,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday, 3 August 2013

TAK BEST LA KALU RAYA TAK MAIN MERCUN!!!!!....


CERITA RAYA TOK AKI AJI

Mangsa mercun - Menyesal dulu pendapatan.

KOTA BHARU 26 Ogos – Seorang murid tahun enam dan pelajar tingkatan satu sebuah sekolah di Tumpat, menjadi mangsa terbaru akibat bermain mercun di negeri ini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi, Wan Mohd. Zakuan Wan Zadrim, 12, dari Kampung Dalam Rhu, Tumpat, hilang empat jari tangan kiri selepas mercun buatannya tiba-tiba meletup.
Menurut Wan Mohd. Zakuan, ketika kejadian, ibunya, Saerah Samad, 42, keluar bekerja dan dia cuba membuat mercun buatan sendiri dengan memasukkan belerang ke dalam besi antena televisyen.
“Saya tengok ada budak yang buat mercun macam tu. Macam seronok sebab itu saya cuba. Saya potong antena dan masukkan belerang ke dalamnya.

“Belerang itu saya dapat dari mercun ketupat dan bunga api. Ketika saya cuba mengetuk kedua-dua hujung besi antena itu, tiba-tiba ia meletup,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini hari ini.
Tambahnya, dia yang masih sedar selepas kejadian tersebut dibawa ke Hospital Tumpat (HT) oleh jiran sebelum dirujuk ke HRPZ II untuk rawatan lanjut.

“Selain putus empat jari, paha saya pula tercucuk besi antena. Saya sangat menyesal,” ujarnya.
Selang dua jam kemudian, Mohd. Amin Abdullah, 13, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Geting, hampir buta selepas mata kirinya terkena mercun botol ketika bermain bersama tiga rakannya di kawasan rumahnya di Kampung Geting, Tumpat kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Menurutnya, mereka bermain dengan menggali lubang untuk meletakkan mercun tersebut sebelum dinyalakan dan ditutup pula dengan sebiji tin kosong.

“Apa yang saya tahu, kalau buat begitu, bunyi letupan lagi kuat sebab itu saya dan rakan-rakan nak cuba. Mula-mula buat, tak menjadi, mercun tu tak meletup.
“Selepas itu kami cuba untuk kali kedua, seorang rakan saya telah nyalakan sumbu dan ketika saya cuba untuk menutupnya menggunakan tin tapi tak sempat kerana tiba-tiba ia meletup.
“Saya hampir buta sebab mercun. Lepas ini kalau dah balik rumah, saya nak buang semua mercun yang ada dan tak nak lagi main mercun,” katanya yang kini dirawat di HRPZ II.(Raya 2012)

 

Semua tak  best la Raya sekarang ni.....asyik-asyik putus tangan jer main mercun.


NYILU - Mangsa mercun
Sampai bila kita nak bermain dengan benda bodoh ni. Bagi Tok Aki tidak salah kalu nak main mercun, tapi perlu ada ilmu. Kena tahu kekuatan letupan, kawasan sasaran, sejauh mana kuasa bahan ledakan, kekuatanya dan cara-cara bermain dengan selamat. Ini perlu di ambil tahu. Jika tidak ada ilmu maka inilah jadinya.

Tengok ni ha....sampai nampak tulang....ni macamana nak Raya. Tapi tak pa anak jantan.....anak jantan biar ada parut-parut sikit.....baru macho. Berbaloikah sampai lagu ni? Bila jadi lagu ni, ia akan menyusahkan Orang Tua dan adek beradek yang lain dan ia juga menurunkan saham kita sebagai anak lelaki, bila orang kata kita  OKU. Cacat kekal. Kesiannnn...................jom ikut cara Tok Aki Beraya dan enjoy cara dulu-dulu.....best jugak....tak de pun sampai putus tangan....tapi terbakar bulu kening tu ada la....hehehehehehe......................



PELITA BULUH

Dulu-dulu dah masuk dua minggu puasa tu, Tok Aki akan cari buluh buat pelita. Selalunya buluh Pelang Hulu.....buluh ni macam buluh lemang tapi dia terbal sedikit. Satu ruas tu boleh di buat lima sumbunya.


Pelita Buluh


Selalunya semua ini bermula dari sekolah. Bila jumpa kawan-kawan kat sekolah, kita mulakan rancangannya. Kawan Tok Aki namanya Zee Wak Musa dan Marzuli. Bila kami berkumpul bertiga, kami mulakan planingnya. Zee kata dekat rumah Pak Sulung Kria di Teykok ada buluh pelang hulu. Dekat hilir rumah dia ada Buluh Aur. Besuknya hari sabtu.

