,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday, 8 May 2013

PRU KE 13 - BILA MENANG BANYAK YANG SENANG, BILA KALAH BANYAK YANG SALAH


Keputusan Post Mortem Kekalahan PAS Dah Keluar...lihat di bawah

Admin tertarik dengan artikel yang dikeluarkan sebuah blog berhubung penyebab kekalahan PAS pada PRU13 Ahad lalu. Sekalipun artikel tersebut sedikit sebanyak menghentam UMNO/BN, admin masih juga mahu mengongsikannya dihalaman ini untuk sama- sama memahami puncanya.
Jawapan terbaik selepas kalah, kepada pembangkang, sila take note, adohai..
Pendapat aku kenapa ‘perjuangan islam’ kalah:
1) Orang sokong pas ramai tak solat jemaah, macam mana islam nak menang, jika aku tegur, di tuduh macai umno, adohai....
2) Indicator perjuangan islam bukan 5 tahun sekali, indicator yang sepatutnya, 5 kali setiap hari, cuba tanya semalam solat 5 waktu awal waktu tak? kat masjid tak? khyusuk tak? tak paham paham lagi?, lepas tu doa bala dengan perasan Allah dekat dengan kita, adohai..., buat malu parti so call islamik jer jika ugama kita sokong tapi tak dokong.., hampeh.
3) Hudud di perjuang tapi takde dalam manifesto, hudud di perjuang tapi solat tak diperjuang, Nabi naik ke langit ambik hukum hudud ke hukum solat? aku tahu hudud penting tapi solat lagi penting, nampak sangat jihad gantung bendera tak ada tarbiah, sebab selamba tinggal solat jemaah, argg, naik syeikh pulak aku ni-woha! 
4) Allah yang menangkan UMNO, Allah yang kalahkah PAS, masa untuk muhasabah diri, kenapa Allah tak tolong PAS? jawapan dah diberi oleh ustaz azhar idrus di atas, harap paham dan tolonglah jadil pandai.
5) Ulamak bukan Tuan guru Nik aziz sahaja, beliau belajar di india, lepas beliau belajar adakah madrasah tutup? Kemana pergi class mate beliau? Ke mana pergi ulamak senior dan junior beliau?, ini bermakana bukan semua ulamak duduk dalam PAS. Ada ramai lagi ulamak lain yang tidak berpendapat politik demokrasii ni sama dengan politik Nabi, mengaji dulu apa beza kedua-duanya, ramai ulamak menolak politik demokrasi kerana mereka ingin umat bersatu kembali atas nama mahabbah Rasulullah, Mahabbah Sunnah dan Mahabbah Umattu Rasulillah. sila tak note.
6) Ramai pengikut Pas gagal ikut sunnah Para Sahabat ranhum dalam menghadapi pemimpin zalim seperti Hajjaj bin Yusuf. Caci maki, fitnah, dan buat lawak dengan serang peribadi bukanlah cara islam, Check!
7) Perjuangan PAS guna cara politik demokrasi, di ijtihad kerana bagi mereka ia satu jenis darurat untuk melawan kerajaan zalim,dan dan aku juga mengundi untuk tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat atas sistem negara demokrasi,tapi aku tidak iktikad ia sebagai sebuah perjuangan sebenar, so adalah salah bila anggap inilah satu satunya jalan jihad. Adohai...
8) Hentikanlah kafir mengkafir, solat tak di terima dan lain lain fatwa kaum kera kerana tak ada dalil direct mengatakan masuk neraka kalau tak mengundi atau tak ikut perjuangan parti,tapi conferm masuk neraka orang yang tak solat,puasa dan lain-lain. Sila take note.
9) Cuba renung dalam dalam dan tarik nafas dan akuilah bahawa Islam tidak akan tertegak dengan sistem demokrasi, panjang jika nak tulis bab ni..
10) cukuplah jadi bodoh kerana politik dengan cara dedah aib musuh, tapi bela aib kawan sendiri.., Nabi bila Aisyah dituduh berzina, Nabi tak emosi dan terus bela macam korang bela ahli parti, nabi siasat dulu, malahan Nabi cakap, jika Fatimah mencuri aku sendiri akan potong tangannya, bukan macam korang.., ahli parti saya baik baik belaka, mana ada berzina, video besi tak boleh jadi saksi, tapi jika umno buat silap, tak ada bukti terus sebar, itulah budaya politik sempit yang memalukan islam..
11) Nak menang politik, jangan cipta banyak musuh, korang cakap polis sebagai anjing kerajaan, sedangkan polis mengundi, bini polis mengundi, anak beranak polis mengundi, lepas tu korang cakap askar sandiwara berperang, sedangkan askar mengundi, bini askar mengundi, anak beranak askar mengundi, lepas tu korang nak tutup lynas, sedangkan pekerja lynas mengundi, bini pekerja lynas mengundi, anak beranak pekerja lynas mengundi, lepas tu korang nak tutup tol, nak tutup proton, nak hapus AES, nak hapus PTPTN sedangkan semua pihak tu mengundi, bini mereka mengundi, anak mereka mengundi.., arghh, pilikrlah sendiri..
12) Jangan jadi bodoh buang masa pasang bendera tinggi, bendera besar, bendera banyak, lepas tu berjaga siang malam sedangkan orang mengundi bukan sebab bendera, membazir saudara syaitan..
13) Saidina Umar bila ada jemaah islam kalah perang, beliau akan suruh semak apakah sunnah Nabi yang jemaah itu tak buat, bila di semak, ternyata solat jemaah tak lurus, bila lurus baru menang, cuba check kitab sejarah..
14) So, yang utama aku nak komplen adalah bab solat berjemaah, ramai lagi orang PAS fail jaga solat jemaah, sedangkan dengan menjaga solat jemaah, barulah pertolongan Allah itu bersama kita, insyaAllah, ternyata ceramah lawak dari ustaz PAS tidak memberi kesan tarbiah yang di harapkan.., mungkin kena ubah cara lawak kepada cara sunnah, mudah mudahan.,
Ok, Cukuplah 14, (jika ada korang boleh tambah) lagipun itu hanya pendapat aku yang hina dina, Aku sayang PAS dan semua orang islam, masih ada ruang untuk muhasabah diri, aku bukan nak menghina, tapi aku nak menegur, salah UMNO tak perlu aku tulis sebab korang dah sedia maklum, tapi salah PAS takde ustaz ustaz nak tegur, maka biarkan aku yang sayang pada semua orang islam ni menegur kerana Allah, aku tak rugi jika korang tak nak ikut pesanan aku, aku sendirilah yang rugi jika tidak amal apa yang aku sampaikan.., sekian pesan kepada diri sendiri. ~diedit dari sumber asal - Kereta Mayat

AMUKANMELAYU - salahkah bila menegur?