MINGGUAN: Orang ramai semakin
bimbang dengan kejadian tembak yang boleh dikatakan berlaku setiap hari,
apakah punca kepada perbuatan jenayah tersebut?
AHMAD ZAHID:
Secara holistik dan statistik jenayah menurun, tetapi terdapat
peningkatan jenayah berat atau dipanggil jenayah indeks. Faktor utama
peningkatan jenayah berat adalah disebabkan penjenayah yang dulu ditahan
di Penjara Simpang Renggam dibebaskan berikutan penghapusan Ordinan
Darurat (EO).
Polis menjadi mangsa dengan "KEMAHUAN" Pembangkang |
Faktor kedua, mereka yang dilepaskan dari tahanan
itu mempunyai pengikut tegar. Mengikut perkiraan Polis Diraja Malaysia
(PDRM), daripada 2,600 orang yang dilepaskan, mereka mempunyai
sekurang-kurangnya 10 orang kanan ertinya, telah ada 26,000 bersama
dengan masyarakat. Orang kanan ini juga mempunyai orang kanan mereka
sekurang-kurangnya 10 orang, ertinya ada 266,000 orang.
Faktor
ketiga, ialah dari segi kecanggihan aset dan peralatan PDRM yang harus
diselaraskan apabila EO dan Akta Kediaman Terhad tidak ada. Jumlah
anggota polis dan aset mesti ditambah, tetapi ia belum dapat
dilaksanakan.
Faktor keempat ialah pencegahan di mana kita harus
melakukan kempen kesedaran lebih luas lagi, itulah sebabnya Jabatan
Pencegahan Jenayah diwujudkan dan lain-lain badan pencegahan jenayah
ditambah. Keempat-empat faktor ini menyumbang ke arah berlakunya jenayah
berat.
Pelbagai pihak khususnya Pembangkang bimbang berlaku
penyalahgunaan kuasa oleh PDRM apabila kerajaan baru-baru ini
mengumumkan akan memberikan apa juga kemudahan kepada pasukan itu dalam
memerangi jenayah, apa komen Datuk Seri?
AHMAD ZAHID: Dalam empat
akta yang dihapuskan iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta
Hasutan, Akta Kediaman Terhad dan Ordinan Darurat, kuasa penahanan
terletak di bawah Menteri Dalam Negeri. Ertinya kebimbangan
penyalahgunaan kuasa itu kerana Menteri Dalam Negeri begitu berkuasa.
Bagaimanapun dalam akta yang akan diwujudkan bagi menggantikan
keempat-empat akta itu menyatakan kuasa tersebut boleh diberikan kepada
anggota panel dan ia tidak melibatkan mana-mana ahli politik yang
menjadi menteri.
Ertinya, anggota-anggota panel ini boleh terdiri
daripada ahli-ahli profesional sama ada dalam kalangan anggota polis,
hakim atau Jabatan Peguam Negara. Ia bukannya diletakkan atas nama
kapasiti individu tetapi atas nama jawatankuasa yang akan membuat
penilaian.
Sebelum ini Pembangkang merupakan kelompok paling
lantang mahu keempat-empat akta itu dihapuskan tetapi sekarang apabila
kerajaan mahu mewujudkan akta baru mereka tidak setuju, bila terjadi
kejadian jenayah mereka salahkan kerajaan pula?
AHMAD ZAHID: Saya
fikir cadangan yang dibuat oleh pembangkang bersifat positif dan
transformatif tanpa mereka mengetahui implikasi apabila semua cadangan
itu dilaksanakan melalui transformasi yang dilakukan oleh kerajaan.
Maksudnya,
sejauh manakah persediaan kita dari segi langkah pencegahan termasuk
bagaimana hendak menangani tahanan yang dibebaskan dari Simpang Renggam.
Mereka sekarang berada 'di pasaran', soalnya apa sumbangan pembangkang?
Mereka
tidak berasa bertanggungjawab apabila berlaku jenayah sebaliknya
meletakkan kembali kesalahan itu kepada kerajaan atau pihak berkuasa.
Mereka tidak akan berasa bersalah jika ada yang terbunuh kerana
penjenayah yang dibebaskan mahu membalas dendam kepada saksi,
pembangkang juga tidak berasa sedikit terusik jika ada sebarang
kelemahan pelaksanaan undang-undang kerana beranggapan ia tanggungjawab
kerajaan.
Dalam keadaan ini, jangan terperangkap dengan taktik
pembangkang, seolah-olah cadangan itu baik tetapi akhirnya cadangan
tersebut memerangkap kerajaan sendiri.
Kalau begitu keadaannya adakah mereka akan menerima akta baru yang akan diwujudkan?