Pepagi sabtu tu, Mezuki dah terpancul di halaman rumah Tok Aki, kabus yang tebal tu tak bewrapa Nampak sangat wajahnya. Selepas tu Zee pulak timbul, kemudian Zania, Seli, Adek Awang, Holey, Mutti, Hamidi dan ramai lagi.

Kami berjejaran berlari kecil-kecil anak menuruni bukit di belakang rumah Zee melaui bawah pokok seto, pokok jambu dan rambutan Pek Teh. Melalui rumah Tok Yang Goleng dan kami menyeberangi sungai Chepor ke Kampung Teykok. Meniti batas sawah yang berair kami terus ke rumpun buluh Pak Sulung Kria yang terletak bersebelahan dengan kebun getah Mek Lijah di Bukit Perah. Dengan parang yang satu sorang di tangan kami menebang buluh yang tinggi menggalah itu. Hamidi kata sebatang se orang pun dah cukup. Dah boleh buat 7 pelita.

Sambil kami balek meniti batas-batas sawah yang berair itu. Kami singgah di belakang rumah To Yang Goleng. Zee menunjukkan beberapa batang buluh aur yang sangat besar. Kami berpandangan sesame sendiri. Tok Aki kat dia orang.....ini projek minggu depan. Kami semua setuju.

Syoknya mandi sungai
Kami berpecah dan balek kerumah masing-masing. Lepas itu kami berjumpa pula di sungai. Kebetulan Empangan baru di tutup. Air menjadi benak dan memenuhi sebelah hulu empangan. Airnya adalah separas dada Tok Aki. Itulah swimmingpool Tok Aki dan kawan-kawan. Berenang sambil menyelam sangatlah seronoknya.....dingin air sungai dapat menghilangkan keletihan berbuasa, Tok Aki tak tau pun dan tak mahu ambil tahu berapa banyak pahala yang di potong kerana mandi-manda yang berlebihan itu. Dan dalam ramai-ramai tu Tok Aki tahu ada yang "Sambil Menyelam Minum Air" betul-betul punya...dan ianya bukan lagi pepatah Melayu. Memang betul punya. Bila timbul jer.....senyum jer.

Emak bising dan semua orang perempuan bising. Kerana air menjadi keruh. Mereka sedang membasuh kain di hilir empangan. Sudah menjadi adat, di sebelah hulu empangan tempat orang lelaki mandi dan di sebelah hilir empangan tempat orang perempuan mandi atau basuh kain. Sungainya tridaklah dalam, hanya separas beris dan ada yang lebih cetek. Di tengah-tengah sungai ade telaga mini.

Ia sebenarnya adalah baldi tin yang telah tertanggal (buntut) sebelah bawahnya. Baldi di tanam di tengah-tengah sungai, separuh didalam air dan separuh lagi di atas permukaan air. Selepas itu, air yang di dalamnya di timba. Bila timbul air baru.....maka air itulah yang akan di isi di dalam timba dan di bawa pulang di simpan kedalam tempayan untuk di buat minum. Masa itu belum ada lagi air paip.


Peletin@sumbu pelita
Sebelah petangnya, Zee datang dengan ranting buluh Kasap yang di ambilnya di belakang rumah Mat Kentut. Buluh ini kami potong dua inci setiap satu. Lepas itu Mezuki dengan Seli dan kekawan yang lain masukkan sumbu yang di buat dari kain buruk yang di ambil dari rumah masing-masing ke dalam "peletin". Setelah selesai semuanya. Kami sekali lagi kesungai untuk mencari Tanah liat untuk menutup lubang pada pada buluh dan juga ia bertindak sebagai penegak kepada peletin yang dah bersumbu itu.

Sebelum buka posa.....kami dah masukan minyak Tanah kedalam pelita ini. Minyak Tanah hanya dua puluh sen untuk setengah kilo. Hampir kesemua rumah di pasang dengan pelita buluh. Minyak Tanah kami beli dari kedai Tok Yed. Minyak di masukkan kedalam botol jernih yang di panggil botol sekati.

