,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 15 May 2013

ABPBH - KAN LEBIH ELOK JADI ARTIS


Terimalah Qada & Qadar Ilahi

 
FANTASIA BULAN MADU - Demi cintaku pada mu, ku korbankan jiwa dan raga, haruskah akan ku telan lautan baraaaaa....bulan madu di awan biru......
 

Memang lawak Gila beb kalau aa orang kata DSAI ada sifat kenegaraan yang tinggi. Mau berguling - guling orang gelak kat dia kalau ada yang cakap macam tu.

Soal mengenai sistem Elektoral dan sistem Undi Popular, DSAI bukannya tak faham. Tapi dia saja buat - buat tak faham. Peminat atau "Fan club" dibawah pula fanatik belaka.

Jadi, memang tak salah la kalau seorang pelajar UIA dari Indonesia memberi pandangan bahawa DSAI tu mengamalkan Politik yang jelek dan amat memalukan. Dan dia memang tak de sifat Kenegaraan yang tinggikatanya.
Jakarta Selatan - Pemilu (Pemilihan Umum) di Malaysia sudah pun berakhir sebenarnya. Kemenangan jelas milik parti pemerintah diketuai bapak Najib.
Sebaliknya oposisi di Malaysia oleh bapak Anwar dengan kerjasama Lim Kit Siang seorang Cina. Kalau di Jakarta, ia seakan Cina totok begitu.

 
Amat menjelekkan demokrasi ala Malaysia karena pemenangnya sudah jelas kepada team bapak Najib, mengapa perlu lagi bapak Anwar sibuk-sibuk bikin porak-poranda negara sendiri. Seharusnya terima saja keputusannya.



Ternyata bapak Anwar tidak punya perasaan kenagaraan yang tinggi, dia sendiri mengkianati rakyatnya. Bapa Anwar harus menerima hakikat yang mana Malaysia bukan pengamal sistem Persiden.


Jika Malaysia menggunapakai sistem Persiden seperti di Indonesia atau di Amerika, ya memang benar undi paling banyak dikira sebagai pemenangnya. Misalannya, Bapak Jusuf Kalla melawan Bapak Susilo, ternyata Bapak Susilo menerima undian paling terbanyak maka sudah jelas Bapak Susilo menjadi Persidennya.



Di Malaysia tidak begitu, karena Malaysia menggunapakai sistem Komanwel dan British Democracy. Makanya mana-mana partai yang menang walaupun tidak majoritas undinya, partai itu dikira pemenangnya.



Karena majoritasnya dilihat kepada partainya bukan kepada manusianya. Hal ini sebenarnya amat remeh dan memalukan jika tidak difahami. Masakan bapak Anwar dan oposisinya tidak mengetahui hal-hal seperti ini?




Saya sendiri pelajar jurusan undang-undang di Universitas Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak, saya tidak faham mengapa Bapak Anwar tidak bisa menerima keputusan rakyatnya sendiri.
 

Kalau ikut sistem undi popular yang dimahukan oleh pihak pembangkang, Khalid Ibrahim tidak boleh menjadi Menteri Besar Selangor. Ini kerana Khalid Ibrahim hanya mendapat 18,591 undi sahaja berbanding Abd Rani yang mendapat 22,086 undi. Rani terbukti lebih popular kalau berdasarkan jumlah undi.

Azmin Ali akhirnya terpaksa mengalah dengan Khalid sebab dia hanya dapat 16,502 undi sahaja. Jika begitu Anwar Ibrahim pun tidak layak menjadi Ketua Pembangkang dalam parlimen, PKR hanya dapat 30 kerusi sahaja di parlimen, DAP dapat 38 kerusi.

Dan kalau ikut sistem undi yang banyak, Teresa Kok patut jadi Ketua Pembangkang dari DAP sebab dapat 61,500 undi berbanding Kit Siang yang hanya dapat 54,284 undi. Orang yang kalah dan tidak boleh menerima kekalahan akan mencipta alasan tersendiri untuk mengkucar kacirkan pemikiran rakyat.


Ini adalah keputusan pilihan raya di Amerika Syarikat antara Republikan dan Demokrat. Bill Clinton dan George W Bush tidak boleh menjadi Presiden Amerika Syarikat kalau ikut sistem ciptaan Anwar Ibrahim dalam pilihanraya pada tahun 2000 dan 1996.

Ini kerana Bush mendapat popular vote sejumlah 47.87% dan Clinton mendapat 49.23% popular vote pada tahun berkenaan. Oleh kerana majoriti kerusi dalam House Of Representatives dikuasai oleh Bush dan Clinton maka parti mereka diisytihar sebagai pemenang. Apa kata Anwar Ibrahim pergi bertanding kat USA dan kalau kalah jangan buat kacau atas jalan pula nanti.  byAzrinizam Ibrahim