,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday, 19 May 2013

ADAM ADLI - ANAK BILIS YANG TERPERANGKAP DI MULUT JERUNG


PENAHANAN ADAM ADLI UNTUK KEBAIKAN PELAJAR DAN KESELAMATAN NEGARA
ADAM ADLI - Harapan Mak/Ayah Menjadi HERO selepas menurunkan Benner "Gambar Najib"

Adam Adli yang baru-baru ini ditahan di Bangsar dan dibawa ke Balai Polis Jinjang atas akta hasutan mendapat liputan yang meluas tak kira dari media pembangkang mahupun kerajaan. Ini membuktikan yang Menteri KDN yang baru kali ini adalah bersikap serius dalam membendung kegiatan hasutan yang semakin berleluasa di Malaysia hingga pembangkang mahu menggulingkan kerajaan melalui jalanan mengikut acuan Arab Springs.

Namun yang menyedihkan ada lagi paramahasiswa  yang lupa jasa dan harapan keluarga mereka dan orang tua macam Tok Aki untuk belajar di IPT ingin mengadakan himpunan dihadapan balai polis bagi membantah penahanan Adam Adli ini. Tak tahu apa sebabnya mereka nak berhimpun dengan menunjukkan sokongan terhadap AA ini namun yang pasti mereka semua mahukan publisiti yang boleh menunjukkan kepada dunia yang mereka punyai 'STUDENT POWER'!!

Tolonglah wahai anak-anak habiskan belajar dulu. Kamu semua bukan budak-budak bodoh, masing-masing masuk IPT belajar sampai Degree. Semua kamu pandai belaka, masing-masing kenapa tak kaji dulu sejarah dan akta yang ada dalam negara. Kenapa nak langgar semua peraturan yang telah ditetap dan di buat? Apa lagi yang mahasiswa golongan seperti kamu ni nak lagi? Mansuh PTPTN? Belajar kasi pandai lah dulu lepas tu pinjaman yang dibuat akan ditukar kepada biasiswa secara automatik jika mencapai 1st Class Degree ataupun Dean List. Susah ke?
 
 
Memang lah susah sebab masing-masing sibuk nak berdemo. Masing-masing sibuk dengar ceramah pembangkang dan program kerajaan. Ada program yang menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan melalui jalanan. Dan ada yang membuat program "Menyumbat Telinga" kita hingga nak termuntah yang semua kerajaan buat semuanya baik belaka. Kerana terlalu sibuk dengan semua program ni sampai tak ada masa nak study atau buat assignment yang diberikan lecturer masing-masing. Sibuk dengan aktiviti luar yang buatkan tak ada masa nak datang class kerana nak dengar ceramah dan tak mampu berfikir mana yang baik dan mana yang buruk sampai sanggup mohon cuti belajar pasal nak berkempen semasa PRU sehingga sanggup pula di buang atau di gantung Iniversiti  kerana nak menangkan seseorang, sehingga sanggup menjadi balaci di pergunakan walau pun dah tahu di buang dari Universiti itu akan melukakan hati kedua orang tua seperti Tok Aki. Salah siapa? Akhirnya kita dan keluarga kita juga yang susah. Dengar cerita Tok Aki ini....tiada yang lama maka tiadalah yang baru. Bila yang lama di "lupuskan", yang baru pula akan menjadi lama dan di tempatyang baru di gantikan dengan yang "terbaru".
 
Tok Aki hanya bersekolah atap.....tapi tok Aki hidup di semua perdana Menteri. Izinkan Tok Aki bercerita sedikit, sekadar berkongsi pengalaman dengan kamu. Semasa Tok Aki berumur 3 tahun, Tok Aki dah ada dua orang adek. Kedua-duanya perempuan. Pepagi hari lagi Tok Aki dah meredah embun sejauh 1.3 KM ke bendang seawal pagi selepas subuh. Bayangkan umur 3 tahun dan berjalan sejauh itu. Siapa di beri tugas lagi membawa bekas pinang Al-Marhumah Bonda Tok Aki. Sedangkan kamu umur 3 tahun masih di dukung oleh kedua orang tua kamu.
 
