,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday, 16 August 2013

NAJIB MABUK CURUT KETIKA HANG NEDIM SINGGAH DI PELABUHAN PELANCUNGAN


Laksamana Hang Nadim

DULU - Hang Nadim
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laksamana Hang Nadim ialah anak kandung Hang Jebat dengan isterinya Dang Wangi ataupun Dang Inangsih. Beliau adalah pahlawan Melayu Johor-Riau semasa penjajahan Portugis di Melaka. Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud telah berundur dari Teloh ke Ulu Muar, kemudian menetap di Pagoh dan Bentayan. Sultan Mahmud dan keturunannya membina Kesultanan Melayu Johor sebagai asas Empayar Johor-Riau yang berpangkalan di Johor, Kepulauan Riau, Pahang . Walaupun Melaka telah jatuh ke tangan Portugis, Sultan Mahmud dan anaknya Sultan Ahmad terus menghantar tenteranya untuk menyerang Portugis di Melaka dari 1511 hingga 1526. Sultan Mahmud meninggal dunia di Kampar, Sumatera pada tahun 1528 dan dikenali sebagai Sultan Kampar.

Anak angkat Hang Tuah

Menurut Sejarah Melayu, semasa Hang Jebat terbunuh di tangan Hang Tuah, Hang Nadim masih di dalam kandungan ibunya. Selepas lahir, beliau dijadikan anak angkat oleh Hang Tuah, kemudian dikahwinkan dengan Tun Mas Jiwa atau Tun Emas Jiwa, iaitu anak perempuan Hang Tuah. Perkahwinan diantara Laksamana Hang Nadim dan Tun Emas Jiwa dikurniakan Tun Mat Ali.[1]
Selepas Laksamana Hang Tuah hilang tanpa jejak, Khoja Hassan dilantik menjadi laksamana yang baru. Selepas Laksamana Khoja Hassan dipecat kerana memfitnah Bendahara Tun Mutahir, jawatan laksamana itu diberikan kepada Hang Nadim. Hang Nadim membantu Sultan Mahmud dalam dua percubaan untuk mengambil semula Melaka dari Portugis iaitu pada 1519 dan 1524. Pada tahun 1516, Hang Nadim menyerang Melaka dengan harapan merebut kembali dari Portugis, tetapi serangan itu tidak berjaya. Pada tahun 1524, Hang Nadim juga mengepung Melaka dengan harapan menghalang makanan sampai ke bandar. Orang Portugis telah mendapatkan bala bantuan dari Goa, India .
Hang Nadim membuktikan kepimpinan beliau dan kepahlawanan dengan mengalahkan Portugis apabila mereka menyerang Bintan dan Kopak. Keberanian beliau adalah sangat dihormati oleh orang Melayu dan serangan bertubi-tubu terhadap Portugis telah melemahkan semangat mereka berjuang dan menjejaskan perdagangan Portugis di Melaka.
Laksamana Hang Nadim dikurniakan umur yang panjang. Selepas Sultan Mahmud Shah mangkat pada tahun 1528, beliau berkhidmat dengan putera baginda Raja Ali yang bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah II hingga tahun 1564.
Laksamana Hang Nadim terus berkhidmat dengan Sultan Muzaffar Shah II (1564 -1570), Sultan Abdul Jalil Shah I (1570 -1571), dan Sultan Ali Jalla (1571-1597).
Laksamana Hang Nadim menjadikan Johor sebagai pusat gerakannya menyerang Portugis di Melaka. Walaupun Laksamana Hang Nadim gagal menghalau Portugis dari Melaka, namun benih perjuangan yang disemainya itu terus tumbuh dalam kalangan orang Melayu. Bertitik tolak dari perjuangan Laksamana Hang Nadim itu, pahlawan-pahlawan Melayu terus bangkit berjuang menentang penjajah

KENAPA KORANG BALUN GODFATHER MKP, BLOGGER CEMBURU PADA NADIM ?

Apalah nasib badan bila kena balun dengan Blogger..... Tapi Nazri Aziz nie macam dah tak peduli dan buat telinga pekak macam Gajah kenyang. Ini kementelian bapak saya punya suka hati saya nak lantik sapa pun korang cemburu pasal tak dapat jawatan tue...
MKP tabik dengan kaki pada Nazri Aziz. Blogger nie semua bukannya semuanya betul kekadang merapu jugak. So sebagai menteri nak pelingkup atau jahanam Kementelian tue dia punya suka. Lagi pun rakyat telah memilih Nazri Aziz nie sebagai Ahli Parlimen dan layak memegang jawatan sebagai menteri. Ingat kuasa rakyat memilih pemimpin...
Korang lupa fakta gambar diatas Nazri Aziz menang besar majoriti lebih dari 200ribu tue!!!!!.. Teresa Kok Menang pun 50ribu saja. Nazri Aziz dengan angkuh mengatakan menang dengan majoriti besar.....MKP Gelak guling-guling der......
Hang jangan sombong dan angkuh wahai Nazri Aziz. Rakyat sedang memerhatikan. Kalau kami yang pejuang sejati dalam Umno pun dah naik muak dengan siri tindakan dan kelakuan kau yang dilihat bermasalah  dan menjadi liabiliti kepada umno sebelum ini, apatah lagi rakyat biasa?