Selepas  buka puasa.....adek-adek kegirangan berlarian di halaman rumah. Mak duduk di muka pintu sambil  menyanyam tikar. Mak kata, tikar mengkuang ni perlu di siapkan untuk di gunakan di hari raya nanti. Ayah ada bersama adek-adek sebelum kami ke Menesah Tok Aji Nali untuk bertaraweh. Sesekali terlihat Ayah tersenyum sambil membetulkan pelita yang senget di langgar adek-adek tadi. Panjut yang Abang pasang di halaman rumah yang berselang seli dengan pelita buluh masih megah berdiri. Mak kata. panjut tu nak di pasang pada malam raya. Sambil mengunyah pinang semakin rancak Mak menganyam tikar......


PANJUT TEMPURUNG

Panjut tempurung ni jarang orang dengar dan lihat. kecuali di kawasan sebelah Lenggong dan Taiping. Apabila masuk seminggu berpuasa, Tok Aki dan kawan-kawan akan menyelungkar setiap belakang rumah orang. Selalunya di kampong tiada tempat pembuangan sampah. Sebaliknya sampah akan di buang di belakang dapor. Di kawasan inilah Tok Aki dan kekawan mencari tempurung. Berpuluh-puluh malah berates-ratus tempurung Tok Aki kutip dan bawa balik kerumah.

Inilah panjut tempurung sedang di bakar
Apabila tempurung in telah terkumpul, Tok Aki akan tebukan di belakang punggungnya. Sebatang kayu akan di pacak di antara pelita buluh. Tinggi kayu yang di pacak ini sekitar paras dada. Tempurung yang telah di tebuk tadi di masukan kedalam kayu ini. Tempurung yang bawah sekali di telangkupkan dan yang seterusnya di telentangkan. Di isilah tempurung itu sehingga sampai di hujung kayu. Apabila malam Raya maka di taruh sedikit minya Tanah kedalam tempurung yang paling atas dan biarkan ia terbakar.....panjut ini terbakarlah memakan diri sendiri hingga ke siang hari. Dan cahayanya yang terang benderang itu menjadi kesukaan Tok Aki dan adek-adek.....maklumlah anak kampong.....masa tu letrik pun tiada lagi.


MERIAM BULUH

Meriam buluh...? korang penah main?Tok Aki penah...ni Tok Aki nak cerita perangai jantan Tok Aki dengan sepupu-sepupu yang dah pun tua tua belaka sekarang ni, malam-malam lepas berbuka puasa kita orang lepak kat surau dulu sebelum memulakan operasi mencucuh meriam buluh. Bunyi dentumannya memang power beb..satu kampung dengar, gemanya terdengar sampai ke Kg. Bukit Sapi....memang terer zaman tu dengan meriam buluh bila di kenang menyayat hati broooooooo.

Tang bab ni memang Tok Aki syok habis. Buluh Aur yang Tok Aki dan kawan-kawan duk angan-angan nak ambil tu dah lesap di sapu dek orang. Kami begitu kecewa. Dengan parang di tangan kami melangkah longlai balek kerumah. Hari ini tak satu benda pun yang seronok nak di buat. Jam kurang lebih sebelas pagi, masih dingin di kampong Tok Aki. Kami pergi mandi di tempat biasa di hulu Empangan. Sambil berenang-renang, tiba-tiba Satazli kata semalam dia ada pergi mamanah ikan dengan Ayahnya di Cherok Sembok. Di kaki bendang Tok Debok ada banyak buluh yang beso-beso. Ada banyak perdu buluh di situ......kami berpandangan antara satu dengan yang lain.

TOk Aki apalagi.....terus mencapai seluar yang di sangkut di pohon lenkunang dan mengambil parang yang di tetakkan di pelepah rumbia Pek Aji Kiah terus berlari ke arah rumah Tok Kecik. Kami menyeberang titi rumah Tok Yaakob yang sebetulnya hanyalah batang nyior yang melintang sungai Chepor. Tok Aki di hadapan sekali. Kami meniti batang kelapa itu dengan berhati-hati. Kalau jatuh tentu basah kerana air di sini dalam juga kerana ianya adalah kesan dari benak air dari empangan yang kami mandi tadi.

Tiba-tiba Tok Aki rasa titi batang kelapa itu bergoyang, rupa-rupanya Keria anak Tok Kecik goyangkanya......apalagi....bertaburlah kami jatuh kedalam sungai dan habis basah. Kami ketawa berderai.....walau pun basah ianya pasti kering nanti. Kami melewatibelakang rumah Tok Kecik dan meniti batas-batas sawah hingga sampai di rumpun buluh yang menghijau subur itu. Memang banyak buluhnya dan besar-besar belaka.

