,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 20 August 2013

BERGULING TAHAN SAKIT SEBELUM MATI VS BERGULING-GULING KETAWA GELI HATI


Berguling Tahan Sakit Sebelum Mati


berguling tahan sakit
KUALA LUMPUR – Seorang pekerja warga asing ditemui terbaring di tepi jalan kira-kira 200 meter dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dengan keadaan perut terburai, sebelum disahkan mati, dipercayai menjadi mangsa samun.
Mangsa dikenali sebagai Muzammel Hokque, 39, ditemui bersama dua beg plastik berisi barang makanan dipercayai baru dibeli dari pasaraya berhampiran
Kejadian kira-kira jam 8 malam itu disedari oleh seorang pemuda, berusia 26 tahun yang melalui kawasan itu sebelum memaklumkan kepada polis Bukit Aman.
Menurut sumber, ketika ditemui, warga Bangladesh itu masih hidup namun hanya mampu mengerang sambil berguling menahan sakit selama kira-kira 20 minit sebelum disahkan mati oleh paramedik sebaik ambulan tiba.
Sementara itu, sumber polis berkata, mangsa dipercayai di samun ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barangan keperluan di Jalan Silang.
Menurutnya, selain barang dibeli, turut ditemui dompet bersama pengenalan diri dan permit sah, namun tiada wang.
“Hasil pemeriksaan didapati terdapat satu bekas tusukan di rusuk kiri namun tiada kesan darah.
“Mangsa mungkin cuba menyelamatkan diri namun tidak sempat mendapat bantuan,” katanya.
Mayat kemudian di bawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
-Sinar Harian



Berguling-Guling Ketawa Geli Hati


PAS TIBA-TIBA PERJUANGKAN MARUAH ISLAM DI MALAYSIA. Selesaikan masalah SYIAH dalam PAS dulu Mahfuz.... 
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenai fahaman Syiah yang bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam. 
Dalam maklum balasnya kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), Ahli Parlimen Pokok Sena itu secara sinis turut melontarkan soalan berhubung apa itu Syiah. 
''Syiah itu benda apa? Kuih berbuka puasa? Saya pun tak tahu apa Syiah. Ingat kuih buka puasa. Kawasan saya buat bubur lambuk sahaja,'' katanya ringkas. 
Baru-baru ini kerajaan mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang. 
Tindakan tegas itu adalah rentetan daripada gerakan aktif pertubuhan berkenaan sehingga memudaratkan ketenteraman awam serta mencetuskan keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini yang majoritinya berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. 
Sabtu lalu, Utusan Malaysia melaporkan dua pemimpin sebuah parti politik dikenal pasti sebagai orang yang bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan fahaman tersebut.

  YB POKOK SENA kata dia sokong Surau Tanjung Sedeli itu diroboh.
kah...kah...kah....kah....kah....kah....kah....kah...berguling-guling ni dak nak termuntah HIJAU ketawa ni. Bukan apa....teringatkan Depa nilah yang pernah MENYOKONG ALLAH boleh di gunakan oleh Kristian sedangkan TUHAN KRISTIAN ADA 3. Bila Allah di gunakan Kristian......dimana Ke Esaan Allah.....jika Allah dan menjadi TIGA. hnagpa celarulah Mahfuz.....tak masuk Syiah pun hangpa sama dengan Syiah.




  Penyakit Pemimpin Islamelayu Malaysia, dah nak dekat PEMILIHAN MUKTAMAR AGUNG PAS, tu pasalah tiba-tiba perjuangkan Islam. Depa MUDAH LUPA tapi tidak pada Amukanmelayu:

Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?


Mengenai Bapa, Anak, dan Roh Kudus

ORANG yang mempercayai ajaran Tritunggal mengatakan bahawa Tuhan terdiri daripada tiga individu—Bapa, Anak, dan Roh Kudus atau daya aktif. Ketiga-tiga individu ini masing-masing dikatakan setara, maha kuasa, dan tidak mempunyai permulaan. Jadi, menurut ajaran Tritunggal, Bapa merupakan Tuhan, Anak merupakan Tuhan, dan Roh Kudus juga merupakan Tuhan
 

Petikan dari Bible  




ULAMAK's  MUDA PAS


Kenyataan Mantan MB Kelantan
 




Jaminan Mat Sabu tuuuuu


AMUKANMELAYU - Mereka ni cepat sungguh lupa. Tapi Amukanmelayu tidak pernah lupa kepada "ULAMAK" macam Roti Tampal di Kedai Kuning Lembah Paya yang merosakan Imej ULAMAK yang sebenarnya ULAMAK......