Ketua Wira Perkasa "Anak Jantan" Yang Ada Teloq Belasah Najib..
Bersemangat betul Ketua Wira Perkasa ni membelasah Najib dalam kenyataan medianya ini.. habis segala apa yang dah dilakukan oleh Najib dipertikaikannya.. lebih dari pembangkang pulak..
Setelah lima tahun berlalu baru beliau sedar bahawa Najib telah menggadai hampir kesemua kepentingan orang Melayu hanya kerana mahu meraih undi dari kalangan bukan Melayu..
Asalamuaalaikum,
1 Malaysia, BR1M, memberi peruntukan berlebihan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan terbukti GAGAL.Ini adalah kerana kepimpinan yg mahu mendapatkan undi kaum Cina sebanyak 26% dan undi kaum India .
Bagi kaum cina ianya terbukti gagal, peratusan kaum cina itu keluar mengundi meningkat, tetapi peratusan yang dapat kepada kerajaan hanya 8%. Manakala kaum india yang ramai menyokong kerajaan. Tetapi kadar jenayah daripada kaum ini meningkat.
Terbukti kegagalan ini sedah diterjemahkan daripada PRU13 tempoh hari. Malangnya kepimpinan tertinggi Negara masih lagi menagih kepada kaum-kaum ini, melatik orang-orang yang tak sepatutnya dilantik.
Laungan 1 Malaysia ini dilaungkan oleh pengampu-pengampu, saya mahu tanya apakah 1 Malaysia ini berjaya? Jika pada pandangan saya ianya terbukti gagal.
BR1M pula kerajaan yang mana konon-kononnya membantu rakyat, tetapi sebenarnya inilah rasuah yang di halalkan oleh kerajaan.
ANAK JANTAN - Perlu berani "BERSUNAT" sendiri |
Atas dasar apa pemberian ini? Apakah ianya dapat membantu rakyat? Membantu tetapi rakyat meminta minta. Ini juga adalah ketidak pandaian kerajaan mentakbir urus Negara.
Betapa singkatnya pemikiran kerajaan sehingga perlu memberi duit kepada rakyat? Kerajaan juga memberi wang rakyat yang telah disalah gunakan. Terbukti cara begini juga tidak berjaya.
Peruntukan untuk sekolah jenis kebangsaan mendapat peruntukan jutaan ringgit, peruntukan sekolah-sekolah ini diberi dengan banyak sekali jika berbandingkan dengan sekolah pondok. Perdana Menteri yang meluluskan peruntuka-peruntukan ini lalu terus melemahkan parti-parti komponen.
Hj Najib menjadi hero ataupun pengkhianat yang mana memberi peruntukan dengan begitu banyak sedangkan sekolah-sekolah jenis tidak ada dalam perlembagaan Negara.
Demi mendapatkan undi sehingga Kalimah ALLAH di benarkan diguna pakai oleh pihak kristian, Hj Najib selaku Perdana Menteri dan Hisamuddin semasa memegang Menteri Dalam Negeri. Apakah semua cara membolehkan Nj Najib mendapat 2/3?.
Segala usaha mengadai hak-hak melayu untuk mendapatkan undi tidak berjaya, diterjemahkan pada PRU13 yang lepas, Melayu masih memberi undi kepada kerajaan.
KEMBALI PADA ALLAH |
Bukan sebab kerajaan pimpinan Hj Najib itu terbaik, tetapi disebabkan Melayi tiada pilihan seketika itu. Nampak Hj Najib masih lagi menggunakan kaedah lama yang mana masih meminggirkan kaum pribumi di Negara ini dan mengagong agongkan kaum lain.
Penggunaan Kalimah ALLAH adalah klimax. Mana letaknya jiwa sebagai seorang Islam? Sehingga sanggup menggadai kalimah ALLAH.
Sudah cukup segalanya digadai, sudah cukup....... Kepimpinan Wra Perkasa Malaysia berharap supaya Hj Najib meletakkan jawatan. Pengorbanan ini perlu demi menyelamatkan survaival Islam dan Melayu di bumi sendiri..
ALLAHUAKHBAR!!!
ALLAHUAKHBAR!!!
ALLAHUAKHBAR!!!
IRWAN FAHMI IDERIS
KETUA WIRA PERKASA MALAYSIA
Batu 6, Titi Gajah,Alor Star,
17hb. Jun 1969
Y.T.M. Tunku,
Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.
Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.
Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.
Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.
Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.
Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.
Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku.
Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.
Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.
Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha. Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul.
Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.
Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.
Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.
Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.
Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.
Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?
Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.
Patek Yang Ikhlas,
(Dr. Mahather bin Muhammad)
Surat Tun Dr. Mahathir Kepada Tunku Abdul Rahman Mengenai Sikap 'Chinions'

Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar Pula Berkata
"Saya tidak tahu Wira Perkasa ada kuasa yang begitu besar untuk paksa perdana menteri meletak jawatan,"
Menurut Timbalan Presiden Perkasa itu, beliau akan menemui Irwan dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan itu. - TMI.