AHMAD
ZAHID: Saya tidak fikir mereka akan terima. Contohnya, mereka juga yang
mencadangkan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13), tetapi akhirnya mereka juga mengatakan dakwat kekal itu tidak
boleh digunakan kerana tidak cukup kekal. Oleh itu, jika kita berilah
layanan kepada tuntutan mereka, kita akan terperangkap.
Ketika ini tindakan menghina orang Melayu dan umat Islam semakin meningkat pada pandangan Datuk Seri apakah ia akan berterusan?
PERANGAI MELAYU - Hanya berani dengan bangsa sendiri sahaja |
AHMAD
ZAHID: Saya bersetuju dengan transformasi terutama apabila ia
memberikan kebebasan bersuara, kebebasan memberikan pendapat dan
kebebasan media. Tetapi kita ada acuan dan kita ada batas, adakah kita
telah bersedia mendidik masyarakat ke arah itu? Pada masa ini, kita
boleh melihat bagaimana sebahagian mereka menggunakan apa sahaja medium
untuk melahirkan pendapat biar pun ia menggunakan istilah yang jijik dan
kotor, persoalannya adakah itu satu tindakan beretika, sedangkan
undang-undang persuratkhabaran diwujudkan kerana mahu menjaga etika.
DI HINA LAGI - "PAS" yang memulakan semua ini |
Akta
Hasutan dilakukan kerana mahu menjaga etika, ISA diadakan kerana mahu
menjaga etika bagi mewujudkan keharmonian sebagai sebuah masyarakat
Malaysia. Oleh itu apabila undang-undang sedia ada dihapuskan, maka akta
baru tidak boleh diwujudkan dengan hanya melihat aspek-aspek
undang-undang sahaja, sebaliknya ia harus dilihat dari segi aspek sosial
budaya, geopolitik dan sosio ekonomi.
Ertinya, apakah implikasi
yang berlaku selepas sesuatu undang-undang itu dihapuskan dan sejauh
mana berkesannya kewujudan undang-undang lain yang dilihat tidak
berbentuk pencegahan.
Salah satu isu yang sering diperkatakan
oleh masyarakat ialah bagaimana beribu-ribu laporan polis yang dibuat
dalam sesuatu kes tidak diambil tindakan, adakah ini benar?
AHMAD
ZAHID: PDRM melakukan siasatan tetapi kita tidak boleh mengambil
tindakan kecuali dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan. Apabila
undang-undang yang dulunya tidak ada lagi, kertas pertuduhan dibuat oleh
pihak lain, bukan PDRM.
Kita hanya sedia kertas siasatan, banyak
pihak boleh mengetepikan pertuduhan itu atas alasan kononnya kertas
siasatan tidak lengkap, dari segi teknikal tidak begitu kuat dan dari
sudut perundangan tidak kukuh. Oleh itu PDRM tidak harus dilihat hanya
sebagai satu agensi penguatkuasaan sahaja.
Perdana Menteri meminta supaya penyelarasan dilakukan ke atas semua agensi yang terlibat dalam penguatkuasaan untuk bekerjasama.
Jadi
dalam hal ini pada pandangan saya masih belum terlambat kalau kita
melihat semula segala perubahan perundangan dan bentuk tindakan. Bagi
saya, masyarakat akan mengambil sedikit masa untuk melalui proses
kematangan di dalam transformasi yang dilaksanakan kerajaan.
Sekarang
ini wujud persepsi bahawa bukannya orang awam takut kepada polis tetapi
polis takut kepada orang awam, apakah persepsi ini betul?
Inilah permulaan kepada TEMBAK-MENEMBAK sekarang ni |
AHMAD
ZAHID: Saya fikir 'gigi' polis agak kurang tajam sekarang sebab dulu
kuasa mereka diperkukuhkan dengan undang-undang. Dalam hal ini apabila
sebarang tindakan pencegahan perlu melalui proses mahkamah, maka bukan
soal siapa takut kepada siapa tetapi soal yang sedang dihadapi
masyarakat ialah bahawa mereka lebih bebas berbanding dengan dahulu.
Inilah
yang dikehendaki oleh pembangkang apabila masyarakat merasakan bahawa
kebebasan dan hak asasi manusia lebih utama daripada soal keselamatan
dan ketenteraman awam.
Berikutan undang-undang yang dilihat semakin longgar, apakah kesannya jika tindakan seperti penghinaan dan perkauman berterusan?
AHMAD
ZAHID: Saya tidak fikir Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah
Khas) 2012 (SOSMA) telah menjadi alternatif kepada beberapa
undang-undang terdahulu tetapi undang-undang adalah ciptaan manusia,
tentulah ada kelemahan yang perlu diperbaiki.