Kami merintih membuat laluan untuk mendapatkan buluh yang paling besar. Satu persatu buluh-buluih itu kami tumbangkan. Selepas itu kami mengeratnya sepangjang 6 atau 7 kaki. Badan gatal-gatal kerana miang buluh. Sekali lagi kami terjun kedalam sungai yang airnya amat jernih. Kami mengambil pasir-pasir halus dan menyental badan kami untuk menghilangkan miang buluh tadi. Sudah tentulah mandi berbogel. Seluar dan baju kami jemurkan di atas tebing sungai.

Sayup-sayup terdengar azan dari menesah Tok Aji Nali. Kami berderet memikul buluh-buluh yang akan di jadikan meriam buluh itu kembali kerumah dengan melewati bendang To Abas dan menyusup masuk ke dalam rumpun pisang di belakan rumah Satazli selepas itu rumah Pek Su, rumah Mail Kelantan, rumah Ki dan sedikit padang sebelum sampai kerumah Tok Aki.

Buluh tadi Tok Aki sandarkan di bawah rumah buruk Tok Pak Bah moyang Tok Aki.

Membuat lubang tempat nak cucuh
Selepas asar dah terdengar suara Zee dan Mezuki memanggil-manggil Tok Aki. Tok Aki dah faham. Tok Aki menagmbil penebuk dari peti besi tempat menyimpan segala peralatan pertukangan Ayah Tok Aki. Siap mata penebuk itu telah di pasang. Tok Aki pergi kebawah rumah buruk dan rebahkan buluh yang tersandar tadi. Hamidi membuat ukuran. Dari buku buluh sekitar se tapak tangan(5 atau 6 inci) lubang yang akan di tebu. Stelah di persetujui, Tok Aki meletakan mata penebuk ke tempat yang telah di tanda.

Setelah handlenya di pusingkan....maka berderaplah buluh itu tembus menampakan lubang sebesar duit 5 sen. Selepas itu buluh tadi di bawa ke bawah pokok limau bali di belakang rumah dan di selitkan di celah cabang pokok limau. Hamidi mengambil hulu cangkul Nyah Kulup dan di hentaknya kedalam lubang buluh untuk membuang buku buluh sebelah atas dari lubang yang di tebuk tadi hinggalah ke buku yang akhir sekali dan cahaya dari lubang yang di tebuk tadi boleh Nampak.

Semuanya sudag beres. Kami mengambil kayu dari belakang rumah Ki dan di pacak bersilang di padang dekat dengan rumah Ki. Meriam-meriam kami tu kami sandarkan di tempat masing-masing, Yehhhh sudah ready untuk berperang. Tapi kami masing-masing termenung panjang. Mana kabatnya? Mana nak cari duit nak beli kabat?

Operasi sulit perlu bertindak segera. Ayat yang paling power ialah....sapu apa saja. Kami beredar. Sebelum berbuka semuanya dah selesai. Selepas berbuka kami berkumpul semula di padang tempat meriam-meriam itu di kumpulkan. Masing-masing mengeluarkan kabat dari gulungan kain. Kami masukkan kedalan tin roti. Banyak juga kabat ni. Kami berkejaran kesurau. Malam ni tentu ade moreh yang sedap-sedap.

Percubaan awal sebelum malam menjelma
Malang lagi. Moreh hanya bubur kacang. Semalam moreh apan balek. Okeylah....kita rembat saja. Di menesah orang dah mula bercakap akata ada yang hilang kelapa dan ada yang kata hilang telur ayam dan ade juga yang kata getah bukunya hilang seketul dua. Ini tentu pencuri amatur. Dia tak curi habis. Kami tersenyum.....lepas itu kami ambil bubur kacang dan berlalu ke bawah surau. Seperti biasa... semua dah ada....kami ke padang tempat meriam buluh telah bersedia. Berdentum-dentamlah bunyui meriam buluh kami berbalas-balas dengan meriam buluh budak hulu yang juga kawan kami.

Tiba-tiba Tok Cu Seme menarik telinga Zee....katanya dia nampak kami bubuh bubur kacang dalam kasut di surau tadi.....hehehehehehe.....menjeritlah kegelian mereka yang memakai kasut getah warna koko yang selalu digunakan untuk pergi menorah dan jika warna puteh Tok Aki gunakan untuk pergi sekolah. Selepas Tok Cu Seme berlalu....kami ketawa beramai-ramai seperti Sharif Dol samseng Kampung Dusun....hehehehehehehehehehe..................

