Inilah wajah-wajah pengkhianat bangsa...
Mereka hanya berjuang bila ada jawatan dan kepentingan
Woiiii Rafidah dan Azran...Buat Apa Tu ?
Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar berkata,
Rafidah selaku pengerusi syarikat berkenaan tidak harus bertindak
demikian memandangkan sikap Azran itu umpama tidak menghormati
kepimpinannya sebagai bekas pemimpin Wanita UMNO yang membela
kepentingan wanita Melayu di negara ini.
"Azran sepatutnya sedar akan kedudukan beliau sendiri sebagai anak
Melayu yang mendapat manfaat besar di syarikat penerbangan tersebut.
"Tindakan tegas daripada Rafidah juga didesak bagi membuktikan semangat
kebangsaan yang ada dalam syarikat yang mewakili nama baik Malaysia di
serata dunia masih terus kekal," katanya dalam satu kenyataan di sini
hari ini.
Azran menerusi akaun Facebook dan Twitternya baru-baru ini bertindak
mencerca Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar rasis hanya kerana
menyiarkan artikel berbentuk pertanyaan bertajuk Apa lagi Cina mahu?
pada 7 Mei lalu.
Kenyataan biadab itu mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang
menuntut penjelasan Rafidah berhubung kenyataan Azran berkenaan.
Mengulas lanjut, Rosni berkata, Rafidah tidak seharusnya lantang
mengkritik dan mengadu-domba pada landasan Wanita UMNO semata-mata.
Tetapi, kata beliau, apabila perkara yang membabitkan kepentingan
Melayu, Rafidah mengambil keputusan untuk berdiam diri atau mungkin
bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu sendiri setuju dengan kenyataan
Azran tersebut.
"Apakah begini sikap seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO?" soalnya.
Persoalannya, tambah beliau, apakah Azran membuat kenyataan tersebut
setelah mempertimbangkan atau membaca akhbar-akhbar Cina yang mana lebih
rasis daripada Utusan Malaysia sendiri?
"Saya bagi pihak Wanita UMNO mendesak Azran untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua orang Melayu," tegasnya.
AMUKANMELAYU - di mana lagi dahan untuk ISLAMELAYU berpaut jika semua PEMIMPINYA dah sesat melarat