PAS OH PAS - PAS masih berusaha hendak mengambil hati. Kenyataan ini adalah satu PERANGKAP yang di pasang oleh PAS kepada PENDAHWAH ISLAM. Dengan LOWYER mereka(kafirun) yang hebat yang sentiasa menyerang ISLAM, sudah semestinyalah mereka akan menekan dari kaedah lain yang istilah itu sememangnya di gunakan di dalam Al-Quran, seperti perkataan KAFIR. Mereka mampu untuk mengekang PEMBELAJARAN Islam dengan tidak di benarkan perkataan kafir di gunakan atau perkataan-perkataan lain yang sememangnya ada dalam Quran untuk menggambarkan KAFIRUN adalah sesat dan jahat. Aku kesian dengan PAS yang sentiasa terperangkap kerana sememangnya mereka (PAS) adalah saudara kita yang lurus dan mereka tidak mampu untuk menyelami NIAT JAHAT kafirun. Sebab itulah PAS di perlakukan sedemikian rupa. |
Oleh itu mungkin
dalam sidang Dewan Rakyat akan datang, ada beberapa klausa yang perlu
diperkukuhkan dalam SOSMA. Begitu juga apabila Akta Hasutan akan
digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional. Unsur-unsur yang berbentuk
penguatkuasaan boleh dilakukan biarpun undang-undang pencegahan tidak
dapat dibuat seperti dahulu apabila penahanan tanpa bicara dihapuskan.
Kita
akan mengambil masa agak lama untuk mendidik masyarakat kerana kita
tidak boleh membandingkan negara ini dengan Amerika Syarikat (AS).
Mereka menjadi sebuah negara merdeka lebih 200 tahun lalu, kita baru 50
tahun dan tidak semua yang dicipta di negara tersebut yang terbaik
kerana ia hanya sesuai dengan acuan mereka, di Malaysia kita ada acuan
yang sesuai dengan masyarakat negara ini.
Saya menasihatkan semua pihak yang mahu menggubal undang-undang memahami bahawa acuan kita sesuai untuk suasana kita.
Kerajaan
berhadapan dengan pembangkang yang dikatakan mempunyai peguam-peguam
yang handal, sebahagian mereka sering sahaja mengendalikan kes-kes
kontroversi dan kadang kala menjadikan kes itu sebagai isu politik, apa
pandangan Datuk Seri?
AHMAD ZAHID: Satu perkara yang perlu kita
lihat apabila kes-kes dibawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan
kerajaan menang, mereka akan anggap itu tidak adil, tetapi apabila kes
yang memihak kepada pembangkang maka mereka berhujah keadilan sudah
ditegakkan, apa harga keadilan sebenarnya?
ANWAR - PEJUANG ATAU SI KITOL? |
Adakah kerana
kemenangan itu dilihat dari segi aspek perundangan atau aspek teknikal?
Bagaimana dengan harga dan nyawa yang terpaksa dibayar? Bagaimana dengan
soal keselamatan yang terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi?
Bagaimana soal jenayah berat ditanggung oleh masyarakat keseluruhan yang
tidak bersalah?
Dari segi perundangan penjenayah tersebut
mungkin boleh dilepaskan tetapi bagaimana kesan kepada mangsa? Adakah
apabila penjenayah itu dilepaskan kerana telah mengupah peguam yang
terbaik maka mangsa yang dibunuh, mangsa rompakan, mangsa ragut itu
diadili dengan sebaik-baiknya berbanding dengan penjenayah yang
dilepaskan kerana mengikut undang-undang dan hal-hal teknikal? Saya mahu
tahu daripada masyarakat di manakah keadilan sekarang ini.
Adakah itu yang diperlukan oleh pembangkang dan kita ikuti, atas nama perubahan dan adakah ia memberi keadilan kepada mangsa?
Menyentuh
soal keadilan, apabila berlaku kematian dalam tahanan, polis akan
diserang habis-habisan tetapi apabila polis menjadi mangsa seperti mana
dalam pencerobohan Lahad Datu, ia terjadi sebaliknya, kenapa ini
berlaku?
AHMAD ZAHID: Yang ditahan itu adalah gangster, ahli
kongsi gelap dan penjenayah tetapi yang disalahkan ialah pihak polis.
Berlaku adillah kepada pihak polis. Polis boleh melakukan siasatan
dengan adanya kamera litar tertutup (CCTV). Polis boleh melakukan
tindakan mengikut SOP yang ditentukan dan polis boleh melakukan siasatan
mengikut waktu pejabat, tetapi adakah itu cukup berkesan?