Kenangan yang hilang

Mezuki masih terkial-kial meriam buluhnya masih tidak meletup lagi. Tok Aki buangkan air dari dalah buluhnya. Lepas tu Tok Aki masukan semuala kabar dan sedikit air. Bila di tegakan air akan keluar dari lubang tempat yang akan di cucuh nanti. Kemudia di sandarkan semua meriam itu. Sambil menutup telinga, Mezuki menyucuh...tapi tidak juga meletup. Api keluar ikut lubang yang di cucuh. Di ketuk dengan selipar pun ia tak mau padam.

Tiba-tiba Mat Napi kata pergi tiup nanti padamlah.....Mezuki membongkok dan meniup lubang yang berapi itu. Hahahahahahaha.....api tersembur keluar dari lubang dan habis terbakar kening Mezuki.

Yang paling power adalah meriam Zee Wak Musa. Letupanya hingga bergema membelah bukit-bukit yang berjajaran di sekeliling kampong kami.


MELIHAT ANAK BULAN

Mannn......buluh dah ambil.....Man....kelapa dah di pungut......Man....kayu api dah siap? Itu semua dalah di hari melihat anak bulan. Buluh lemang dah Tok Aki ambil di Kasai dengan Ayahcu pagi tadi. Daun pisang Mak dah ambil dan dah siap di jemur di kebun Tok Jeno. Kelapa Pakcik beri ada dalam sepuluh biji dan Kayu api semua dah di siapkan. Mak kata tak payah la kita buat lemang hari ni. Selalunya anak bulan tak nampak.

SEDAP - Ayam kampong buat rendang
Ayam.....Abang telah tangkap tadi sebanyak 3 ekor. Abang dah bawa untuk Pakcik sembelih. Mak dah jerangkan air untuk mencelur ayam supaya senang nak mencabut bulunya nanti. Ayah ke Lenggong mencari bahan-bahan untuk di masak. Tok Aki hari ni tak kemana-mana kerana menulung Mak di rumah. Sejak pagi tadi lagi Tok Aki lihat Mak tak henti-henti di dapor.

Lesung batu - Dulu tiada blender
Serai, daun kunyit, halia, lengkuas, baying dan cili semunya telah di mayang dan ada di antaranya yang di tumbuk. Mak cakap kelapa tak payah di belah lagi. Ayam telah siap di cabut bulunya dan di potong. Bau rendang Mak hingga kehujung kampong. Lauk ni tak apa....nanti kalu tak jadi raya kita makam malam ni dan esuk tangkap lagi ayam yang lain. Tok Aki hanya tersenyum jer dengan Mak Tok Aki ni.

Saya.....penyimpan Mohor Raja-Raja Melayu dengan ini mengistiharkan anak bulan tidak kelihatan di Teluk Kemang, di Pulau Sayak dan..... dengan ini Hari Raya Aidil Fitri Tahun ini  jatuh pada......... kan Mak dah kata esuk tak raya. Ayah bersandar di tiang seri rumah. Mak menghulurkan buluh yang belum di potong. Ayah mengeratnya dengan gergaji. Mak memasukan daun pisang ke dalam buluh. Lambat juga prosesnya. Tok Aki dan Abang dah lesap bermain meriam buluh.

Selepas terawih Tok Aki dan Abang balik umah. Kami makan apa-apa yang tersisa di bawah tudung, selalunya buah Melaka mesti ada. Mak bising suruh tido katanya besuk banyak kerja.

Kukur Kelapa

Pagi-pagi lagi Abang dah bising. Mak suruh tangkap lagi dua ekor ayam. Tok Aki masuk kedalam reban....dua ekor ayam telah di tambat kakinya. Abang bawkan kepada Pakcik untuk di sembelih. Tok Aki membentang tikar di bawah rumah dan Mak berikan talam untuk di buat bekas kelapa yang di kukur. Ohhhhh.....lengoh tangan oiiiii kukur 10 biji kelapa.

Abang dah siapkan api. Mak minta masukan beras pulut kedalam buluh....sementara mak masukan santan......selepas itu adek-adek angkut buluh lemang yang dah di isi dengan pulut dan santan untuk di bakar......berbaris jer 12 batang lemang di sandarkan abang dekat dengan api. Abang memang terer bakar lemang.....tiada kerap beb......