Adakalanya Tok Aki menangis sepajang jalan kerana tidak larat atau keletihan......tp perjalanan perli teruskan....dengan merentas hutan getah yang semak....ketakutan dan kemiskinan menjadikan kami kuat walau pun keletihan. Sebelah petang, sekali lagi Tok Aki akan menhadapai masalah yang sama. Selalunya Al-Marhum Mak Tok Aki akan mendengat isyarat dari Pakcik Tok Aki.
"Oiiiii........................"
Mak menjawab, "Oiiiii................, ha tu Pakcik dah sampai"
Menghairankan bagaimana Mak tahu itu suara Pakcik. Tok Aki dengan adek-adek dan Abang memanjat bukit di belakang dangau di kepala bendang. Berjalan meredas Kebun Getah Pakteh Wi sejauh 300 kaki akan berjumpa jalan ke bendang Pakcik. disinilah selalunya Pakcik dan Acik menunggu kami. Kerbau jantan Pakcik merengus beberapa kali tanda mengenali kami.
 
ANOK - Kayu  "V" akan di sangkut di tengkok
Kerbau, pelantar kayu di hujung itu adalah
tempat duduk Tok Aki dan adek-adek serta Abang.
Kerbau ini menarik "ANOK" di belakangnya di mana ada 3 guni padi Pakcik di bawanya. Kami 4 beradik menaikki anok ini. Mungkin sekarang rasanya seperti menaiki EVO Ten. Kamu tak merasa semua itu.
 
Pergilah habiskan sekolah....jadilah orang yang bijak untuk menguruskan Negara Perlukan Orangyang BERIMAN dan BIJAK, bukanya orang yang KORUP.  Apabila kamu tidak dapat habiskan sekolah ini berti kamu bukan bijak. Mungkin kamu suatu hari nanti akan di pilih oleh Pemimpin kamu untuk menjadi calon dan kamu mungkin menang menjadi Menteri. Kalau kamu tidak bijak....kamu akan lebih teruk dari pemimpin yang ada sekarang. Dan mungkin kamu akan di jadikan boneka kuasa asing yang sememangnya hendak musnahkan KEGEMILANG KITA seperti kerajaan-kerajaan Islam yang terdahulu hancur kerana mereka tidak bijak dan beriman. Jangan menyalahkan Allah mengatakan itu satu ujian....sebenarnya itu adalah KECUAIAN kita, kerana kesombongan dan ke angkuhan kita meletakkan sesuatu bukan kepada haknya. Pernahkah anda membuat kajian kenapa Selangor tidak di berikan kepada PAS untuk memerintah?
 
Tok Aki pernah ajukan kepada kawan Tok Aki seorang dari pemimpin PAS...katanya, "Kita tidak cukup "MAQAM" untuk mentadbir Selangor...kecuali Dr. Hassan Ali" katanya. Tok Aki tidak faham maksud maqam.....rupa-rupanya, maqam adalah tidak berkeyakianan dan tidak berani untuk menjadi MB Selangor kerana IQ raayat Selangor lebih tinggi pada pandangan mereka. Bagaimana kalau PRU ke 13 hari tu PR dapat memerintah Malaysia? Sudah semestinya semua jawatan penting akan di Pegang oleh KAFIRUN dan mereka Islamelayu yang berfahaman Neo Liberal. Yang merasakan mereka adalah yang terbaik dengan hidup separuh Islam dan separuh lagi kebaratan.
 
Tok Aki bukan memusuhi PAS dan PKR. Tapi Tok Aki nakkan kamu berfikir kesan jangka panjang kepada Pembangunan Islam dan Kuasa Islamelayu di Malaysia ini. Kalau burung dah terlepas....selalunya tangan akan berbau tahi......
 
AMUKANMELAYU - sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian tidak berguna lagi.....ubahlah sejarah kepada kegemilangan ISLAM dan bukannya untuk "menghancurkan apa yang ada"