,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 19 August 2013

KENAPA MUFTI MEMBIARKAN PAS MENGHANTAR "ORANG BUKAN AHLI" BERDEPAN DENGAN KAFIRUN?


PAS Hantar Si.........Untuk Berdialog Dengan Budha... 

Anonymous said...
Anon 421

Diantara Mamat Mujahid ni dengan Tee Chuan Seng, gua lebih respect Tee Chuan Seng lagi sebab Mamat Mujahid ni hanya ada pengalaman dalam islam sahaja sedangkan Tee Chan Seng dia 3 kali lebih hebat daripada Mamat Mujahid. Tee Chuan Seng dia boleh cerita tentang agama Kristian sebab dia pernah jadi kristian, dia boleh cerita tentang Buddha sebab dia pernah jadi buddhist dan akhir sekali dia sekarang bersama kita dalam islam.

Itu lah seorang cina muslim yang saya kagum yang berjuang untuk melayu lebih daripada melayu sendiri ... dia adalah Tee Chuan Seng @ Mohd Ridhuan Tee.

Nicky Aizat
Mujahid yusuf rawa seiringan dengan paderi-paderi kristian dalam menuntut kalimah Allah di gunakan oleh orang kristian dalam kitab bible... klik sini
Kini pas menghantar pula mamat bengong yang boleh tafsir ayat quran suka hati tok nek dia klik sini tu berdialog dengan tok-tok sami budha dalam isu surau jadi topekong...
Agak-agak korang la, mangkok tu akan sebelahkan siapa, jabatan agama Islam johor atau penganut agama budha yang sekoyong-koyong guna surau untuk ber ritual...
Lagi pun ketua sami budha dah minta maaf dan mengakui kesalahan mereka, klik sini so apa barang lagi pas nak buat dialog...???

Politik Islam Bukan Milik PAS Sahaja

Kita yang akan mencorakannya

Amalan boleh didukung sesiapa saja
Kelahiran dan pertumbuhan politik Islam didorong oleh pemikiran dan nilai universal yang dianjurkan oleh ajaran agama Islam. Dalam kata lain, ajaran agama yang bersifat sejagat berhubung pelbagai persoalan kehidupan manusia menjadi sumber dan sandaran terpenting perkembangan politik Islam.

