,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday, 21 May 2013

KDN - PAK TIRI LAKI MAK HANG DAH BALIK


PAKAT DUK KECUT TELOQ, PADAN MUKA HANGPA

 

DAP dilihat telah berubah nada, daripada kenyataan asalnya mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf terbuka kini menuntut pula ruang satu hari penuh pada minggu pertama berdebat dalam sidang Parlimen.
Sabtu lalu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak Zahid Hamid menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf terbuka, jika tidak bapanya, Lim Kit Siang akan membuat satu usul mengecam tindakan tersebut di Parlimen.

Zahid dalam kenyataan balas hari ini berkata beliau tidak gentar dengan ancaman Guan Eng kerana beliau sudah biasa berdepan dengan bapa Guan Eng di parlimen sebelum ini.
”Saya sedia menghadapi usul kecaman dari Guan Eng. (Tetapi) kenapa pula dia yang merasa pedas? Dia termakan cilikah?

”Saya memang sudah biasa berdepan dengannya. Apa nak takut?” tegas beliau.
Dalam masa sama Zahid berkata  beliau tidak akan menarik balik kenyataannya atau memohon maaf kepada DAP, sebaliknya mendesak Guan Eng memohon maaf kepadanya kerana dengan sengaja memanipulasi kenyataannya itu untuk kepentingan politik.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini pula mencabar Zahid untuk mendapatkan persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menyediakan satu hari penuh pada minggu pertama sidang Parlimen ke-13 untuk berdebat dengannya.

Kit Siang dilaporkan roketkini berkata beliau sudah menjangkakan Zahid, Najib dan Menteri Kabinet lain tidak akan memberi ruang untuk usul kecaman itu.
“Ini kerana sekiranya terdapat pembahagian dan pengundian penuh akan diambil terhadap usul mengecam Zahid, saya tidak terkejut jika ada beberapa Ahli Parlimen daripada 133 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak akan hadir dan terbabit, sebaliknya menolak seruan Zahid terhadap rakyat Malaysia yang berpuas hati dengan PRU-13 supaya berhijrah ke negara lain,”katanya.-AIDC

RAFIZI RAMLI PLAYING SAVE


RAFIZI - Sudah "GOYANG" ka
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyatakan pandangannya yang tidak bersetuju dengan hasrat pihak tertentu mahu menggunakan jalan raya untuk menggulingkan kerajaan.
Bagaimanapun katanya, bagi mengelakkan perkara itu berlaku, kerajaan tidak boleh menggunakan kekerasan sebaliknya perlu menyelesaikan perkara tersebut dengan mengembalikan kepercayaan kepada rakyat.
“PR tidak terlibat (dengan cara ini), tapi secara peribadi saya kurang setuju untuk gulingkan kerajaan menggunakan jalan raya.
“Tapi kita faham, sebab apa ada rakyat yang berkeras mahu guna jalan raya kerana mereka tidak percaya dengan pilihan raya di negara kita,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

NIK ABDUH - Itu perbuatan gopoh 

NIK ABDUH - Pemimpin masa hadapan
KUALA LUMPUR 21 Mei – Seorang lagi pemimpin Pas secara terbuka menolak usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 melalui siri perhimpunan jalanan dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh.
Malah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.
“Anda terfikir untuk ‘spring’ dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya?
Itu adalah gopoh.
“Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,” katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini.






KJ: Suruh tinggal negara pandangan peribadi Zahid
KJ - CUBA MENJADI DEWASA

Gesaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia meninggalkan negara ini tidak mewakili pendirian kerajaan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

"Itu adalah pandangan peribadinya. Tidak mencerminkan pendirian kerajaan.

"Tengok juga artikel itu secara keseluruhan, beliau cuba menyampaikan bahawa kita mempunyai sistem tertentu di Malaysia. First past the post (pemenang undi terbanyak).

"Kita tidak ada sistem demokrasi langsung. Kita tidak ada sistem siapa menang undi popular, boleh bentuk kerajaan. Kita ada sistem wakil rakyat dalam demokrasi berparlimen....

"Jadi sistem itu, harapannya bahawa semua dapat menerima keputusan yang sedia ada," katanya dalam sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Khairy juga berharap semua pihak menerima keputusan pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Zahid semalam menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari, sama ada list system atau single transferable vote di negara republik.

Menteri dalam negeri itu menulis di Utusan Malaysia, merujuk kepada siri perhimpunan besar pembangkang di seluruh negeri yang mempertikaikan keputusan pilihan raya umum 5 Mei lalu.
AMUKANMELAYU - Dah KECUT TELOQ..... la ni semua duk pakat PLAYING SAVE