SEJARAH BERULANG - Ideologi KOMUNIS telah bersarang di kepala kebanyakan Cina dan mungkin KETERAMPILANnya sahaja yang berbeza |
Walaupun
saya bukan pakar undang-undang tetapi saya melihat sesuatu tindakan
yang dilakukan oleh pihak polis itu dari segi logik berdasarkan kepada
pengalaman mereka yang terdahulu dan situasi semasa. Kalau masyarakat
merasakan sesuatu tindakan oleh polis agak lambat, mereka menyalahkan
pasukan itu, tetapi kalau penjenayah bertindak ke atas polis, pihak
polis juga disalahkan, jadi saya fikir keadilan perlu diberikan kepada
pihak polis.
Ketegasan Datuk Seri menerajui Kementerian Dalam
Negeri nampaknya tidak disenangi pembangkang sehingga mereka mula
melaksanakan pelbagai serangan ke atas Datuk Seri?
AHMAD ZAHID:
Saya tidak peduli sebarang serangan oleh pembangkang. Saya merasakan
bahawa ini adalah amanah Allah SWT kepada saya apabila Perdana Menteri
memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjadi Menteri Dalam Negeri.
Saya
tidak mahu apabila saya tidak lagi memegang jawatan ini apatah lagi
kalau saya telah meninggal dunia, kubur saya akan dilempar najis kerana
tidak dapat menyelamatkan masyarakat.
Saya tidak mahu itu berlaku
justeru selagi saya masih hidup dan diberikan tanggungjawab oleh Perdana
Menteri maka saya mahu menterjemahkan bahawa saya seorang menteri yang
benar-benar menterjemahkan segala pertanggungjawaban demi kepentingan
negara dan masyarakat keseluruhannya.
Apa yang mendorong Datuk Seri menawarkan diri untuk mempertahankan kerusi Naib Presiden?
AHMAD
ZAHID: Saya merasakan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin memerlukan pasukan yang serasi. Saya merasakan saya
salah seorang yang telah diserasikan dengan kedua-dua pemimpin itu.
Apakah kriteria yang perlu ahli UMNO a lihat sebelum membuat keputusan?
AHMAD
ZAHID: Sudah tentu tidak ada kriteria tetap kepada semua calon yang
mahu menawarkan diri bagi memegang jawatan utama sama ada di peringkat
nasional mahupun peringkat bahagian.
Ia bergantung kepada tujuan
untuk merelevankan UMNO dengan kumpulan sasaran PRU-14 kerana profil
pengundi akan berubah dengan drastik, apabila seramai 40 peratus adalah
pengundi baru. Keduanya, apabila persempadanan semula kawasan pilihan
raya dilakukan ertinya geopolitik dan landskap kepada pemikiran politik
juga berubah ketika itu.
Oleh itu, pada hemat saya akar umbi
harus memilih pemimpin-pemimpin yang bukan hanya sesuai untuk PRU-14
tetapi juga boleh membawa parti bagi menghadapi PRU-15 supaya terdapat
kesinambungan dari segi pelaksanaan kepada pegangan kepada ideologi
politik kepada UMNO..
Sayangilah UMNO sebagai satu-satunya wadah
untuk memberikan kesinambungan kepada perjuangan orang Melayu dan
anggaplah UMNO bukan hanya sebagai sebuah parti politik tetapi UMNO
adalah sebuah institusi sosial orang Melayu yang menjaga agama Islam,
yang akan memberikan keadilan kepada semua rakyat, oleh yang demikian
pilih yang terbaik dalam kalangan yang baik-baik.- Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130811/re_01/Bersikap-adil-kepada-polis#ixzz2bhhnuDMb
© Utusan Melayu (M) Bhd
PEMIMPIN MELAYU - Teloq sendiri pun di pulas orang. |
AMUKANMELAYU - Semua ini bermula dengan terlalu "PERCAYA" kepada kafirun. Telah lama UMNO berduaan dengan MCA, kini UMNO kata "sampai hati kau MCA " ......dan kini PAS bertepuk-bertampar dengan DAP....suka sangat "pengantin baru" lah katakan....selepas habis madunya nanti, PAS juga akan mengatakan "sampai hati kau Omar Ibnul Aziz", selepas semuanya hak Islamelayu telah menjadi hak orang dengan "KEBODOHAN" hangpa yang gilakan kuasa dan sombong sesama saudara.....hangpa adalah PENGKHIANAT kepada Aku dan Anak cucuku dan kesemua Islamelayu yang terlalu setia dengan "KEBODOHAN KAMU'........pemimpin Islamelayu yang tiada TELOQ.