,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday, 21 August 2013

IKAN PARI - KETUA SAMSENG INDIA "UGUT" TUN M


SEKADAR HIASAN - Gambar ini tiada kaitan dengan ISSU Keselamatan di Malaysia


DR MAHATHIR DIKECAM ANAK SAMY VELLU !!!



Isnin, 21 Januari 2013

TUN Dr Mahathir yang sering dilabel sebagai "bapa rasis negara" sekali lagi cuba untuk membangkitkan isu perkauman yang jelas menyatakan bahawa kaum India dan kaum Cina yang ada di Malaysia ini mendapat kerakyatan secara haram sebagaimana yang beliau lakukan terhadap Sabah.

"Ini bullshit tarak sedar diri lagi ke? Apa sudah jadi? Kenapa mau ungkit itu cerita? Yu mau parang ke mau keris? Atau mau pistol?".

Bila geng India mula mencemuh Mahathir, maka implikasinya amat besar. BN bisa goyang. Bagus juga tindakan itu sekuarng-kurangnya ramai kaum India akan lari masuk PAKATAN.

KUALA LUMPUR, 20 Jan — Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan agar tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur perkauman kerana ia bakal memusnahkan imej Barisan Nasional (BN) yang cuba dipulihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Pengarah Strategik MIC S Vell Paari.

Anak kepada bekas menteri Kabinet Datuk Seri S Samy Vellu itu menegaskan, tindakan bekas perdana menteri itu mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman hanya akan memberikan kesan negatif kepada pentadbiran Najib kerana kenataan-kenyataan Dr Mahathir akan menjadi “back-fire” kepada BN.

“Kenyataan Dr Mahathir yang bersifat perkauman akan hanya menjadi ‘back-fire’ buat BN, beliau langsung tidak membantu (BN),” kata Vell Pari (gambar) apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

“Beliau cuba memusnahkan imej BN yang cuba dibangunkan Najib yang baru menjadi perdana menteri lebih kurang dua, tiga tahun ini ... ianya bukan perkara yang mudah,” tegasnya lagi.

Beliau turut berkata adalah lebih baik untuk perdana menteri yang telah berkhidmat selama 22 tahun itu “bersara” seperti mana mantan perdana menteri sebelum beliau.

“Beliau patut sedar rakyat Malaysia sudah semakin matang, kenapa perlu gunakan isu perkauman untuk memecah belahkan rakyat?” katanya.

Vell Pari turut memuji langkah proaktif Najib melaksanakan Inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah walaupun sedar tindakannya itu bakal memberikan kesan kepada kerajaan BN.

“Berkenaan RCI di Sabah, kita patut rasa bangga dengan Najib, walaupun ada kenyataan daripada RCI itu yang tidak baik untuk BN, tetapi Najib teruskan ... beliau cuba untuk menjadi telus,” katanya.

“Saya generasi ketiga, ini negara kita, adakah satu hari nanti bila kita selisih di tengah jalan kamu mahu satu keluar parang, dan satu lagi keluar keris?” soalnya, sebagai respon kenyataan perkauman yang dikeluarkan Dr Mahathir dikhuatiri akan memecahbelahkan rakyat negara ini.

Menurutnya lagi setiap individu rakyat Malaysia jelasnya adalah penyumbang kepada negara ini, dan tidak seharusnya isu perkauman itu dimainkan.

“Dr Mahathir langsung tidak membantu,” katanya lagi.

Bekas perdana menteri yang masih berpengaruh di negara ini seringkali mengeluarkan kenyataan membidas pembangkang, dan sesetengah pihak menganggap Dr Mahathir seringkali mengeluarkan kenyataan yang bersifat perkauman.

“Dr Mahathir sudah bersara, sepatutnya jangan ganggu pemerintahan negara dengan kenyataan-kenyataan perkauman yang tidak membantu kerajaan.

“Jika Dr Mahathir tidak boleh menolong, janganlah bising-bising,” tegasnya lagi. TMI

PAKDOE ALLAN

KEGAGALAN PEMIMPIN MIC JALANKAN TUGAS & TANGGUNGJAWAB POLIS PULA YANG DI SALAHKAN

GAGAL - Kegagalan Pemimpin MIC menjadikan Kaum India Samseng.

Cukup aneh melihatkan gelagat Ketua Pemuda MIC, T. Mohan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy mempersalahkan dan memperlekehkan tindakan pihak polis dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam membanteras kegiatan kongsi gelap dan samseng.