Kenapa kenyataan Timbalan Presiden Perkasa itu seperti dah jangka .... sebab tu "Kita Kena Memendam Rasa" - Bolehkah pandangan tegas Pemuda Perkasa ini diambil sebagai mewakili pendirian Perkasa ? Atau apakah kita bakal menerima satu kenyataan dari kepimpinan tertinggi Perkasa yang mungkin menyatakan Ketua Wiranya bercakap atas kapasiti peribadi ?
Sejak hampir seminggu ni Amukanmelayu tak sempat nak semak semua Blog kerana di serang Sakit Batu Karang, tapi nampaknya sunyi sepi saja. Mungkin dah terima panggilan dari orang Pejabat PM atau mungkin dari RM kot?
Apakah nanti kita akan dengar permohonan maaf dari Ketua Hulubalang Perkasa ? Tak pun kenyataan dari kepimpinan yang artikel itu adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Perkasa maupun sayap WIRAnya ?
Sejak Perkasa diLIHAT sebagai punya aspirasi seolah mahu diiktiraf sebagai salah satu sayap Umno (!), reaksi sebegini SUDAH DIJANGKA.
BERANI - Kalu tak lebih baik bersunat sekali lagi. |

Cukup-cukup diugut Dong Zong - Cendikiawan Melayu
Jangan jadi mangsa peras ugut
Oleh HUSSAINI AMRAN dan SOFIAN BAHAROM
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Kongres Perdana Pendidikan Kebangsaan anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini dalam resolusinya memberi peringatan kepada kerajaan agar berhenti daripada menjadi mangsa peras ugut pihak tertentu.
Ketua 1 Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar ketika membentangkan resolusi itu menegaskan, kerajaan juga perlu berhenti melayan tuntutan yang tidak munasabah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta perundangan berkaitan.
Menurut beliau, kongres turut mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kementerian Pendidikan supaya bersikap tegas dengan mewujudkan sistem pendidikan tunggal di negara ini.
"Kerajaan tidak seharusnya meluluskan penubuhan sekolah menengah jenis kebangsaan Cina dan mengiktiraf sekolah swasta Cina yang tidak mengikut Kurikulum Pendidikan Kebangsaan serta menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar utama dalam usaha mewujudkan jati diri dan perpaduan kebangsaan.
"Tiada negara lain, contohnya Singapura, Indonesia dan Thailand yang mempunyai sekolah vernakular," katanya yang juga Pengarah Pra-Kongres dan Resolusi program berkenaan.
Tambah Abdul Latiff, kerajaan tidak boleh membiarkan golongan tertentu bermain dengan 'bom jangka bersiri' yang memporak-perandakan perpaduan nasional dan keutuhan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, segala ketidakpatuhan yang berlaku sejak sekian lama itu hendaklah diperbetulkan agar tiada kekeliruan dalam pelaksanaan peruntukan perundangan dan dasar negara.
"Kita perlu tegas dan akur dalam mempertahankan perundangan serta Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 152 dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)," ujarnya.
Dalam pada itu, Abdul Latiff memberitahu, kongres berkenaan menyokong usaha kerajaan membina negara bangsa yang bersatu padu dengan memperkasa sekolah kebangsaan dan sekolah menengah yang menggunakan satu kurikulum serta menganjurkan peperiksaan dalam bahasa Melayu di samping memberi pelajar-pelajar peluang mempelajari bahasa-bahasa asing.
"Kongres turut mendesak Kementerian Pendidikan menjadikan bahasa Melayu sebagai pengantar utama di institusi pengajian tinggi awam dan swasta manakala pemberian dana penyelidikan serta syarat-syarat kenaikan pangkat perlu mengutamakan penyelidikan dan karya ilmiah dalam bahasa Melayu," jelasnya.
Resolusi yang mengandungi 10 perkara itu merupakan rumusan daripada usul-usul yang dibentangkan berhubung Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam lima sidang selari yang dianjurkan sempena kongres tersebut pada 21 Ogos lalu dan hari ini.
Selain Abdul Latiff, tokoh-tokoh yang menjadi moderator sidang selari itu ialah bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah; bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Hashim Yaacob; Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim dan bekas Pengerusi Malaysia Airlines System Bhd. (MAS), Tan Sri Abd. Aziz Abd. Rahman.
Sidang selari tersebut yang membincangkan lima topik berbeza tentang dasar pendidikan negara dianggotai 77 pakar pelbagai bidang termasuk Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah; bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar; Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Napsiah Omar; veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid; bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (Bersara) Tan Sri Ghazali Mohd. Seth dan dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.
OTAI MASIH BERBISA |
Sementara itu, Hasan dalam sidang akhbar selepas kongres tersebut berkata, resolusi tersebut akan dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 29 Ogos ini.