APA SALAHNYA Nazri Aziz lantik anaknya jadi Pegawai Khas Kementerian Pelancongan?  

 AMUKANMELAYU - Kah....kah....kah....kah... PRU ke 14 conform tonggek

Ini adalah website rasmi Kementerian Perlancungan dan Kebudayaan Malaysia, rujuk di sini, jelas tertera nama anak Menteri kementerian berkenaan, Nedim bin Nazri Aziz dilantik sebagai Pegawai Khas.

Apa rasionalnya anak sendiri dilantik sebagai Pegawai Khas kementerian. Bukankah melantik anak beranak memegang apa-apa jawatan dalam POLITIK atau mana-mana Kementerian yang kita pegang namanya KRONISMA?

Apakah rasionalnya di buat  begitu? Bukakah itu namanya menghabiskan masa dengan jawatan yang serendah dengan gaji yang tidak seberapa itu? Kalu bagi gaji tinggi pun orang kata juga. Bagi projek lagilah salah. Tapi ini adalah tren sekarang ni. Apa yang Kerajaan buat memang semuanya salah dan Amukanmelayu juga nampak ianya salah. Kerana ini boleh menjejaskan Kepercayaan Penyokong  kepada KERAJAAN MELAYU UMNO.

Bagaimana penyokong-penyokong Kerajaan hendak mempertahankan pemimpin-pemimpin mereka sekiranya golongan ini mementingkan nepotisme dan kronisme?

Tidak perlu kita berkokok mengatakan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Nik Aziz dan sebagainya menaikkan anak-anak mereka sekiranya pemimpin-pemimpin UMNO dan BN sendiri melakukan sedemikan.

Apakah tidak akan berlaku penyelewengan kuasa apabila bapa dan anak menerajui sebuah kementerian yang banyak menerima peruntukan perbelanjaan negara.

Apakah lawatan Menteri ke mana-mana negara akan disusuli dengan Pegawai Khasnya unakan untuk memajukan Kementerian menjadi Lawatan Syok-syok sambil "KITA ENJOYYYYY" dan semuanya akan menggunakan duit Negara yang sepatutnya di gunakan untuk menajukan Negara dan Rakyat?

Apakah "PERISTIWA BUDAK TINGKAT 4 AKAN BERULANG lagi? Adakah anak Menteri berkenaan berkuasa penuh di dalam kementerian seperti mana menantu seorang Mantan Perdana Menteri yang berkuasa penuh di Tingkat 4 menjadi "TOL BOY's" untuk memungut "CUKAI" di muka pintu PEJABAT KEMENTERIAN PELANCUNAGAN?

Banyaknya persoalan.. tapi bukan AMUKANMELAYU yang persoalkan.. yang persoalkan kebanyakan Blogger termasuklah Blogger Pro UMNO yang bermati-matian mempertahan UMNO semasa PRU KE 13 tempohari, blognya boleh dilihat di ( SINI )


  KINI - Hang Nedim Anak Papa "peon" yang pakai kereta Ferrari...

Dengan bersikap angkuh seperti inilah, Nampaknya BN Tiada Peluang Lagi Untuk Tambah Kerusi 


 
HANG NEDIM - Tuan Hamba memang "TAIKO"


NAJIB DAH JADI "GENG"  CURUT


Curut yang sinonim dengan minuman keras dan judi


Dari dahulu hinggalah semalam, saya menganggap Datuk Seri Najib merupakan seorang yang baik dan lurus bendul. Tapi bila tengok gambar ni....terus terlintas di fikiran Amukanmelayu, Najib adalah budak skema yang sedang di ajar untuk menjadi "Budak jahat". Tak dapat bayangkan kalau Najib "TERSEDAK" asap curut....tentu muntah hijau di buatnya. 


Najib sedang hisap curut




MABUK CURUT - Muka Najib merah padan


JIB.....You memang JANTAN sejati.....
Jelas disini Najib dah termuntah segala "PEKONG" di dadanya. Najib tidak mampu lagi nak mengawal KABINETnya, untuk "TERAJANG" Nazri dari Kabinetnya adalah satu kesukaran dan UMNO menjadi taruhanya. Di sebabkan UMNO dah kekurangan mereka yang BERKELIBAR.... mangkok macam Nazri ni terpaksa Najib gunakan juga untuk melengkapkan KABINET "MERAPU"nya dengan Menteri yang langsung tidak dapat menyumbang kepada Kepentingan Negara kecuali ZAHID HAMIDI....... sorry Najib, Amukanmelayu terpaksa belasah Hang........
  
AMUKANMELAYU - Dalam duk mabuk "CURUT" pun Najib masih lagi mampu mempertahankan "MELAYU"......