Apakah kerana penjenayah yang terbunuh ramainya dikalangan orang India, maka kedua-dua pemimpin masyarakat India ini cuba mengalihkan perhatian sebenar terhadap WABAK KEGAGALAN dalam menjaga kebajikan kaum mereka.

Dimanakah silap dan salahnya pihak polis jika ramai anak muda kaum India yang menyertai kumpulan samseng dan kongsi gelap. Rasional mana yang digunapakai oleh T. Mohan dan P. Waytha Moorthy dengan secara SENGAJA mempersalahkan dan memperlekehkan pihak polis.

Jika ramai yang terbunuh dikalangan penjenayah tersebut adalah orang Melayu, mahukah kedua-dua pemimpin masyarakat India ini tampil kehadapan untuk turut mempersalahkan dan memperlekehkan tindakan pihak polis.

Atau T. Mohan dan P. Waytha Moorthy hanya mampu MENIKUS dalam isu ini memandangkan yang terbunuh tidak melibatkan kepentingan masyarakat India.


Sudahkah Ketua Pemuda MIC ini menyelak kain beliau untuk melihat dengan lebih jelas kepincangan yang berlaku dalam masyarakat India. Barangkali juga Ketua Pemuda MIC ini sebenarnya telah nampak KEGAGALAN beliau dan parti yang didokongnya mengenalpasti masalah yang terpalit di kalangan bangsanya sendiri.

Sudahkah beliau berhempas pulas menjalankan kajian menyeluruh dalam merungkai bagaimana golongan muda India cukup terpengaruh dan tertarik untuk menganggotai kumpulan samseng dan kongsi gelap.

Beliau dan parti yang didokongnya juga selama ini LEBIH BANYAK bertindak mempersalahkan kerajaan dan UMNO kerana gagal melihat sisi gelap dan membantu masyarakat India.

HAKIKATNYA kerajaan telah banyak memberikan bantuan dan peruntukan melalui PARTI YANG BELIAU ANGGOTAI, memandangkan MIC adalah parti yang mewakili masyarakat India. Beliau dan MIC seharusnya memperbetulkan kesilapan dan kepincangan dikalangan kaum India dan tidak mengambil jalan mudah dengan menyalahkan kerajaan, UMNO dan pihak polis.

Seharusnya juga beliau yang merangkap Ketua Pemuda MIC perlu kerap turun padang untuk menyelesaikan perihal kegilaan masyarakat India menganggotai kumpulan kongsi gelap.


Tidak kurang juga dengan LAGAK SOMBONG Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy yang begitu bejat membuat kesimpulan bahawa pihak polis telah bertindak diluar kewajaran dan prosedur yang diamalkan.

Kenyataan beliau memperlihatkan betapa sikap perkauman HINDRAF yang masih menebal dengan tuduhan liar dan melulu seolah-olah beliau cukup mahir dengan 'Standard Operating Procedure' yang diambil oleh pihak polis.

Seharusnya juga beliau yang merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberikan penjelasan yang seimbang, adil dan saksama kepada masyarakat India. Bukannya bersikap cuba menuang minyak di atas bara api.

Tindakan TIDAK BIJAK kedua-dua pemimpin ini hanya menunjukkan kelemahan sebenar pemimpin masyarakat India dalam menyelesaikan masalah dan kepincangan paling asas kaum India selama ini.

Orang Melayu tidak pernah MELOMPAT jika penjenayah yang terbunuh itu adalah dikalangan orang Melayu kerana percaya pihak polis telah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, mengikut 'Standard Operating Procedure' yang telah diamalkan sejak sekian lama.

Orang Melayu juga sememangnya menolak jenayah dan keganasan yang dilakukan oleh bangsanya sendiri.

Pemimpin dikalangan masyarakat India seharusnya membuka mata, menjaga kebajikan dan tidak menyalahkan pihak lain akibat KEGAGALAN mereka untuk mengenal pasti SINDROM JENAYAH yang melanda masyarakat India.

Jangan terlalu mudah dan mengambil jalan mudah dengan menyalahkan pihak polis.

Yennadei ...


AMUKANMELAYU  - Anak udang-udang juga, Mana nak sama anak tenggiri, Jika pendatang-pendatang juga, Mana nak sama Bangsa sendiri.