PANAS BERAPI - TUN DAIM "BALUN" PUNAHSIHAT NAJIB
Adakah Najib Masih Selamat dengan Penasihat-Penasihat Ini?...
PENASIHAT VS PUNAHSIHAT |
Benarkah kedua dua "orang kepercayaan Najib" diatas ini menjadi punca BN gagal pada PRU 13 untuk mendapat majoriti 2/3 Parlimen...?
LKY - Berkempen awal untuk DAP |
Menjelang pilihan raya, pemerhati mendapati Najib telah menggunakan populariti peribadinya untuk membantu BN mendapatkan semula majoriti dua pertiga di Parlimen — mereka hilang pada 2008, yang mana Daim mengatakan sebagai pendekatan salah.
“Betul, anda perlu tanya BN. Tetapi pada pandangan saya, ia adalah strategi salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah pilihan raya Parlimen dan bukannya pilihan raya presiden.
“Penasihat PM kena dipecat. Jika anda menyamakan undi untuk BN sama dengan undi untuk dia, kelemahan keputusan BN berkait dengan dia juga,” kata Daim dipetik dari transkrip temuramah dengan China Press, yang disiarkan dalam blog wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.
“Saya sentiasa mengingatkan kepada mereka, angka besar menghadiri ceramah BN tidak diterjemahkan kepada undi. Jangan cuba melawan angka dia (Anwar) dengan angka lebih besar hadirin yang kamu dapat. Biar Anwar jadi penghibur (meminjam istilah Financial Times). Kita bukan penghibur, kita tak tahu macam mana nak menyanyi, menari dan buat lawak. Memilih kerajaan adalah urusan serius, jadi tinggalkan strategi pelawak ini dan jangan main permainannya.”
Daim juga menyalahkan kegagalan BN untuk menang majoriti dua pertiga mengenai salah peruntukan sumber dalam usaha untuk menguasai kerusi bandar serta kerusi majoriti Cina.
“Jika saya tahu, sudah tentu BN tahu yang kawasan majoriti Cina sudah kalah. Kenapa buang masa dan wang? Sebagai strategi, anda seharusnya tumpukan di kawasan yang BN kalah dengan tipis pada 2008. Terdapat juga persoalan pemilihan calon, contohnya Pandan, mengapa ambil mudah?”
NAJIB - Kami yang di lupakan |
“Mari terima hakikat tiada tempat dalam dunia ini mudah untuk dapatkan majoriti dua pertiga. Pengundi bandar di seluruh dunia adalah anti kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar. Tapi tetap banyak masa dan wang dibazirkan di kawasan bandar dimana keputusannya hampir pasti,” kata beliau kemudian.
Daim diminta untuk memberi komen tentang Pulau Pinang, dimana NGO politik Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang yang berbelanja banyak menyediakan makan malam percuma dan konsert dengan bintang besar beberapa minggu menjelang hari mengundi.
“Orang-orang ini adalah amatur. Mereka adalah orang gila. Mereka fikir mereka pandai dan buang duit merata. Lebih baik beri kepada kebajikan.
BADOT - Anwar adalah penghibur Pilihanraya |
“Kenapa BN benarkan acara bodoh seperti ini? Rakyat rasa diperbodohkan kerana mereka tahu anda fikir mereka boleh dibeli dengan wang, konsert dan makan malam. Jadi mereka datang untuk bersantai, makan free dan dihiburkan. Ini adalah pilihan raya. Ini perkara serius. Biarkan Anwar jadi penghibur.
Di Pulau Pinang, BN hanya menang 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Pakatan Rakyat (PR) menang besar apabila mendapat 30 kerusi DUN.
Dalam respon kepada soalan lain, beliau mengatakan BN seharusnya memberikan tumpuan untuk memperjuangkan isu yang dekat dengan hati rakyat seperti rasuah, pentadbiran baik, keselamatan, pendidikan, inflasi, miskin kota dan graduan muda.
“Kerajaan sebaliknya memfokuskan tentang memberi bantuan. Anda beri makan malam sekali, rakyat akan berterima kasih. Beri mereka lima kali mereka fikir anda mahu membeli undi,” katanya.
Daim mengatakan kekalahan BN di Selangor disebabkan oleh pergaduhan dalaman, mengatakan ini disebabkan gabungan itu memilih calon yang salah dalam pilihan raya 5 Mei.
BN menang 12 daripada 56 kerusi DUN di Selangor, kurang daripada 20 kerusi yang mereka perolehi semasa 2008, akan tetapi mempertahankan lima daripada 22 kerusi Parlimen.
Beliau juga menyalahkan keputusan Selangor kepada pengarah pilihan raya negeri Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang beliau katakana telah tidak menghiraukan tindak balas dari bawah dengan memberikan jaminan kepada Daim kemenangan BN di kerusi di sana.
“Saya rasa Zain adalah pilihan yang salah. Dia digugurkan dari Kabinet oleh Najib kerana jelas dia tidak memikirkan beliau berkebolehan dan kemudian lantik dia sebagai setiausaha Umno Selangor. Saya tidak faham logik Najib,” kata Daim membangkitkan Ketua Pemuda Umno Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali telah melawan Mohd Zin dan ramai pemimpin Umno bahagian dikatakan berkempen menentangnya.
“Apabila anda bertanya kepada saya dalam wawancara lepas, saya kata terdapat masalah kesilapan calon. Ketua bahagian tidak gembira. Di kalangan (ahli) Umno sabotaj di mana-mana. Saya beritahu Zain senarai kerusi DUN bermasalah. Zain kata ya terdapat masalah tetapi BN boleh menang. Semua kerusi yang berada ditangan saya, BN kalah.
“Dengan calon salah yang tidak turun ke bawah, tidak menghiraukan ketua bahagian, tidak melawat ahli dan pengundi, anda tidak boleh menang,” kata Daim.
Daim mengaitkan pandangannya dengan bagaimana BN kalah di kerusi DUN Bukit Selambau dalam Parlimen Merbok, Kedah dimana dikatakan terdapat pergaduhan dalam BN berhubung dengan pemilihan calon.
“Mereka masih lagi bergaduh tentang kerusi DUN itu walaupun sehari sebelum pengundian. Saya kata kepada mereka mereka gila. Hanya undi BN. Beritahu mereka mereka hanya tinggal separuh hari untuk berkempen dan mesti dilihat bersatu.
“Mereka kalah dengan 500 undi kerana mereka tutup pondok panas mereka menjelang 4 petang, yakin mereka sudah menang. Saya SMS anda pada tengah hari bahawa BN telah menang Merbok akan tetapi masyarakat India di sana perlu bergaduh sehingga saat akhir mengenai calon dan kita kalah. Kita adalah musuh kita paling bahaya.”
AMUKANMELAYU - Khairi dan Najib sama saja......KHAIRI - Saya Menteri Belia kepada semua belia, NAJIB - Saya PM kepada semua Rakyat Malaysia....itu betul. Tapi kalu tangan yang menghulurkan makanan di giginya, takkan nak terus di suap? Apa jadi dengan Majlis Makan Malam yg di hadiri ribuan Cina di Penang dan Pahang.....undi dapat kat DAP. Dengarlah cakap "Orang Tua" macam Daim ni.....pemimpin kena TEGAS bukan di TEGASkan.