukan itu sahaja, beliau yang menyifatkan taktik Anwar dengan mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 adalah modus operandi yang berasaskan pembohongan dan penghasutan.
Dalam laporan polis yang di Balai Polis Klang, Yuktes turut mengakui yang dirinya menyimpan beberapa salinan dokumen dan bukti penipuan Anwar.
“Saya mempunyai bukti-bukti yang merangkumi dua emel dalam kes liwat dia.
“Warga asing ini memainkan peranan secara langsung dalam mempengaruhi pandangan negara asing tetang kes liwat ini.
“Erti kata lain, dia (Anwar) menggunakan warga asing ini untuk memberi persepsi ini sebuah konspirasi Barisan Nasional (BN),” memetik laporan polis yang dibuat Yuktes.
Sebelum ini, Yuktes telah menghantar email ke sebuah portal berita menceritakan rasa bosannya melihat sikap bermuka-muka Anwar dalam isu Liwat II.
Beliau antaranya sangat kecewa kerana Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup merendahkan diri ke tahap yang begitu hina apabila mempergunakan bapa Saiful untuk faedah mereka.
Dalam email berkenaan, Yuktes turut melontarkan beberapa persoalan yang menghantui dirinya dan mahukan para penyokong Pakatan Rakyat bertanya sendiri kepada Anwar untuk mendapatkan jawapan.

(Baca di sini: Suka Anwar Ke Benci Anwar – Dakwaan Peguam Dia Ini Perlu Dibaca!)
Yustes yang telah dua setengah tahun mengenali Anwar merasakan sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia sedar dan tidak terus ditipu oleh Anwar.
Adakah Anwar gentar dengan segala fakta serta dokumen yang dimiliki oleh Yuktes?
Dan adakah Anwar serta peguamnya akan bertindak untuk menyaman Yuktes?
Sama-sama kita nantikan!


AMUKANMELAYU - Anwar perlukan POPULARITI kerana itulah "TALIAN HAYATNYA". Anwar sentiasa memastikan setiap MEDIA akan menceritakan mengenai diri dan kegiatanya. Seperti seorang "PUBLIC FIGURE" atau IDOLA dia meletakan dirinya sebaris dengan ARTIS yang ada yang hidup mereka dengan GOSSIP. Begitu juga Anwar. Tanpa GOSSIP.......Populariti Anwar akan "BERKUBOR" dengan sendirinya dan dia akan hilang kerana tiada jasa yang perlu di kenang namun airmatanya terus berlingan terkenangkan KERUSI PM yang telah HILANG.