Aki dengar Abang merengek tak mau puasa. Mak marahkan Abang. Lemang yang mendidih itu kekadang terkeluar kepala lemang yang berminyak dan sangat menduga iman kita. Adek-adek yang tak puasa minta di ambilnya lemang yang terkeluar dari buluh itu.... aduyaii......sedapnya.... di tayangnaya pada kita pulak budak ni.....jam 2 petang semuanya dah siap kecuali lemang yang masih berasap bara apinya. Kata Mak jam 4 petang nanti semua bara hendaklah di buang takut lemang hangit dan berkerak. Tok Aki hany mengikut arahan saja........
 
Setelah bara api di padamkan....mak memanggil Abang....Mak hulurkan kepada Abang 20 sen untuk membeli ais. Abang berlari ke kedai Pakngah Usup. Orang ramai berates untuk membeli ais. Abang membawa ais yang di ikat dengan tali rami dan di salut dengan serbuk kayu.......ais diberikan kepada Mak. Hari-hari air merah......sirap la tu........

Jam di rumah Tok Haman telah berbunyi 7 kali. Azan di surau pun sayup-sayp kedengaran masuk waktu magrib dan berbuka. Dimasa itu jam belum lagi berubah sepertti sekarang ini. Wak tu berbuka waktu itu kadang-kadang pukul 650 petang dah berbuka. Selepas itu......di turuti dengan ....Allahhhhh huakbarAllahhhhhhh....huakbarAllah......Huakbar. Laaaaaaillaaaaaahaillallahhhhhhuallahhhhhuakbar.

Piring kueh dulu-dulu

Kami lekas-lekas makan dan menyiapkan rumah....Mak bentangkan tikar yang di anyam sejak dari mula puasa lagi. Ada tikar mengkuang kosong dan ada tikar mengkuang yang di celup pewarna. Tikar yang di gulung lama akan tergulung balek bila di buka. Semasa itulah juga anak-anak kucing peliharaan adek-adek Tok Aki akan bermain dalam gulung tikar ni. Mak lapkan piring-piring yang berbunga di tepi....kemudian di letakkan di atas para. Gelas-gelas juga dibasuh dan dilap keringkan. Semua pinggan dan piring satu set. Selepas Mak bentangkan tikar, Mak alaskan pula dengan kain spra. Semu ni sunnah kata Mak.Ada satu gelas ni Mak sayang sangat. Mak kata Tok Aki Abu di kampung Beng yang berikan pada dia. Cawan in ada 6 biji, sudu ada 6, garfu ada 6, pring ada 6, pinggan ada 6 tempat nasi tambah ada 1.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZb08KQ2uoTbrob2MGUCWgAKlA_0AFOSbnMG3GAMH5CjivT5N4SVpf9tyeGFW_EoegaFbrJoC6OwLuRfjDwpHpb86-pr_YuJ6aACWBovlJXo7QH2h3zh1a5Ah2b2ehg7y9-THYjHK2Itpa/s1600/Gelas_6.jpg
Gelas Merdeka


Kiranya koga Tok Aki dulu memang ramai yang berjuang untuk memerdekakan Tanah Air ini. Ramai saudara-saudara Tok Aki mati semasa Cina Komunis bermaharajalela selama 14 hari antara peralihan Jepun serenda dengan kemasukan semula British ke Malaya. Tapi mereka pun ramai juga yang di bunuh. Kampung Chepor adalah Kampung asal Tok Aki mereka bakar.....berpuluh-puluh rumah di bakar kemunis dan sampai sekarang pun masih ada arangnya.

Eh....apa Tok Aki melalut ni.....Takbir Raya di radio dari rumah Pakcik terus berkumandang, di surau juga orang-orang tua bertakbir mengagungkan Allah......sayu jer dengar nye.....teringatkan pada mereka yang telah pergi dan tak kembali lagi.......tapi adek adek terus dengan nyanyianya.



Hureyyyyy BESUK  RAYA.....esuk raya.......Hureyyyyy BESUK  RAYA.....esuk raya......Tok Aki pun HOREYYYYY ESUK TAK POSAAAAAAAA........................



AMUKANMELAYU - Kini semuanya tinggal kenangan.....tiada indahnya lagi Raya ini. Sepupu-sepapat terasa semakin jauh.....kekayaan menjadi ukuran. Nak balek kampong dah tiada sapa yang menunggu, Adek beradek menjadi orang......tiada lagi laungan Mak....tiada lagi bisikan Ayah dan tiada lagi mengejar ayam keliling kampong.....kerana kita semua dah senang......walau pun pada dasarnya kita terlalu miskin disisi Allah yang Mahaberkuasa keatas makhluknya