WAJARKAH DS NAJIB BERI PINGAT PENGHORMATAN BUAT WARTAWAN MALAYSIA KINI ???
Malaysiakini antara penerima anugerah yang diberi DS Najib !!!! hairan PM dengar cerita ini huuhuu baca disini admin ada juga menerima pelawaan rakan Bloger untuk pergi kemajlis ini tapi malas nak campur rakan rakan kesana jadi time mereka nak pergi kawan tu datang umah ajak pegi maka admin buat2 tido heeeheeee rupa2nya ada cerita pelik kat sana akan timbul heeeeheee
Mana tak PM peliknya dua wartawan Malaysiakini menerima Anugerah dari DS Najib adalah Nigel Aw dan Lee Long Hui, Sebelum ini anugerah yang sama telah diberikan kepada pejuang-pejuang negara seperti anggota Polis dan Tentera yang berkhidmat di Ops Lahad Datu dan kita dapat merasakan degupan daripada akar umbi, sia-sia sahaja menjadi "tentera media Umno" yang menyokong kerajaan DS Najib selama ini,dan admin tak sangka pulak sampai begini para siber BN di hina dan nasib itulah yang terpaksa mereka terimaPenganugerahan yang DS Najib beri kepada wartawan Malaysiakini ibarat mengejek rakan2 kita yang menyokong kerajaan BN khususnya DS Najib. Malangnya punahsihat-punahsihat DS Najib terlupa bahawa Malaysiakini adalah wadah penyebar dakyah palsu dan menjadi batu api dalam isu Lahad Datu. Malam ini mereka diraikan dan diberikan pingat kebesaran pula,
Bagi admin yang masih mentah dan menjadi pemerhati sahaja tak apalah maklumlah orang yang hanya menyokong dari belakang dan tak terasa langsung tapi bagi pihak rakan Bloger turut bersimpati dengan nasib mereka sahaja,apa apapun jika entri ini mengguris hati pihak DS Najib anggap lah ini hanya luahan hati Admin sahaja dan harap dimaafkan jika tersinggung kerana sesungguhnya kerana sayangkan pemimpin maka admin @pm menegur supaya pihak yang berkenaan dapat membetulkan keadaan di masa depan dan pada pejuang BN ingatlah mungkin DS Najib lebih arif mengapa beliau buat begitu maka kita doakan sahaja semoga DS Najib berjaya dengan sokongan kita demi menjaga keharmonian dan kemajuan Agama Bangsa dan Negara kita. Wallahuaklam.
NAJIB - Orang nak pengat nak buat buka posa, bukannya pingat... |
AMUKANMELAYU - Tak habis lagi Najib ni duk pulun supaya Cina sokong dia. Nama hang pun depa dah tukar kepada Cina(Najib@Ah Jib Gor).....sekarang ni depa nak tukaq Tanah Melayu ni menjadi Tanah Cina. Kalu yang ni pun hang tak faham.....lebih baik hang bagi laluan kat Muhyiddin Yassin. Kalu hang bagi kat Hisshamuddin lagi parah la Melayu ni.