,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday, 3 May 2013

RAAYAT MALAYSIA PINTAR - ANDA BERKEMPEN TAPI YANG AKAN MENILAINYA

Di mana Ruangnya Untuk SPR Menambah Dan Menipu Kertas Undi?.



FLOW PROSES PENGUNDIAN:-

1.  Apabila anda pergi ke saluran tempat anda mengundi, anda bagi sahaja IC anda kepada petugas SPR di situ, mereka akan baca nombor pendaftaran mengundi anda dan nama anda kuat-kuat supaya ejen-ejen calon yang berada di meja dalam saluran itu dengar, dan

2.  Ejen-ejen calon itu akan memotong nama anda sebagai tanda anda telah mengundi. Ejen calon itu dari parti-parti politik yang bertanding di kawasan itu.

3.  Anda akan terima kertas undi dan melangkah ke tempat memangkah. Sudah pangkah anda bergerak ke peti undi untuk memasukkan kertas undi anda. Di mana apabila anda memasukkan kertas undi semua agen calon akan melihat anda memasukkan kertas undi.

4.  Kebiasaannya ketika anda memasukkan kertas undi ke dalam kotak undi, ejen-ejen calon akan perhatikan gelagat atau bahasa badan anda untuk mereka meramal parti mana yang anda pangkah.

5.  Ting....ting....ting....ting.....ting....bunyi jam dah pukul 5. Saluran ditutup, kemudian SPR akan letak tray-tray kosong atas meja untuk proses pengiraan undi. Ejen calon pun ada di situ. Satu tray untuk BN, satu tray untuk Pas, dan ada tray-tray lain jika ada calon lain yang bertanding.

6.  Kotak undi pun akan dibuka dan petugas SPR akan angkat kertas undi untuk tunjuk kepada ejen-ejen calon apa yang dipangkah atas kertas undi itu.

7.  Angkat dan tunjuk....pangkah Pas....masuklah kertas undi dalam tray Pas.
Angkat kedua pula....pangkah BN.....masuklah kertas undi dalam tray BN.
Angat ketiga pula....pangkat ky jelly.....masuklah kertas undi dalam tray ky jelly....
Begitulah seterusnya....

8.  Peti undi dah kosong.....maka bermulalah proses pengiraan kertas-kertas undi dalam tray. Kiralah di tray BN dulu. 1...2....3....4...5....6....7...10.....50....100.....150 undi BN.
Kira pula di tray Pas 1....2....3...4.....80....90....120....161.... undi untuk Pas.
Ejen tak puas hati  ?
Boleh kira lagi sampai puas hati....kira....kira....kira.....kira....

9.  Semua dah puas hati, maka ketua pusat mengundi pun isi satu borang yang dinamakan borang 13. Dalam borang itu akan dicatitkan berapa BN dapat undi dan berapa Pas dapat undi. Kemudian semua ejen calon parti yang bertanding di situ kena tandatangan untuk pengesahan.

10  Selepas ejen dah tandatangan borang 13, kertas undi dah tidak bermakna lagi. Kalau puak-puak Pas kata SPR bawa kotak undi tambahan dan sebagainya, itu semua karut. Mereka pun tahu benda itu tidak betul kerana mereka tahu prosedur. Tapi mereka sengaja mainkan fitnah untuk menimbulkan huru-hara.

11.  Borang 13 yang telah ditandatangan oleh ejen-ejen calon tadi dan mereka diberi satu salinan, akan dibawa oleh ketua tempat mengundi (petugas SPR) ke pusat penjumlahan untuk dijumlah dan seterusnya mengumumkan pemenang.

12.  Salinan yang ada di tangan ejen-ejen calon akan di bawa balik ke bilik gerakan masing-masing, juga untuk mereka jumlahkan. Melalui borang 13 yang dibawa oleh ejen-ejen parti itulah calon tahu lebih awal mereka menang atau kalah . Sebab itu calon yang menang akan cepat-cepat ke dewan pengumuman, dan calon yang kalah akan ghaib.

DAH FAHAM......PUAS HATI?

Tidak ada ruang untuk menipu....kan dah kata kalau boleh menipu Pas tak perintah Kelantan 23 tahun. Tahun 2004 Pas perintah dengan kelebihan 1 kerusi sahaja. Dan 1 kerusi itu pun Pas menang 2 undi sahaja. Kalau SPR alat BN, tak kan mereka tak boleh tambah 3 kertas undi lagi untuk bagi BN perintah Kelantan ?

Nak tambah macamana lagi kalau semua ejen dah tandatangan borang 13. Seperti yang saya kata diatas, apabila borang 13 ditandatangan oleh ejen-ejen calon, kau bawa masuklah beratus peti undi pun ianya tidak ada makna lagi. Yang diambil kira hanya apa yang tercatit di borang 13 sahaja.

Semoga rakyat Malaysia jelas dengan perkara ini dan jangan dok biarkan diri kita diperbodohkan mereka.

AMUKANMELAYU - sudahlah.....letihlah kalu bercakap dengan "ORANG TAHAP IQ RENDAH NI". Berilah pilihan kepada RAAYAT....kami dah ada contoh, PENANG - DAP, KEDAH DAN KELANTAN - PAS, SELANGOR - PKR dan selebihnya adalah BN. Dalam tempoh bertenang ni sebenarnya raayat dah tahu nak pilih siapa........terimalah UNDI raayat seadanya. ANDA BERKEMPEN tapi KAMI YANG AKAN MENILAINYA.