Ini bererti, pembabitan dalam menjayakan politik Islam dari segi cita-cita dan amalannya boleh didukung dan disertai oleh sesiapa sahaja, Muslim dan bukan Muslim asalkan mereka bersedia menerima prinsip asas perjuangan politik Islam.
Barangkali perumpamaan mudah bagi memahami perkara ini ialah dengan membandingkan politik Islam dengan perkembangan sistem kewangan Islam yang tumbuh dengan pesat di negara ini. Sistem kewangan Islam lahir dan tumbuh kerana didorong oleh idea mengenai keadilan dan kesaksamaan ekonomi dalam ajaran agama.
"Politik Islam ialah sistem yang luhur, terbuka kepada sesiapa saja tanpa mengira latar kehidupan termasuklah mereka yang tidak menganut kepercayaan dan mengamalkan ajaran Islam. Penyertaan orang bukan dalam sistem politik Islam harus dialu-alukan selagi mereka bersedia mendukung prinsip dan nilai luhur kesejagatan perjuangan politik Islam. Pada masa yang sama tidak menjadi batu penghalang kepada usaha menjayakannya."
Nilai kesejagatan
Dari perspektif Islam, harta dan seluruh sumber hasil mahsul bumi yang kaya adalah milik Allah dan manusia dipilih sebagai pemegang amanahnya. Untuk itu, manusia harus memastikan sumber kekayaan ini diagihkan secara adil dan saksama kepada sesiapa saja yang berhak. Manusia dianjurkan untuk saling berkongsi sumber kekayaan untuk manfaat diri dan persekitarannya menerusi pelbagai usaha yang wajar. Sebarang urusan dalam perusahaan ini hendaklah disandarkan kepada cara dan kaedah yang saling dipersetujui. Sebarang bentuk unsur penipuan dan penganiayaan sama ada secara tersurat dan tersirat ditegah sama sekali.
Dorongan ajaran agama mengenai cara kehidupan berekonomi secara adil dan saksama ini jelas memaparkan nilai kesejagatannya dalam sistem kewangan Islam. Semua manusia, tanpa mengira latar bangsa dan agamanya pasti akan berasa selesa berurusan dengan sistem kewangan yang diasaskan pada prinsip dan nilai kesejagatan ini.
Nilai sejagat ini memenuhi fitrah kejadiannya sebagai seorang insan. Penyataan ini jelas terbukti. Pengenalan sistem kewangan Islam menarik penyertaan luar biasa dalam kalangan masyarakat tanpa mengira latar belakang. Suatu yang penting dicatatkan dalam konteks perkembangan sistem kewangan Islam di Malaysia ialah apabila menurut laporan, peserta dalam kalangan bukan Islam adalah antara majoriti yang terbabit dalam urus niaga kewangan berasaskan Islam.
Ternyata, sistem kewangan Islam bersifat terbuka dan boleh disertai sesiapa saja termasuk bukan Islam. Apa yang lebih menarik lagi ialah, kini, pendukung yang menawarkan produk kewangan Islam bukan hanya dalam kalangan bank dikuasai orang Islam, malah juga yang dikuasai oleh bukan Islam.
Perbandingan ini penting dijelaskan kerana pada pandangan penulis, politik Islam juga seumpama sistem kewangan Islam. Ia adalah berkenaan dengan agenda membangunkan satu sistem kenegaraan yang diteraskan pada prinsip dan nilai kesejagatan yang dianjurkan oleh Islam. Ia membabitkan tawaran mengenai sistem tata kelola negara yang baik kepada seluruh rakyat terbanyak. Sistem politik Islam dipandu oleh ikrar bagi memberikan hak dan peluang saksama kepada semua berasaskan tafsiran prinsip keadilan dalam konteks sejarah kenegaraan.
Ia seterusnya diseiringkan dengan amalan yang tercerna menerusi pelbagai dasar, sikap dan program kerajaan dalam pelbagai bidang kehidupan. Keseiringan ikrar dan amalan akan membentuk sistem politik Islam yang kukuh yang mana rakyat berasa terjamin, tenteram dan yakin untuk berada di bawah sistem naungannya.
Dalam konteks inilah, kita berpandangan, politik Islam ialah sistem yang luhur, terbuka kepada sesiapa saja tanpa mengira latar kehidupan termasuklah mereka yang tidak menganut kepercayaan dan mengamalkan ajaran Islam. Penyertaan orang bukan dalam sistem politik Islam harus dialu-alukan selagi mereka bersedia mendukung prinsip dan nilai luhur kesejagatan perjuangan politik Islam. Pada masa yang sama tidak menjadi batu penghalang kepada usaha menjayakannya.
Kerangka kefahaman yang luas mengenai maksud pemikiran politik Islam harus memberi dorongan kepada setiap parti politik untuk sama-sama mengambil bahagian dalam membangun dan menjayakan sistem politik Islam yang utuh di negara ini. Kita yakin, parti politik yang mampu meningkatkan tahap kesempurnaannya dari segi ikrar dan amalan berpolitik seperti dituntut prinsip dan nilai ajaran agama Islam, mereka akan mendapat kedudukan yang tinggi pada pandangan rakyat terbanyak. Lihat saja contoh sambutan masyarakat dunia terhadap sistem kewangan Islam hari ini, apabila ia semakin hari semakin berjaya meningkatkan kualiti kandungan dan persembahan produk kewangannya.
Sama-sama ambil bahagian
Dalam hubungan ini, kita perlu kritikal terhadap sebarang langkah oleh mana-mana parti politik yang menjadikan politik Islam sebagai satu sistem yang eksklusif atau tertutup kepada satu-satu perkumpulan saja atau menjadikan perjuangan politik Islam hanya milik satu-satu parti seterusnya menafikan sumbangan dan pembabitan parti lain yang juga menunjukkan minat dan usaha bagi mendukung dan menyertainya.
Sikap sebegini membantutkan pertumbuhan politik Islam dalam negara. Sikap seharusnya ialah kita hendaklah terus menggalakkan sesiapa saja terbabit menjayakan agenda pembangunan politik Islam berasaskan ruang dan keupayaan yang dimilikinya dan berterima kasih atas sumbangannya walaupun mungkin hanya sedikit pada pandangan mata kita.
Artikel dipetik dari Berita Harian

HUDUD DAN ISLAM BUKAN MILIK PAS!!!