"Kami berharap kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan mempertimbangkan resolusi itu dan melihatnya sebagai suara rakyat yang tidak mahu kerajaan berkompromi dalam melaksanakan dasar pendidikan negara," ujarnya.
Beliau turut menegaskan, kerajaan tidak perlu melayan sebarang tuntutan daripada Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zong) yang dipercayai lebih menjaga kepentingan individu-individu tertentu di dalam pertubuhan berkenaan.
"Dong Zong bersikap anti-nasional dengan mempersoal niat baik kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam semua sistem pendidikan Malaysia.
"Sepatutnya Dong Zong wajib mendidik anak-anak Cina agar cinta dan taat setia kepada negara dengan menyokong satu sistem pendidikan kebangsaan yang dapat memantapkan perpaduan dengan memperkukuhkan jati diri kebangsaan yang berteraskan kepada Perlembagaan, Rukun Negara, sejarah dan peradaban Malaysia," ujarnya.- Utusan Malaysia
Kerajaan Didesak Kembalikan Semula Sistem Pendidikan Berpaksikan Perlembagaan Negara
Cukup-cukuplah BERLEMBUT Najib..... |
KUALA LUMPUR, 27 Ogos : Kerajaan didesak supaya mengembalikan semula sistem pendidikan yang berpaksikan Perlembagaan negara yang dilihat sebagai faktor penting dalam menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Bernama melaporkan, bekas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Tan Sri Ibrahim Abu Shah berkata semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan rakyat tidak akan dapat dicapai jika sistem pendidikan vernakular terus diamalkan di Malaysia.
“Selagi kita tidak berbalik kepada asas negara, kita tidak akan mencapai perpaduan, semangat kekitaan atau integrasi nasional yang kita idamkan selama ini,” katanya pada sesi pembentangan dan perakuan resolusi Kongres Perdana Pendidikan Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini Selasa.
Terdahulu, ketika mempengerusikan sidang pleno bertajuk ‘Sistem Pendidikan Berkesan Pembina Peradaban dan Nilai Budaya’ pada kongres berkenaan, Ibrahim berkata kerajaan tidak perlu berlembut atau tunduk kepada permintaan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).
Beliau berkata persatuan itu tidak akan pernah berpuas hati dengan dasar pendidikan negara.
Persatuan berkenaan sering mencetuskan kontroversi apabila membantah pelaksanaan dasar pendidikan negara yang dibuat bagi memajukan sektor pendidikan, termasuk menolak pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) pada September ini.
Ibrahim berkata badan bukan kerajaan (NGO) perlu lebih tegas dalam memperjuangkan isu berkenaan.
Pandangan sama turut dikongsi pakar perundangan Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman yang menyatakan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1996 mempunyai peruntukan jelas berhubung hak pendidikan saksama dan kedudukan Bahasa Melayu dan ia tidak seharusnya diubah demi keperluan politik semata-mata.
“Sejak awal Perlembagaan dan perundangan berkaitan secara jelas menyebut Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan alat perpaduan negara bangsa, dan ini jangan diubah…apa sahaja yang bertentangan dengan undang-undang hendaklah ditolak dan tidak dilayan,”katanya.
Pensyarah di institut pengajian tinggi swasta Noorhajran Mohd Noor pula menganggap sebarang perubahan sistem pendidikan yang bertunjang kepada kepentingan politik dan populariti harus dihentikan untuk memastikan hak kaum Melayu dalam Perlembagaan terus dihormati.
Seorang peserta Datuk Sulaiman Samad pula mempertikaikan ketegasan kerajaan dalam melaksanakan peruntukan 152 Perlembagaan Persekutuan berhubung penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar apabila Bahasa Inggeris lebih banyak digunakan termasuk dalam persidangan Parlimen dan di mahkamah.
Bekas pengetua sekolah menengah itu berkata kerajaan perlu lebih tegas dan bersungguh-sungguh dalam pelaksanaan jika mahu pematuhan terhadap Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang digubal terus relevan di mata rakyat.
Naib Pengerusi Persatuan Guru-Guru Pencen Pulau Pinang Datuk Daud Tahar pula mendesak supaya dasar meritokrasi pendidikan dihapuskan kerana bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang memberi tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu termasuk mengadakan kuota kemasukan ke perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam.
Katanya dasar yang memberi kesaksamaan kepada semua individu tanpa mengira kaum, sekiranya mahu diteruskan, harus meletakkan persaingan sesama kaum terlebih dahulu sebelum dipilih berdasarkan peratusan pendidikan yang sudah ditetapkan.

AMUKANMELAYU - Biar mati bermaruah.....bermandikan darah dari mati bersulam "BIDAAH" bagai PEMIKAT terlekat getah......burung terlepas tangan yang berbau tahi....