TAK DAPAT TANDUK, TELINGA DIPULAS...
NAJIB - Baiki dulu UMNO dari dalam |
Fesyen politik nak suruh orang letak jawatan dan
bertanggungjawab atas perbuatan yang dia hanyalah penurut, memang sudah
diketahui umum. Dek kerana itulah pepatah Melayu menyatakan 'siapa yang
mahu mengaku berak di tengah jalan.'
Selepas Tun Daim mengeluarkan isi perutnya setelah rimas
dengan gelagat tukang-tukang penasihat di sekeliling Perdana Menteri
tetapi akhirnya memberikan nasihat busuk dan lanfsung tidak terpakai,
semakin kerap ler pulak suara-suara sumbang yang diketahui siapa taukeh
mereka, kedengaran menyalak dan melolong.
Kata mereka, Najib harus meletak jawatan kerana segala perancangannya telah gagal.
Sedangkan walaupun Najib mungkin menjadi Perdana Menteri
dari UMNO yang mempunyai penasihat paling ramai, namun beberapa gerak
kerjanya membuahkan hasil untuk rakyat Malaysoa tanpa mengira latar
belakang kaum dan agama.
Cuma Najib bernasib malang kerana mewarisi sebuah kerajaan
yang cukup lemah pada ketika itu yang telah membiarkan anai-anai
bersarang sehingga akhirnya tidak terkawal apabila Anwar Ibrahim
dibenarkan menggunakan platform politik untuk menghapuskan perbuatan
jijiknya daripada diketahui oleh anak cucunya.
Ditambah pula dengan kebebasan yang tiada had, kelemahan
banyak elemen yang sebelum ini membantu UMNO-BN untuk kekal berkuasa
semata-mata untuk.mengkayakan kaum keluarga selain percampuran masalah
peribadi dan keluarga dalam kerja-kerja negara membuatkan Najib bagaikan
orang lemas yang akan menggapai apa-apa sahaja untuk bergayut dan
berpaut.
Najib telah berjaya menstabilkan semula ekobomi dan
kewangan negara. Kalau sebelum Najib, rakyat merungut tentang susahnya
nak berniaga, pada zaman Najib ianyabsudah mula berubah sehinggakan
ramai yang mempunyai waktu senggang dan berkualiti untuk melakukan
pelbagai perkara berbanding bekerja.
Kehebatan kaum oportunis menjual diri mereka, kononnya
mereka ada pakej ajaib yang bole membantu Najib mengatasi masalah
kehilangan sokongan, akhirnya membuatkan Najib tertipu.
Nama-nama seperti Omar Ong tidak mendatangkan sebarang
faedah politil jangka panjang buat Najib. Malah manusia ini juga tidak
memberikan faedah kepada negara melainkan mengulangi semula kontrak
kerajaan dari sebesar-besar sehinggakan kepada pembekalan alatulis dan
buku bacaan tambahan pun disapu dek menantu.
Nak samakan Najib dengan pemimpin yang digantikannya
bagikan membandingkan hitam dan putih. Najib telah membuktikan dia
berupaya mencetuskan atau mengembalikan semula keyakinan pelabur
menerusi projek duit buat duit bukannya bekukan ekonomi dengan alasan
negara takdak duit dan kita perlu simpan duit.
Pendapat duit tak boleh dibelanjakan supaya tifak jatuh
miskin hanya untuk kabinet dapur. Apabila melibatkan negara, stimulasi
ekonomi memerlukan kerajaan berbelanja bagi mewujudkan lebih banyak
kecairan domestik sekaligus memastikan ekonomi berfungsi secara normal.
Bajib telah berjaya melakukannya. Walaupun Pakatan cuba
menimbulkan masalah hutang negara tetapi Najib berjaya menyanggah
tuduhan mereka dengan simpanan serta rezab kewangan serta pegangan
Malaysia yang lebih kukuh.
Tak ada sebab untuk Najib berundur dari jawatan Perdana
Menteri. Setelah mengambilalih jawatan tersebut daripada prestasi yang
sangat buruk, kelemahan Najib hanyalah kerana dia anak aristokrat yang
bila nak makan jambu, dia tidak perlu panjat pokok jambu tetapi cukup
sekadar menghulurkan duit.
Yang perludicampak, diterajang, diusir bahkan dilaknat dan
dicela seluruh keluarga dan keturunan adalah manusia penasihat yamg
telah mengelirukan minda Najib sehingga dia melakukan beberapa kesilapan
dalam pendekatan politik yang kemudian diambil kesempatan oleh puak
yang sama untuk mencuri secara halal.
Campak mereka ini dan usir serta kenakan perintah
menghalang mereka daripada mendekati Najib mahupun Rosmah, maka Najib
sudah pastilah akan menjadi Perdana Menteri terbaik Malaysia di
tengah-tengah kegawatan ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah serta
Australia.
Yang perlu berambus adalah para penasihat yang telah
menjadikan Najib sebagai anak patung .tanah liat yang sangat mudah patah
dan hancur.
AMUKANMELAYU - JKKKKKKKKK dan K pun Najib kena duk tengok selalu, sebenaqnya depa nilah yang menghantar mesej DENYUT NADI RAAYAT, kalu depa ni yang duk mohong dan membina KEKAYAAN dengan elaun RM 800.00, semuanya menjadi BALA kepada UMNO dan orang Islamelayu......