Sebahagian dari Kenyataan TGHH yang pernah di keluarkan
Tuesday, April 17, 2012 Aku baca soal jawab Tun M dan sedara Hilal...berkenaan hadis dan AQ yg berkait ngan Hudud.
Ianya sangat menarik..elok ler lapangkan sedikit masa, bacalah!

Satu pandangan dan pemahaman dari seorang negarawan yg berpengalaman luas dan tokoh yg disegani pada negara2 Islam dan bukan Islam..satu lagi pandangan dan pemahaman seorang ilmuan!!

Perbincangan memang elok terus berjalan dan secara terbuka..kerana Islam dan Hudud dah bukan lagi hak mutlak PAS lagi, PAS telah pinggirkannya..sekarang ni perjuangan PAS adalah hak asasi dan kebebasan!! Bebas macam orang tak bertamadun lagi!! Keadilan sejagat (Islam tak cukup adil ke)

Satu pengakuan dari Hilal..beliau sendiri tak tahu bagaimana nak laksanakannya dengan keadaan dan suasana hari ni..

Kedua2 pihak akui..ianya adalah perintah Allah swt dan pastinya adalah adil. Tapi bagaimana nak laksanakan, bagaimana nak tegakkan keadilan ngan suasana zaman hari ini, bagaimana utk pastikan tiada ketidakadilan berlaku pada masyarakat, bagaimana nak adili jenayah2 yg berbagai bentuk dan ragam, apa asas yg mesti diusahakan..dan berapa lama dan berkesannya asas yg hendak dibentuk..

Hilal ada mencadangkan mengemaskinikan sistem zakat, perlukan pegawai2 yg benar2 berkhidmat..utk elakkan kes kecurian..ni cadangan yg mudah. Tapi bagaimana nak kenal pasti pegawai2 mana yg benar2 bertugas kerana Allah swt.. Pekerja2 di Baitul Mal dan pusat2 zakat ni agak2 kita ler..ramai penyokong UMNO atau PAS?
____________
Pada hemat aku..ulamak2 ni tak yah ler nak berpolitik sangat. Turun ler padang, bersikap terbuka..dan rendah diri ngan orang2 awam atau bukan ilmuan agama. Jadilah sebaik2 pewaris ambiya'..
Bukan hanya pandai guna ilmuan utk menutup mulut golongan2 yg ada keinginan pada agama tapi kurang ilmu dan kaedah menafsir hadis dan AQ..
__________

Yg menariknya..bila dari kalangan pempin2 UMNO berkata sesuatu tentang agama khususnya hudud, cepat dan sungguh2 cuba membetulkan salah faham dan merasa sangat khuatir ianya leh rosakkan aqidah yg bercakap dan gitu juga orang2 Islam secara umumnya..prihatin sungguh!!!
siap pesan berkali..kaedah keilmuan sangat penting..tak leh menafsir dan membuat pandangan sesuka hati..ada peraturannya.

Tapi apa2 yg keluar dari mulut Hj Hadi, Nik Aziz, dll pempin2 PAS..tak pula disambut oleh puak2 ilmuan ni..tak pula merasa sedeh, tak pula hirau akan aqidah si polan yg bercakap dan ummat Islam.

Malah ada yg bagi alasan..kata2 mereka telah diputar belitkan oleh media. Ataupun kita tak faham hikmah Tuan Guru..atau pun, tu cakap2 politik -tak pa,..ataupun ianya adalah sahsiah politik kita susah nak faham..ataupun maksud Tuan Guru atau siUstaz ni ada yg tersirat!!
Atau yg tak bersetuju..kaedah ilmuan mereka pulak, lebih baik diam. Kerana Allah swt ke, atau kerana tak nak digelar sebagai anjing UMNO, balaci UMNO..tak tahu ler. Maklum ler ilmuan!!

