Anwar sahkan, Najib tawar kerajaan perpaduan dengannya, lapor Asia Sentinel
GANJIL - Seringkali terserempak dengan BIAWAK yang lidahnya BERCABANG
Dalam wawancaranya dengan laman web Asia Sentinel, Anwar berkata, usaha itu dibuat oleh Najib namun beliau menolaknya melalui perantara sebelum ia sempat menjadi kenyataan.
Ini ekoran serangan yang dibuat oleh Utusan Malaysia ke atas masyarakat Cina dan India.
Namun, sehingga itu, Anwar tidak menerima sebarang balasan dari Najib.
Usaha kerajaan perpaduan ini dibuat melalui bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang melibatkan beberapa siri lawatannya ke Kuala Lumpur, yang terakhirnya beberapa minggu lalu.
Awal tahun ini, Jusuff Kalla gagal dalam usahanya untuk mendapatkan komitmen Najib dan Anwar menerima keputusan Pilihan Raya ke 13.
Sehingga kini tidak pasti kenapa Najib mahu menghantar wakil bagi membincangkan kerajaan perpaduan sedangkan Anwar bukannya mempunyai nama yang baik dalam Umno di samping masalah dalam Pakatan Rakyat sendiri.
Di kalangan Umno, ramai yang berpendapat walaupun Barisan Nasional lemah, tetapi parti komponen utama itu tetap kuat, menguasai 88 dari 133 kerusi parlimen selepas PRU13.
Dalam suasana yang ada, pemimpin Umno berpandangan, menawarkan sebarang hubungan dengan pembangkang akan melambangkan kelemahan Umno.
Dalam hal ini, Asia Sentinel membuat andaian tentang kerajaan perpaduan sebagai,"Ia adalah usaha Najib untuk membuka gelanggang baru melawan Mahathir, yang banyak membiarkan blogger kawalannya menyerang perdana menteri yang cedera itu."- 12 Ogos 2013
NAJIB ATAU Anwar Yang Tawarkan Perpaduan?
Beberapa hari lepas Anwar Ibrahim membuat kenyataan bahawa beliau
mengesahkan Datuk Seri Najib menawarkan untuk membentuk kerajaan
perpaduan dengannya. Sini
Seperti biasa....setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut Anwar
kita tak boleh percaya 100 peratus kerana ianya datang daripada seorang
munafik. Sebelum pilihan raya umum yang lepas dia berjanji akan
mengundurkan diri dari politik sekiranya pakatan pimpinanannya gagal
mengambil alih pemerintahan negara. Selepas PRU lain pula jadinya. Tak
munafik ke namanya itu ?
Sekarang dia kata pula Najib tawar perpaduan dengannya...
Apa sebenarnya yang berlaku ?
Anwar telah terlepas peluang terbaik untuk menjadi PM dalam PRU lepas.
Selepas PRU beliau sudah tidak dihormati oleh sekutu-sekutunya.
Orang-orang mereka lebih menghormati Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng,
kerana dua orang itu lebih berkuasa berbanding Anwar yang hanya
berjawatan Ketua Pembangkang. Itu pun atas ehsan DAP....
Anwar inginkan kuasa....Anwar ingin dihormati dan disanjungi....Anwar
juga bengang kerana Khalid Ibrahim banyak tidak mengikut
arahan-arahannya....
Anwar ke Indonesia sekali lagi dan berjumpa Jusuf Kalla merayu-rayu
meminta Jusuf agar menolongnya sekali lagi menjadi perantara antara
beliau dan Najib. Jusuf agak keberatan untuk menjadi orang tengah sekali
lagi kerana beliau telah ada pengalaman ditipu Anwar semasa menjadi
orang tengah dalam kes perjanjian PRU lepas.
Selepas pertemuan Anwar berkali-kali menghubungi Jusuf merayu-rayu agar
menolongnya. Dalam bulan Ramadhan Anwar ada menghubungi Jusuf dan salah
satu ayat yang digunakan dalam perbualan tersebut seperti berikut,
"Bilang sama Pak Najib di bulan Ramadhan perlu bermaaf-maafan".
Antara yang ditawarkan Anwar untuk membentuk perpaduan dengan Najib seperti berikut,
1) Anwar akan memecat Khalid Ibrahim dan Najib boleh memilih individu pilihannya untuk mengetuai Selangor.
2) Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
3) Empat orang ahli parlimen PKR dilantik sebagai menteri.
Pujukan demi pujukan oleh Anwar Ibrahim akhirnya membuat Jusuf mengalah
dan bersetuju untuk menjadi orang perantara. Jusuf sepatutnya ke Kuala
Lumpur untuk bertemu Datuk Seri Najib pada malam 11 Ramadhan. Namun
disebabkan oleh pesawat peribadinya mengalami kerosakkan Jusuf terpaksa
membatalkan kedatangannya ke Kuala Lumpur pada 11 Ramadhan.
Jusuf Kalla ke Kuala Lumpur pada 20 Ramadhan bersamaan dengan 28 Julai 2013 setelah pesawatnya boleh digunakan.
Jusuf datang bersama beberapa lagi ahli rombongannya. Antara yang datang
bersama Jusuf adalah, Ade Dwi Irawan, Hamid Awaludin dan Emir
Chairullah.
JKM- Jusuf Kalla Mufidah Mufidah adalah isteri Jusuf Kalla |
Pesawat Jusuf yang bernombor pendaftaran PK-JKM mendarat di Kuala
Lumpur pada 28 Julai 2013 jam 8.20 malam. Jusuf mengadakan pertemuan
dengan Datuk Seri Najib pada malam itu juga untuk membawa
tawaran-tawaran yang dikemukakan Anwar. Bagaimanapun Datuk Seri Najib
telah menolak tawaran-tawaran yang dibawa oleh Jusuf Kalla.
Selesai bertemu Datuk Seri Najib, pada malam itu juga Jusuf terus
bertemu dengan Anwar bagi menyampaikan berita yang Datuk Seri Najib
menolak tawaran yang dikemukakannya. Jusuf bersama rombongannya
berangkat pulang dengan pesawat yang sama pada keesokkan paginya (29
Julai 2013) jam 7.00 pagi.
Anwar berang dengan Najib yang menolak tawarannya. Itulah sebabnya dua
hari selepas itu iaitu pada 1 Ogos 2013 Anwar membuat satu kenyataan
yang keras terhadap Najib dengan menggesa Najib agar tidak menjadi
seperti burung unta. Lihat di sini .
Kebanyakkan orang-orang Pas telah mengetahui perkara ini. Sekumpulan
pemuda-pemuda Pas telah diberitahu perkara ini dalam bulan Ramadhan.
Sebab itu bila Anwar membuka kisah ini ianya tidak disambut oleh
puak-puak Pas atau tidak ada hu...ha...hu....ha....puak-puak Pas
memperlekehkan Najib kerana mereka telah tahu lebih awal perkara ini dan
mereka tahu yang sebenarnya Anwar yang menawarkan perpaduan dengan
Najib. Bukannya Najib yang menawarkan perpaduan dengan Anwar.
AMUKANMELAYU - Kut mana pun tak pa....asalkan Tanah Melayu dan Islamelayunya TERJAGA. Inilah satu-satunya HAK kita yang Allah berikan untuk kita menjaganya.....bukannya kita duk bergaduh dan duk sebelahkan puak KAFIRUN yang asalnya pendatang....depa ada Negeri mereka sendiri....