Solat, umrah dan Haji disamakan ngan demo jalanan, dan jadi dalil halalnya berdemo..pangkah orang kapir masa mengundi adalah kapir ( masa PAS lum brpakat ngan DAP, tapi hari ni ok dah..dah tak kapir malah mati2an perjuangkan pulak)..antaranya.

Dekat sini pun tidak ada keadilan...satu golongan yg dirasakan puak kita, kita maapkan dan tiada hukum spt murtad, fasiq, syirik, atau kafir dikeluarkan!! tapi bila yg rasa bukan puak kita, kita pintas dan potong betul2..dan jika perlu hukum akan dikeluarkan..

Arqam, Ayah Pin..tiada golongan ilmuan agama yg sungguh2 membantah dan mendesak kerajaan ambil tindakan..dan bila kerajaan ambil tindakan, macam2 bunyi terdengar!! lega tapi pasal tak nak nampak menyokong, bunyi ler sikit.
Adil ke?

Assobiyah hari ni bukan kerana suku kaum, tapi kerana perbezaan parti politik..

Sejak Selangor diperintah oleh PAKATAN..satu perkara yg pasti, surau depan umah aku kurang bebenor sentuh bab politik, hal2 kerajaan, betul2 citer pasal agama dan tak melencung pun..seolah2 semua isu yg disentuh sebelum ni, semua dah selesai!! Jika tidak, jenuh yeob oiii!! Volume speaker leh dengor satu taman tu..
Tiba2 je politik dah bukan hal2 agama..kalau dulu marah bebenor kalau larang cakap politik dalam surau, agama suku-politik suku...mana boleh!!
Ni hari..mmm nak kata, terkena batang hidung yeob oiiii!!

HAKIKATNYA..ilmuan ni memang ahli ilmuan ler, tulis dan komen pandai..ceramah pandai..mencari dalil2 dari nas2 AQ dan hadis pun pandai..cuma nak buat keja je tak pandai!!
Dalil yg terang dan jelas...lihat je Kelantan, telah puluh2 tahun baru je nak tubuhkan ahli jawatankuasa mengkaji HUDUD...baru nak tubuh ahli jawatan kuasa!! dibawah perintah Mursyidul Am tu, Tuan Guru tu!!

Dan HAKIKAT lagi...ilmuan2 ni tak leh buat apa2 dan kemana pun, tanpa bantuan dari UMNO..lihat je perbankan Islam, pajak gadai Islam dll..kalau layan puak2 ceramah ni buat, mmm

Dan HAKIKAT lagi..puak ilmuan ni, kalau tak bantuan UMNO..tak deler IKIM, dan entah apa lagi institut2 pengkaji Islam dll..dapat gaji ribuan ringgit..silap2 yg belanja besar mereka gi belajar pun, majoritinya UMNO gak ler yg tanggung!!

Jika UMNO langsung tak pedulikan para ilmuan ni..tak pedulikan Islam spt mana yg didakwa..agak2 apa jadi para ilmuan ni, atau agak2 berapa ramai ilmuan Islam yg ada diMalaysia..

Kini ramai yg berkereta mewah, banglo mewah...perut pun besor2..bini 2,3 ..kabornya rezeki dari Allah swt, ..dan benor belaka tu!!

HAKIKATnya..Islam tak leh ditegakkan oleh PAS, atau UMNO sahaja..ISLAM adalah tanggungjawab bersama setiap ummat Islam..bukan para ilmuan sahaja, bukan orang2 kebanyakan saja, bukan PAS saja..jadi usahlah rasa diri adalah lebih Islamik kerana partinya adalah parti PAS.

HAKIKAT lagi..dan pasti dan amat pasti, orang2 kapir takkan sekali2 membantu menegakkan Islam!!

Tugas ilmuan agama adalah merapatkan dan eratkan siratulrahim dan rapatkan jurang2 perbezaan sesama ummat..ajak pada kasih sayang, bukan benci membenci.

-aa


Pertahankan Kalimah Allah, Kenapa Dr Haron Din ‘Mufarakah’ Dari PAS

AIDCNews – 25/12/12 – Ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkempen kalimah Allah patut diberi kepada penganut Kristian, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pada tahun 2010 pernah ‘mufarakah’ daripada PAS semata-mata untuk mempertahankannya.
Walaupun Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa menyokong kenyataan Ketua Pakatan, Anwar, namun Presiden PAS itu tidak turun padang melobi penggunaan kalimah Allah itu kepada Kristian sebagaimana yang dilakukan secara agresif oleh Ketua Umum PKR.



Sebaliknya, sebagai menentang hujah Anwar, Haron Din turun padang atas kapasiti individu.
Haron Din ketika dirakamkan ucapannya oleh Mahaguru58 bertegas mengatakan menyokong kepaxda sesuatu perkara yang salah di sisi Islam boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

Sambil memetik surah Al-Maidah ayat 73 yang bermaksud, “Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mxengatakan bahawa Tuhan itu ada tiga, tidak ada Tuhan yang kamu nak sembah melainkan Allah Yaxng Tunggal,” Haron berkata sepatutnya perkara ini sudah selesai kerana menjadi milik Islam.

“Orang Islam sepatutnya tidak ada keraguan dalam dirinya, inilah Allah yang kita sembah dan tidak bolxeh kita benarkan atau kita katakan boleh digunakan oleh mana-mana agama untuk menggunaxxkan perkataan Allah.
“Soalan yang saya nak tujukan kepada orang yang merasakan bebas berfikir, bebas bersuara, bebas menyokong apa sahaja..kalau kita sokong..sokong maknanya bersetuju, sokong juga maknanya menolong..,” katanya.

Menurutnya, Islam mempunyai kaedah dalam konsep tolong menolong, iaitu tolong menolong ke arah perkara yang mendatangkan kebajikan dan ketakwaan kepada Allah swt serta menghindari perbuatan dosa.



“Kalau kita sokong Allah ini untuk orang-orang Kristian, Katolik, mereka nak buat apa dengan Allah Taala ini ? Nak mengesakan Allah atau nak mensyirikkan Allah swt ?
“Saya kata syirik dan syirik ini, satu kezaliman yang cukup besar,” katanya.
Menurutnya xbhhhhbhblagi, jika seseorang itu terjatuh dalam amalan syirik, semua kebaikan yang pernah dilakukan sebelum ini, semuanya terhapus.

“Mahukah perkara syirik seperti ini, kita terlibat ? Nauzubillah. Jadi saya tak nampak kalau orang Islam yang faham ini, dia nak buat perkara syirik,” tegasnya.
Dalam satu lagi rakaman kepada TV PAS, Haron secara konsisten menegaskan beliau amat terkilan dan tidak bersetuju kalimah Allah dikongsi dengan penganut lain.
Sambil merujuk Bible, Haron berkata, “Daripada halaman awalnya, chapter satu lagi, saya lihat..diguna perkataan ‘God’…

“Di dalam ini sahaja, ada tidak kurang 30 kali perkataan ‘god’. Halaman dua, tiga, penuh dengan perkataan ‘Lord’..sterusnya, ‘Jesus’.
“Sampai sepanjang Bible ini, saya tidak bertemu perkataan Allah.”


AMUKANMELAYU - Sangat bahaya....sangat bahaya. Dialog dan perbahasan sekarang ni bukannya semua boleh di mengertikan. Ini kerana pemerhati bukan semuanya orang berilmu. Mereka lebih memerhatikan siapa yang boleh memberikan HUJAH yang boleh di terima akal dan mereka juga lebih kepada MENANG dan KALAH. Ini adalah PERANGKAP MAUT yang di pasang oleh PAS kepada semua Penganut Islam di Malaysia. Tidak mustahil sekiranya HUJAH mereka yang mewakili PAS(sebenarnya mewakili ISLAM) lemah atau amat lemah akan memperangruhi mereka yang kurang pengertian Islamnya akan "MELOMPAT" kepada Ugama lain, ini termasuklah yang baru menganut Islam. Amukanmelayu berharap sekiranya perkara ini terjadi....yang mewakili PAS ini perlu bertanggung jawab sekiranya berlaku apa yang Amukanmelayu maksudkan.....MURTAD.